Chapter 5

Dia Yang Ku Kenal
Please Subscribe to read the full chapter

Flashback………..

Lampu pada signboard bilik kecemasan di tingkat bawah Hospital Besar Seoul terpadam selepas 30 puluh minit mereka berdir di luar ruang menunggu.Jinmo mengenggam erat tangan isterinya yang kedinginan.Ketika itu Jiwon sedang menyandarkan kepalanya pada bahu jinmo sambil mulutnya tidak putus putus berdoa.Berdoa agar tidak berlalu sesuatu yang buruk pada anaknya.Daehyun yang sedang termangu mangu kerana menahan rasa mengantuknya segera berdiri ,apabila melihat kedua orang tuanya berdiri,lalu segera mendapatkan doctor yang baru sahaja keluar dari unit kecemasan itu.Taehyung yang terlelap di sebelahnya turut bangun terpisat-pisat sambil menggosok matanya untuk menghilangkan rasa mengantuk.

Tidak sampai sejam yang lalu,mereka sekeluarga menghantar anak kedua dalam keluarga Jung iaitu,Jung Jihoon,adik kepada Daehyun dan abang kepada Taehyung untuk mendapatkan rawatan di hospital itu,kerana di serang demam panas secara mengejut.Jihoon diserang demam panas setelah dia selesai mengikuti satu program perkhemahan anjuran sekolahnya.Pada mulanya,demam Jihoon tidak terlalu teruk,dan dia memutuskan untuk tidak memberitahu ibu dan ayahnya kerana dia tidak ingin menyusahkan mereka dan menyebabkan mereka berasa khawatir,apatah lagi kedua orang tuanya itu juga kurang mendapat rehat kerana terlalu sibuk.Namun demamnya itu tidak juga berkurangan malah menjadi semakin teruk.Naluri keibubapaan Jiwon dan Jinmo tergugat apabila mereka mendapati Jihoon diserang demam panas yang melampau sehingga dia tidak sedarkan diri di tempat tidurnya.Malah,darah yang banyak keluar tanpa hentinya dari hidung Jihoon membuatkan Jiwon menggelabah.Akhirnya,mereka segera membawanya ke hospital.

“Doktor..macam mana keadaan anak saya?”,Tanya Jiwon tanpa membuang masa.Jinmo turut berdiri di sebelah Jiwon dengan penuh harapan.Doktor yang merawat Jihoon ketika itu hanya terdiam dan menatap kosong pada mereka berdua.Dia tertunduk seketika,sebelum tangannya mencapai bahu Jinmo.Doktor itu menghela nafas,berat sekali.

“Maafkan kami..En Jung..Puan Jung..Kami dah lakukan sedaya upaya kami untuk menolongnya..tapi..”,doktor itu tidak sempat menghabiskan kata katanya kerana Jiwon terlebih dahulu meraung di dalam dakapan suaminya.Dia seakan tidak sanggup mendengar seluruh kata kata dari doktor itu.Jinmo mengetap bibirnya,cuba menhan airmatanya dari jatuh.Dia tidak boleh lemah di hadapan isteri dan anak anaknya yang lain.Daehyun menangis dalam diam sambil duduk di tempatnya.Taehyung yang baru berusia 10 tahun ketika itu masih kebingungan,kerana baru terjaga dari tidurnya.Namun apabila melihat ayah,ibu serta abangnya menangis,dia tidak tahu harus berbuat apa selain turut menangis bersama mereka.Jiwon yang melihat Taehyung dan Daehyun yang menangis,segera menuju kearah mereka dan memeluk mereka erat kedalam dakapannya.Kini,hanya lah tinggal dua malaikat kecil di dalam hidupnya

Bibir Jinmo terketar ketar menahan sebak di dalam hatinya.Dia hanya diam terpaku melihat jasad kaku anaknya Jihoon yang terbaring di atas katil di bilik kecemasan.Jiwon yang berada di sebelahnya menangis tiada hentinya sejak 10 minit yang lalu,walaupun mereka tahu Jihoon tidak akan kembali lagi.Daehyun berdiri dihujung katil sambil memegang kaki adiknya yang sudah terasa dingin itu sambil memimpin Taehyung dengan tangan kirinya.Mata,hidung serta telinganya terlihat kemerahan akibat menangis.

“Jihoon ah..ini eomma..kamu dengar tak?” Jiwon berkata kata dengan suara yang sedikit serak akibat menangis,sambil mengelus rambut Jihoon.Seakan akan luruh jantungnya melihat Jihoon yang tidak berkutik den

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet