Who Are You

Pencuri Hati

"Gigih betul Jin hyung dukung perempuan tu." Jungkook menyuarakan perasaan tabiknya terhadap Jin yang jalan mendahului mereka di hadapan bersama Namjoon. Hampir 30 minit mereka berjalan kaki dan kini sedang mendaki jalan raya berbukit yang menempatkan rumah teres mereka, Jin nampaknya tidak keberatan membawa gadis itu di belakangnya, malah menolak ketika ada yang ingin menggantikan tempatnya.

"Menyusahkan betullah," Jungkook menggaru kepalanya, rimas! "Tahu tak sekarang ni kita telah pun terlibat dengan kes polis? Selama ni kita hanya mencuri, tak pernah sekali pun tertangkap atau disyaki, tapi sekarang? Kita automatik akan jadi orang yang dikehendaki, tahu tak?"

Semua mengeluh. Buntu. Hanya seorang saja yang tak mendengar, iaitu Taehyung. Dari tadi lagi pandangannya dipaku pada Jin yang sedang mendukung Jisoo. Dan Jimin perasaan itu. Tapi dia tidak dapat menduga apa yang sedang bermain di benak Taehyung.

Pada masa yang sama, di bahagian hadapan—Namjoon memerhatikan wajah datar Jin. Ada suatu yang janggal...

"Kau penat, tak? Mari aku ganti."

Jin menggeleng, "Tak apa, dah nak sampai."

Jin kembali hening. Genggaman tangannya pada Jisoo di belakang semakin dieratkan, kedudukan Jisoo diperbetulkan, Jin termenung jauh...

Kenapa kita ditakdirkan berjumpa semula, Kim Jisoo?


35 minit berjalan, akhirnya mereka tiba juga di tempat persembunyian mereka, iaitu sebuah rumah teres yang terletak di perkampungan, dan mereka juga telah berjaya menyeludup Jisoo masuk ke dalam rumah secara senyap-senyap tanpa pengetahuan orang.

"Agh..." Jin terduduk atas katil, penat. Jisoo terlepas begitu saja dari belakang Jin lalu rebah di atas tilam. Sakit bahunya Tuhan saja yang tahu. Jin lantas menumbuk-numbuk bahunya yang terasa tajam seperti dicucuk-cucuk.

Beratnya kau...

"Sumpah, aku tak tahu nak buat apa dengan perempuan ni sekarang." Fikiran Namjoon sungguh bercelaru. Dia mengerling ke arah Taehyung yang dari tadi tercegat dan mendiamkan diri, "Taehyung, kau secara tak langsung dah libatkan diri kita dengan polis! Aku cuma nak ingatkan kau, mulai sekarang perempuan tu adalah tanggungjawab kau. Hidup mati perempuan tu kau yang urus. Berani buat, berani tanggung. Aku tak nak masuk campur." Serius. Namjoon meninggalkan bilik itu disusuli Jungkook, Hoseok dan Yoongi kemudian.

Yang mampu Taehyung lakukan hanyalah termenguh.

Perlukah salahkan aku seorang? Konon susah senang bersama. Puih!

"Uhhh..." Keluhan berat dilepaskan, Jin juga mengikut jejak langkah Namjoon. Dia berdiri dari katil dan segera keluar dari situ kerana tiada apa lagi yang boleh dia katakan.

"Hyung—" Taehyung memanggil perlahan, tapi Jin memberi isyarat mind-your-own-bussiness lalu terus keluar.

Kini hanya tinggal Jimin.

Selamba bahu Taehyung ditepuk, diiringi senyuman sinis, "Terima kasih dekat kau, tak lama lagi perempuan ni akan masuk news." Sindirnya. Lalu Jimin juga berganjak dari bilik itu, meninggalkan Taehyung seorang diri.


Jam di dinding terus berdetik.

Setengah jam masa sudah berlalu.

Tubuh tersadai malas, kaki bersilang di atas meja, tangan memutar-mutarkan pemetik apa di tangan sambil fikiran melayang jauh.

