OO2

Basement Wife ( Complete )

 

Jam sudah mencecah angka 11 malam dan Haein masih kekal menunggu di hadapan bangunan SM bersedirian. Dengan udara yang semakin sejuk, dia berpelukan seorang diri sambil matanya merenung tepat ke pintu utama bangunan SM. Menunggu kehadiran Jong Dae yang sudah berjanji dengannya.

 

***

Jong Dae menggeliat kepenatan sambil dia melabuhkan punggungnya pada sofa. Matanya merenung kearah rakan -rakannya yang masih berphotoshoot. Sudah lewat malam ,tetapi mereka masih bekerja keras. 

 

" Jong Dae ,coffee?"pelawa pengurus-nya sambil menghulurkan secawan kopi sejuk kepada lelaki itu. Jong dae pantas menyambutnya dan tersenyum . 

 

 " Kamu nak sambung esok atau teruskan sahaja?" Soal pengurus-nya tak mahu terlalu memaksa idol jagaannya itu. " ... Kita teruskan sahaja.. masih ada masa lagi" balas Jong Dae dengan laju. Jelas terlupa akan seseorang...

 

=====

Sebungkus roti dan secawan teh panas menjadi sarapan Haein untuk hari itu sambil dia bergerak menuju ke bangunan SM kembali. Semalam ... tak perlu diimbas, Jong Dae yang berjanji nampaknya tak dapat tepatinya. Nasiblah dia masih ada sisa duit Chan Yeol ,dapatlah dia terus bertahan. 

 

Seperti tempat kegemaran,Haein kembali duduk di tempatnya semalam . Sambil dia menikmati sarapannya , dia memandang kearah bangunan SM. Bangga kerana suaminya dapat bekerja di bawah syarikat yang besar dan terkenal di Korea Selatan.

 

2 jam berlalu tanpa apa -apa yang berlaku . Haein masih membeku di tempatnya dengan harapan yang kuat bahawa suaminya akan datang berjumpa dengannya. 

***

Baek Hyun mengecilkan matanya memandang kearah seorang gadis yang duduk bersila diatas lantai sambil menghadap bangunan SM. Dia yang berada di tingkat 5 memandang gadis itu dengan dahi berkerut. 

 

 " Channie , itu perempuan semalam kan?.. dia masih kat sini" ujar Baek Hyun apabila Chan yeol menghampiri. Chan yeol yang sedang membetulkan butang pada jaketnya terhenti dan memandang ke luar tingkap besar bilik latihan tersebut

 

Matanya membulat melihat haein yang masih dalam pakaian yang sama . " .. wah , dia memang tegar betul.." desis Chan Yeol didengari Jong Dae yang sedang duduk bersandar . 

 

" Guyss jom makan.. " seru Suho di muka pintu . Serentak itu, exo terus bersorak dan berlari anak mengikut si ketua. Jong Dae juga bingkas bangun sebelum dia terhenti dan bergerak ke tingkap. 

 

Matanya memandang tepat kearah Haein yang masih bersila. Ia tak mudah Haein.. tak mudah..

 

=====

Jong dae curi -curi keluar dari belakang bangunan . Dengan pakaian serba hitam dan tag staff yang dipinjamnya ,dia berjalan laju menghampiri Haein yang masih merenung tepat ke bangunan Sm.

 

Tanpa sapaan ,dia terus menarik tangan gadis itu mengikutnya pergi agak jauh. Haein terpingga -pingga seketika sebelum dia sedar yang si penariknya itu adalah Jong Dae. Senyuman lega terus terukir pada wajahnya sebaik sahaja Jong Dae menurunkan topengnya. 

 

 " Oppa! " tutur Haein dengan gembira dan baru sahaja dia ingin memeluk suaminya itu, jong dae pantas menghalang. Jong dae dengan wajah seriusnya menarik nafas panjang sebelum mengeluarkan sesampul duit tebal. 

 

" Pulang ke Jeju.." putus Jong dae dengan suara yang tersekat. 

 

Senyuman Haein terus pudar . Matanya membundar besar memandang Jong dae yang kelihatan serius. Mulutnya terketar -ketar membuka. 

 

 " Tapi..tapi kenapa ? " 

 

"Awak tak boleh terus duduk dekat Seoul dan dekat dengan abang. Orang akan tahu nanti" jelas Jong dae menyatakan kerisauannya untuk beberapa hari ini. Dia tak mampu untuk menempuh media yang kejam .

 

Mata Hae in terus berkaca namun dia pantas menahannya dari pecah. Dia gadis yang kuat dan itu yang jong dae suka padanya jadi dia tak akan nangis.. tidak..

