Bab 2

School 2020: The Hidden Secret

Waktu rehat telah pun tiba. Seperti kebiasaan, cafeteria Haewon High School penuh dengan pelajar-pelajarnya yang datang untuk menuntut makanan yang telah dibayar kepada pihak sekolah oleh ibu bapa masing-masing. Ada yang masih berbaris untuk mengambil makanan yang disediakan pada hari tersebut dan ada juga yang telah duduk setelah mendapat makanan. Eunwoo, Kyungsoo, Taehyung dan Sejeong duduk bersama di salah satu meja. Mereka sedang menikmati makanan yang berada di atas meja di hadapan mereka.

" Yaaa, Kyungsoo! Kau tak takut ke duduk sebelah dia? " tanya Taehyung tiba-tiba sambil matanya terarah kepada Shinhye yang sedang makan sendirian di meja yang tak jauh dari mereka.

"Buat apa nak takut, aku tengok dia normal je macam pelajar lain. Mungkin dia introvert dan style rambut dia lah kot yang bermasalah sikit." sampuk Sejeong.

Taehyung tidak mempedulikan jawapan-tak-diminta dari kembarnya itu. Dia terus memerhatikan Shinhye dengan perasaan ingin tahu yang memuncak. "Kyungsoo-ah, tak kan lah kau tak nampak muka dia. Kau tak cuba intai-intai ke? " Taehyung masih belum puas bertanyakan mengenai Shinhye kepada Kyungsoo.

"Cantik. " Sepatah perkataan itu keluar dari mulut Kyungsoo.

Jawapan yang diberikan membuatkan tiga pasang mata sahabatnya itu serentak terarah kepada Kyungsoo. Taehyung kelihatan teruja tapi tidak bagi Eunwoo dan Sejeong. Mereka berdua memandang Kyungsoo dengan pandangan tak percaya.

"Yaa, Kyungsoo! Kau betul-betul nampak muka dia ke? " Sejeong inginkan kepastian.

"Tak. " Kali ini, sepatah juga jawapan yang diberikan oleh Kyungsoo. Dia hanya memandang nasinya yang hanya sedikit luak itu dari tadi.

"Apa?!! Lepas tu macam mana kau tahu dia cantik? " Riak wajah Taehyung yang tadinya teruja kini bertukar masam, mungkin kerana dia berasa tertipu dengan kenyataan Kyungsoo tadi yang mengatakan Shinhye adalah gadis yang cantik.

"Aku dah kenyang. Aku pergi dulu. " Tanpa menjawab soalan Taehyung, Kyungsoo terus bangun dari tempat duduknya.

"Kyungsoo-ah, kau tak jawab lagi soalan aku. Macam mana kau tahu dia cantik kalau kau tak pernah tengok muka dia?" jerit Taehyung tapi Kyungsoo tak mengendahkannya dan terus berlalu pergi dengan membawa tray makanannya yang masih tersisa banyak lagi makanan itu.

"Aku pun dah kenyang. Aku pergi dulu yer. Jumpa di kelas. " kata Eunwoo sambil tersenyum dan terus berlalu pergi meninggalkan Taehyung dan Sejeong.

"Kenapa dengan mereka berdua tu??? " rungut Sejeong sambil mengerutkan dahinya. Dia dapat rasa ada yang tak kena dengan Kyungsoo dan Eunwoo.

"Mungkin diaorang ‘datang bulan’ kot." kata Taehyung dengan muka tidak bersalah lalu menyuapkan satu sudu penuh nasi ke dalam mulutnya.

"Haish, budak ni! Tak habis-habis mengarut. Dah la. Makan cepat! " Sejeong merengus.

Beberapa saat selepas itu, Sejeong terpandang ke arah meja, tempat Shinhye makan. Tapi meja itu telah pun kosong.

"Dia pun dah siap makan ke? " gumam Sejeong perlahan.

 

 

 

 

 


 

 

 

 

 

Kyungsoo masuk ke dalam kelas diikuti Eunwoo. Eunwoo kemudiannya memegang bahu Kyungsoo dari belakang dan memusingkan tubuh rakannya itu supaya menghadapnya. Kini, hanya mereka berdua sahaja di dalam kelas itu.

