HER

Agust D : Last Summer Break
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

 

“Lepaskan aku perempuan gila!” jerit Min Yoongi.

 

“Sial, lepaskan aku!” jeritnya lagi.

Tangan dan kaki Yoongi di ikat pada sebuah kerusi. Yoongi cuba melepaskan dirinya tetapi gagal.

ikatan itu terlalu ketat dan kuat, menyebabkan pergerakannya terhad dan menyakitkan.

“Tsk tsk tsk Agust D.. hentikan usaha mu yang sia-sia itu.” Kata seorang perempuan berambut perang emas yang duduk tidak jauh dari tempat Yoongi. Perempuan itu menatap Yoongi atas bawah sambil menjilat bibir bawahnya penuh seduktif.

“Lepaskan aku perempuan! Aku akan pastikan kau akan jahanam dalam penjara!!!” marah Yoongi.

“Ouh, takutnya. Kau ingat.. kau akan terlepas? Jangan harap! Agust D, patut tak aku jahitkan mulut kau? supaya mulut kau dapat senyap selama-lamanya? Patut tak?” soal perempuan itu, lalu ketawa.

“Lalisa!!! Apa yang kau cuba buat ni! Lepaskan aku bodoh!” pinta Yoongi.

“Kau tanya aku apa yang aku cuba buat? Hmmm cuba teka apa yang aku tengah buat ni?” jawab gadis berambut perang emas itu, Lisa datang menghampiri Yoongi, lalu menghunus sebilah pisau tepat di hadapan mata Yoongi.

Yoongi terdiam. Jantungnya berdegut kencang. Mukanya berubah pucat.

“Aku cuba untuk miliki kau selamanya.” Jawab Lisa sambil tersenyum sinis.

“Jika aku tak dapat kau, sesiapa pun tak boleh dapatkan kau.. Agust D! Hahaha!” Kini pisau itu di letakkan di pipi Yoongi.

“Lisa...ja-jan-jangan.” Yoongi gugup.

“Mungkin ini akan jadi percutian musim panas terakhir kau.” tambah Lisa.

“Lisa!!” jerit Yoongi.

 

****

 

 

“Percutian musim panas yang terakhir..”

bersama seorang perempuan gila. 

 

****

 

 

‘Gelap. Aku dah mati ke?’ desis hati Yoongi.

“Min Yoongi? Agust D?.” Lisa memanggil nama lelaki yang dicintainya itu dengan nada yang manja.

Yoongi membuka matanya serta merta setelah mendengar suara gadis itu. Hampir 48 jam dia terkurung di dalam bilik gelap, di rumah perempuan gila itu. Lebih spesifik, Yoongi yakin dia berada di basement rumah Lisa. 

 

 

 

 

Kedua-dua kaki Yoongi terasa kebas dan darah di kakinya sudah berhenti.

Perempuan gila itu telah menoreh kedua-dua kaki Yoongi akibat Yoongi cuba melawan Lisa.

Lalisa langsung tiada perikemanusiaan! kejam!

 

 

 

 

 

“Agust D?” Lisa membuka lampu kecil yang memancar terus ke arah lelaki itu.

“Lain kali..bila aku panggil nama kau, kau menyahut lah! kau bukan bisu!” Lisa menjeling.

“Lisa... l-lepaskan..” Yoongi lelah, dia letih. Sudah 48jam dikurung tanpa makan dan minum.

"Shhh... aku tahu kau lapar kan sayang?" Lisa mendekati Yoongi sambil membawa dulang berisi nasi dan lauk.

"Aku tak kejam tau sayang." tambah Lisa sambil mengenyitkan matanya. Yoongi mengetak giginya, menahan amarah.

 

“Agust D! Kau tak lapar ke? kenapa kau tengok aku macam tu, sayang?” tanya Lisa seolah-olah tidak bersalah. Yoongi hanya diam. Memandang Lisa dengan tajam.

“Aku ada masakkan kau makanan. Kau nak aku suapkan?” Lisa menunjukkan makanan yang dia sediakan.

“Kau.." kata yoongi penuh rasa marah.

"Pergi mampus!” Yoongi meludah ke muka Lisa.

 

Lisa menlap mukanya dan tersenyum sinis.

“Agust D, nampaknya torehan di kaki kau tak cukup sakit. Mungkin, jika aku toreh di leher kau.. kesakitan kau akan membuatkan kau bercakap dengan lebih sopan dan baik.” Lisa mengeluarkan sebilah pisau dari poket belakang seluarnya.

Yoongi terdiam. Darahnya berderau apabila pisau itu didekatkan dilehernya.

 

"Kenapa kau nampak macam takut? bukan ni yang kau nak? kau ingat kau boleh ludha muka aku huh?" tanya Lisa yang amsih tersenyum sinis. Pisau itu mula bermain-main di sekitar leher Yoongi. Yoongi menelan ludahnya dengan perasaan takut.Dia dapat merasakan yang nyawanya bakal dicabut sebentar lagi.

 

 

Lisa membuka butang baju Yoongi dengan pisau tersebut.

“Apa yang kau cuba buat ni!” jawab Yoongi tergetar-getar.

“Sedikit tusukan di dada kau .. mungkin kau akan berubah huh? untuk melayani aku dengan lebih baik? Maybe?” Lisa meletakkan pisau tersebut di atas dada Yoongi.

“Lalisa.. aku mohon.. jangan buat aku macam ni..” pinta Yoongi.

Lisa membawa pisau itu ke dada kiri Yoongi tepat di kawasan jantungnya berada.

“Erm.. disini! Jika aku tekan pisau ini terus kedalam.. mungkin kau akan mati bukan?” Lisa melihat muka Yoongi yang cuak, dada Yoongi turun naik. Bibir Yoongi berubah pucat. Yoongi memandang wajah Lisa yang menghampiri wajahnya. Senyuman Lisa terukir apabila melihat reaksi lelaki itu yang sedang dalam ketakutan.

Dia bakal mati sebentar sahaja lagi.

"Ini balasan untuk orang macam kau Agust D.." bisik Lisa sebelum menekan pisau tersebut.

 

“Lalisa.. aku minta maaf!” kata Yoongi.

<
Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
BarmyDew
double update today ;)

Comments

You must be logged in to comment
Forteenagerss
#1
Chapter 5: Adeh, walaupun saya tak ship sugaxlisa tapi saya suka cerita awak : (
storyline cerita nie sangat teratur and i really love it.
ayat pun simple, sesuai untuk pembaca F1 macam saya nie kekeke.
Update lagi kays! < 3
beii_03 #2
I hope there is an english version