 

 " Oppa janganlah main -main.. mana mungkin saya akan balik ke Jeju dan oppa tahu kenapa... saya dah kena buang keluarga.. jadi tak mungkin saya..."

 

"Abang dah call ayah .. mereka tak akan marah.." potong Jong dae mengeruhkan lagi perasaan Haein ketika itu.

 

Ketika itu , haein tak dapat lagi menahan. Air matanya terus mengalir laju . Tidak sangka dengan keputusan suaminya itu. Setelah apa yang dia korbankan. Pelajarannya ,keluarganya dan kehidupannya.. demi Kim Jong dae dan sekarang ini apa yang dia terima. 

 

Dia berhenti belajar , dia dibuang keluarga dan dia dikurung di basement bangunan lama. Semuanya kerana lelaki itu dan sekarang lelaki itu dengan senang menyuruhnya pergi .

 

Seluruh badan Haein terasa menggeletar. Kakinya hampir putus asa untuk terus kekal berdiri.

 

 " .. kenapa tiba-tiba ?.. kenapa oppa ?.. " soal Haein membuatkan jong dae tersentak . Melihatkan Jongdae yang kekal membisu, Haein tersenyum perit. 

 

" Saya terselamat dari bangunan yang terbakar dan apa yang oppa cakap cuma pergi..pergi pulang Jeju.. Oppa tak tanya pun samada saya okay atau tak ? Saya dah pergi hospital tak ... tiada.. " Haein berhenti dan dia memandang sampul yang masih dipegang jong dae itu. 

 

" Tapi oppa tahu apa yang saya nak cakap bila saya jumpa oppa.. oppa baik -baik tak ?" 

 

Hati Jong Dae bagai direntap apabila mendengar soalan penuh ikhlas dan prihatin isterinya itu. Entah kenapa ,air matanya langsung tidak ingin keluar. Dia kekal membisu dan memandang gadis itu dengan penuh rasa bersalah. 

 

Gadis itu betul . Dia pentingkan diri.

 

Haejn mengesat air matanya dengan kasar. " Saya mungkin nampak terdesak tapi saya tak akan pulang.. saya tetap isteri abang dan saya akan kotakan janji kita dulu.. saya tak akan muncul lagi.. jaga diri"

 

Dengan itu ,Haein terus berpaling untuk pergi sebelum langkahnya terhenti sebaik melihat insan yang berada di hadapannya. Matanya membutang besar begitu juga dengan Jong Dae di belakangnya. 

 

Chan Yeol berdiri kaku di tempatnya. Matanya yang bundar memandang tepat kearah dua insan tersebut. 

 

" Isteri ?.. Jong Dae kau dah kahwin ?" Soal Chan yeol dengan nada yang tidak percaya. Seluruh badannya masih membeku.

 

=====

 

Chan Yeol lama mendiamkan dirinya setelah mendengar cerita daripada Jong Dae kepadanya. Dia masih menerima kejutan yang sungguh besar. Rakannya sudah berkahwin dan dia langsung tak tahu menahu. 

 

Matanya mengerling kearah Haein yang duduk jauh dari mereka berdua. Helahan berat dilepaskan. Tiada apa yang mereka boleh lakukan. Semuanya sudah berlaku. 

 

Chan Yeol memeluk tubuhnya sebelum memandang serius kearah Jong dae. " Jadi apa kau nak buat sekarang ?" . Jong Dae diam dan memicit -micit batang hidungnya. 

 

" Aku tak tahu.. " 

 

" Hentikan semua ini Jong Dae.. apa kata kau beri--"

 

"Kau ingat semua tu senang ?. Kau tak ingat masa Kris ,Luhan dan Tao tinggalkan kita ?. Aku tak nak datangkan beban pada yang lain lagi... "tutur Jong Dae dengan nada yang lemah. Terasa seperti separuh nyawanya sudah dibawa pergi. Dia dalam kesempitan yang amat sangat. 

 

Chan yeol membisu . Tidak dapat menyangkal apa yang diutarakan Jong dae tadi.

 

 " Jangan risau.. aku akan hantar dia pulang " 

=====

Haein melangkah masuk kedalam bilik stor basement bangunan SM diekori oleh Jong Dae dari belakang. Nasiblah staf percaya akan kata -katanya untuk kononnya menyimpan barang . Bilik stor yang sudah lama tidak diguna itu sudah pun mengumpul habuk namun masih boleh untuk diguna satu malam

 

" Awak tidur di sini dulu malam ni.. " ujar Jong Dae sambil mengibas habuk pada sofa usang di sudut bilik stor tersebut. Haein sekadar memerhati suaminya menyediakan segalanya . 

