Ringgit Malaysia ?

Run To Seoul

 

" Hello Seoul "

Bagasi beroda ditarik rapat sebaik sahaja aku melangkah keluar dari Lapangan Terbang Incheon. Keadaan sekeliling dipandang kagum. Tangan kanan ditadah cuba menangkap salji putih yang turun memeriahkan suasana malam. Zip Jaket hijau gelap yang menyelubungi aku ditarik sehingga ke dagu. Tahap sejuk dia tak yah cakap la, macam bilik mayat. Entah-ntah sejuk lagi.

Telefon pintar jenama Samsung ditarik keluar dari beg silang hitam yang sentiasa meneman aku tak kira kemana sahaja. Perkataan mak ngah ditaip dan terus simbol ganggang telefon itu ditekan. 5 kali deringan bermain sebelum diganti dengan suara seorang wanita.

" Mak ngah, Mira dah sampai ni. Dekat pintu C " 

" Waalaikumsalam. Baru sampai dah lupa salam ke ? Tunggu kejap, pintu masuk ni sesak sikit. Jangan pergi mana-mana pula ." Jawab cik Ain aka Mak ngah yang sempat memerli anak saudaranya itu.

" Hehehe orait . " Perbualan tamat dan sebagai seorang anak saudara yang menurut kata, aku pun tarik bagasi ketepi dan duduk atas beg tersebut. 

Aku hanya perhatikan orang lalu lalang dengan muka bosan. Nak buka Instagram pun, internet sini belum beli lagi. Aku perasan je ada beberapa orang yang pandang aku dengan pandangan semacam. Yelah sebagai seorang gadis berhijab dan ditambahkan pula dengan berita mengenai pengganas yang menggunakan nama islam tersebar luas, aku tak terkejutlah korea selatan yang juga merupakan salah satu negara maju di dunia akan merasa takut dengan orang yang berpakaian macam aku. Mesti diorang rasa aku bawa bom.

Mampuih ah, bukan dorang tahu pun sebenarnya aku bawa budu dengan sambal belacan. Msnalah tahu rindu masakan melayukan. Eceh baru sampai dah rindu bagai. 

" Why is it so expensive ? "

" Pay now . "

Perbualan antara 2 bahasa yang berlainan itu menarik perhatian aku. Dari tempat aku duduk, aku perhatikan pertelingkahan antara seorang pemandu teksi sini dengan sebuah keluarga yang mungkin dari Britain daripada pelat percakapannya.

" 131467 won / 90 pound sterling ? Are you crazy. I'm not paying. " Lelaki britain tersebut berkeras tidak mahu bayar dengan harga yang mengarut itu. Dan semestinya pak cik teksi itu turut berdegil dan mahukan bayaran untuk servis yang telah diberikannya.

Pertelingkahan mereka terhenti bila seorang lelaki tua yang turut berseragam seperti pak cik teksi itu datang menghampiri mereka dan bertanya kepada rakan sekerjanya itu tentang situasi yang dihadapinya. 

Biasalah cas lebih sikit dekat orang macam ni . Bukan diorang faham pun ."  

Adoyai, tepuk dahi aku bila dengar pak cik teksi cakap macam tu. Aku ingatkan malaysia je perangai macam ni, sini pun ada juga. Kawan dia tu pun angguk laju. Wah ni tak boleh jadi ni. Benda dah jadi depan mata, tak kan aku nak biarkan je mereka sekeluarga ditipu. Munawei betul.

Mereka tidak menyedari kehadiran aku yang semakin hampir. Mungkin juga seorang tengah risau manakala seorang lagi tengah syok fikiran keuntungan. 

" Pak cik, maaf menggangu . "  Bahu pak cik tu aku cuit dari belakang. Menggelupur dia pusing, siap pandang aku atas bawah lagi.

" Kamu nak apa ? Nak cari teksi ke ? "  Tanya lelaki pertengahan 40-an itu. Aku geleng berserta senyum.

Kemudian aku bertanyakan keluarga orang putih itu dari mana. Mungkin juga kerana aku petah berbahasa korea, dia pun memberitahu semuanya. Jadi dari hotel yang didiami oleh mereka, hanya 15 minit sahaja ke Lapangan terbang tersebut. Aku hanya mengangguk faham dan lagi sekali bahu pak cik tu aku pegang tapi dengan sedikit tekanan. 

" Pak cik dah tua-tua ni janganlah asyik nak tipu orang je. Tak takut ke keadaan dalam kubur nanti . "  Pak cik tu tergamam bila dengar aku cakap macam tu. Perlahan je suara aku keluar.

