The Mysterious Guy In My Dream

MY FIRST LOVE STORY
Please Subscribe to read the full chapter

 

     Aku membaringkan wajah di atas meja. Lega kerja rumah Mrs Park sudah selesai. Kalaulah cikgu pustakawan tahu aku ni agak pemalas mesti jawatan aku bakal dilucutkan. Habis reputasi . “Chorong kau tahu tak Eunji pagi tadi dia berangan memanjang. Sampai aku panggil pon tak disahut,” Namjoo mengadu pada ketua kelas.

     “Ni mesti kes kau tengok drama sampai larut malam ni. Sampai terbawa-bawa ke sekolah. Insaflah ketua pustakawan,” Chorong mencuit lenganku. Betul jugak apa yang dikatakan Chorong. Semalam aku tengok cerita War 3 sampai pukul 3 pagi. Mungkin mimpi tu kebetulan. Lelaki yang dalam mimpi aku pon kebetulan juga.

     “Eh rehat nanti makan sama kat kantin. Katanya ada pembahagian makanan percuma dekat kantin. Eunji, kau mesti ikut kitorang. Makanan percuma. Kau kan suka benda yang percuma,” ajak Namjoo. Aku menggeleng laju. Kawan baik aku itu memuncungkan bibir tanda protes.

     “Maaflah tapi kawan baik korang berdua ni ada tanggungjawab yang lagi penting daripada makanan percuma. Ajaklah Naeun, Hayoung dan Bomi. Mereka mesti suka dengan makanan percuma tu. Nanti kalau ada lebih, bungkus untuk aku sikit. Boleh makan masa cikgu tak ada,” Kataku dengan girang.

    “Mimpi!!” Namjoo menjeling. Dia kembali memusingkan kepala ke hadapan apabila Mrs Park sudah masuk ke kelas. Aku ketawa kecil.

     Seperti biasa aku ditugaskan untuk menjaga kedatangan setiap pelajar yang keluar masuk ke perpustakaan dan juga bertanggungjawab menjaga setiap ahli pustakawan yang bertugas setiap hari. “Ricky tolong carikkan buku ringkasan sejarah tingkatan 5 dekat rak pendidikan. Nanti bagi kat aku,”ujarku. Ricky hana mengangguk. Aku mengucapkan terima kasih kepadanya.

     Mataku bulat memandang lelaki yang mirip dengan lelaki yang aku mimpikan pagi tadi. Dia berjalan ke kaunter di hadapanku untuk menulis namanya. Matanya kosong. Pandangan hanya memandang ke lantai. Wajah aku juga tidak direnung. Dia ke arah rak-rak buku. Mataku tidak berhenti memandangnya lelaki itu. Penampilannya agak berbeza. Baju selekeh dengan tidak ‘tuck in’, rambutnya yang berkusut tidak bersikat dan kasut yang kotor tidak dicuci. Tapi kenapa aku merasakan ada sesuatu yang menarik pada dirinya? Kenapa dengan aku ini?

    Aku mencapai buku kedatangan di hadapan kaunter. Aku ingin tahu namanya tetapi dengan jumlah pelajar yang ramai aku tidak ketemu. ‘Hans’. Nama yang menarik. Jiwa aku kuat mengatakan itu namanya.

 

-Dua hari sebelum kejadian-

     Aku berlari naik ke perpustakaan. Mrs Park mendenda kami sekelas kerana tidak menyiapkan kerja rumah yang dia beri. Hanya Chorong sahaja yang terlepas dari hukuman Mrs Park. Anak murid kesayangan katakan. Aku menarik nafas sebelum masuk ke perpustakkan. Semua ahli pustakawan menyapa aku dengan senyuman. Aku membalas senyuman mereka.

     “Lambat hari ini, Eunji,” ujar Ms Jiyoung. Aku tersengih seperti kerang busuk. Kalau aku cakap aku kena denda sebab tak siapkan kerja rumah apa pula kata mereka. Berdiam diri itu perlu. Aku melakukan rutin harian ku untuk memasukkan setiap data dan barkod ke dalam sistem. Mataku tertumpu pada seorang lelaki yang berpenampilan agak serabut datang ke kaunter menulis namanya.

     “Eh awak. Masukkan baju awak tu. Kemas sikit,”tegur Ms Jiyoung. Lelaki itu mengangguk. Perlahan-lahan meninggalkan kaunter. Aku menggeleng kasihan padanya. Ini pertama kali aku berjumpa dengan lelaki itu. Siapakah dia? Sejak 5 tahun aku bertugas di Perpustakaan, tak pernah aku melihat lelaki itu. Maklumlah bukan semua pelajar berminat un

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
alyssahumaira #1
Chapter 3: Update lagi..
kingbeta
#2
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
inspirit_lover97
#3
please update ^.^
Siskatiska
#4
I try to read it..even tho Malay not really my language. Good luck!