Sebenarnya Taehyung tengah menunggu orang tahanannya bangun.

Jisoo seperti tahu dia sedang difikirkan, tiba-tiba saja tubuhnya mula bergerak membuatkan Taehyung berada dalam keadaan berwaspada.

Tubuhnya ditegakkan dan kakinya diturunkan perlahan.

"Uhhh..." Jisoo cuba mengiring. Tapi dia sedar sesuatu menyekat tubuhnya. Atau lebih tepat lagi, tangannya diikat di kepala katil.

Heol!

Sepantas kilat deria Jisoo mula berfungsi. Satu-persatu ingatannya terhadap penculikan ini mula bermain di mindanya. Dia tahu dia diculik!

Jisoo segera membuka matanya, dan tak disangka-sangka bertembung dengan mata Taehyung. Dia tidak salah lagi. Yang berada di hadapannya sekarang ini ialah lelaki yang sama yang dilihatnya di dapur untuk cubaan mencuri.

Mati. Matilah aku.

Jisoo pucat-lesi. Langsung tak bergerak. Dan itu membuatkan Taehyung semakin berdebar.

"Kenapa kau tak jerit?" Taehyung ingin tahu. Risau juga kalau-kalau perempuan ini sekali lagi terkena serangan jantung.

Air liur diteguk, "A-aku... Tolong lepaskan aku." Jisoo merintih, tapi tidak melawan.

Taehyung bangkit dari sofa dan mendekati gadis itu dengan perasaan tertarik. Dengan gerakan refleks Jisoo mengundur ke belakang, tapi ikatan tangannya menyukarkan dia untuk duduk.

"Lepaskan? Supaya kau boleh bagitahu polis?" Bibir tersenyum sinis. "Malangnya, aku terpaksa culik kau. Kau dah nampak muka aku, mustahil kau tak laporkan pada polis."

Jisoo menggeleng laju, "Tolonglah lepaskan aku," Rintihnya ingin menangis, "Sumpah aku tak akan bagitahu siapa-siapa. Aku tak akan laporkan pada polis. Betul. Aku tak tipu. Aku akan anggap perkara ni tak pernah berlaku. Jadi lepaskanlah aku."

"Tipu! Kau Penipu! Kau akan laporkan pada polis, kan? Jadi lebih baik aku culik kau! Kau... Kau akan tinggal dengan aku buat seumur hidup kau—"

Seumur hidup?!

Terbeliak mata Jisoo mendengarnya. Tidak, tidak akan.

"Aku akan larikan diri!" Jisoo melawan, "Kau akan menyesal sebab tak lepaskan aku dari awal!" Dengan geram Jisoo menendang-menendang kakinya ke depan, meronta-ronta minta dilepaskan, sehingga ternaik-naik baju gaunnya di atas—menampakkan pantinya.

What the... 

Taehyung tergamam.

Luar biasa betul perempuan ni.

"Tolonggg! Tolonggg! Egh, lepaskan aku!" Jisoo cuba merenggut tangannya yang diikat kuat pada besi kepala katil, memaksa tubuhnya berpusing ke kiri dan ke kanan, tapi yang dia dapat hanyalah kesakitan. "Egh! Kalau kau tak lepaskan aku sekalipun, aku akan lepaskan diri! Aku akan pastikan korang masuk jail!"

Kan betul. Dia akan lapor pada pihak polis.

"Tolonggg! Penculik! Tolonggg! Saya kena culik!"

"Yah!" Taehyung menjadi tak tentu arah, ditekupnya mulut gadis itu, risau jika jiran sebelah dengar. "Aku bukannya buat benda tak senonoh dekat kau! Sekarang kau diam atau— Arg!! !" Terkapar-kapar tangan Taehyung digigit Jisoo. Bengis betul perempuan ni! Ikutkan hati, dah lama Taehyung tumbuk.

"Diam kepala otak kau! Kau nak jadikan aku tahanan kau seumur hidup, macam mana aku nak diam?!"

Lincah kaki panjang Jisoo melingkari pinggang Taehyung, mengepitnya dengan kuat, cuba membuatkan pinggang lelaki itu terkehel. Jadi huru-hara semuanya.

