Bab 1

School 2020: The Hidden Secret

“Sekolah usang yang sudah lama terbiar itu kelihatan menyeramkan lagi-lagi pada waktu malam. Kadang-kadang, ada bunyi seperti perempuan menjerit meminta tolong. Kadang-kadang, ada bunyi lelaki gelak dengan kuat. Sebab tu, tiada siapa yang berani mendekati sekolah usang itu lagi. Dah nak dekat 10 tahun terbiar selepas peristiwa itu.”

"peristiwa apa?" tanya mina.

Taehyung yang sedang rancak bercerita di luar kelas itu menjadi tumpuan beberapa orang pelajar. Mereka mengelilingi Taehyung seperti anak burung menunggu ibunya menyuapkan makanan. Semua memandang Taehyung, tidak sabar mendengar cerita selanjutnya tentang sekolah yang dikatakan puaka itu.

"Peristiwa pembunuhan." Taehyung mengecilkan matanya. Lagaknya seperti detektif Conan yang sedang cuba menyelesaikan sebuah kes pembunuhan.

"Pembunuhan? Siapa yang kena bunuh? " tanya mina lagi.

" Siapa lagi… mestilah pelajar perempuan yang paling cantik kat sekolah tu.. Dan dia dibunuh oleh cikgu lelaki yang psycho selepas dia tolak cinta cikgu tu. " sampuk Sejeong yang entah muncul dari mana.

"Oh… Camne Sunbae tahu? " tanya jihoon pula sambil mempamerkan muka teruja ke arah Sejeong.

Sejeong tak melayan Jihoon, sebaliknya memandang Taehyung. " Cis.. Yaa! Taehyung-ah, sampai bila kau nak bodohkan budak-budak ni dengan cerita seram yang kau reka tu ha... "

Jihoon dengan Mina berpandangan antara satu sama lain. Beberapa orang pelajar lain yang turut berada di situ untuk mendengar cerita Taehyung tadi turut terkebil-kebil. Taehyung kelihatan bersalah.

" Ya! Mana ada aku reka. Kali ni kisah benar tau. Sepupu aku yang belajar kat Busan cerita pada aku semalam.”

Sejeong tersenyum sinis. " Sepupu kau? Kau dah lupa agaknga. Sepupu kau tu maknanya sepupu aku jugaklah, lembap. Kita mana ada sepupu kat Busan la. "kata Sejeong dan terus memukul Taehyung dengan buku yang ada ditangannya.

"Ahh..berhentilah! Sakitlah Sejeong."

"Rasakan! Suka sangat takutkan pelajar junior kan ..sekarang kau terima balasannya. " Sejeong terus memukul Taehyung sambil diperhatikan oleh junior-junior.

 

 

 


 

 

 

Teet teet. Hanphone yang berada di pegangan seseorang bergetar. Satu mesej masuk. Nama penghantar mesej yang terpapar di skrin adalah kyungsoo.

Pemuda yang merupakan pemilik handphone tersebut membuka mesej yang diterimanya itu.

'Eunwoo-ah, harini aku mungkin lambat sikit datang sekolah sebab ada urusan. Jadi, kau tak perlu jemput aku.'

Eunwoo menghembuskan nafas berat. Dia memandang keluar cermin kereta. Apartment tua di mana kyungsoo tinggal menjadi tatapannya.

" Pakcik, kita terus ke sekolah. Kyungsoo tak naik dengan kita hari ni." Eunwoo memberitahu pemandunya.

"Baik tuan muda."

 


 

 

 

Eunwoo berjalan menuju ke kelas. Dari kejauhan dia dapat melihat Taehyung sedang dipukul bertubi-tubi oleh Sejeong.

"Cis. Sampai bila Taehyung tu nak biarkan je Sejeong buli dia." gumam Eunwoo lalu menghampiri mereka.

" Sejeong-ah, dah lah tu. Malulah junior tengok."

