Dating ?

Run To Seoul

 

Bye semua jumpa esok " 

Aku melambai kepada mereka yang berada dikaunter sebelum berlalu pergi sebaik sahaja shift kerja aku tamat. Pintu kaca ditolak luas dan kaki melangkah keluar menuju ke kerusi awam berdekatan sambil tangan sibuk mencari telefon pintar yang disimpan dalam beg yang disilang rapi dekat leher. Laju tangan menaip sesuatu diatas papan kekunci virtual itu.

 

To : Mak ngah

From : Mira

Mira dah habis kerja ni. Nak tunggu Mak ngah dekat mana ?

 

Tak sampai beberapa minit, mesej aku dibalas dan membuatkan aku muncung seribu setelah dibaca.

 

From : Mak ngah

To : Mira

Mira naik pejabat mak ngah dulu, banyak lagi kerja ni . Dekat pintu masuk nanti masukkan je nombor ni . 6557-xxxx- . Nanti pergi tingkat 5 lepastu masuk bilik hujung sekali.

 

Keluhan penat keluar dari mulut. Nak buat macam mana, kawasan sini pun aku tak biasa jadi dengan berat hati dan kakinya aku bergerak ke pintu kaca yang berhampiran dengan kafe yang baru sahaja aku keluar tadi. Pagi tadi pun, kelihatan Mak ngah masuk ikut pintu tu. Sebelum naik bertemu dengan mak ngah terdetik pula di hati nak belikan chocolatte untuk dia. Untung siapa dapat anak saudara yang penyayang macam aku ni. tehee.

Nak masuk ke dalam bangunan pun ada halangannya. Entah kenapa ramai sangat remaja perempuan dekat depan bangunan tu dan hampir kesemua mereka memegang lampu berbentuk bom sama seperti pelanggan yang berada di kafe sekian tadi. 

Hmm benda tu tengah trend ke sekarang. Fikir aku sendiri.

Sebelum tangan aku menekan nombor yang diberi, aku perhatikan sekeliling supaya tiada siapa yang mengintai. Kelihatan banyak mata-mata yang memandang tajam ke arah aku. Ayo cukuplah mata korang kecil, tak perlulah nak kecikkan lagi dengan jeling-jeling bagai. Tergelak kecil aku dibuatnya dengan ayat sendiri. Sebaik ada keluar bunyi 'Beep' aku dengan segera melolos masuk tanpa berpaling ke belakang.

Sambil tangan menarik lastik burung warna merah yang tengah marah tu, nombor skrin kecil dengan anak panah turun dipandang sekilas, 2 kilas. Tanpa mempedulikan bunyi tapak kaki yang semakin menghampiri, aku memberi tumpuan sepenuhnya dekat beberapa ekor khinzir hijau yang perlu aku jatuhkan ni.

" Eh, sejak bila staf sini ada yang pakai hijab. "  

" Entahlah, mungkin pengganas kut ?  Dekat berita banyak keluar." 

" Uish bahaya ni kita kena - "

Belum sempat suara dibelakang menghabiskan ayatnya, pintu lift terbuka. Aku pun melangkah masuk dan diikuti oleh empunya dua suara tadi. Punat nombor 5 ditekan manakala salah seorang lelaki tadi menekan nombor 7. Suasana sungguh janggal, bagi diorang berdua mungkin.

Kedengaran sayup-sayup mereka berbisik antara satu sama lain, mungkin juga cuba untuk cari jalan jika aku tiba-tiba bertindak ganas. Diorang menghela nafas lega bila lift tiba di tingkat 5 dan aku pun melangkah keluar. Mereka berdua mula menjerit bila aku tiba-tiba sahaja menahan pintu yang hampir tertutup itu.

" Sebelum nak mengata orang, pastikan mereka tak faham apa yang kamu berdua bualkan oh and p.s aku bukan pengganas " Aku mengenyit mata sebelum membiarkan pintu lift tersebut tutup sepenuhnya.