"Kau ada sesuatu nak bagitahu aku? Mungkin salah satu rahsia kau? " Tanya Eunwoo sambil cuba melihat ke dalam mata Kyungsoo. Tapi dengan pantas, Kyungsoo melarikan matanya dari menjadi tatapan Eunwoo.

"Apa maksud kau? Aku tak ada apa-apa nak bagitau sesiapa."

"Kau pasti? Kau tak nak bagitahu aku? " Lagak Eunwoo seperti sedang mengugut kawan baiknya itu, tetapi di sudut hatinya, dia berharap yang Kyungsoo akan memberitahunya tentang perkara tersebut dengan mulutnya sendiri.

“Eunwoo, kau ni dah kenapa? Kau dah kenal aku dah lamakan, kenapa tiba-tiba kau tanya aku soalan nonsense macam tu?”

Nonsense? Huh! Sebab kita kawan baik dan dah kenal lama lah, aku kena selamatkan kau.” Eunwoo memberhentikan kata-katanya dan terus menyeluk poketnya. Sesaat kemudian, dia mengeluarkan sesuatu dari dalam poket seluarnya itu dan ‘barang’ itu ditunjukkan kepada Kyungsoo.

Sebungkus serbuk berwarna putih.

Dadah.

Riak muka Kyungsoo sangat terkejut melihat ‘barang’ itu pada ketika ini, berada di tangan Eunwoo.

"Kau… dapat tu dari mana?" tanya Kyungsoo sambil matanya memandang tepat ke arah bungkusan tersebut.

Eunwoo melepaskan keluhan berat. "Rumah kau."

 

 

 

Flashback

 

"Pakcik, kita terus ke sekolah. Kyungsoo tak naik dengan kita hari ini. " Eunwoo memberitahu pemandunya.

"Baik tuan muda. "

Kereta Mercedes-Benz hitam itu mula bergerak. Tapi baru beberapa detik...

"Berhenti. " Eunwoo tiba-tiba bersuara. Kerana terkejut dengan arahan mengejut tuannya itu, pemandunya itu terus menekan brek.

"Kenapa tuan muda?" Pemandunya itu memandang Eunwoo melalui cermin pandang belakang.

"Saya nak tunggu Kyungsoo.” Eunwoo tersenyum.

 

 

 

Langkah Eunwoo terhenti di hadapan rumah bernombor 13 itu. Dia mengambil keputusan untuk naik ke rumah kyungsoo di tingkat 4 itu setelah hampir 20 minit menunggunya.

"Yaa.. Kyungsoo, aku ni.. Eunwoo. Kalau kau ada kat dalam, bukalah pintu ni." kata Eunwoo sambil mengetuk beberapa kali pintu rumah itu.

Tapi malangnya, tiada sebarang jawapan dari dalam rumah tersebut. Eunwoo berpaling dan berlalu pergi dengan perasaan kecewa.

Tapi baru beberapa langkah diambil, dia seperti mendapat idea. Dia kembali menapak ke arah pintu rumah tersebut. Alat yang mempunyai button nombor pada pintu itu ditatap. Dengan yakin, dia mula menekan beberapa button nombor  yang seharusnya akan membuatkan pintu itu terbuka jika nombor yang dimasukkan adalah sama dengan nombor pin rumah tersebut.

Ppap! Terbuka!

“Masih nombor yang lama.” Gumam Eunwoo. Dia terus menguak daun pintu itu dan masuk ke dalam. Keadaan rumah yang agak bersepah itu menghiasi pandangan Eunwoo.

"Kyungsoo? Kau ada tak? Kau kat mana?" Tapi tetap tiada jawapan.

Eunwoo melihat ke sekeliling rumah. Dalam bilik air. Dalam bilik tidur. Di dapur. Tapi kelibat Kyungsoo tidak kelihatan di mana-mana dalam rumah tersebut.

"Dia tiada kat rumah? Dia pergi mana awal pagi macam nj? "

Dan pada ketika itu juga, Eunwoo terpijak sesuatu. Dia menunduk lalu mengutip benda yang berada di sisi kakinya itu. Dia membelek-belek bungkusan yang terisi serbuk putih itu. “Benda apa ni?” Dahi Eunwoo berkerut.

