Bila Hati Dilanda Rindu

Please Subscribe to read further chapters

Description

Lee Jieun, Orangnya cantik putih bersih bagaikan puteri salji tetapi sayang jika mempunyai raut wajah yang cantik hatinya penuh dengan kesombongan dan keegoan. Apa yang dihendakinya akan segera di tunaikan. Dia dilayan bagaikan permaisuri di tempat belajar. Bahkan jelingan matanya sering menjadi kegilaan sang lelaki di universiti Kyunghee. Kerana kesombongan dan ketamakan dirinya untuk menjadi lebih agung dari semua pelajar di Universiti membuatkan Kyungsoo, pelajar yang merendah diri, sering dengan dunianya sendiri langsung tidak memandangnya apatah lagi untuk melirik matanya melihat Lee Jieun. Baginya Lee Jieun hanyalah seperti manusia bodoh yang hanya mahu menonjolkan kekayaan ibubapa dan kecantikannya. 

Peristiwa memalukan Lee Jieun di cafeteria membuatkan Lee Jieun bersumpah untuk membalas dendam dan merosakkan hidup Kyungsoo dengan satu perkahwinan yang menjerat hidup Kyungsoo selamanya. Bahkan jalan penyelesaian dengan menceraikan Lee Jieun juga tidak mampu untuk Kyungsoo lakukan. Apatah lagi dirinya masih lagi menyimpan hasrat hati untuk melamar kekasih hati di kampung terpaksa di pendam pabila dirinya juga dipalit dengan peristiwa memalukan yang diaturkan oleh Lee Jieun untuk menghancurkan dirinya.

Tapi benarkan semua itu akan sentiasa berakhir dengan kebencian pabila mereka berdua sudah duduk sebumbung dan dalam waktu yang sama Kyungsoo cuba berlakon memainkan watak sebagai suami yang sempurna untuk membalas dendam terhadap isterinya tetapi akhirnya dia juga yang terjerat.

Foreword

"Abang......." Suara lunak Sooyoung bagaikan angin yang menyapa Kyungsoo disaat dia terpersona melihat cantiknya pemandangan sawah padi dikampung halamannya.

"Hurmm...apa awak?" Kyungsoo cuba membalas dengan sebaiknya sambil membetulkan cermin matanya kerana dia tahu apa yang hendak disampaikan oleh Sooyoung, Kekasih hati yang sudah lama digilainya sejak pertama kali mata mereka bertemu mata di perpustakaan sekolah menengah. Tidak disangka dirinya juga turut disukai oleh sooyoung setelah beberapa tahun memendam perasaan. Dia bersyukur kerana akhirnya Sooyoung menjadi miliknya bahkan dia juga memendam hasrat untuk melamar Sooyoung sebaik sahaja habis pengajiannya nanti.

"Nanti bila abang dah habis belajar, abang nak buat apa? tak nak duduk sini ke jaga tanam tanaman ayah abang tu. Saya tengok ayah abang pun tak sabar nak tunggu abang habis belajar lepas tu ambil alih perniagaan dia. Lagi pun abang duduk berjauhan dengan ibu bapa abang pun tak elok juga. Dieorang dah tua. Sapa nak jaga. Adik lelaki abang yang sorang tu pun degil asyik keluar merayap je malam." Luah sooyoung betul-betul risau dengan keadaan Ibu bapa Kyungsoo.

"Alaa apa nak risau, awak kan ada. Boleh tolong tengok-tengokkan. Awak cakap dah anggap dieorang macam ibubapa awak juga kan? Ke nak abang balik sebab awak yang rindukan abang ni? " Kyungsoo cuba bergurau memandangkan Sooyoung sudah mula menunjukkan cebikkan nya. 'Comei betul' gerutu Kyungsoo.

"Ok, saya mengaku memang saya yang rindukan abang dan tak boleh berjauhan. Yelah saya pun dah nak masuk 25tahun. Abang pun sama. Dah ramai jiran-jiran selalu bertanya bila nak kawin,umur dah meningkat. Ape abang buat lama-lama dekat bandar tu? macam-macam lagila. Naik rimas tau." Luah Sooyoung dengan muka yang masih mencebik.

"Iyea abang tahu semua tu, apa boleh buat bukannya abang tak nak balik sini, masuk minang awak sayang oit. Abang nak betul-betul lepas habis belajar biar abang cari duit dulu. Lepas tu abang janji abang akan terus masuk minang."

"Abang nak cari duit kerja tempat lain buat apa, kan kebun ayah abang tu ada?" Soal Sooyoung masih tidak berpuas hati.

"Bila masa pulak abang cakap abang nak cari tempa kerja lain. Iyea abang akan ambik alih kebun ayah abang tu. Tapi dalam masa yang sama biarlah abang kumpul duit dulu. Nak ambik anak orang ni bukannya free." Seloroh Kyungsoo dengan senyumannya.

Sooyoung hanya mampu mendiamkan diri memandang matahari yang kian menunjukkan waktu sudah berangkak senja.

"Ok-ok kali ni abang betul-betul janji yang abang hanya akan tetap berkahwin dengan wanita kesayangan abang yang bernama Kim Sooyoung dan dalam hati abang hanya ada dia sorang jek.Promise." Kyungsoo berkata sambil mengangkat sebelah tangan kanannya sambil menyebut nama penuh Sooyoung yang sudah tersenyum tersipu-sipu malu.

"Abang janji ek. Dah habis study nanti balik sini terus kahwin dengan ayang tau. Jangan ingkar?" Soal Sooyoung lagi.

"Iyeaa..abang promiseeeeee... eh dah tak larat pula nak angkat tangan lama-lama ni. Nanti tangan ni juga yang nak berjabat dengan tok kadi nanti haa." Kyungsoo sempat lagi bergurau membuatkan Sooyoung cuba mencubit lengannya manja.

"Jom,dah nak malam dah ni. Tak baik pula lama-lama dekat sini. Nanti tak pasal-pasal kawin free jek." 

"Hishh tak habis-habis dengan lawak loyer buruk dia tu la."

Berlalunya pasangan itu dengan hati yang bahagia meluahkan janji mahu sehidup semati tetapi benarlah kerana manusia hanya merancang kerana Tuhan yang menentukan segalanya.

 

Comments

You must be logged in to comment
ilazuki
#1
OhMYGADDDDDD!!!!!!!!!!