Sakitnya ya ampun, Taehyung saja tahu. Mahu patah tulangnya. Beberapa kali Taehyung melepaskan kaki itu, sampaikan matanya ternampak benda yang tak sepatutnya dia nampak, tapi Jisoo pantang menyerah, kakinya betul-betul sudah melekat kuat di pinggang Taehyung.

Membayangkan hanya dia dan Jisoo saja berada dalam bilik ini, maka cas-cas elektrik pun mula berhubung sehingga Taehyung dapat rasakan renjatan elektrik mengalir ditubuhnya.

Okay, ini bahaya.

Jika tadi Jisoo yang minta dilepaskan, kini sebaliknya.

"Lepaskan kaki kau! Kau tahu tak aku siapa?! Aku orang jahat tahu tak!" Sudah tidak sanggup menahan seksa jiwa dan batin, Taehyung tak ada pilihan...

Dush!

Okay, itu lebih baik untuk mengelakkan benda yang tak diingini berlaku.

"Mian."

Kini Jisoo pengsan tak sedarkan diri.


"Satu, dua, tiga..." Hoseok membilang jarinya, "Tiga! Masuk yang ni, dah tiga kali dia pengsan." Katanya.

"Apa yang kau buat?" Jin ingin tahu.

"Aku tumbuk muka dia."

Jin hanya menggelengkan kepala. Sedangkan dalam hatinya, dia risau. "Tak apalah, kalau dia bangun nanti, jangan lupa bagi dia makan... Mati kebulur anak orang." Bahu Hoseok digamit, "Kami cau dulu. Ada projek lain. Apa-apa, roger." Mereka pun beredar dari situ, dihantar oleh Taehyung dengannya matanya sehingga hilang dari pandangan.

Aih, nasib kaulah Taehyung.

Ditatapnya bekas makanan di atas meja. Nampaknya Jin sudah membelikan Jisoo makanan. Baguslah, tak payah dia penat-penat turun ke bawah lagi.


"Hoi, bangun. Bangunlah hoi."

Terasa pipi Jisoo ditepuk-tepuk. Kerana sudah peka dengan situasi sekarang, mata Jisoo terbuka serta-merta.

Dia melihat Taehyung kini di atasnya dengan wajah 'poker face'. Automatik Jisoo mengundur takut ke belakang, kemudian mengerang apabila batang hidungnya terasa pedih.

Ouch. . Dia tumbuk muka aku tadi.

Pandangan tajam dihadiahkan kepada Taehyung. Bibir diketap geram... Andai saja Jisoo boleh membalas dendam, 'bawah' Taehyung adalah benda pertama yang dia akan serang dulu. Biar padan muka! Menangis tak berlagu!

Eh, tapi kejap...

Jisoo menatap tangannya bingung. Tak diikat? Muka Taehyung dipandang untuk minta penjelasan.

"Kalau kau cuba lari, kau tahulah apa yang sedang tunggu kau di luar tu." Gumamnya datar, "Aku yakin kau akan lebih pilih tinggal di dalam rumah ni dari berada di luar sana."

Okay, itu menakutkan. Muka Taehyung sangat serius sehingga Jisoo hampir mempercayai kata-kata lelaki itu. Apa sebenarnya yang ada di luar sana?

"Sudah, bangun. Bilik mandi dekat tepi tu. Nah, pakai." Bungkusan hitam dibaling ke arah Jisoo.

"Apa ni?"

"Bra dan panti kau."

"Yah!" Bungkusan hitam itu dibaling semula ke arah Taehyung. Tak guna betul! Merah-menyalah muka Jisoo dibuatnya.

"Tapi... Betul ke?" Soal Jisoo ingin kepastian apabila dia sudah mulai tenang. Malu gila!

"Betullah. Tadi kitaorang curi dekat bilik kau—"

"Yah!"' Sebiji bantal melayang tepat di muka Taehyung.

Sumpah! Taehyung sudah tidak mampu menahan tawanya lagi. Dia terkekeh tanpa henti melihat reaksi gelabah gadis itu.

