Episode o2

Scape Goat by a KID
Please Subscribe to read the full chapter

 

Keadaan di dalam bilik sunyi sepi tanpa tiada siapa pun yang bersuara. Puan Moon dan Puan Joo serta ahli keluarga yang lain sedang berbincang antara satu sama lain tentang hal perkahwinan anak dan cucu mereka . Mi Joo dan Jong Dae pula diarah untuk duduk di bilik sementara mereka berbincang. Jong Dae menakup wajahnya . Serabut. Apalah dosanya untuk terima semua ujian ini. 

Tanpa sedar,cecair hangat mengalir jatuh dari tubir matanya. Jong Dae duduk membelakangi Mi Joo,tidak mahu sesiapa melihatnya menangis. Dirinya yang sukar untuk menangis akhirnya menangis untuk suatu hal yang bodoh. Mi Joo yang duduk diatas katil bujangnya memandang belakang Jong Dae dengan rasa bersalah. Namun perkara dah jadi,dia tak boleh putarnya kembali. Setelah beberapa minit,Jong Dae akhirnya menarik nafas panjang. Sisa air matanya dikesat dan dia berpaling memandang Mi Joo yang duduk tidak jauh darinya. 

 "Apa yang kau nak sebenarnya?"soalnya dengan nada tenang. Tidak mahu dikawal oleh emosinya. Mi Joo diam lama ,giginya bergesel antara satu sama lain. Tangannya memegang perutnya yang mempunyai nyawa lain. "Saya perlukan tempat bergantung"jawab Mi Joo dengan perlahan namun sudah cukup buat Jong Dae mendengarnya. Jong Dae bangun dan mendekati Mi Joo. 

 "Kenapa saya? . Kenapa saya!? .. Kenapa bukan lelaki yang dah buat kau tu yang bertanggungjawab!"Jong Dae hilang kawalan . Nadanya meninggi dari kebiasaannya. Nafasnya turun naik memandang Mi Joo yang memandang ke bawah kerana takut dengan keadaannya sekarang. Jong Dae memegang kepalanya yang terasa sakit dan dia mencangkung di hadapan Mi Joo. ""Anak siapa yang sebenarnya ada dalam kandungan awak? Kenapa pula saya yang kena jadi kambing hitam awak?"soal Jong Dae memandang tepat ke mata Mi Joo yang mula berair. 

Gadis itu kemudian memandang ke tempat lain. Cuba mengelak dari bertatapan mata."...Itu awak tak perlu tahu..Cuma,cuma kali ini tolong rahsiakan segalanya sampai saya lahirkan anak ini"ujar Mi Joo seakan -akan sedang merayu seluruh hidupnya keatas itu. 

Jong Dae bangun dan menghela kasar . "Yah!.. Saya 25 tahunlah,kegilaan apa untuk saya kahwin dengan awak!?"

 "..Saya 15 tahun tapi saya terdesak... Saya janji lepas anak ini lahir ,saya sendiri akan beritahu semua orang tentang perkara baru.. Kalau awak nak bunuh saya pun tak apa..Saya benarkan"

"Kamu ni memang gila"

"Ya,saya gila..Jadi,tolong jadi kambing hitam untuk saya..Hanya untuk kali ini"

Perbualan mereka terhenti apabila pintu bilik dibuka dari luar dan Puan Joo memunculkan diri. "Kami dah selesai berbincang,keluarlah"ujar Puan Joo seakan tak bermaya. Wajahnya pucat lesi.

 

Puan Moon tersenyum memandang Mi Joo sebaik sahaja gadis itu menghampirinya. Tangan sejuk gadis muda itu dipegang erat. "Esok,kamu datang ke rumah kami dan kita uruskan bersama ya"ujar Puan Moon lembut sebelum air matanya jatuh menyentuh tangan Mi Joo. Wanita tua itu menangis dalam diam sebelum dia menarik Mi Joo ke dakapannya. Merasakan bahawa ia semua salah dirinya kerana tak mendidik Jong Dae dengan baik. 

Seusai itu,Puan Moon dan Jong Dae terus beredar pergi. Meninggalkan Mi Joo yang semakin tak keruan. "Mi Joo -ah.."panggil Puan Joo lemah . Anak gadisnya itu terus menoleh kearahnya . "Mulai hari ini,jangan panggil omma sebagai omma lagi..jangan jejakkan kaki ke sini lagi.."putus Puan Joo dan berjalan ke biliknya. Pintu dihempas dan dia mengunci diri di dalam bilik. Mi Joo ditinggal keseorangan. 

 "Om..omma"tutur Mi Joo . Air matanya terus bercucuran jatuh keatas lantai. Dia terus jatuh terduduk dan meraung tanpa henti memanggil ibunya supaya menarik semula kata-kata perit itu. 

 "Saya yang salah!..saya!!Omma!!"

 

 

Kedatangan Mi Joo disambut baik oleh Puan Moon dan pembantu rumah yang lain . Gadis itu terus diiring masuk kedalam rumah agam itu. Bagasi-bagasi besar terus dibawa masuk kedalam bilik milik Jong Dae. "Kamu berehatlah dahulu..Jong Dae,ada di dalam biliknya.."ujar Puan Moon dan berjalan ke dapur . Mi Joo memadang kesekelilingnya yang sungguh berlainan dengan kehidupannya. 