"Biarkan! Biar diaorang tahu senior diaorang yang sorang ni kuat mereka cerita dan tak boleh dipercayai." Sejeong memukul Taehyung dengan lebih kuat.

"Tapi... bukan ke agak melampau kau pukul abang kembar kau sendiri macam tu? Kau tak sayang dia ke? " Disaat mendengar perkataan ‘sayang’ itu disebut, pukulan Sejeong terhenti dan kedua-dua Sejeong dan Taehyung memandang Eunwoo dengan riak tidak percaya.

“Apa? Aku ada salah cakap ke?” Eunwoo menunjukkan riak mula clueless sambil memandang kedua-dua adik beradik kembar itu silih berganti.

Akhirnya, Sejeong menjarakkan dirinya dari Taehyung tapi matanya tetap memandang Taehyung dengan pandangan tak puas hati. "Abang kembar konon! Lebih baik aku tak ada abang kembar dari ada abang kembar yg tak matang macam dia ni. " hambur Sejeong dan dia terus meluru masuk ke dalam kelas.

Taehyung memuncungkan bibirnya, mungkin sedih atau terasa dengan apa yang dikatakan oleh Sejeong.

Pada ketika itu juga, loceng berbunyi menandakan kelas pada hari tersebut akan bermula.

" Oh, loceng dah berbunyi. Sunbae.. kami masuk kelas dulu yer." kata Jihoon kepada Taehyung dan terus tergesa-gesa menarik tangan Mina pergi dari situ. Dan diikuti pelajar-pelajar junior yang lain.

Eunwoo mendekati Taehyung yang telah ditinggalkan keseorangan itu. Dia merangkul leher Taehyung. "Jom. Kita pun perlu masuk kelas juga."

Dengan sekali anggukan dari Taehyung, mereka berdua mula berjalan masuk ke dalam kelas. Tapi setiba sahaja di hadapan pintu kelas, langkah Eunwoo tiba-tiba terhenti. Dia memandang ke hujung koridor itu.

"Kenapa Eunwoo? “ tanya Taehyung yang pelik dengan tindakan rakannya itu yang berhenti tiba-tiba. “ Kaki kau sakit lagi ke? Kalau sakit, jom kita pergi hos…”

"Bukan. Tadi aku macam nampak seseorang berdiri kat hujung koridor itu. "

"Ha? Mana?” Taehyung turut memandang ke arah yang sama dengan Eunwoo, ke hujung koridor. Kosong.  “Tak de orang pon."

"Mungkin aku tersilap pandang. Tak pe lah. Jom masuk. "

Mereka berdua pun masuk ke dalam kelas untuk bersama-sama pelajar-pelajar lain.

Tapi tanpa mereka sedar, seseorang keluar dari persembunyian, lalu berdiri di hujung koridor itu sambil memandang seseorang yang berada di dalam kelas 3A itu.

 

 


 

 

 

“ Oh, Kyungsoo belum datang lah. “ gumam Taehyung sambil melihat tempat duduk di belakang sekali itu tidak berpenghuni dan kemudian, dia memandang Eunwoo yang duduk di sebelah Sejeong . “ Eunwoo, kau tak jemput Kyungsoo ke hari ni?”

“ Tak. Dia mesej aku supaya tak jemput dia dan dia juga cakap yang dia akan datang lambat sikit hari ini.” Jawab Eunwoo acuh tak acuh. Matanya tertumpu pada buku yang sedang dibacanya. 

“Datang lambat lagi? Dah selalu sangat dia datang lambat. Kau tahu tak sebab apa?”

“Aku pun tak tahu. Dia cuma cakap yang dia ada urusan yang perlu dia selesaikan.” 

“Urusan yang perlu diselesaikan?” Taehyung mengerutkan dahinya.

“Bangun! ” Ketua kelas mengarahkan pelajar-pelajar lain untuk bangun sebagai tanda hormat tatkala guru kelas mereka, Cikgu Kim woobin masuk ke dalam kelas tersebut.

