Am i Falling In love?

MY FIRST LOVE STORY
Please Subscribe to read the full chapter

 

     Aku berdandan diri di hadapan cermin. Menggayakan diri sendiri sebelum keluar bersiar-siar dengan sahabatku. Pintu diketuk. Omma masuk ke kamarku dengan tersenyum. Aku juga tersenyum semula ke arahnya. “ Cantik-cantik ni nak pergi mana?” soal Omma. Bibirku tersenyum.

 

     “ Keluar dengan 5 orang tu lah. Siapa lagi. Omma nak kirim apa-apa tak?” soal ku. Omma menggeleng tanda tidak mahu. Aku menjuih bibir melukis bibir dengan lipstik berwarna pink rouge. Nampak seksi gitu.

 

     “ Jangan balik lambat-lambat. Satu lagi omma tak suka kalau Eunji tipu keluar dengan kawan-kawan tapi sebenarnya keluar ‘dating’ dengan lelaki. Pantang tau,” ujar Omma. Aku gelak guling-guling mendengar kata-kata Omma. Omma memadangku dengan pelik.

 

     “Kelakarlah omma ni. Sepatutnya omma kena berdoa tau anak perempuan omma ni cepat-cepat jumpa jodoh. Nanti dah umur 30 tak kahwin-kahwin, omma jugak yang susah,” balasku tidak berhenti ketawa.

 

     “Ada ke situ. Eunji kalau umur 30 tak dapat jugak jodoh. Omma sendiri akan carikan.” Terbuntang mata aku mendengar kata-kata omma. ‘Perkataan carikan’ buatkan bulu roma aku meremang.

 

     “ Tak naklah. Kalau muka macam Gong yoo, Eunji terima. Omma jangan risau waktu-waktu sekarang Eunji rela solo sampai masuk universiti ye,” aku mencium pipi omma. “Pergi dulu!!” Aku keluar dari kamar dengan hati yang berbunga-bunga. Beg tepi ku betulkan .

 

     ‘Jumpa dekat kafe biasa’- Bomi

 

     Aku singgah sebentar ke 7 eleven untuk membeli air menghilangkan dahaga. Aku melihat seorang budak perempuan berjalan sendirian di hadapan 7 ELEVEN. Dia menangis mencari-cari sesuatu. Aku segera berlari keluar rumah. “Oppa… Oppa…. Unie…” rintih budak itu. Aku mengucapkan terima kasih kepada penjaga dan keluar ke arah budak perempuan itu.Aku memegang bahunya. Budak perempuan itu melihat aku. Hingus meleleh keluar. Aku hanya tersenyum kecil.

 

     “Adik nak pergi mana seorang ni?” soalku. Budak itu diam. Hanya esakan sahaja yang keluar dari bibirnya.

 

     “Siapa nama adik?” Dia membisu. Aku mendengus. “Apa kata unnie belanja ais krim. Lepas tu kita cari keluarga adik.” Budak itu mengangguk. Berjaya juga ahirrnya. Tisu ku ambil dari poket selyar dan mengelap hindus dan air mata budak itu Aku memimpin tangan kecilnya dan ke kedai yang berdekatan.

 

     “Sedap?” Budak itu mengangguk bahagia. Aku tersenyum. Lucu! “ Boleh unnie tahu siapa nama adik?” Matanya ku renung.

 

     “Emily.” Aku mengangguk. Sedap nama budak ini. Aku juga menikmati ais krim coklat. Seorang lelaki berusia dalam linkungan 13/14 tahun memeluk budak perempuan itu dengan erat.”Eh, awak ni siapa?” soalku. Baju budak itu amat comot. Pakaiannya sangat lusuh.

 

     “Saya abang Emily. Awak ni siapa? Penculik?” jerit budak itu. Aku melihat sekeliling. Semua mata memandang ke arah ku. Aku mengangguk. “Emily tak apa-apa? Kan oppa dah cakap jangan jalan seorang-seorang. Lagi-lagi bercakap dengan orang tak kenal. Degillah Emily ni!!” Aku mengeluh panjang. Emily hanya menunduk menahan air mata yang mahu mengalir.

 

     “Awak abang Emily? Maaflah akak bukan penculik. Tadi akak jumpa Emily jalan seorang-seorang. Akak ingat lepas belanja ais krim, akak akan pergi ke balai polis repot Emily yang dah tersesat ni. Maafkan akak ye,” ujar ku. Budak lelaki itu mengangguk. Dia menunduk meminta maaf. Lega aku. “Siapa nama adik? Boleh akak hantarkan adik berdua ni balik rumah?”

 

     “Jisung. Rumah saya tak jauh. Dekat seberang sana,” jawabnya. Aku mengangguk mengerti. Aku memesan ais krim untuk jisung pula. Hati aku sebak melihat dua beradik ini. Aku mengusap kepala Emily sehingga rambutnya serabai. Andainya aku ada adik secomel ini…

 

     Aku berjalan beriringan Emily dan Jisung. Hati aku takkan tenang kalau dua beradik ini tidak pulang rumah dengan aman. “Noona, kita dah sampai,” kat

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
alyssahumaira #1
Chapter 3: Update lagi..
kingbeta
#2
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
inspirit_lover97
#3
please update ^.^
Siskatiska
#4
I try to read it..even tho Malay not really my language. Good luck!