2 : MIMPI YANG NYATA? (Part 1)

Cerita Hati
Please log in to read the full chapter

 

 

"Ish mana Shera ni? Dah nak dekat pukul 11.30 malam ni. Tak balik –balik pun. Pergi mana pulak dia ni, dah la call pun tak angkat." Sue yang bimbang akan temannya dan tak henti – henti menghubunginya.

"Qila! Jom teman aku jap pergi tanya Zelo. Kut – kut dia tahu Shera pergi mana dengan si Yongguk tu." kata Sue.

"Alah, malaslah orang penat tahu tak. Dah la keluar tak ajak. Pergilah Qila penatlah nak tidur." balas Qila malas. Mungkin terasa hati dengan kakaknya itu kerana keluar outing tanpa dirinya.

Dengan beraninya Sue pun keluar lah ke luar rumah. Kebetulan pula Zelo sedang melepak di depan rumahnya. Dengan selamba Sue menjerit memanggil nama Zelo ala – ala gangster gitu.

"Zzeelooo..." jerit Sue.

Zelo yang sedang minum air milo tersedak apabila terdengar Sue memanggilnya. Habis air itu tersembur tepat pada baju Himchan yang kebetulan masih berada di ditu setelah menawarkan diri untuk menghantar Sue pulang ke rumah petang tadi. Daehyun yang juga berada di situ juga turut terkejut.

"Ehh... Sue ! awak ni tengok oppa dah kotorkan baju Himchan hyung dah." Kata Zelo geram sambil membahasakan dirinya oppa.

Sue yang mendengar Zelo membahasakan dirinya oppa terasa hendak termuntah kat situ. Beza umur baru setahun tapi nak ber 'oppa' bagai, omel Sue dalam hati.

"Sue awak ni kan seorang perempuan yang comel. Janganlah jerit – jerit nanti hilang kecomelan awak tu." Kata Daehyun lembut tidak mahu menyakiti hati gadis comel ini. Himchan yang mendengar nak tergelak pun ada.

"Kakakkkk! Kak shera telefon ni.." jerit Qila dari dalam rumah.

Tanpa menghiraukan Daehyun yang baru saja memujinya Sue terus berlari ke dalam rumah.

"Dae bila nak luahkan apa yang ada dalam hati tu?" tanya Himchan tiba – tiba. Zelo pula terpinga – pinga dengan pertanyaan Himchan hyung itu.

Pipi Dae sudah kemerahan apabila di tanya soalan itu.

"Hyung saya tak rasa yang Sue rasa apa yang saya rasa hyung." Balas Dae perlahan . Dia sedar yang dirinya masih lagi tidak mempunyai apa – apa harta dan aset sendiri. Selama ini dia hanya menumpang kesenangan hidup Yongguk hyungnya itu, malah dia juga masih baru hendak menjadi penyanyi. Dia bukan seperti hyungnya yang mahir mencipta lagu dan mempunyai keseimbangan hidup yang sempurna terutama dari segi kewangan.

"Cubalah. Kalau tak cuba mana nak tahu." Yongguk yang datang dari mana tah memberi dongsaengnya kata semangat.

"Bro, dari mana ni? Tengah – tengah malam baru balik." Tanya Himchan pelik sambil menjuihkan bibir ke arah Shera yang baru sahaja melintasinya di sebelah rumah Zelo itu.

"Hyung, erm... saya.. saya..." tergagap Dae apabila mendengar hyung berkata begitu bukannya dia tidak tahu yang hyungnya seorang yang serius.

"Sudahlah tak perlu sorokkan lagi perasaan kamu tu. Nanti jadi macam hyung ni. Menyesal. Tak pergi mana – mana pun. Just hang out je." Kata yongguk selamba.

"Hyung – hyung sekalian tak mahu ke berkongsi cerita dengan saya ni. Dari tadi saya hanya melihat Himchan hyung dan Dae hyung bercerita. Ni kenapa hal hyung – hyung cakap ni ada kene mengena dengan jiran saya ye?" tanya Zelo yang semakin pelik dengan hyungnya.

"Hahaha kesian betul maknae kita ni." kata Himchan sambil mengosok – gosok kepala Zelo.

"Okey kalau nak tahu cerita.. boleh tak kalau kami semua tidur dan lepaking kat rumah Zelo?" tanya Yongguk.

"Eh, mestilah boleh hyung. Apa kata kita ajak Youngjae hyung dan Jongup hyung sekali?" tanya Zelo.

"Okey juga." Balas mereka serentak

 

 

DI DALAM RUMAH SHERA / SEBELUM SHERA TELEFON SUE

"y...y.. special. Ah, girl tweet me your mention.." tiba – tiba nada dering telefon Sue berbunyi menandakan ada yang menghubunginya.

"Aduh.. telefon sape pulak bunyi ni? Memekak betul lah." rungut Qila kerana tidurnya diganggu dengan bunyi itu.

"Hello. Sape ni?" jawab Qila tanpa melihat siapa yang menghubungi kakaknya itu.

"Hello, ni Qila eh? Panggil kakak jap. Ni kak Shera lah." Jawab Shera di hujung talian.

"Oh , kak Shera. Kejap eh." kata Qila sambil mencari kakaknya.

"Kakakkkk! Kak Shera telefon ni.." jerit Qila dari dalam rumah.

Sue yang berada di depan rumahnya untuk bertanya Dae, Zelo dan Himchan di mana Shera telah pergi bersama Yongguk oppa terus berlari ke dalam rumah setelah mendengar jeritan adiknya yang mengatakan Shera menelefonnya.

"Shera!! Kau ni tak reti ke nak angkat call? Hah? Tahu tak aku risau?" kata Sue sejurus mengambil telefon dari Qila. Yelah dah la keluar dengan lelaki yang selama ini suka cari pasal dengan dia dan Shera, lepas tu boleh pulak keluar berdua dan tinggalkan dia keseorangan bersama dengan Dae dan Himchan petang tadi.

"Hehehe.. sorry lah. Handphone aku silentkan tadi, tak dengar and tak tahu pulak kau akan call banyak kali. Jangan risau ea. Aku dah nak sampai rumah ni." Kata Shera lembut tidak mahu kawanya itu terus bengang dengan dirinya.

"Banyaklah kau punya sorry. Ni kau pergi mana dengan si Yongguk tu? Bukan korang musuh ke? Ni boleh pulak keluar dating." Kata Sue selamba. Biar padan muka kau, sakit hati betul aku ni tau.

"Ah, tak ke mana pun. Eh dah la nanti kat rumah la sambung gaduh eh. Babai." kata Shera. Segera mematikan panggilannya itu, malas hendak bertekak dengan Sue time – time macam ni. Lagi pun di sebelahnya ini masih ada Yongguk, dia tak mahu Yongguk bertanyakan itu dan ini.

"Eh, Shera.. Shera!!" ish dia ni tak guna betul lah. Berani dia matikan telefon. Takpe siaplah kau balik nanti.

"Kenapa? Sue marah Shera ke sebab balik lambat?" tanya Yongguk yang sedari tadi mencari topic perbualan yang sesuai untuk dia bercakap dengan gadis itu.

"Emm. Taklah. Dia memang macam tu. Tak boleh berenggang dengan saya. Kita orang kan lesbian macam yan

Please log in to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet