PROLOG

MY FIRST LOVE STORY
Please Subscribe to read the full chapter

     Seorang puteri sedang menari-nari mendengar muzik yang indah diiring sekumpulan orang-orang kerdil di tepi jalan. Dia mendengar dengan pegun dengan keindahan alunan muzik orang kerdil itu. “Puteri!! Puteri!!” Ramai penduduk menjerit-jerit nama puteri itu berserta tepukan gemuruh. Sang Puteri makin beraksi gerak langkah kakinya.

 

     “Puteri Biru!” dengan sekali teriakan seorang pemuda kacak dengan penampilan seperti orang bangsawan memanggil. Puteri Biru berpaling. Senyumannya melebar menampakkan barisan gigi yang indah tersusun rapi. Puteri itu melambai dengan girang. Dia terus berlari ke pemuda itu.

 

     “Putera BiruMerah buat apa di sini?” soal puteri itu. “Saja bersiar-siar. Macam kita kecil-kecil dahulu. Rancak menari. Tak pernah berubah.” Puteri itu ketawa kecil. Mereka berjalan-jalan jauh dari istana tanpa pengawal di sebelah. Tanpa Puteri Biru itu sedar, renungan matanya mencuri-curi memandang sang Putera Merah.

 

     “Eh, Puteri Ungu! Apa yang puteri buat kat sini?” soal Puteri Biru yang melihat rakan karibnya yang berjalan-jalan di kawasan hutan. Puteri Ungu tersenyum tapi matanya kekal memandang wajah Putera Merah. Mereka seolah berbual dengan menggunakan lirikan mata. Perasaan ingin tahu membuak-buak didalam hati Puteri Biru. Separuh hatinya cemburu.

 

     “Marilah kita jalan bersama. Dah lama rasanya kita tak berborak seperti ini. Waktu kecil kita selalu bertiga.” Kata-kata Putera membuat Puteri Biru geli hati. Mereka bertiga berjalan seiring. Kemesraan Putera Merah dan Puteri Ungu membuat Puteri Biru rimas. Dia seumpama tidak wujud di mata mereka. Ada sahaja mereka berborak dengan cerita yang dia tidak tahu.

 

     “Sekejap ye. Saya nak ke sana sebentar,” ujar Puteri Ungu menghilang dari pandangan mereka. Putera Merah dan Puteri Biru berehat di bawah pohon yang redang.

 

     “Cantik. Puteri Ungu semakin cantik,” puji Putera Merah. Sang Puteri menrenung Sang Putera. “Putera Merah suka pada Puteri Ungu?” soal Puteri Biru akan tetapi jawapannya hanya gelakan kecil dari Putera Merah. “Tak boleh! Putera tak boleh sukakan Puteri Ungu!,” jerit Puteri Biru sedikit. “Sebab…. saya sukakan putera. Dah lama. Sejak kita kecil. Takkan Putera Merah tak pernah nampak. Saya sukakan PUTERA!!,” jerit Puteri Biru. Turun naik nafas Puteri Biru.

 

     “Puteri Ungu!!,”panggil Putera Merah apabila melihat Puteri Ungu sudah datang kembali. Wajahnya tampak terkejut. Bunga-bungaan yang dikutip jatuh ke lantai. “Puteri Biru maafkan saya.” Putera Merah lari mengejar Puteri Ungu yang lari jauh dari mereka. Air mata Puteri Biru bergenang di kelopak matanya. Dia berdiri dan mengejar juga dua orang sahabat karibnya itu.

     

     Putera Merah mendakap Puteri Ungu dengan erat. Sedikit demi sedikit langkah Puteri Biru cuba mendekati mereka berdua. Tangan digenggam erat menahan marah. Air mata tanpa sedar jatuh ke lantai. Mereka berdua memandang Puteri Biru. “Maafkan saya Biru. Saya dah lama tahu awak mencintai Putera Merah sejak kita kecil lagi. Tapi saya juga mencintai Putera Merah. Saya minta maaf,” ujar Putera Ungu.

 

PANG!! PANG!!! PANGGGGGGG!

 

     Bunyi bom, tembakan kedengaran di seluruh tempat. Mereka bertiga menggigil ketakutan. Puteri Ungu mendakap Putera Merah dengan lebih erat lagi. Beberapa orang lelaki berbaju besi dengan menutup wajah mereka berlari mengejar ke arah mereka. “TANGKAP PUTERA DAN DUA PUTERI ITU!!!!” arahan dilaungkan. Mereka berlari selaju yang mungkin.

 

     Kaki Puteri Biru tersadung pada akar-akar kayu. “Putera Merah!! Puteri Ungu!! TUNGGU!!!!!” laung Puteri Biru tetapi jeritannya tidak dihiraukan. Dia menangis mencabut kedua kasutnya. Dia menoleh lelaki-lelaki berbaju besi itu hampir mendekatinya. Dengan lutut yang berdarah, Puteri Biru kuatkan diri untuk menyambung langkahnya. Dia melihat istana berasap dan api di mana-mana. “Bonda…. Ayahanda… Kakanda….” laungnya kecil.

 

     Puteri Biru menyorok di balik rumah-rumah penduduk yang hampir hangus dijilat api. Kaki dipeluk erat. Habis tubuh-tubuh manusia bersepah di atas jalan. Dada di pegang apabila melihat mayat orang-orang kerdil yang bermain muzik bersamanya tadi. Bayangan Putera Merah dan Puteri Ungu terlihat. Berpegang tangan menyorok berdekatan dengan Puteri Biru. “Sampai hati kalian berdua tinggal kan aku. Bukan kalian berdua sahabat karibku. Aku takkan maafkan kalian berdua!!” gertak di dalam hatinya.

 

     “Itu mereka!!!” suara kuat bergema. Lelaki-lelaki berbaju besi itu ke arah Puutera Merah dan Puteri Ungu. “Jangan!!! Jangan!!!” jerit mereka. Puteri Biru menutup mulutnya supaya tidak menjerit. Kawannya sudah tertangkap. Perasaan ini membantu mereka terbantut apabila melihat lututnya berdarah ketika mereka meninggalkannya. Darah itu tanda pengkhinatan! Mereka sudah mengkhianati sahabat karibnya sendiri. “Maafkan aku. Aku bukan sahabat yang baik.” Puteri Biru berlari jauh dari situasi itu. Kakinya letih. Darah mengalir tidak berhenti. Puteri Biru duduk istirahat di belakang batu besar supaya musuh tidak melihatnya

 

     Kaki dipeluk. Air mata tidak berhenti-henti mengalir di pipinya. “Adakah aku akan mati? Bonda… ayahanda…”rintih nadany

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
alyssahumaira #1
Chapter 3: Update lagi..
kingbeta
#2
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ
link : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking your time to read this advertise.
inspirit_lover97
#3
please update ^.^
Siskatiska
#4
I try to read it..even tho Malay not really my language. Good luck!