Gila apa, aku cun melecun macam ni dikatanya pengganas. Mata aku melilau cari pintu yang dimaksudkan mak ngah tu dan mengikut naluri aku, pintu berwarna kelabu nilah destinasi yang dituju. Pintu kaca tersebut diketuk dan sebaik menerima maklum balas aku meninjau dahulu ke dalam dan kelihatan mak ngah sedang melambai ke arah aku. Sempat aku menunduk hormat kepada setiap manusia yang bertembung dengan aku. 

" Nah, chocolatte. Saya tak tahu mak ngah suka apa. " kata aku sambil meletakkan minuman tersebut di sebelah kertas yang bertimbun.

" Oh thanks Mira. Mak ngah memang memerlukan benda manis sekarang. Dah berpina mata menghadap laptop ni. Kamu duduk la dekat kerusi belakang tu dulu. " jawab mak ngah tanpa memandang aku tapi laju tangan dia menyambut air manis tersebut.

Aku hanya mengganguk dan pandang sekeliling. Nampak macam pejabat biasa tapi apa yang membuatkan dia berlainan adalah kehadiran poster artis yang dilekatkan hampir kesemua dinding. 

Kenapa muka dalam poster tu macam familiar eh. Tergantung sejenak soalan tu dalam fikiran aku ketika terpandang wajah lelaki yang berdiri di tengah-tengah kumpulan lelaki itu. Hmm mungkin juga dekat papan iklan.

Entah macam mana aku boleh tak sedar, kepala serta badan aku elok landing dekat atas sofa. Mugkin juga sebab letih sangat sampai tak tersedar yang aku dah tertidur.

 

***

 

Aku terjaga akibat bahu yang digoyang lembut. Mata yang ngantuk dibuka perlahan. Wajah bersalah mak ngah menerpa masuk ke dalam penglihatan aku. Dia duduk di ruang kosong yang ada. Bertemankan kuap, aku bangkit dari posisi dan menggosok mata lembut.

" Maaflah Mira, sampai tertidur kamu dibuatnya. Mak ngah kena buat 1 benda je lagi, lepastu kita balik eh " Kata mak ngah sambil menarik tangan untuk suruh bangun. Nampaknya aku boleh ikut mak ngah buat misi terakhir dia sebelum aku mengejar tilam ku yang empuk dirumah sana.

Kami berdua berjalan sepanjang kaki lima dan berborak kecil tentang hari pertama aku dan langsung menaiki lift ke tingkat 7. Mak ngah angguk lega mendengar perjalanan hari aku yang berjalan lancar. Kami tiba di pintu berwarna merah yang tertulis 'dance room'. Mak ngah menolak pintu tersebut tanpa ragu-ragu dan berjalan masuk. Dia menghampiri seorang lelaki yang agak pendek dan berpakaian hip-hop tak kena dengan rupa dia manakala aku hanya meninjau dari luar. Aku pandang sekeliling dan terdapat ramai lelaki di dalam dan majoriti dari mereka kelihatan letih dengan baju yang basah lencun.

Riak wajah mak ngah kelihatan serius ketika bercakap dengan lelaki tersebut dan tanpa aku sedari kehadiran aku menarik perhatian seseorang. 

Awak ni bukan yang dekat kafe tadi tu ke ? " Suatu suara menyapa aku. Lelaki yang kini berdiri tepat di hadapan aku dipandang wajahnya.

Anggukan lemah diberi. Lelaki tersebut menguntukan senyuman yang bagi aku sumpah manis sebab dia ada lesung pipit kau. Oh my Gosh so cute. Dia menghulurkan tangan untuk bersalaman tapi aku menggeleng.

Maaf saya tak boleh pegang tangan encik - ? " Tanya aku.