Tapi disaat dia menyedari apa sebenarnya yang berada dalam bungkusan itu, riak wajahnya terus berubah tegang.

Dia menggenggam barang itu dengan sekuat hati.

"Bodoh."

Dan terus meluru keluar dari rumah tersebut.

 

Flashbak end

 

 

 

 

 

"Sekarang, ada apa-apa kau nak terangkan pada aku? Macam mana dadah ni boleh ada kat dalam rumah kau? " Eunwoo mendambakan jawapan. Dia tidak mahu percaya pada fikiran negatif yang ada dalam fikirannya sejak pagi tadi sebelum mendengar penerangan daripada Kyungsoo.

Tapi reaksi Kyungsoo yang turut berubah tegang itu tidak menunjukkan yang dia akan membuat sebarang penerangan. "Kau yang sepatutnya terangkan pada aku. Apa yang kau buat dalam rumah aku masa aku tiada? Siapa bagi kau kebenaran masuk ke dalam rumah aku masa aku tak ada?!!!!" Kyungsoo tidak dapat menahan amarahnya, dia menjerit pada ayat akhirnya.

Eunwoo tersenyum sinis. "Do Kyungsoo, kau kenapa sebenarnya? Kalau kau ada apa-apa masalah, kongsilah dengan aku. Mana tahu aku boleh tolong. "

"Aku tak perlukan pertolongan kau. Aku dah banyak terhutang budi dengan kau. Aku dah tak sanggup untuk berhutang dengan hutang yang aku tahu aku takkan dapat bayar semula."

Eunwoo meraup mukanya. "Apa kau cakap ni, Kyungsoo? Kita kan kawan. Jadi, tak salahkan kalau seorang kawan tolong kawan dia yang dalam kesusahan."

Kini, Kyungsoo pula mempamerkan senyuman sinis. " Tapi aku tak tolong kau masa kau dalam kesusahan. Tiga tahun lepas, aku biarkan kau dan berpaling dari kau.” Kyungsoo kemudian memandang kaki Eunwoo. Memori pahit itu menjelma kembali tetapi cepat-cepat ditepis. Kyungsoo kembali memandang wajah Eunwoo. “Sekarang, bagi balik ‘barang’ itu pada aku.”

"Tak. Aku bukan seperti kau. Aku takkan berpaling dari kawan aku. Jadi, aku takkan bagi ‘barang’ ini pada kau selagi kau tak terangkan pada aku. Macam mana kau boleh ada najis ini? Atau jangan-jangan, kau ambil dadah ni? " Eunwoo mula mengecilkan matanya.

Kyungsoo seperti langsung tidak mendengar apa yang dikatakan Eunwoo. "Aku cakap bagi aku balik. "

Kyungsoo mula cuba untuk merampas dan akhirnya bungkusan itu tercampak dan terkena pada tubuh seseorang sebelum ianya jatuh ke atas lantai.

"Shin hye" kata Eunwoo dan Kyungsoo serentak.

Shinhye mengutip bungkusan yang berada berdekatan dengan kakinya itu dan menghulurkan bungkusan itu kepada Kyungsoo.

Pada ketika itu juga, kedengaran tapak kaki pelajar lain yang semakin menghampiri kelas itu.

Wajah Kyungsoo dan Eunwoo mula pucat. Dadah yang berada di pegangan Shin hye itu…tiada siapa yang boleh nampak. Kalau tak, habislah mereka bertiga.

Tanpa dapat berfikir lagi, Eunwoo terus memegang tangan Shinhye yang sedang memegang bungkusan itu dan menarik tubuh gadis itu ke dalam dakapannya.

Dan tepat pada ketika itu, beberapa orang pelajar sampai di pintu kelas tersebut. Mereka semua terbeliak melihat adegan yang sedang dipertontonkan di hadapan mata mereka sekarang, termasuklah Taehyung dan Sejeong.

Eunwoo dan Shinye berpelukan dan terus berpelukan…dengan erat.

 

 

Bersambung.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Night1997 #1
That's great! I look forward to your next chapter.