Eee, tak guna betul lelaki ni!

"Okay, okay, aku main-main." Taehyung tersenyum senget, "Itu baju kau. Aku beli tadi."

Jisoo terdiam. Kisah pula lelaki ni dekat dia. Sanggup belikan baju.

"Beli ke...curi?" Jisoo menyoal tanpa berlapik lagi.

Taehyung tersenyum sinis, "Of courselah curi."

Dah agak dah...

Dan sedar atau tidak, sudah tiga kali Taehyung tersengih dan ketawa di hadapan Jisoo. Nampaknya Taehyung bukanlah sejahat seperti yang Jisoo bayangkan.

Adakah ini peluang untuk melepaskan diri?

"Baik, aku nak mandi." Jisoo berkata serius, berusaha tidak menunjukkan sebarang ekspresi. Dia segera bangkit dari katil itu, diperhatikan oleh Taehyung.

"Betul, kau tak menyesal sebab tak ikat aku?" Jisoo sengaja menduga, kakinya tanpa sedar mengundur jauh, perlahan dan penuh berhati-hati.

Taehyung mengangkat bahu selamba. Betul dia tak kisah.

"Macam mana kalau aku larikan diri?"

"Aku yakin kau tak akan dapat lari jauh," Taehyung mendekati Jisoo, berhenti tepat di depannya, lalu wajahnya ditatap penuh kelembutan, menimbulkan kebingungan di mata Jisoo. Kemudian tak disangka-sangka lelaki itu tunduk dan bertindak mengesat hidung Jisoo menggunakan jarinya sendiri, "Hidung kau berdarah..."

Berdarah?!

 Jisoo panik. Tapi dia membiarkan saja Taehyung membersihkan hidungnya.

"Kau tahu tak ini pertama kali aku tumbuk perempuan." Luah Taehyung. Fokus.

"Jadi?"

"Jadi?" Taehyung melarikan matanya ke arah Jisoo, "Aku minta maaf."

 

Bersambung...

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
LittleMeigeni #1
Chapter 3: Nak tahuuuu apa hubungan Jin dgn jisooooo hmmmm....
LittleMeigeni #2
Chapter 3: Nak tahuuuu apa hubungan Jin dgn jisooooo hmmmm....
nanadjiyongie_01
#3
Chapter 3: aik?Jin kenal Jisoo?? mmmm..btw comellll lah taetae ngan jisoo..apalah nasib jisoo kat tgn diorang kan asyik pengsan je kesian anak orang XD..hahahaha..cerita ni menarik lah..update lagi ya.
2Cool_4Skool #4
Chapter 2: Hahaha mengongg.. Tak sabarnya nak tengok Jisoo sedar. Apalah reaksi dia
nanadjiyongie_01
#5
Chapter 2: hahahahaha..BTS jealous la tu tgk tae buat cpr kat jisoo..hahaha apalah makcik2 ni XD kesian hoseok..meratap pemergian van antik tercinta..huhuhu waiting for the next update hwaiting! tapi tae..jgn pikir macam2 eh...XD
_baebyboo #6
Chapter 2: Dah update! Terima kasih sbb sudi baca ff ni ! Next chapter adalah permulaan kepada interaksi antara Jisoo dan BTS okay~ So tunggu~
nanadjiyongie_01
#7
Chapter 1: sambunglah..saya suka sangat!!!! saya jisoo stan ahahahahaha ARMY...fighting!
Park_Rafa88
#8
Chapter 1: Wuaa~ saya pasti klau awak sambung mesti akan jadi ff yg sangat menarik~ dah lama saya tak baca ff pasal BTS..rasanya ini ff pertama saya ><…Chap 1 je dah berjaya 'mencuri hati' saya ahahahaha~ harap-harap byk lagi moment Kook dgn TaeTae bersama heroin Jisoo >< good work author-nim! Semoga awak dapat sambung ff yg menarik ni~ plot yg menarik! Tak sabar nak tgk apa pencuri-pencuri kita akan buat