 

Dengan perlahan dia merapati suaminya itu dan memeluknya dari belakang . Pinggang Jong dae dilingkarinya dengan tangannya yang kurus. Kepalanya direhatkan di belakang badan suaminya itu. 

 

Jong Dae pula terus kaku . 

 

 

" Oppa .... susah sangat ke ?" Soal Haein dan tidak menerima balasan daripada Jong Dae yang kekeluan lidah. 

 

" Oppa.. masih sayangkan saya tak " 

 

Jong Dae mendiamkan dirri membuatkan haein tersenyum kelat. Pelukannya dilonggarkan. 

 

".. Maaf... maaf ...maaf" tutur Haein berterusan membuatkan Jong dae makin keliru. Dia yang ingin meleraikan pelukan gadis itu dihalang oleh haein yang tidak mahu suaminya itu melihat dia menangis. Sekali lagi. 

 

Dia dah cukup dengar setiap butir perbualan suaminya dengan chan yeol. salah dirinya . Kenapalah dia tidak terbakar sama dahulu.

 

Haein akhirnya tertidur . Jong Dae merenung wajah isterinya yang kian mencengkung. Keceriaan yang selalu terpancar di wajah isterinya dahulu semakin suram . Adakah kerana dirinya ?. 

=====

Pagi -pagi lagi , jong dae sudah bergegas ke bangunan SM dengan teksi tanpa pengetahuan yang lain. Bilik stor dibukanya dan lampu dipasang. Matanya yang kuyu terus segar tatkala melihat kekosongan diatas sofa. 

 

" Haein ?"panggilnya dengan mata yang melilau ke sekeliling bilik stor yang kosong itu. 

=====

Berbulan telah berlalu tanpa khabar berita. Jong Dae pula semakin hilang arah. Ditelefonnya ibubapa mertuanya dan mereka berdua langsung tidak menerima kepulangan gadis itu. Ke mana pula Haein menghilang tanpa duit poket?. Selamatkah isterinya itu.

 

Chan Yeol yang merupakan satu-satunya insan yang tahu tentang apa yang berlaku juga berusaha mencari isteri rakannya itu.

 

Panggilan dimatikan dan jantung Chan Yeol bagai hendak terhenti. Dia memandang Jong Dae yang sekadar duduk diam di atas kerusi . Didekatinya lelaki itu dan duduk bertentangan dengannya.

 

" Jong Dae -ah ,kawan aku dah jumpa dia tapi tolong jangan terkejut.."

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
kimchinana #1
Chapter 3: Aku dah nangis. Puas hati??
mpreggoland
#2
Chapter 3: byk kejutan...sy smpai confuse dgn feeling sy sndiri...
tp storylinenya btul2 best! *thumbs up* ^^
imjiseong
#3
Chapter 3: aduh, Jongdae.. kesian Haein..
btw, fanfics yang best. saya suka :)
BaeBacon__L #4
Chapter 3: Nak request boleh tak authornim?? Nanti tolong update kan scape goat by a kid. Hehee thank you. Citer ni macam best je. Fighting authornim!!
BaeBacon__L #5
Chapter 3: Im crying. Hahhah. Part dia lamar isteri dia tu tak leh nak bayangkan kalau jadi realiti. Terpaksa ku relakan demi kebahagian jongdae dan masyarakat sejagat. Hahahah. Its okay la asal kan jongdae bahagia. im just a fans. Jongdae, harap jodoh hang datang cepat
lyanaesyaz #6
Chapter 3: why so sad this story..pape pon tq authornim..
Seasony
#7
Chapter 3: Hancurnya hati saya bila Jongdae bersedih macam tu. Takpe Jongdae asalkan awak dapat pengajara. Thank you author nim! This story is amazinggg
Park_Rafa88
#8
Chapter 3: Author-nim! Berani awak buat Jongdae saya menangis??? XD~ wuaaa its Chen-fic! Saya kagum dengan fanfic ni! Pengakhiran yang boleh dikatakan tak dijangka~ wuhuhuhu I almost cry~ T^T.. and yeah its quite distracting dengan beberapa tanda bacaan yg agak mengangguk but well its okay! ><…And saya rasa scenenya agak terlalu pendek well tak apa as long as ianya mudah difahami and overall saya suka! Sebab dekat aff and tag malay memang jarang nak jumpa ff Chen T^T apapun tahniah author-nim! Saya harap awak dapat buat ff yg lebih menarik nanti!! See you in your next ff! *Maaf komen panjang T^T
lyanaesyaz #9
Chapter 1: update lgi..best sgt crita ni