Konflik (Part 2)

Cerita Hati
Please log in to read the full chapter

 

 

DI DALAM PANGGUNG WAYANG

"Sue, cerita apa kita akan tengok?" tanya Shera blur.

"Oh, cerita yang tengah hot sekarang ni. Cerita The Space Between Me and You." Balas Sue.

"Ahh, cerita romantik kau pergi beli. Hish tak best la. Cubalah tengok cerita Avengers ke? Adventure punya cerita ke? Dah la tengok dengan kau pulak tu." Rungut Shera yang sememangnya tidak gemar cerita yang berunsur romantik dan cerita yang mampu membuatkan sesiapa menangis.

"Kau yang suruh aku beli apa – apa cerita kan? Aku beli ikut suka hati makcik aku la." Balas Sue selamba. Bukannya tak tahu Shera ni memang susah nak tengok cerita – cerita macam ni. Apa yang dia tahu cerita lasak, tak pun yang ganas – ganas. Padahal dalam hati tu ada taman.

"Ish kau ni. Kau jangan marah pulak kalau aku tidur." Kata Shera geram

"Tidurlah, kalau kau rasa bosan." Balas Sue tenang sambil matanya terarah ke arah screen.

Tiba – tiba seat di sebelah Shera diduduki orang. Sebaris tempat Sue dan Shera duduk telah di duduki oleh 6 orang lelaki.

5 minit selepas 6 orang lelaki itu duduk maka cerita pun bermula. Shera yang sememangnya tak suka cerita romantik terus melelap kan matanya tanpa menghiraukan lelaki disebelahnya.

"Bro, tengok gadis sebelah kau tu. Boleh pulak dia tidur." Kata Himchan yang sememangnya pelik tentang sikap gadis zaman sekarang. Pelik – pelik belaka.

Yongguk hanya tersenyum. Langsung tidak menoleh ke arah gadis di sebelahnya. Otaknya malas nak berfikir. Kalau boleh dia pun nak tidur macam gadis di sebelahnya.

 

25 minit selepas cerita bermula.

Yongguk yang sedang leka melihat screen wayang tiba – tiba tersentak apabila kepala gadis yang duduk di sebelahnya itu terlentok pada bahunya. Pada mulanya Yongguk mahu menolak kepala gadis itu tapi dibatalkan niatnya apabila haruman perfume yang dipakai gadis ini sama dengan gadis yang pernah mencuri hatinya dahulu.

Maka Yongguk pun mencuri pandang ke arah rakan gadis yang tidur di sebelahnya ini. Alangkah terkejutnya Yongguk apabila yang dilihat itu adalah Sue teman baik Shera. Secara tidak langsung matanya terus terarah ke arah muka gadis yang bersandar di bahunya.

Segaris senyuman terpancar di bibir Yongguk apabila menyedari gadis itu adalah Shera.

"Bro, apasal sengih – sengih ni? Cerita ni tengah sedih kau boleh pulak senyum. Apasal?" bisik Himchan pelik.

Yongguk yang leka memerhatikan gadis di sebelahnya tak menjawab soalan Himchan itu tadi.

"Weh, aku cakap dengan kau ni. Tak dengar ke?" suara Himchan cukup membuatkan orang di dalam panggung memandang direct ke arah mereka.

"Hish, kau ni cakap tu slow – slow lah." Kata Yongguk geram.

"I'm sorry" balas Himchan comel.

"Chan, tengok gadis sebelah aku ni" kata Yongguk

"Eh, bukan ke.." belum sempat Himchan nak habiskan ayatnya Yongguk meletakkan jarinya di bibir Himchan.

"Malam ni aku lepak rumah kau. Ada benda aku nak cerita pasal aku dan gadis ni." Bisik Yongguk perlahan, tidak mahu membuatkan gadis ini terjaga.

"Oh, jadi betul lah, mesti ada apa –apa yang telah berlaku antara korang? Okay malam ni lepaking kat rumah aku. Aku nak dengar dari A sampai Z." balas Himchan. Jadi betullah Yongguk berkelakuan pelik bukan sebab lagu yang perlu diciptanya tapi kerana gadis itu.

Yongguk hanya tersenyum. Dia hanya membiarkan saja Shera bersandar pada bahunya. Matanya terarah pula pada Sue yang juga terlena mungkin cerita ini memang membosankan. Hump nama pun kawan jadi kalau sorang tidur yang lagi sorang ni mesti lah tidur jugak.. hehehe

 

SETELAH 2 JAM 30 MINIT BERLALU.

Semua orang telah meninggalkan panggung kecuali dua gadis yang masih terlena ini dan juga Yongguk, Himchan, Daehyun, Youngjae, Jongup dan Zelo.

"Eh, hyung itu bukan ke jiran saya?" tanya Zelo pelik melihat Shera yang elok bersandar pada bahu Yongguk dan Sue yang tertidur dengan comelnya. Seolah – olah pasangan kekasih je Yongguk hyung dengan jirannya itu.

"Em.. yelah, jiraaan ka.. kamu ni."  Balas Yongguk gagap. Apahal tah nak gagap – gagap pulak kawan aku ni. Mesti ada apa- apa ni. Omel Himchan dalam hati.

"Ehh.. itu bukan ke Sue. Apa dia buat kat sini dengan Shera, hyung?" tanya Daehyun pelik dan ada rasa cemburu apabila terlihat Sue yang juga terlena di sisi Shera . Malah bertambah pelik apabila melihat Shera dan Sue yang juga duduk di sebelah hyung nya.

"Manalah hyung tahu. Tiba – tiba hyung tengok dia dah terlentok kat bahu hyung ni. Macam mana ni? Nak kejut ke atau nak terus pergi?" tanya Yongguk naif.

"Takkan nak tinggalkan. Diorang nikan perempuan kang apa – apa berlaku macam mana?' kata Himchan serius + gentleman.

"Eh,, alamak baik jangan kejutkan." Kata Jongup tiba – tiba yang sedari tadi berdiam diri.

"Kenapa?" tanya mereka ser

Please log in to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet