One

Bila Hati Dilanda Rindu
Please Subscribe to read the full chapter

 

Prang!!!!!!

Bunyi hempasan tray yang kuat mengejutkan semua pelajar yang leka menikmati hidangan tengahari dan ada juga yang leka berborak menolehkan wajah mereka kearah bunyi yang kuat itu. Lee Jieun, siapa tidak kenal perempuan cantik tetapi berlagak seperti dialah permaisuri di Universiti itu dan pelajar lain yang dianggap seperti hamba olehnya. Oleh kerana peratus share holder di Universiti tersebut milik ayahnya, Lee Jieun mengangap dia mempuyai kuasa untuk membuang sesiapa sahaja yang cuba untuk malanggar perintahnya, Begitu angkuh sekali dirinya itu. Kelihatan lelaki yang memakai cermin mata besar, rambut bersisir rapi seperti satu botol dituangnya minyak ke atas kepala nya begitu takut sekali berdiri di hadapan Lee Jieun. 

"Errrr.....Cik...ji...eun.... ma...af...saya...tak perasan...sa....ya..betul...tak nam...pak tadi" Begitu takutnya lelaki itu sampai tergagap-gagap patah perkataan yang dikeluar dari mulutnya. Renungan maut Lee Jieun yang membuatkan lutut lelaki itu bergetar bukan dia sahaja bahkan sesiapa sahaja yang merenungnya pasti termimpi di malam hari. Ada ura-ura mengatakan Lee Jieun ini ahli sihir sehingga kan sesiapa sahaja yang menatap matanya, pasti tidur mereka tidak pernah akan tenteram. 

"Ini yang buat aku panas je ni, Woi jantan. Kau tak nampak apenya? Dah terang-terang kau ada empat mata. Nak aku tambahkan lagi mata untuk kau. Ni tengok ni, baju ni aku baru je beli tau tak. Dah la mahal, kau ade duit nak ganti, Huh, Dah la bercakap pun macam orang terencat jek" Balas Jieun dengan kasarnya sambil ditunjalnya kepala lelaki tersebut dengan kuat. Begitu hinanya dia memandang pelajar lelaki tersebut yang sudah hendak mahu menangis dilihatnya. 

"Be..betul... saya memang tak nam...pak..Cik Jieun ta...di..sa..ya...sa..ya.." Lelaki tersebut sudah mengalirkan air mata nya, begitu takut sekali penangan Lee Jieun terhadapnya. Lee Jieun yang melihat lelaki tersebut sudah mengalir kan air mata menambahkan lagi sakit di hatinya. 'Dia yang langgar aku, dia pulak yang gedik menangis, dah besar panjang pun menangis bagai, haishh sakitnya hati aku.' gerutu Lee Jieun di dalam hati

"Saya..saya,..Sudahla, aku malas nak tengok muka buruk kau ni lama-lama, naik menyirap pulak darah aku ni. Ni aku nak bagitau, kau mesti carik baju yang sama dengan apa yang aku pakai ni. Design yang sama, harga pun sama. Dalam masa 24jam, Kalau aku tak dapat apa yang aku nak. Kau tengokla apa aku boleh buat dekat kau," Berlalu Lee Jieun dengan angkuhnya bersama dua orang peneman setia Jisoo dan Jennie yang tergedik-gedik mengikuti bontot lee jieun yang dari tadi hanya mampu menjadi pemerhati drama dihadapan mereka tanpa sepatah kata. Penaman setia kemana sahaja dia pergi kecuali tandas. Jika A yang dikata kan Lee Jieun maka A jugalah bagi mereka walaupun keputusan itu salah. 

Dari jauh kelihatan tiga pelajar lelaki yang duduk semeja hanya mampu menjadi pemerhati dan dua daripadanya menggelengkan kepala manakala seorang lagi hanya mendiamkan diri menikmati hidangan tengaharinya.

"Hushh kau tengok tu, kalau aku dapat la si Lee Jieun tu, mahu tak aku kurung dia dalam bilik aku tak lepas. Giler hot bila dia marah macam tu, fuhh mencabar kelakian aku nih." Seloroh Baekhyun sambil menyuap nasi ayam dipinggan dengan pelahap nya sampai nasi pun tersembur dari mulutnya. 