" Kim Namjoon dan tak perlu berencik, panggil saya joon je. " Lelaki yang kini dikenali sebagai Namjoon itu membalas. Aku tersenyum kecil. " Umm boleh saya tahu kenapa awak tak boleh pegang tangan saya? kalau awak tak kisah . " 

" Sebab agama saya melarang lelaki atau perempuan yang tiada pertalian darah memegang antara satu sama lain. Saya rasa awak pun tahu yang saya ni muslim sebab hijab kan. " Jawab aku dengan nada yang serius. Bab halal haram kau jangan bawa main wei. Sekurang-kurangnya lelaki di depan dia tu dapatlah info baru tentang agama yang dipanggil pengganas itu sedangkan Islam agama yang indah dan menentang kekerasan.

Namjoon tersenyum faham. Dia siapa untuk pertikaikan agama orang lain. Kami berdua berborak kecil dan barulah aku tahu yang dia berada dalam Kumpulan BTS. Rasa macam Jinnie pernah sebut. Aku pun mula kira bilangan yang ada dalam bilik tu. Mak aih 24 orang. Gila betul. Aku cakap kumpulan apa yang ramai macam ni, buat flash mob ke dan Namjoon hanya ketawa kecil dan menjelaskan lebih mendalam lagi.

" - yang tengah duduk atas kerusi malas tu Yoongi hyung. Dia rapper sama macam saya dan Hoseok hyung, yang rambut warna jingga tu. Yang tengah main batu, kertas gunting tu pula Jimin dan Taehyung. Jimin yang pendek sikit tu dan - " Namjoon pun ceritakan semuanya walaupun aku tak tanya. Rupanya kumpulan dia 7 orang je.

" Namjoonie hyung, siapa ni ? " Satu suara kedengaran dari belakang aku. Jadi aku pun berpaling dan bertentang mata dengan seorang lelaki yang berbaju putih dengan muka yang innocent(?)

" Ah ni la Jungkook, ahli kumpulan kami yang paling muda. Jungkook kenalkan ni - lupa nak tanya nama ? " Tanya Namjoon.

" Amirah, tapi boleh panggil Mira atau Ami. "

" Army ? Nama awak Army ? " Jungkook bersuara terkejut dan menarik perhatian beberapa pasang mata.

" Bukan Army. Ami. A.M.I " Jawab aku pelik. Namjoon ketawa kecil.

" Minta maaflah, tapi nama awak sama dengan nama fanclub kami. Ami umur berapa ? " Kata Namjoon.

" 20 tahun. "

" Ahhh chingu ." Balas Jungkook dengan sengihan dibibir.

" Mira Jom, kerja Mak ngah dah siap. Namjoon, Jungkook " Namjoon dan Jungkook segera menunduk hormat ketika Mak ngah menghampiri kami.

Aku melambai kepada diorang tetapi rasanya Namjoon ada rancangan lain. 

" Saya nak ikut. Nak beli sesuatu dekat bawah. " Aku hanya mengangguk faham tetapi pandangan mata mak ngah lain macam bila dilihat.

Aku dan mak ngah jalan seiring manakala Namjoon dibelakang kami, aku bertanya apa yang mak ngah serius sangat tadi. Hal orang dewasa. Itu yang dijawab mak ngah. ish ish ish.

Kami berjalan keluar dari lift dan tiba-tiba sahaja mak ngah dipanggil oleh salah seorang rakan kerjanya. Kunci kereta bertukar tangan dan mak ngah arah aku untuk pergi dulu. Jam pada pergelangan tangan dipandang sekilas. 11 P.M. Mak datuk dah larut malam rupanya. Aku pun memang jenis penakut.

" Nak saya temankan ? "  Aku hampir terlupa kehadiran lelaki korea dibelakang kami tadi.

" Tak susahkan awak ke ? " Aku bertanya dan Namjoon hanya menggeleng. Dan dengan tanpa rasa bersalahnya aku menggunakan kebaikan lelaki tersebut.

Nasib baik kereta ada dekat depan tu je, tak adalah jauh sangat nak menapak. Namjoon menyarung topi di kepala dan menarik hood hampr menutup separuh muka dia.

