Episode o1

Scape Goat by a KID
Please Subscribe to read the full chapter

 

 

Malam yang sejuk ,seorang gadis berjalan keluar dari hospital dengan sebuah sampul surat besar di tangan. Kakinya yang kurus itu berjalan tanpa hala tuju. Rambutnya yang hitam panjang menutup separa wajahnya. Kasutnya basah memijak lopak-lopak air yang dibuat oleh huja petang tadi.Jam sudah menunjukkan pukul 11 malam namun dia masih tiada niat untuk pulang. Hey,tiada siapa kisah .

Matanya kemudian terarah kearah sebuah gerai tepi jalan yang menjual soju dan kaki ayam pedas. "Sekali tak mengapa"desisnya dan berjalan laju kearah gerai itu. Hoodie baju dinaikkan dan dia terus duduk diatas kerusi yang kosong . "Ahjumma!! Soju satu !"pintanya dan pesanannya itu disahut oleh mak cik yang menjual itu. 

Sebotol soju diletak diatas meja plastik itu bersama dengan secawan gelas kecil. Gadis itu membeku seketika sebelum tangannya akhirnya menuang soju kedalam gelas. Rasa yang tidak enak masuk ke tekaknya sebaik sahaja dia meminum soju itu. 

 

Telefon pintar dimasukkan kedalam kocek jaket sejuk sebaik menghabiskan panggilan dengan kekasihnya yang tinggal di Jepun . Jong Dae kemudiannya terus menyiapkan dirinya untuk pulan memandangkan ia sudah lewat malam. Dia terus bergegas ke keretanya yang dipakir tidak jauh dari bangunan hotel.Enjin dihidupkan dan keretanya terus bergerak keluar dari perkarangan bangunan. 

Sambil dia memandu ,tangannya menghidupkan radio bagi menutup kesunyian malam. Lagu Ost Descendant of The Sun bermain mengisi kesunyian di kereta. Dia tersenyum sambil mulutnya turut menyanyi mengikut lirik yang diingat. Almaklumlah ,cita-citanya dahulu ingin menjadi seorang penyanyi tetapi tidak kesampaian kerana di SM sudah ada rupa yang seiras dengannya. Taknalah dituduh muka serupa . Tak exclusive gitu. 

Lampu merah menyebabkan dia brek . Matanya memandang kearah jalan di hadapannya bagi menunggu kehadiran lampu hijau yang akan datang tidak lama lagi. Namun,suatu perkara telah menarik pandangannya. Seorang gadis sedang berjalan terhuyung-hayang di tengah jalan . Gadis itu kelihatan berjalan ke belakang dan ke hadapan tak tentu arah. Jong Dae mengerutkan dahinya ,risau.

 

  "Hidup aku tamat! The END !.. Lelaki tak guna!!
HORRMMMMMM

Mi Joo menoleh ke sisinya dan suatu cahaya terang mensepetkan matanya. Cahaya itu semakin menghampirinya namun fikirannya bagai tidak dapat menangkap apakah yang berlaku. Kakinya kekal di situ. 

  "Yah!!"

Badan dia terbaring di bahu jalan akibat tolakan seseorang . Mi Joo memegang belakang kepalanya yang terasa agak perit. Matanya kemudian terarah kearah seorang insan yang sedang tercungap-cungap memandangnya. Matanya terkebil-kebil memandang insan sebelum tangannya tiba-tiba melibas kepala insan itu. "Lelaki tak guna!!"jeritnya dan dia bangun dari baringnya. Dia berdiri dengan keadaan yang goyah.

  "Kau!..memang tak guna!"sambung Mi Joo lagi sebelum ingin menyerang Jong Dae yang terpingga -pingga. Namun,baru sahaja dia ingin melepaskan penumbuknya,dia jatuh pada Jong Dae yang sempat menyambut. Bweeekkkkkk...

 

Mi Joo berguling-guling diatas katil bersaiz KING yang selesa itu sambil memeluk bantal yang berbau sungguh harum . Seperti bau seorang lelaki yang kacak. Itulah bayangannya. Gulingannya terhenti apabila dia sedar bahawa biliknya tidak punya bantal kepunyaan lelaki kacak. Matanya membuka dengan laju dan pandangan yang agak berbeza dari kebiasaannya muncul di hadapannya. Pantas dia bangun dan duduk bersila di tengah -tengah katil KING itu . Matanya membulat memandang sekelilingnya yang ternyata sekali bukan rumahnya.

Kepalanya terasa berdenyut-denyut kuat tatkala dia cuba mengingati apa yang berlaku. Dia mengigit bibir bawahnya untuk masa yang lama sebelum akhirnya mengambil keputusan untuk keluar dari bilik yang mewah itu. Perlahan-lahan ,dia mengangkat langkah menuju ke pintu bilik. Tombol pintus dipulas dan dia mengendap ke luar sebelum dia sekali lagi dikagumkan dengan keadaan dan keluasan rumah itu.

Buka sahaja pintu putih itu,dia terus dihadapkan dengan ruang tamu yang luas . "Kamu dah bangun?"soal satu suara mengejutkan Mi Joo . Seorang lelaki berpakaian jubah mandi bewarna merah jambu datang menghampiri sambil memegang secawan kopi hangat. Dia tersenyum memandang Mi Joo yang terpingga-pingga dengan apa yang berlaku.

  "Si..siapa awak?"

Jong Dae berhenti menghirup kopi hangatnya dan meletakkan ia diatas meja kopi. "Selepas dah puas muntah kat saya,awak langsung tak ingat siapa saya?".

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
BaeBacon__L #1
Chapter 2: Wahh. I really love it! Tapi part yang jongdae cakap member dia suka buat lawak tu, yang tu lawak. Keep update authornim :)
sunshine_blue
#2
Chapter 1: weh,apahal mi joo ni?Tak pasal2 jong dae terlibat sma!! Geramnya!!!!authornim update cepat sikit eh..*eh,over sngat sakit hati..biasalah Stan Chen kot..DAE to the BAK!!
BaeBacon__L #3
Chapter 1: Please update. I'm a jongdae stan. Jarang jumpa chen jadi main character kt malay ff. Hwaiting!!