Aku beralih pula kepada keluarga yang berada di depan kami dan beritahu kebenarannya. Memang lelaki britain tu hampir angkat tangan tapi dihalang oleh isteri beliau sebab tak nak tunjukkan contoh buruk dekat 3 orang anak mereka yang masih kecil. Akhirnya masalah tersebut diselesaikan dengan tiada bayaran dikenakan. Suami Isteri itu sempat mengatakan terima kasih kepada aku. Ala benda kecil je.

Sebaik sahaja mereka sekeluarga beredar, kedengaran hon kereta dibelakang aku. Tanpa mempedulikan pak cik yang merah muka menahan marah, aku terus berlari mendapatkan beg baju dan tolak ke arah kereta Honda warna biru tidak jauh dari situ. Mak ngah pandang aku pelik bila aku termengah-mengah masuk kereta.

" Cepat mak ngah jalan . Gogo " pinta aku bila kelihatan dari lirik mata, pak cik teksi tadi mengahampiri kitorang.

Mak ngah langsung tekan minyak dan keluar dari situ. 8 minit tanpa sebarang interaksi, mak ngah terus bertanyakan soalan tanpa henti, dah macam paskal pula dia tembak aku. Lepas tersengih kambing aku pun ceritakan kejadian tadi dari A sampai lah ke Z. Nasib kepala aku kena pukul dengan botol mineral, mau mak ngah capai stereng lock tadi tak ke naya aku.

" Kamu ni mak ngah baru lambat 10 minit macam-macam dah jadi. Macam mana nak tinggalkan kamu buat 8 jam straight. Mahu tak fokus mak ngah pergi kerja nanti. " Bebel mak cik saudara aku ni.

" Haiii sebab nilah tak ada lelaki nak kan mak ngah. Dah la garang, kuat membebel pula tu. " Balas aku dengan sengihan dibibir.

" Eei aku tempeleng juga kau ni. Ingat Mira ni bukan tempat kita, terutama buat orang macam kamu ni. Berhijab. Mak ngah lain lah, free hair. " Nasihat mak ngah dengan nada yang risau dan aku pun hanya mengangguk lemah. 

Betullah tu, ni bukan tempat kita. Adab tu kena ada tapi tadi tu pun sebab aku rasa tak adil. Cuba kalau aku tak pandai berbahasa korea dan ada pula yang ambil kesempatan macam tu, mestilah aku nak someone selamatkan aku. Bak kata orang buat baik dibalas baik, ye ke idok.

" Yelah mak ngah, Mira akan sumbat dalam-dalam nasihat mak ngah tu dekat otak Mira ni. " Balas aku disertai gelak kecil. Dari hujung mata aku perhatikan mak ngah hanya tersenyum kecil.

 

***

 

Rumah mak ngah terletak di tengah bandar Seoul jadi tak adalah bosan sangat duduk sini. Shopping complex dekat, kedai pun banyak. Sepanjang perjalanan, aku yang paling banyak bercerita sebab mak ngah dah 5 tahun tak pulang ke Malaysia atas dasar kerja. Tentang pelajaran aku, hal keluarga dalam dan luar, kontroversi artis, kenangan lampau semua aku ceritakan. Kadang-kadang mak ngah gelak, lepastu serius then gelak balik. Nampak dari riak wajahnya yang mak ngah sangat rindukan kampung halamannya.

" Kenapa mak ngah dah lama tak balik Malaysia ? " Walaupun risau aku gagahkan juga tanya soalan tu

" Bukan tak nak balik. Kerja dekat sini tak terkira banyaknya. Nasib baik berbaloi dengan gaji yang diberi kalau tak memang dah lama mak ngah balik kampung btw kamu pandai cakap bahasa korea ? Lupa pula nak tanya kamu. " Tanya mak ngah sambil mata memandang side mirror.

Pandai juga la. Masa semester 4 kitorang kena ambil third language jadi Mira pilih Korea sebab waktu tu tengah panas kat Malaysia kan. Tak sangka pula berguna untuk hari ni, hehehe. " Jawab aku tersengih-sengih.

" Baguslah, dekat sini kalau tak pandai cakap korea rasa macam dipulaukan tapi tak semua la sebab zaman sekarang ramai orang diorang dah pandai cakap english. " 

Tak lama kemudian, kami pun tiba di perkarangan rumah mak ngah yang merupakan kondominium. Ternganga aku tengok bangunan setinggi 17 tingkat tu. Sebaik sahaja mak ngah selesai parkir kereta dia, kami pun turun dan aku langsung mencapai bagasi yang ada dalam bonet kereta.

" Fuyo gila ah mak ngah, kondo tu. " Kata aku sambil menarik bagasi di sisi.

" Dekat bandar memang majoriti penduduk dia tinggal dekat kondo. " Jawab mak ngah sambil menekan nombor 11 sebaik kami menaiki lift

Kalau ternganga tadi tak habis tutup, sekarang makin besar mulut aku ternganga bila masuk ke dalam rumah. Walaupun rumah ni satu tingkat je, bahagian dia Masyallah besar teramat. Boleh main bola jaring rasanya ni. 

