Heart Attack

Pencuri Hati

"Aku dah mengantuk ni... Woahhhhh~" Jisoo menutup mulutnya ketika menguap. Jam dinding sudah menunjukkan pukul dua pagi. Mata pun sudah merah dan berair. Mahu juling mata Jisoo dibuatnya kerana menahan tidur.

"Kau jangan pandai-pandai nak letak dulu—" Jennie di seberang talian memberi amaran. "Alaaa, temankanlah aku dulu. Tunggu aku sampai rumah, baru kau letak. Aku takut pulang seorang-seorang ni."

Jisoo menguap lagi. Kalau boleh sampai terkoyak bibirnya. Alang-alang dah meniarap atas katil ni, best betul kalau lelapkan mata sekejap. 

Baiklah, aku tutup mata. Jennie bukan nampak pun. Bisik hati Jisoo. "Araseo, kau cakap jer... Aku dengar."

Akhirnya Jisoo merebahkan sebelah pipinya di atas bantal yang menjadi alas dadanya tadi dan terus terlelap dengan lenanya.

Sesaat... Dua saat... Tiga saat... Tidur Jisoo tak lama kerana dia dikejutkan dengan bunyi kaca pecah di tingkat bawah, mungkin di dapur. Automatik mata Jisoo terbuka dan berada dalam keadaan berjaga-jaga.

Lama Jisoo membatu, tapi lepas tu dah tak dengar apa-apa. Hanya suara Jennie pok-pek-pok-pek di seberang talian saja kedengaran.

Hmmm... Tak apalah..

Maka mata pun dilelapkan sekali lagi.

Pakk!

Kamcagi... Jisoo tersentak. Dan kali ini bunyi kaca pecah itu turut didengari oleh Jennie.

"Bunyi apa tu babe? Kau terjatuh ke?"

"Bukanlah. Kejap aku tengok..." Perlahan Jisoo berganjak dari atas katilnya. Telefon ditinggalkan di katil, dengan langkah berat Jisoo mendekati pintu biliknya dan dikuak sedikit. Kepalanya dijenguk ke luar, matanya melilar melihat keadaan sekeliling. Tapi suasana terlihat sangat malap tanpa lampu.

Aduh, bunyi apa pula tu? Jisoo mula diselaputi perasaan risau. Kalau kata kucing yang pecahkan pinggan, memang taklah sebab keluarga mereka tak pelihara kucing gara-gara Jisoo yang menghidap asma. Lalu entah kenapa Jisoo tiba-tiba boleh terbayang salah seorang keluarganya tergelincir di dapur dan kepala terhentak pada lantai mosaic yang keras sehingga tak sedarkan diri. Mungkin bunyi kaca adalah dari gelas yang terlepas dari tangan.

Boleh jadi juga! Mengarut tapi siapa tahu jika ia benar-benar berlaku. Dan Jisoo akan menyesal seumur hidup jika dia membiarkan saja bunyi itu sedangkan dia tahu apa yang berlaku.

Jisoo mengetuk kepalanya sendiri. Kadang-kadang dia menyesal kerana terlalu taksub dengan drama Korea.

"Tsk..." Jisoo menggeluh. Tanpa berfikir panjang, Jisoo ingin turun ke bawah, lupa bahawa Jennie masih di dalam talian yang ditinggalkan di dalam bilik.

Lampu tidak dihidupkan kerana rumah mereka dilengkapi dengan lampu LED yang menyalah dalam gelap yang terpasang di sepanjang tangga ala 'Cinderella' itu. Cukup untuk menerangi jalan menuruni tangga menuju ke dapur.

Malap, sunyi, sejuk, cukup buat hati Jisoo berdebar-debar. Sudahlah rumah besar, tangga yang dituruninya juga tiba-tiba terasa sangat jauh.

Setiba di hujung tangga, langkah Jisoo semakin perlahan...dan perlahan, lalu terhenti. Mata terpaku pada satu arah, jantung berdegup kencang dan keringat dingin mula membasahi.

Apa yang dilihatnya ialah figura hitam sedang bergerak-gerak di dapur dalam keadaan samar-samar. Yang pasti sangat menakutkan kerana Jisoo sendiri tidak pasti apakah makhluk itu. Omma? Appa? Atau...hantu?

Gulp...

Tidak sanggup menahan takut, laju saja jari Jisoo menekan suis lampu sehingga terang-benderang. Dan kali ini, Jisoo melihat sendiri dengan kedua-dua biji matanya. Terang dan jelas! Seorang lelaki berpakaian serba hitam sedang tercedera memijak kepingan kaca. Dan dia adalah seorang pencuri! Pencuri!

Dada Jisoo terasa sesak dan hampir ingin berhenti bernafas dek kerana terlalu terkejut. Begitu juga dengan pencuri yang separa membongkok itu, kelihatan sangat panik, bagaikan riwayat hidupnya akan tamat di situ.

Masa berlalu terlalu pantas. Belum sempat Jisoo memekik, lelaki itu terlebih dahulu meletakkan jari telunjuknya di bibirnya, dan menatap Jisoo seolah berkata 'bawa bertenang, please...please...' dengan muka separuh mengharap. 

Oleh kerana terkedu dengan kelakuan lelaki itu, tak disangka-sangka Jisoo menuruti arahan tersebut kerana dia seolah-olah telah terpukau dengan tatapan mata lelaki itu yang cuba menenangkannya.

Ya Tuhan, Jisoo lari! Dia orang jahat!

Jisoo ingin lari, hatinya meronta-ronta, tapi entah kenapa kakinya terasa seperti digam pada lantai. Sumpah dia takut! Kakinya menggeletar. Dadanya berombak kencang. Tapi matanya masih tetap terpaku pada lelaki itu yang sekarang sedang berjalan perlahan ke arahnya dengan berhati-hati seperti manusia yang cuba menjinakkan seekor anak anjing liar.

Jisoo terundur ke belakang dengan gerakan refleks. Matanya sempat meniliti wajah pencuri itu, dan jujur dia mendapati lelaki itu sangat kacak! Berambut coklat keemasan, bentuk mata tirus seperti almond, hidung 106 darjah mancung—Jisoo tertanya, betulkah dia seorang pencuri? 

Yah Jisoo, kau pasti dah gila.

Tatkala lelaki itu masih cuba memperdayakannya, tiba-tiba saja mulut dan hidung Jisoo ditekup dengan kain dari belakang oleh seorang lagi lelaki. Jisoo lalu meronta-ronta tapi tenaga lelaki itu terlalu kuat menahannya. Sehingga satu masa Jisoo hampir hilang kesedarannya dan akhirnya pengsan terduduk di lantai.

"Mian."

*

*

"Culik dia? Taehyung, kau dah gila? Macam mana kalau mak bapak dia cari?! Pasti akan jadi kes polis!"

"Tapi dia dah nampak muka aku! Takkan aku nak bunuh dia supaya dia tutup mulut?"

"Tapi kita bukan penculik. Kita juga bukan pembunuh. Kerja kita cuma mencuri tanpa diketahui orang. Culik orang dah masuk kes besar tahu tak?"

"Betul apa yang Jin hyung cakap. Ini semua gara-gara hyunglah yang pecahkan gelas tu! Semua sebab hyung! Tengok apa yang kita dapat, bukannya duit tapi anak dara orang."

"Ahh, aku tak peduli! Aku tak nak masuk lokap seorang-seorang. Disebabkan dia dah nampak muka aku, dia akan tinggal dengan kita buat seumur hidup dia!"

"Yah! Apa yang kau merepek ni bahlol?!"

"Omma..."

"Shhh...senyap." Namjoon si ketua memberi arahan serius tatkala Jisoo mula tersedar dari ubat chloroform itu. Automatik tujuh orang lelaki yang berada di dalam van itu mengunci mulut. Semua mata terarah ke arah Jisoo yang terduduk lemah di tengah-tengah antara Taehyung dan Namjoon di kerusi paling belakang. Hoseok yang menjadi pemandu juga sempat mengerling sekilas ke arah cermin pandang belakang.

Terasa debaran di antara sangat kuat walaupun sebenarnya mereka yang lebih berkuasa di situ jika diikutkan. Tapi memandangkan ini pengalaman pertama mereka menculik anak dara orang, mungkin juga mereka merasa takut. Semuanya terima kasih kepada Taehyung, kerana dialah yang menjadi punca semua ini berlaku.

"Appa..." Jisoo mengigau lagi sesuatu yang tidak jelas. Dia terjaga kerana terdengar suara bising sedang bertekak di sebelah-menyebelah telinganya. Walau kepala terasa berat, Jisoo menggagahkan juga mengangkat kelopak matanya.

