LALISA

Agust D : Last Summer Break
Please Subscribe to read the full chapter

"Aku keliru dengan perasaanku terhadapmu, adakah hatiku mula menyanyangi mu, Lalisa?" - Min Yoongi.

 

 

 

 

Yoongi melihat gadis berambut perang keemasan itu sedang tidur dalam pelukannya. Dia menepuk lembut belakang gadis itu. Gadis bernama Lisa itu mengeratkan lagi pelukannya, dia seperti dalam ketakukan. Yoongi membiarkan dan terus menerus mengusap lembut belakang Lisa, agar gadis itu tenang dalam tidurnya.

 

 

 

Yoongi teringat akan kejadian beberapa jam tadi, dimana Lisa mengelar tangannya sendiri dan mula menggila. Dia terlihat sungguh kacau, dia mula berhalusinasi lagi. Dia melihat appa angkatnya yang telah mati, dan mengatakan bahawa lelaki itu mahu membunuhnya.

 

 

 

*Flashback*

 

“Dia nak bunuh aku!” jerit Lisa.

“Siapa?” tanya Yoongi lalu dia mengoyakkan T-shirt bajunya, dengan pantas melilit pergelangan tangan Lisa untuk menghentikan pendarahan.

 

“Appa angkat aku!”

Yoongi terdiam memandang Lisa dengan hairan.

“Di-dia datang nak ambil nyawa aku! dia nak aku mati! Mati!” teriak Lisa.

 

“Tenang Lisa, aku ada kat sini.”

 

“Jangan dekati aku Yoongi! nanti dia akan cederakan kau! Pergi!” teriak Lisa lagi sambil menolak lelaki itu.

“Lisa.. kau perlu tenang.. kau perlu makan ubat Lisa-“

 

“Diam! Aku tak gila! Dia datang nak bunuh aku! kau pergi sana! Kalau kau fikir aku gila, kau keluar dan selamatkan diri kau!” marah Lisa.

 

Lisa mula menjerit-jerit. "PERGI!!"

 

 

Yoongi melihat sekeliling tempat Lisa, mencari peralatan yang menyebabkan Lisa tercedera. Tetapi yang menjadi tanda tanya, tiada pisau atau benda tajam disekitar bilik itu. Bagaimana Lisa boleh mengelar tangannya?

Situasi itu dapat dikawal oleh Yoongi dimana Yoongi berjaya menenangkan gadis itu.

 

“Okay-okay. Kau tenang... aku sentiasa berada disisi kau. Dia takkan apa-apakan kau. Percayalah pada aku!” pujuk Yoongi.

 

 

“Pergi Yoongi! Aku dah tak perlukan kau, kau pun layan aku macam orang lain! Kau pun anggap aku macam sampah!” air mata Lisa mengalir deras, dia menolak Yoongi untuk pergi.

 

“Aku taknak sakiti kau lagi.. aku taknak sesiapa sakiti kau! Appa aku tak boleh sakiti kau, Yoongi!” tambah Lisa.

 

“Tak, aku takkan biarkan dia sakiti aku dan kau. Aku akan tetap disini. Percayalah Lisa.” Pujuk Yoongi lagi.

 

“Aku silap, Lisa.. Maafkan aku Lisa, aku berjanji.... Aku takkan layan kau macam sampah. Sebab..” Yoongi terus memeluk Lisa.

 

“Aku dah mula sayangkan kau..”

 

 

*Flashback tamat*

 

 

 

Yoongi masih menatap gadis yang masih dalam dakapannya. Diusap pipi gadis itu dengan lembut dan perlahan agar Lisa tidak tersedar dari tidur.

 

“Perasaan aneh ini membuatkan aku runsing, Lisa. Aku rimas kerana ada perasaan ini, dan cuba menafikannya. Walaupun hati aku sakit apabila melihatmu menangis, dan dalam kesakitan. Pada mulanya aku rasa bersalah dan kasihan terhadap mu, kerana itu aku masih disini. Tetapi, makin hari perasaan itu berubah. Aku sendiri tidak pasti, Lisa. Aku fikir perasaanku semakin berubah... Aku sudah mula menyayangi mu.” Bisik Yoongi, tidak mahu gadis itu terjaga.

Yoongi menempel bibirnya ke bibir Lisa, lalu diciumnya bibir mungil milik Lisa.

 

 

 

 

 

 

Sinaran matahari itu memancar tepat ke muka Yoongi membuatkan Yoongi terjaga. Pelukannya kosong, tiada Lisa di sebelah. Dengan pantas, Yoongi bagun dan mula mencari gadis itu sekita biliknya.

 

“Lisa??”

 

 

“Lisa!!!” ha

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
BarmyDew
double update today ;)

Comments

You must be logged in to comment
Forteenagerss
#1
Chapter 5: Adeh, walaupun saya tak ship sugaxlisa tapi saya suka cerita awak : (
storyline cerita nie sangat teratur and i really love it.
ayat pun simple, sesuai untuk pembaca F1 macam saya nie kekeke.
Update lagi kays! < 3
beii_03 #2
I hope there is an english version