"Woi,engkau nak berbinikan perempuan macam tu? Seram aku, nanti lama-lama mahu dipijak kepalanya engkau. Tengok macam mane dia malukan si Jongdae tu. Kesian, dahla mamat tu lebih tua dari dia. Hormat langsung takdak." Balas Chanyeol sambil mengerling kearah Jongdae yang masih mencangkung mengutip sisa makanan didalam tray yang dihempas oleh Lee Jieun. Bukan dia tidak nampak, sebenarnya Lee Jieun yang bersalah, dia bangun dari tempat duduk ketika Jongdae berjalan di tepi tempat meja makannya. Maka habis makanan tersebut terkena dibaju mahal(kononnya mahal) dan dia mengambil keputusan untuk terus menghempas tray tersebut. 

"Alaa,engkau ingat aku nak berbini kan dia ke? Aku cakap kalau aku dapat tak semestinya aku nak dia jadi bini aku. Aku pun tahula dia tu singa. Terlepas dari kandang hutan masuk dalam Universiti ni. Tapi engkau jangan nak tipula kalau kau tak terliur tengok dia tu. Fuh serius, aku rase macam nak terkam terus lah. Betul tak Kyungsoo?" 

Kyungsoo yang hanya mendengar coleteh Chanyeol dan Baekhyun hanya mampu tersenyum dan menyambung kembali hidangan nya tadi. Malas mahu melayan kerenah dua makhluk yang paling bising ni. Sehingga kini, dia sendiri tidak pasti bagaimana diri dia yang pendiam dan suka menyendiri itu boleh berkawan baik dengan Chanyeol dan Baekhyun yang semestinya mempunyai perwatakan yang amat berbeza dengannya. 

"Haa,diam maknanye betulla apa yang aku cakap tu. Even kyungsoo ni pun setuju dengan aku. Engkau ape-....woi.. ape main sumbat-sumbat ayam ni.. mau tercekik aku, kasi la warning dulu, beri salam ke, air mana air?" Belum sempat Baekhyun menghabiskan ayatnya, Kyungsoo dengan lebih pantas memasukkan ayam dimulut Baekhyun. 'Haa baru aman sikit dunia.'

Chanyeol yang pada mulanya terkejut mendengar leteran Baekhyun secara tiba-tiba terus ketawa berdekah-dekah melihat reaksi Baekhyun apabila ayam disumbat kedalam mulutnya. 'Haa ambik engkau,padan dengan muka. Bising sangat' sebutnya didalam hati. Sambil ketawa sambil menghulurkan air kepada Baekhyun yang mula menunjukkan muka hampir nak hijau dek tersedak.

"Tula engkau,macam engkau tak tahu Kyungsoo ni. Dalam hati dia ade satu jek wanita. Yang lain dah tak dipandangnya. Biarlah muka Lee Jieun tu macam penyanyi no satu Korea, ape name? Haa IU.. dia tak akan pandang. Sooyoung jela di hatinya. Begitu setianya cinta si abang kyungsoo kepada akak sooyoung." Kata Chanyeol sambil tersenyum sumbing penuh makna sambil mengangkat keningnya itu. Mahu sahaja Kyungsoo melemparkan nasi ayam di pinggannya itu ke arah muka Chanyeol. Biar dia pulak merasa macam mana dimalukan di hadapan orang ramai. Ingatkan bila dah disumbat ayam ke mulut Baekhyun hilangla sikit rasa bising, tetapi mamat bertelinga capang ni pula yang bising.

"Hii chanyeol, engkau pun dah lame tak kena jiujitsu dari aku ke?" Mendengar amaran Kyungsoo terus terzip mulut Chanyeol. Tahu takut, kalau Lee Jieun disebut sebagai ahli sihir kerana membuatkan tidur sesiapa pun tidak lena jika bertentangan mata dengannya. Tetapi bagi Chanyeol, Kyungsoo la yang lebih menyeramkan. Dia pernah tertidur satu hari gara-gara Kyungsoo melakukan Jiujitsu terhadapnya hanya kerana dia terlepas cakap di hadapan kelas bahawa Kyungsoo akan melamar kekasih hatinya di kampung.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
ilazuki
#1
OhMYGADDDDDD!!!!!!!!!!