Chapter 03
비밀의 책 : Lost Soul
Chapter 03 // Jungkook's POV
Usai bersiap, aku bersarapan bersama datuk. Selepas itu, mulalah tugas aku sebagai seorang suri rumah tangga. eh- silap. Cucu yang bertanggungjawab. Tetapi satu sahaja tugas yang aku tak mampu laksanakan, iaitu memasak. Aku tidak reti memasak. Jadi selepas aku menyidai pakaian, aku akan menyapu daun kering di sekeliling tokong.
" Taehyung! Taehyung! " aku memandang sekeliling memastikan tiada sesiapa berdekatan sebelum melambai kepada Taehyung dan berlari mendekati dia.
" Kau buat apa kat sini? " aku memandang Taehyung yang termenung jauh dihadapan tokong sederhana besar ini.
" Panggil aku Tae jelah. Okay? "
Dia mengabaikan soalan aku namun aku tetap mengangguk setuju. " Tae, boleh aku tanya kau satu soalan? "
Kali ini giliran dia pula mengangguk, lalu duduk di salah satu anak tangga tokong.
" Umm... kau kata kau roh yang berkeliaran sebab sesat kan? macam mana kau boleh sesat? "
" Kau tak pernah tengok tv ke? takkan kau tak pernah tengok cerita hantu? selalunya roh macam aku ni berkeliaran sebab mati dalam keadaan tidak tenang "
" Oh... dah lama ke kau mati? bukan ke roh berkeliaran kena tangkap dengan malaikat maut? atau kena campak dekat neraka ke? "
Aku tidak menyambung kata-kata aku apabila menyedari pandangan tajam Tae kepada aku. " Kau ni banyak sangat tengok cerita bukan-bukan. Sudah lah, kau kata kau nak tanya satu soalan je. Yang lain aku tak nak jawab "
" Ceh, yelah " aku pula yang terkena kembali sindiran sama. Aku mengeluh dan mengalihkan pandangan ke hutan yang terletak di sebelah tokong. Masih tertanya mengenai hal Tae. Tetapi pandangan aku tidak terlepas daripada hut
Comments