" Jom "  Kami memandang kiri kanan sebelum melintas ke seberang jalan. Pintu dibuka dan aku langsung masuk. Aku pelik kerana Namjoon masih berdiri di sebalik pintu jadi aku memulakan enjin dan menurun tingkap di sebelah aku. Lelaki berlesung pipit itu membongkok sedikit supaya muka kami sama paras. Dia hanya tersenyum lembut dan aku pula yang panas muka sedangkan sekarang tengah musim sejuk.

" Bukan awak nak pergi beli barang ke tadi ? " Tanya aku ketika melihat mak ngah keluar dari bangunan kerjanya itu.

" Namjoon buat apa lagi dekat sini pergi masuk sejuk ni ." Namjoon angguk lemah dan angkur sebelum dia lambai pada aku. 

Mak ngah tak kata apa dan hanya memasuk gear dan menekan minyak. Sempat aku pandang dari side mirror yang Namjoon terus berlalu pergi dan masuk ke pintu kami keluar tadi.

Pelik, bukan dia kata nak beli barang ke.

 

***

 

" Mak ngah tak nak kamu rapat sangat dengan Namjoon atau BTS atau sesiapa sahaja dari BigHit Entertainment. Dunia mereka jauh berlainan dari dunia kamu. " Mak ngah setelah diam seribu di dalam kereta.

Wajah mak ngah yang kelihatan tegas dan serius membuatkan aku diam dan tidak membalas. Mungkin juga ada sebab kanapa Mak ngah tak bagi dan aku cuba meyakinkan diri yang ianya untuk kebaikan aku juga walaupun Jungkook, Namjoon dan lain-lain tidak nampak seperti membahayakan.

Aku angguk faham dan berlalu pergi bersama ayam MCd yang dibeli drive-thru tadi.

Setiba di bilik, aku langsung membersihkan badan dan menunaikan solat isyak dan ganti solat maghrib yang aku terlepas tadi. Aish tak boleh buat selalu ni, nanti makin menjadi-jadi. 

Tingkap bilik dibuka untuk melihat pemandangan malam Seoul dan tangan masih sibuk membuka kotak MCd. Seketul paha ayam di pegang dan disuapkan ke mulut. Nikmatnya Ya Allah. Terdetik pula tiba-tiba hati aku untuk cari tentang BTS. Hmm terkenal ke? Lagu apa? mana tahu aku pernah dengar.

Jadi aku pun membuka aplikasi pak cik google dan menaip BTS dan langsung aku menekan artikel yang baru sahaja dipost sejam yang lalu tanpa membaca tajuk dia.

" WHAT THE F- "

" SITI AMIRAH BINTI HAJI AMRAN. KE SINI KAMU ! " Jeritan Bingit Mak ngah membuatkan aku pasti akan nasib yang bakal menimpa aku.

 

HOT TOPIC : RM FROM BTS SECRETLY IN RELATIONSHIP WITH A MUSLIM GIRL

 


yasss chap 2 siappp..

authornim akan cuba upload setiap hari sabtu

Insyallah

Umm komen, vote dan subscribe dialu-alukan

nak tahu juga korang semua suka ke tak 

bye semua muaah

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
chizika
#1
Chapter 1: serious best..suka!!!!!lawak..ade ke patut ringgit malaysia...hahahahaha..
nanadjiyongie_01
#2
Chapter 2: kyaaaaaa sepanjang chapter asyik senyum and berfangirling...huwaaa ..Ami ni boleh lak kata BTS tu flash mob hahahahaha terkekek saya ketawa lol
gila ah ..mak ngah dia kerja kat Bighit fuhhhhh
habis la Ami ..masak kau...ni mesti artikel Koreaboo ni ..ish ish
keep updating! sememangnya awesome authornim!
nanadjiyongie_01
#3
Chapter 1: wahhhhhhhhhhhh best nyaaaaa serious ...asyik senyum je baca chapter ni..hmm speechless sbb mmg BESTTTTTTT..
*internal screams* yaahhh RM! aduhai berfangirling kat sini...nice update authornim! daebak.. hwaiting!!!!
saranghaeyo97
#4
Chapter 1: OKAY CERITA NI WIN