Chapter 6

Dia Yang Ku Kenal
Please Subscribe to read the full chapter

(Flashback)

 

 

Hyung..cakaplah sesuatu..” rengek pemuda berkulit sawo matang itu pada lelaki bertubuh tinggi lampai yang sedang berdiri menghadap laut yang terbentang luas dihadapan mereka.Sebuah keluhan kecil terlepas dari mulutnya sebaik dia menoleh kearah ‘hyung’nya itu yang kini sedang tunduk memandang kasutnya.

“Chanyeol hyung..Hyung sendiri tahukan,kalau saya tak setuju nak kahwin dengan dia..Saya tak cintakan dia Hyung..” rengeknya lagi sambil menendang batu batu kecil yang terpijak oleh kakinya.Pemuda tinggi bernama Chanyeol itu tersenyum tawar pada tuannya yang sedang merengek seumpama budak kecil itu.Bekerja sebagai driver peribadi kepada Kim Jongin selama 2 tahun sudah cukup membuatnya mengenali luar dan dalam jejaka itu.

“Tapi tuan..” kata katanya terputus apabila Jongin merenungnya tajam.Jongin tidak suka jika Chanyeol memanggilnya tuan..”Dah berapa kali saya kata..Jangan panggil say tuan..Hyung kan kawan saya..Saya tak benarkan hyung panggil saya macam tu..” Jongin berleter macam mak nenek.Chanyeol tersenyum janggal pada Jongin sambil bow berkali kali.Jongin menjeling dan geram..

“Mianhae Jonginie..Hyung minta maaf..Hyung Cuma..arghh!! Hyung tak tahu nak buat macam mana..” Jelas chanyeol pada Jongin sambil menggenggam kedua belah tangannya.Jongin menggigit jari telunjuknya sambil mencuba memikirkan sesuatu.Dia harus berbuat sesuatu,sesuatu yang akan menggembirakan semua pihak.Dia tidak mahu ada pihak yang terluka.

 

**

Kim Jongin(21) merupakan anak sulung kepada pasangan keluarga bangsawan Kim Jonghyun dan Kim Himmie.Kim Jonghyun merupakan seorang bangsawan yang ternama dan kaya raya.Dia mengahwini seorang wanita bangsawan berbangsa Jepun bernama Himawari Nohara(>_<) yang kini lebih dikenali sebagai kim Himmie.Jongin mempunyai seorang adik lelaki bernama Kim Jongup(>_<).Jongin merupakan seorang pemuda yang agaak nakal dan keras kepala,tidak seperti adiknya Jongup yang menurut kata.Jongin seorang playboy yang sangat suka berfoya foya,malah tidak sesekali mempercayai cinta di dalam hidupnya.Cinta dalam kamus hidupnya hanya bererti seperti bisnes.Sama seperti perkahwinan ibu bapanya yang diatur oleh keluarga. Demikian halnya pada Jongin apabila ayahnya memutuskan untuk mengahwinkannya dengan anak salah seorang dari rakan kongsinya yang bernama Byun Il woo.Byun Il woo merupakan seorang usahawan tembikar yang terkenal dari Busan dan mempunyai seorang anak gadis yang cantik.Oleh sebab itu,mereka memutuskan untuk menyatukan anak mereka dengan tujuan agar bisner mereka menjadi tambah maju,kuat dan mantap.

Park Chanyeol(22) pula ialah seorang anak yatim yang diambil oleh Pn.Kim untuk dijadikan driver peribadi kepada Jongin.Chanyeol seorang yang baik dan lurus bendul.Dia sedar akan statusnya disisi Jongin,namun jongin telah menganggapnya sebagai seorang kawan dan juga abang dimana dia boleh meluahkan seluruh isi hatinya yang terpendam.Kehidupan mereka sehari hari berjalan normal dan lancar,hinggalah satu hari,dimana Jongin dan keluarganya diundang ke kediaman Byun di Busan untuk bertemu buat pertama kali.Ketika menjejakkan kaki di halaman kediaman Byun,pandangan Jongin tertumpu pada seorang gadis manis yang sedang asyik membaca buku di taman mini bersebelahan rumah agam itu.Jongin tersalah menganggap jika gadis itu adalah Byun Baekhyun yang akan dijadikan isterinya.Namun dugaannya meleset apabila mengetahui bahawa gadis itu ialah Do Kyungsoo,anak kepada tukang masak di kediaman Byun.Ternyata kenyataan itu sama sekali tidak mengubah pandangannya terhadap Kyungsoo.Demi Kyungsoo yang dicintainya secara diam diam,Jongin nekad untuk mengubah kelakuannya.Dia berubah menjadi lelaki yang budiman dan meninggalkan era playboynya itu.

 

Begitu juga halnya dengaan Baekhyun.Dia tidak bersetuju untuk dikahwinkan dengan Kim Jongin kerana,dia lebih tertarik pada pemuda tinggi lampai yang disangkanya sebagai abang kepada Jongin.Setelah mengetahui bahawa chanyeol hanyalah driver kepada jongin,Baekhyun pada mulanya agak kecewa,kerana kemungkinan, besar peluangnya untuk bersama Chanyeol adalah tipis,memandangkan taraf mereka yang sebagai langit dan bumi itu.Namun cinta membutakan segalanya.Akhirnya Baekhyun tidak peduli dengan pandangan orang orang di sekililingnya,termasuk pandangan ayahnya yang bengis itu.Diam diam dia menjalin hubungan cinta terlarang bersama Chanyeol yang dicintainya.Sama halnya dengan jongin dan Kyungsoo yang turut menjalin hubungan secara rahsia.

Jongin akan berbohong pada keluarganya dengan mengatakan bahawa dia ke Busan untuk menemui Baekhyun.Sedangkan hakikatnya dia ke situ ingin menemui buah hatinya Kyungsoo.Sesekali dia akan membawa Baekhyun dan Kyungsoo keluar bersama-samanya kerana dengan cara itu,Baekhyun boleh

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet