THE END

Basement Wife ( Complete )

 

=====

Jong Dae bergegas menuju ke wad yang dikatakan oleh jururawat. Sebaik sahaja dia tiba dan pintu wad dibuka , matanya tertacak kearah seorang gadis yang kurus kering sedang duduk diatas kerusi dengan seluruh badan terikat pada kerusi. 

 

" Haein...Haein-ah" panggil Jong Dae dan dengan perlahan menghampiri isterinya itu.

Keadaan gadis itu langsung tidak terurus. Rambut panjang kusut masai tidak dijaga rapi sedangkan dahulu gadis itu begitu sayangkannya. Isterinya kini sudah menetap di hospital sakit jiwa dan menjadi salah seorang dari insan bermasalah mental . 

​​​​​

" Jangan terlalu rapat..dia boleh jadi agresif.." pesan doktor San yang mengiringinya.

 

Jong Dae langsung tidak mengendahkan pesanan itu dan terus sahaja merapati Haein yang masih menunduk memandang lantai. Gadis itu langsung tak bergerak. 

 

" Haein.. ini oppa.. suami kamu" tutur Jong Dae dengan lembut. Panggilan berkalinya akhirnya memberi kesan apabila gadis itu dengan perlahan mendongak. Menunjulkan wajahnya yang cengkung. 

 

" .. Suami ?.. siapa ?...Aku tiada suami !!!!" Jerit Haein tiba -tiba dan dia lantas mula memberontak ingin menyerang Jong dae. Doktor San pantas menarik Jong dae ke belakang dan mula menenangkan gadis itu yang mula agresif kembali. 

 

Jong Dae tidak dapat mentafsirkan perasannya ketika itu. Melihat isterinya yang jelas bertukar menjadi orang lain sangat menakutkannya. Dia hanya mampu memandang Haein yang semakin melenting -lenting seperti orang histeria.

 

=====

 

"Kami jumpa dia di tepi jalan dengan pakaian yang koyak rabak dan keadaan dia pada masa itu sangat teruk.. badannya lebam dan luka .. kami sahkan dia telah dirogol secara beramai-ramai..." Jelas Doktor San membuatkan Jong Dae hampir jatuh keatas lantai.

Fikirannya terus kosong. Hatinya bagai dirabak teruk dengan serigala jadian. Mendengar apa yang telah berlaku pada isterinya sendiri membuatkan dia tak dapat menerima kenyataan.

 

Kalaulah hari itu dia bersama isterinya ? . Kalaulah hari itu dia beritahu tentang kebenarannya ?.

***

Jong dae melutut kesal dihadapan ibubapa mertuanya yang sudah menangis tak henti-henti. Segala pukulan dan cacian yang diberikan bapa mertuanya diterimanya dengan reda. Memang kesalahannya selama ini. 

 

" Aku dah agak kau memang tak akan jaga anak aku dengan baik ! Aku dah tahu tapi ... Haein tetap juga degil!!" Bengking ayah haein sambil ditenangkan oleh isterinya. Dia akhirnya jatuh lemah diatas lantai dan berterusan menangis. 

 

Jong Dae sekadar mendiamkan dirinya. 

***

" Dia sudah tenang sekarang.. awak boleh masuk.."

Jong Dae membuka pintu wad dan matanya bertentangan dengan mata merah Haein. Gadis itu duduk memeluk lutut diatas penjuru bilik sambil seluruh badannya menggeletar. 

 

" Boleh saya duduk.." soal Jong Dae dengan lembut. Tidak mahu menakutkan gadis itu. Berdasarkan apa yang Doktor San jelaskan ,isterinya mengalami trauma yang teruk dan ingatannya akan datang dan pergi tak menentu. 

 

Haein diam sebelum mengangguk. Jong dae kemudian duduk bersila di sebelah isterinya sebelum cuba memaparkan senyuman tipisnya yang ternyata begitu sukar setelah melihat dari depan keadaan isterinya itu. 

 

Lebam -lebam yang agak teruk masih terlihat di wajah isterinya yang cantik itu. 

 

" Siapa awak ?"

"Jong Dae"

 

Mendengar nama itu ,Haein tertawa kecil. " Nama awak macam nama suami saya.. JONG DAE" Ujar Haein menyentakkan Jong Dae. Gadis itu ingat namanya tetapi bukan wajahnya.

 

"Suami awak ..."

"A ah... suami saya... tapi dia jahat.." tutur Haien dengan lancar. Jong dae terdiam. Dia tak marah dengan kenyataan gadis itu kerana memang betul pun segalanya. 

 

".. dia sangat jahat..Dia kurung saya di bawah tanah dan tak kasik saya keluar.. sekali pun ,dia tak pernah bawa saya keluar.. Dia tak pernah kisah tentang perasaan saya.. sekali pun dia tak pernah tanya keadaan saya .. 'Haein-ah , kamu sihat tak? Kamu gembira tak ?'.. 2 tahun ... 2 tahun saya pegang janji dia untuk bawa saya keluar dan beritahu seluruh dunia tapi dia tipu.. dia tipu segalanya.. Saya sangat sakit dan dia tak tahu.. saya sangat lapar dan tidak tahu.. saya sangat ... " 

Haein berhenti dan mengesat air matanya . Dia menoleh memandang jong dae yang sudah mula berkaca. Mata lelaki itu tidak semena -mena berkaca tanpa sebab. 

 

" Jadi, awak nak jumpa suami awak lagi tak ?"

 

"Nak.."

Jawapan laju Haein mengejutkan Jong dae. " Kenapa..awak kan benci dia .."

 

" Saya tak bencikan dia.. tak pernah pun... saya nak jumpa dia dan saya nak cakap saya cintakan diri.. " Haien kemudian tersenyum manis. 

 

jong dae sudah tak mampu menahan lagi apabila dia terus bangun dan berlari keluar dari bilik. Sejurus sahaja sudah jauh,dia terus menitiskan air matanya dan duduk diatas lantai. Air matanya terus bercucuran jatuh keatas lantai dengan laju. 

 

=====

Ceo SM, pengurus Exo dan Exo kecuali Chan Yeol hampir sahaja terkena serangan jantung sebaik mendengar pengakuan Jong Dae. Masing -masing ternganga besar melihat Jong dae yang berdiri di hadpaan mereka dengan wajah serius. 

 

"Jong Dae kau jangan nak troll kitaorang lah ,aku bakar kau nanti " bentak Min Seok yang masih tak dapat nak proses dengan kenyataan rakannya itu. 

 

Jong Dae masih kekal dengan tekadnya. " Saya tak tipu hyung.. semua, saya nak minta izin untuk keluar dari Exo.. ini pilihan saya..tolong pertimbangkannya "

=====

Masa berlalu dengan pantas dan Jong Dae sudah menjadi pelawat tetap di hospital mental Seoul itu. Hubungannya dengan Haein juga sudah bertambah baik. Keadaan gadis itu juga semakin hari semakin menunjuk peningkatan. 

 

Trauma gadis itu juga sudah semakin pulih. Jong Dae tersenyum seraya menyapa beberapa pesakit yang melintasinya. Dia terus berlari kearah seorang gadis yang sedang duduk berseorangan diatas sebuah bangku. 

 

" Haein.." sergahnya dan terus duduk di sebelah gadis itu. Haein menoleh dan dia membalas senyuman lelaki itu dengan ikhlas. 

 

" Termenung apa dari tadi ?"

 

Jong Dae memandang ke langit dengan hati yang gembira. Ingin berlayar bersama lamunan isterinya itu. 

 

" Oppa.." panggil Haein mengkedukan Jong Dae di sebelah. Dia terus menoleh dan Haein memandangnya dengan senyuman manis. 

 

" Yieh?"

 

" Suami saya , Jong Dae oppa " tutur Haein sekali lagi dengan lebih jelas. 

***

" Nampaknya ingatan dia dah kembali semula .. tahniah Tuan Kim.." ujar Doktor San memeriksa ujian kesihatan Haein yang baru keluar itu. 

 

Jong Dae bagai tidak dapat menahan segalanya ,dia terus berlari keluar mendapatkan isterinya semula. Namun langkahnya terhenti apabila melihat beberapa orang lelaki yang mengerumuni isterinya itu. 

 

" Baek Hyun ? Chan yeol?... kamu semua buat apa di sini?" Soal Jong Dae membuatkan lelaki -lelaki itu lantas menoleh. 

 

" Untuk jemput vokalis utama exo pulanglah.." 

 

=====

Konsert Elyxion Seoul akhirnya tiba . Kim Jong Dae di belakang pentas sudah tidak sabar lagi dengan rancangannya untuk melamar isterinya semula dan memberitahu seluruh dunia tentang kehadiran insan istimewa dalam hidupnya. 

 

Dia sudha bersedia dengan segala perang media kelak. Exo juga tak henti -henti memberinya semangat. 

 

Akhirnya ,konsert sudah mencapai kemuncak dan jong dae mula menyampaikan lagu ciptaannya untuk Haein. Matanya terarah tepat kearah seorang gadis yang berada di barisan VIP. Tidak lama kemudian seluruh stadium bertukar gelap dan VCR mula menunjukkan gambar perkahwinan ringkas Jong Dae dan Haein. 

 

Cahaya juga menghala tepat ke arah Haein membuatkan seluruh stadium terus riuh rendah dengan peminatnya yang jelas terkejut. Masing -maisng tak dapat mentafsirkan perasaan masing -masing selain terus mengikut sahaja aliran . 

 

" Exo-L.. dan seluruh dunia ..kenalkan isteri saya Woo Hae In.. " 

 

Haein terus dijemput naik oleh staff keatas pentas. Suasana terus riuh rendah. Jong Dae menarik nafas panjang sebelum dia menghampiri Haein yang juga menghampirinya. 

 

Sebaik berada di hadapan gadis itu ,dia terus melutut dan menunjukkan sebentuk cincin kepada isterinya itu. 

 

" Will you marry me again, Woo Hae In ?"

Keadaan sunyi sepi dengan penuh debaran. Haein diam untuk masa yang lama. Seperti serba salah untuk mengambil cincin lamaran suaminya itu. Akhirnya ,tangannya menerimannya dan seluruh stadium terus bersorak walaupun ada yang patah hati. 

 

Jong Dae terus bangun dan memeluk erat isterinya itu sebelum dia merasakan ada yang tidak kena. Haein langsung tidak membalas pelukannya sebaliknya kepala gadis itu jatuh lemah diatas bahunya sebaik sahaja dia merangkul gadis itu . 

 

 " Haien.."panggilnya dan isterinya itu langsung tak menjawab. 

 

Perkara terakhir yang Jong Dae ingat hanyalah seluruh badan gadis itu sejuk beku seperti tiada yang mengalir. 

 

=====

Woo Hae In mati malam konsert itu . Jong Dae duduk bersendirian di dalam bilik memorial itu. Enggan untuk pergi walaupun semua sudah pulang. 

 

" Woo Hae In .. sudah lama menghidapi tumor di kepala.."

~~

"Oppa.. kepala saya sakit sangat"

"Awak makanlah ubat.. mungkin pening biasa sahaja"

 

~~

"Kalau saya pergi dulu.. jangan berani nak nangis..faham"

 

Jong Dae menakup mukanya dan berterusan menangis dalam kedinginan malam .  

 

 

The End 

​​​

 

​​​​​​

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
kimchinana #1
Chapter 3: Aku dah nangis. Puas hati??
mpreggoland
#2
Chapter 3: byk kejutan...sy smpai confuse dgn feeling sy sndiri...
tp storylinenya btul2 best! *thumbs up* ^^
imjiseong
#3
Chapter 3: aduh, Jongdae.. kesian Haein..
btw, fanfics yang best. saya suka :)
BaeBacon__L #4
Chapter 3: Nak request boleh tak authornim?? Nanti tolong update kan scape goat by a kid. Hehee thank you. Citer ni macam best je. Fighting authornim!!
BaeBacon__L #5
Chapter 3: Im crying. Hahhah. Part dia lamar isteri dia tu tak leh nak bayangkan kalau jadi realiti. Terpaksa ku relakan demi kebahagian jongdae dan masyarakat sejagat. Hahahah. Its okay la asal kan jongdae bahagia. im just a fans. Jongdae, harap jodoh hang datang cepat
lyanaesyaz #6
Chapter 3: why so sad this story..pape pon tq authornim..
Seasony
#7
Chapter 3: Hancurnya hati saya bila Jongdae bersedih macam tu. Takpe Jongdae asalkan awak dapat pengajara. Thank you author nim! This story is amazinggg
Park_Rafa88
#8
Chapter 3: Author-nim! Berani awak buat Jongdae saya menangis??? XD~ wuaaa its Chen-fic! Saya kagum dengan fanfic ni! Pengakhiran yang boleh dikatakan tak dijangka~ wuhuhuhu I almost cry~ T^T.. and yeah its quite distracting dengan beberapa tanda bacaan yg agak mengangguk but well its okay! ><…And saya rasa scenenya agak terlalu pendek well tak apa as long as ianya mudah difahami and overall saya suka! Sebab dekat aff and tag malay memang jarang nak jumpa ff Chen T^T apapun tahniah author-nim! Saya harap awak dapat buat ff yg lebih menarik nanti!! See you in your next ff! *Maaf komen panjang T^T
lyanaesyaz #9
Chapter 1: update lgi..best sgt crita ni