Dia kemudiannya mendaki menaiki tangga ke tingkat dua sebelum langkahnya terhenti kerana terserempak dengan Jong Dae yang kebetulan ingin ke dapur. Mereka berdua berpandangan lama sebelum Jong Dae menjeling dingin dan bergerak turun. Mi Joo hanya mamapu memandang. Dia tiada hak untuk rasa marah . Mereka hanya orang asing. Dia yang jahat.

 

 "Lusa,kita akan teruskan dengan perkahwinan kamu.."

 

Perbincangan Puan Moon sewaktu mereka makan malam tadi masih terngiang-ngiang di telinga Mi Joo. Dia duduk membeku di hujung katil bersaiz KING milik Jong Dae. Kedengaran bunyi pancuran air dari bilik air yang berhubungan dengan bilik tidur lelaki itu. Pasti lelaki itu sedang membersihkan diri. Mi Joo duduk memeluk tubuhnya sambil menunggu Jong Dae untuk keluar dari bilik air. 

Tidak lama kemudian, Jong Dae dengan hanya berbalutkan tualan pada bahagian bawah badannya masuk kedalam membuatkan Mi Joo yang kebetulan memandang ke arah pintu bilik air terkejut. Dengan pantas gadis itu menutup matanya dengan bantal yang dicapainya. Jong Dae yang sedar keatas tindakan reflek gadis itu sekadar menjeling. Dia bergerak ke almarinya untuk mengambil pakaian tidurnya. 

 "Perempuan murahan macam kau tahu pulak malu..Bukanke kau dah biasa tengok lelaki tak berbaju.."sindir Jong Dae dengan sinisnya. Mi Joo yang jelas tersentak dengan kata-kata lelaki itu hanya mampu mendiamkan diri. Dia menurunkan bantalnya dan mencapai tuala yang sudah dia keluarkan dari bagasinya. 

Dia meloncat turun dari katil dan ingin ke bilik air sebelum terhenti. Matanya tertacak kearah belakang badan lelaki itu yang kemerahan-merahan seperti kesan baru dilibas dan dipukul. Jong Dae pula dilihat bagai sedang menghadapi kesukaran untuk menyarung pakaian.Oleh kerana lengannya yang agak lebam ,baju susah untuk dia sarung. Kedengaran aduhan perlahan dari mulutnya .

 "Badan awak kenapa?"Soal Mi Joo memberanikan diri untuk mengetahui tentang keadaan lelaki itu. Jong Dae berhenti apabila bajunya baru sampai tersangkut di lehernya. Dia menjeling kearah Mi Joo . "Kenapa kau perlu tahu?..Ini semua salah kaulah!"marah Jong Dae dan kembali menyarung pakaiannya. "A..ahouch..."namun baru sahaja dia ingin memasukkan tangannya ke dalam lubang lengan,bajunya tiba-tiba ditarik keluar semula. 

 "Yah!,apa kau buat.."tengking Jong Dae yang terkejut dengan tindakan gadis itu. Mi Joo tanpa banyak kata bergerak ke bagasinya dan mengeluarkan sesuatu.Dia memandang Jong Dae yang memandangnya dengan pandangan tajam. Tanpa berkata apa-apa,dia menarik lelaki itu untuk duduk diatas hujung katil. "Ap..apa ka--"

 "Jangan bergerak..saya cuba membantu.."putik kapas dikeluarkan dan ubat yang berada di tangan diletak keatasnya. Ubat beruba gel itu kemudian diletak diatas luka -luka libasan badan tadi dengan perlahan. Sesekali,Jong Dae mengaduh perit namun setelah faham dengan apa yang cuba dilakukan oleh gadis itu,Jong Dae akhirnya kekal mendiamkan diri. "Siapa yang buat awak sebegini?"soalan itu terpancul keluar dari mulut Mi Joo tanpa sedar. Mi Joo pantas menakup mulutnya,tahu yang lelaki itu pasti akan bengang denga dirinya yang suka sibuk hal orang. 

Jong Dae kekal diam. DIa memandang kearah mozek lantai biliknya.

  "Chen tak buatlah!!.."pertahan Jong Dae sekerasnya tatkala ayahnya sudah mula mengeluarkan tali pinggang dari seluar. Sebab inilah dia tak gemar bertemu dengan ayahnya. Walau dia buat salah sedikit pun, ada sahaja libasan yang akan memakan badannya. "Habis anak dalam kandungan perempuan tu anak siapa?.. Kalau kau dah bawa dia kerumah ! Buat apa ajer!"bengking ayah Jong Dae dan tanpa perlu banyak kata,dia melibas badannya

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
BaeBacon__L #1
Chapter 2: Wahh. I really love it! Tapi part yang jongdae cakap member dia suka buat lawak tu, yang tu lawak. Keep update authornim :)
sunshine_blue
#2
Chapter 1: weh,apahal mi joo ni?Tak pasal2 jong dae terlibat sma!! Geramnya!!!!authornim update cepat sikit eh..*eh,over sngat sakit hati..biasalah Stan Chen kot..DAE to the BAK!!
BaeBacon__L #3
Chapter 1: Please update. I'm a jongdae stan. Jarang jumpa chen jadi main character kt malay ff. Hwaiting!!