Namjoon segera memberi isyarat agar memakai semula sarung kepala mereka yang menutup wajah itu, kecuali Taehyung yang tidak ingin mendengar arahan. Buat apa lagi dia nak sembunyikan muka dia, bukankah gadis itu sudah pun melihatnya?

Taehyung hanya menjeling meluat.

Jisoo pun membuka matanya tanpa sebarang ingatan tentang peristiwa tadi. Dan apa yang menyapa pandangan matanya sangat mengejutkan— Biar betul?!

Bayangkan, buka saja mata, tujuh orang lelaki berpakaian serba hitam seperti terrorist sedang menanti depan mata? 

Huk! Jisoo hampir tercecik saluran pernafasannya. Huk! Sekali lagi dia tersedu. Kali ini dadanya dicengkam. Bibirnya kelihatan pucat. Sumpah! Dadanya sangat sakit.

Tujuh orang lelaki tadi sudah bersiap sedia menahan pekikan nyaring seorang gadis, tapi tak disangka-sangka respon Jisoo adalah sebaliknya. Dia hanya kaku dengan mata terbuntang luas sehinggakan mereka berpandangan antara satu sama lain kerana kehairanan.

"Eh, dah kenapa pula ni..." Jungkook si maknae yang duduk di kerusi tengah bertanya. Dah serupa mannequinlah pula akak seorang ni. Jungkook pun pelik.

"Taehyung..." Jimin pula bertanya sambil menunjuk menggunakan isyarat matanya. Dahi Taehyung berkerut. Manalah dia tahu. Nak tak nak, Taehyung menyiku lembut lengan gadis itu.

"Yah?"

Tiada respon.

Sekali lagi, "Yah?

Tetap tak ada respon.

"Badan dia sejuklah." Bagitahu Taehyung yang menyedari keanehan itu.

"Bull!" Tiba-tiba Yoongi yang duduk di sebelah Jungkook nampak cemas sehingga kepalanya terhantuk pada siling kereta kerana cuba berdiri. "Dia terkena heart attack woi!"

"Mwo?!"

"Mwo?!"

"Mwo?!"

"Mati anak orang!"

"Hentikan kereta! Dia perlukan CPR!"

 

 

Bersambung...

 

 

 

 

 

Hehehe~ Should i continue this story?

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
LittleMeigeni #1
Chapter 3: Nak tahuuuu apa hubungan Jin dgn jisooooo hmmmm....
LittleMeigeni #2
Chapter 3: Nak tahuuuu apa hubungan Jin dgn jisooooo hmmmm....
nanadjiyongie_01
#3
Chapter 3: aik?Jin kenal Jisoo?? mmmm..btw comellll lah taetae ngan jisoo..apalah nasib jisoo kat tgn diorang kan asyik pengsan je kesian anak orang XD..hahahaha..cerita ni menarik lah..update lagi ya.
2Cool_4Skool #4
Chapter 2: Hahaha mengongg.. Tak sabarnya nak tengok Jisoo sedar. Apalah reaksi dia
nanadjiyongie_01
#5
Chapter 2: hahahahaha..BTS jealous la tu tgk tae buat cpr kat jisoo..hahaha apalah makcik2 ni XD kesian hoseok..meratap pemergian van antik tercinta..huhuhu waiting for the next update hwaiting! tapi tae..jgn pikir macam2 eh...XD
_baebyboo #6
Chapter 2: Dah update! Terima kasih sbb sudi baca ff ni ! Next chapter adalah permulaan kepada interaksi antara Jisoo dan BTS okay~ So tunggu~
nanadjiyongie_01
#7
Chapter 1: sambunglah..saya suka sangat!!!! saya jisoo stan ahahahahaha ARMY...fighting!
Park_Rafa88
#8
Chapter 1: Wuaa~ saya pasti klau awak sambung mesti akan jadi ff yg sangat menarik~ dah lama saya tak baca ff pasal BTS..rasanya ini ff pertama saya ><…Chap 1 je dah berjaya 'mencuri hati' saya ahahahaha~ harap-harap byk lagi moment Kook dgn TaeTae bersama heroin Jisoo >< good work author-nim! Semoga awak dapat sambung ff yg menarik ni~ plot yg menarik! Tak sabar nak tgk apa pencuri-pencuri kita akan buat