" Mira ni bilik kamu, maaflah mak ngah tak sempat nak kemas. Ambil kamu tadi pun mak ngah direct dari tempat kerja. " Laju kaki aku melangkah menghampiri bilik yang terletak di hujung ruang legar tu.

" BESARNYAAAAA "

 

***

 

Dah hampir 2 minggu aku jadi penggangur terhormat dekat rumah ni. Aku tahu mak ngah tak sampai hati nak suruh aku cari kerja, iyalah anak saudara dia kot. Jadi sebagai seorang gadis melayu di tanah korea ini, aku pun membuat keputusan untuk job hunting tapi apa-apa pun mesti kena bincang dengan pakar yang hanya akan tiba pada pukul 7 malam nanti.

Macam biasa, aktiviti harian aku dekat rumah ni kalau bukan capai jajan dekat dapur, capai alat kawalan tv dan terbungkang atas kerusi. Nak tengok cerita apa pun bergantung pada mood dan hari ni mood aku kata nak layan program nyanyian. Siaran 143 ditekan dan terpampanglah logo Music Bank.

Tak berhenti mulut aku mengunyah sambil layan lagu dari kumpulan pun aku tak tahu. Memanglah dekat Malaysia pun dah berjangkit dengan virus k-pop ni tapi rasanya ayah aku dah suntik vaksin k-pop kot dalam badan anak-anak dia sebab dalam kitorng 3 beradik, seorang pun tak sangkut dengan genre muzik ni. Dengar gitu-gitu je boleh lah, nak beriya sangat tak rasanya.

Bangtan, Annyeonghaseyo Bantan Seonyondan Imnida  "

Belum sempat aku nak dengar lagu kumpulan seterusnya, azan asar dekat telefon pintar aku berkumandang. Tanpa berlengah aku terus bangkit dari baring dan meransur untuk menjalankan kewajipan sebagai seorang umat islam. 

 

***

 

" Mak ngah tak halang tapi kamu nak kerja apa ? " Tanya mak ngah yang sibuk mengunyah ayam masak merah ala kampung yang dimasak oleh aku petang tadi. Aku pun mula termenung jauh dengan tangan tak basuh lagi.

" Entahlah, Mira tak tahu situasi dekat sini macam mana. Mak ngah rasa ? " Aku cuba tanya pendapat mak ngah yang kini sudah selesai makan. " Letak je situ, kejap lagi Mira basuh semua. " Laung aku.

" Kejap lagi kita sambung eh, mak ngah nak solat isyak jap. " Aku pun mengiyakan sahaja. Sempat la aku bersihakan semua, basuh pinggan, lap meja. Macam biasa, tatatertib. Pandai buat kotor pandai la bersihkan.

30 minit mak ngah join aku dekat sofa yang tengah sedap hadap running man. 5 minit macam tu seorang pun tak bersuara dan hanya tumpukan perhatian dekat variety show tu. 

" Rasanya tempat mak ngah nak pakai orang sekarang " Kata mak ngah dengan mata masih tertumpu pada skrin tv.

" kerja apa tu ? " Tanya aku pula.

" Guru bahasa Inggeris. " Nasib tak tersedak dibuatnya. " Mak ngah tahu Muet kamu band 5, kamu ada tulis dekat status fb kan " Aku mengangguk lemah. 

" Tapi mak ngah, Mira rasa macam tak layak la nak mengajar orang. Mira ni pun baran orangnya. Kang tak pasal-pasal kepala anak orang tu pula Mira tempeleng. Dah masuk surat khabar, 'Seorang warga asing dari Malaysia tanpa lesen ditangkap kerana belasah anak didiknya' eei seramlah. " risau pula bila difikirkan.

" Kamu ni imaginasi tinggi sangat " Gelak kecil wanita disebelahnya itu. " Kalau tak nak jadi cikgu, dekat bahagian bawah bangunan mak cik kerja tu ada cafe, yang tu diorang tengah cari part-timer. Selalunya diorang tak bagi orang asing kerja but since kamu ada orang dalam, boleh je. " sempat mak ngah kelip mata dekat aku. Thumbs up diberikan.

" Esok kita pergi " 

 

***

 

Setelah berbincang dengan manager kafe tersebut, dia pun ok je sebab dia dengan mak ngah pun memang rapat. Kita gelarkan dia sebagai manager Oh. Hari pertama kerja, aku suka sangat dengan suasana kafe tu, interior dia pun nice. Pekerja yang lain pun baik, mereka ajar aku step by step dari macam mana nak buat air sehinggalah cashier incase yang lain tak available. Apa yang aku perasan, yang paling ketara sekalilah ramai pelanggan pegang kipas tangan yang ada muka lelaki ke perempuan. Entah lah. Yang bawa lampu rupa macam bom pun ada. 

