YOONGI

Agust D : Last Summer Break
Please Subscribe to read the full chapter

"Aku akan tetap mencintaimu... Agust D.." - Lalisa Manoban.

 

 

Di pasaraya.

 

“Hey Lisa.” Tegur seorang pemuda.

Lisa menoleh belakang, dan menemui pemuda tersebut.

 

“Jeon?” Lisa tersenyum.

 

 

“Lisa, Hi." Sapa lelaki 'Jeon' itu.

"Kau apa khabar? Dah lama tak jumpa kau. summer break ni, first time aku terserempak dengan kau. kau pergi bercuti ke? Or kau baru keluar rumah?” soal pemuda yang bernama Jeon Jungkook itu.

“Erm.. aku pergi bercuti.” Lisa tersenyum kelat.

“Banyak kau beli barang... kau bukan duduk sorang je ke? Ke kau beli barang rumah banyak-banyak ni.. ada orang nak datang rumah ke?” soal Jungkook lagi seperti reporter.

“Sedara jauh aku nak datang.” Jawab Lisa acuh nak acuh. Lisa serabut dengan lelaki itu. Dari tadi kerap menyoalnya, ini adalah punca Lisa tidak mahu bertembung dengan sesiapa walaupun rakan perempuanya di pasaraya.

“Mari sini aku tolong bawakan.” Jungkook mengambil beg plastic dari tangan Lisa, dan mahu membantu gadis itu.

“Eh.. kookie.. tak payah susah-susah.”

“Kookie? Dah lama aku tak dengar kau panggil aku, Kookie.” Jungkook tersenyum.

“Huh?” Lisa memandang Jungkook dengan hairan.

 

 

 

 

“Thanks Kookie sebab sanggup hantar aku balik, sampai depan rumah..” kata Lisa, sambil membuka pintu, kemudian turun dari kereta Jungkook.

“Lisa wait.” Jungkook pun keluar dari kereta dan mengeluarkan barang-baarang Lisa dari bonet keretanya.

“Lain kali, kalau nak pergi supermarket... just call me. Tak payah naik cab or grabcar. Kookie always free for you. Ingat Liz, anything you need, here I am.” Kata Jungkook.

“Gumawo.” Balas Lisa, lalu berjalan meninggalkan Jungkook.

 

“Lisa!” Jungkook berlari dan menarik pegelangan tangan Lisa.

 

“I- I- I still love you.” Luah Jungkook. Lalu Jungkook memeluk gadis itu.

 

Lisa kaku. Tidak membalas pelukan Jungkook.

Jungkook memeluk gadis itu dengan erat. Sedang mereka berpelukan, mata Jungkook tertumpu pada sesuatu. Dia terlihat bayang hitam di balik langsir rumah Lisa, seperti seseorang sedang memerhatikan mereka dari sebuah tingkap di tingkat atas rumah Lisa.

‘bukan Lisa duduk seorang ke?’ bisik hati Jungkook. Jungkook mengecilkan matanya, cuba melihat objek di balik tingkap, malangnya bayang yang menyerupai susuk tubuh manusia itu sudah hilang.

“Mianhae, Jungkookie.” Lisa menolak tubuh Jungkook dengan perlahan lalu masuk ke dalam rumahnya.

Jungkook hanya melihat Lisa pergi. Dia cintakan gadis itu dari sekolah tinggi. Jungkook sanggup lakukan apa sahaja demi Lisa. Lisa mengetahuinya, tetapi Lisa tidak dapat membalas perasaan Jungkook, kerana Lisa hanya mencintai seseorang. Iaitu Agust D. Ya, lelaki yang bernama Min Yoongi.

 

 

 

 

“Sayang.. aku dah balik..” Kata Lisa dengan nada ceria.

 

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
BarmyDew
double update today ;)

Comments

You must be logged in to comment
Forteenagerss
#1
Chapter 5: Adeh, walaupun saya tak ship sugaxlisa tapi saya suka cerita awak : (
storyline cerita nie sangat teratur and i really love it.
ayat pun simple, sesuai untuk pembaca F1 macam saya nie kekeke.
Update lagi kays! < 3
beii_03 #2
I hope there is an english version