Tapi harini, guru kelas mereka itu tidak berseorangan. Ada seorang gadis sedang berdiri di sebelahnya. Gadis iu tertunduk dan rambutnya yang panjang itu menutupi hampir keseluruhan mukanya.

Taehyung menelan air liurnya. Entah kenapa dia berasa seram sejuk tatkala melihat gadis tersebut.  “Sejeongah, aku rasa …watak utama bagi cerita seram aku dah betul-betul muncul.”bisik Taehyung sambil mukanya ditoleh ke balakang sedikit, ke tempat duduk Seojong.

Sejeong merengus menahan marah. “ Kau betul-betul nak mati macam watak dalam cerita seram kau tu ke? Kalau kau masih sayangkan nyawa kau, berhenti mengarut dan pandang depan.”

“ Baiklah. Harini, ada seorang pelajar baru yang akan bersama-sama dengan kita semua. Shinhye, perkenalkan diri kamu.”arah Cikgu Woobin kepada gadis disebelahnya itu.

 “Annyeonghaeyo. Nama saya Parkshinye. Saya berasal dari busan. Sila beri tunjuk ajar.”

“Kan betul aku cakap, sejeong. Hantu dari busan tu dah datang.”

Pangg!!

Satu pukulan hinggap di kepala Taehyung.

Satu kelas melihat Sejeong dan Taehyung termasuk guru kelas mereka.

“ Aduh sakitnya.” Rungut Taehyung sambil memegang kepalanya.

“Saya minta maaf cikgu. Tadi, ada lalat buat bising atas kepala Taehyung, jadi saya tolong Taehyung bunuh lalat tu. Tapi jangan risau, lalat tu dah mati, dan saya harap dia tak hidup semula dan buat bising lagi.” perli Sejeong sambil tersenyum palsu sebelum menjegilkan matanya ke arah Taehyung.

 “Baiklah kelas, saya harap kamu semua dapat melayan Shinhye dengan baik dan bersahabat dengannya. Shinhye, saya harap kamu juga boleh sesuaikan diri kamu dalam kelas ni. Sekarang, kamu boleh duduk di tempat duduk di sebelah ….”

Pada saat itu, pintu kelas terbuka dan kyungsoo terjongol di muka pintu.

“ Minta maaf, Cikgu Woobin. Saya terlambat.” kata kyungsoo dengan termengah-mengah. Peluh mengalir di pipinya.

“Apa nak jadi dengan kamu ni Kyungsoo. Dah berapa kali kamu datang lambat.”

“ Maaf Cikgu. Saya janji tak buat lagi.”

“ Pegang pada janji kamu atau saya terpaksa panggil penjaga kamu untuk datang ke sekolah.”

Kyungsoo hanya tertunduk. Tangannya digenggam.

“ Baiklah, kyungsoo, kamu boleh duduk di tempat duduk kamu. Shinhye, kamu boleh ikut kyungsoo. Tempat duduk kamu di sebelah dia.”

“Apa?” kyungsoo termangu seketika. Dia seperti baru sedar akan kehadiran pelajar baru itu. Dia memandang Shinhye tapi dia tidak dapat meilhat wajah gadis itu dengan jelas dek kerana ditutup oleh rambutnya.

“Apa yang kamu terjegat lagi tu.” Jerkah cikgu woobin apabila Kyungsoo langsung tidak bergerak sebaliknya terus memandang Shinhye tanpa berkelip.

Kyungsoo yang terkejut dengan jerkahan itu terus menunduk 90 darjah di hadapan Cikgu Woobin. “Maaf cikgu.”

Kyungsoo kembali memandang Shinhye. “Ikut saya.”

Shinhye tidak menjawab dan hanya mengikuti kyungsoo ke tempat duduk .  Pada saat itu, pelajar-pelajar lain memandang mereka berdua dengan pandangan yang penuh ketakutan.

 

 

Bersambung

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Night1997 #1
That's great! I look forward to your next chapter.