Jinie ah, kenapa ramai pelanggan yang bawa lampu pelik tu ? " Tanya aku kepada rakan sekaunter. Dia pandang aku terkejut.

Awak biar betul Ami ? Awak tak kenal BTS ke ? "

Behind The scene ke ? Cerita apa ? " Jawab aku pelik, kenapa dia terkejut sangat ni.

" BTS atau Bangtan Seonyondan tu kumpulan K-pop bawah Big Hit Entertainment. Tempat yang kita ker - " aku tunggu Jinie habiskan ayat dia sebelum kafe dipenuhi dengan jeritan nyaring.

Subhanallah sakitnya telinga.

Telinga perit yang bersembunyi disebalik tudung diusap lembut sebelum aku kembali menghadap kedepan, bersedia untuk melayan pelanggan yang menunggu.

" Selamat datang boleh saya dapatkan pesanan ? " Keadaan jadi senyap semula. Entah kenapa semua mata memandang kaunter Cashier. Aku menjeling ke arah Jinie yang tersengih-sengih. Ah sudah. Senyuman masih tak lekang dibibir, bersedia untuk menerima pesanan.

Bagi saya Americano panas dengan Black coffee . Yup itu sahaja. " Seperti biasa aku mengulang order untuk kepastian dan menyatakan harga yang terpampang tetapi lelaki didepan memandang pelik. " Bukan sepatutnya ada diskaun ke ? " Sekali lagi aku pandang Jinie.

" Ah ya semua sekali 4228.57 Won. " Balas Jinie selepas ambil alih cashier. Kan senang kalau dia pegang kaunter dari tadi, tak adalah aku malu sangat. 

Aku berdiri disebelah Jinie, perhatikan segala butang yang ada pada skrin. 

Baru eh ? Tak pernah nampak sebelum ni . " Tiba-tiba pinggang aku disiku dan Jinie tunjuk pada pelanggan yang masih menunggu minuman dia.

" Ya , baru je mula. Minta maaf sebab tak beri diskaun tadi" Aku tunduk maaf. Sakit pinggang dibuatnya, asyik kena tunduk je.

Ah tak apa. Awak ni muslim ke ? " Aku perhatikan wajah lelaki tu bila dia bertanya tentang agama aku. Anggukan dan senyuman kecil diberikan. " Cantik . 

Oh dia kata tudung aku cantik ke. Mestilah beli dekat Kamdar tu. " Terima kasih 

Lelaki tu menguntumkan senyuman buat kali terakhir sebelum berlalu pergi dengan pesanan dia. Suasana yang sunyi tadi kembali bising dan aku perasan banyak mata menjeling ke arah aku. Terasa badan aku ditarik tiba-tiba dari belakang. Jinie bawa aku kebahagian dapur dan pekerja perempuan disitu semua pandang aku dengan pandangan yang sama. 'Ceemburu'

" Untungnya Ami , dia kata awak cantik. " Kata Chaeyon sambil mengoncang lengan aku.

Dia kata hijab saya la. Kalau tak cantik tak adalah saya nak pakai.  Btw siapa lelaki tadi siap dapat diskaun lagi " Tanya aku lemah.

" Ami tu RM la atau nama betul Kim Namjoon. Dia ketua BTS. " Hmm Rm ? Ringgit Malaysia ke fikir aku.

 

Dan aku tak sangka pertemuan yang sekejap tu boleh menjadi besar sehingga mengubah hidup aku. Kalau kepada yang lebih baik tak apa, ni lebih buruk. Ah sudah . IBUUUUUUUUUUUUUUUU

 

 


hai semua chap 1 siap minta maaf la boring

sebab pengenalan kan so macam kurang skit

Insyallah chap seterusnya akan lebih menarik

bye smua muahhh

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
chizika
#1
Chapter 1: serious best..suka!!!!!lawak..ade ke patut ringgit malaysia...hahahahaha..
nanadjiyongie_01
#2
Chapter 2: kyaaaaaa sepanjang chapter asyik senyum and berfangirling...huwaaa ..Ami ni boleh lak kata BTS tu flash mob hahahahaha terkekek saya ketawa lol
gila ah ..mak ngah dia kerja kat Bighit fuhhhhh
habis la Ami ..masak kau...ni mesti artikel Koreaboo ni ..ish ish
keep updating! sememangnya awesome authornim!
nanadjiyongie_01
#3
Chapter 1: wahhhhhhhhhhhh best nyaaaaa serious ...asyik senyum je baca chapter ni..hmm speechless sbb mmg BESTTTTTTT..
*internal screams* yaahhh RM! aduhai berfangirling kat sini...nice update authornim! daebak.. hwaiting!!!!
saranghaeyo97
#4
Chapter 1: OKAY CERITA NI WIN