CPR

Pencuri Hati

"Hentikan kereta! Dia perlukan CPR!"

Mengejut, bahu Hoseok digoncang kuat oleh Yoongi sehingga dia hilang kawalan. Histeria semuanya apabila van putih itu hampir terbabas melanggar papan tanda di tepi jalan raya.

Dalam detik cemas itu, tubuh mereka terhumbang-hambing ke kiri dan ke kanan. Memang malanglah siapa yang duduk di tengah kerana asyik dihimpit oleh dua manusia yang duduk disampingnya.

Akhirnya, van antik itu mati tepat di tepi jalan raya.

"Aigoo..." Yoongi terlentang lega. Padahal dia yang menyebabkan kecelakaan ini berlaku.

Bush!

"Oh mak kau!" Jin dan Hoseok terlompat serentak dari tempat duduk mereka apabila hadapan kereta itu meletup mengeluarkan asap.

Dan itulah kali terakhir Hoseok memandu van antiknya.

Sedih.

Semua termengah, kehilangan kata-kata. Namun perasaan lega terselamat dari bau malang itu tidak dapat dinikmati dengan lama, keadaan kucar-kacir semula apabila mereka tersedar dengan kewujudan Jisoo yang kaku seperti mayat hidup itu.

"Huh?!" Mata Taehyung terbeliak tatkala melihat Jisoo kini sudah menempel ditubuhnya, mencium dadanya tanpa sengaja. Cas-cas elektrik pun mula menyengat. Ztt...Ztt..

What the...

Dia menolak laju tubuh gadis itu sehingga tersandar pada Namjoon pula.

Okay, itu bahaya.

"Sekarang apa kita nak buat?" Jungkook tak senang duduk, "Dia dah mati ke?! Cepat call ambulans!" Dengan gelabah Jungkook mengorek telefonnya di dalam poket, tapi dirampas oleh Taehyung.

"Kau gila?! Dah lah kita culik dia, free-free kau serahkan diri kita dekat polis. Bodoh!"

"Ini semua sebab kau!" Jimin menolak bahu Taehyung kasar. Taehyung mengetap gigi, hampir ingin melayangkan buku limanya pada Jimin, tapi dia tahan... Sebab ada benarnya juga.

"Sekarang kita dah jadi pembunuh!" Jimin membentak lagi.

"Jimin, cukup." Namjoon memberi amaran tegas, "Dia belum mati lagi, okay. Jadi, bawa bertenang."

 Akhirnya, masing-masing melarikan pandangan ke tempat lain. Tak puas hati.

"Sekarang ni kita bawa dia keluar, maksud aku kita semua kena keluar." Tambah Namjoon.


Tersangkut di tepi jalan raya yang lengang lagi sunyi, berbekalkan cahaya lampu jalan raya, ketujuh-tujuh jejaka BTS saling bertukar pandangan.

"Jadi siapa nak bagi dia CPR?" Hoseok membuka bicara. Mata mereka berpusat pada Jisoo yang dibaringkan di atas rumput.

Hening...

Semua tak nak mengaku...

Tapi tak bertahan lama pun. Sesaat selepas itu,

"Aku!"

"Aku!"

"Biar aku!"

Semua menyerbu Jisoo kecuali Taehyung dan Namjoon. Mereka berdua hanya mampu mengeluh melihat telatah lima ekor beruk itu.

"Guys!" Namjoon menyergah, hilang sabar. Dari tadi mereka sudah membuang banyak masa. Jika terlambat, gadis itu boleh mati.

"Tolonglah jangan tunjukkan kebodohan korang dekat sini. Kita dah tak ada masa. Perempuan ni dah nak mati."

Terdiam.

Sentap kot.

"Taehyung," Namjoon menatap penuh misteri, "Aku arahkan kau yang bagi dia CPR. Cepat."

Apa?! Aku?!


Tolonglah. Kenapa mesti aku? 

Taehyung nampak resah dan gelisah. Hal-hal yang melibatkan sentuhan antara kaum berlainan jantina ini dia agak kekok sedikit. Dia lebih rela disuruh mencuri di kedai emas daripada melakukan sentuhan fizikal dengan perempuan.

"Sebab kau pernah buat CPR dekat Jimin dulu." Ujar Namjoon seakan boleh menembusi benak Taehyung. Mendengar ucapan itu, tiba-tiba tekak Jimin terasa loya.

Euw, menyesal!

Taehyung tersenyum sinis apabila menyedari perubahan pada wajah Jimin.

Taehyung ingat, waktu tengah berjalan.

Akhirnya, Taehyung melutut di samping gadis itu. Wajah pucat gadis di hadapannya ditatap penuh perhatian. Terimbas kembali saat pertama kali dia melihat wajah gadis ini, pada 60 minit yang lalu. Sukar untuk Taehyung mengakui, tapi sebenarnya dia sangat terkejut melihat Jisoo yang tiba-tiba muncul di dapur tadi. Maksud Taehyung, dia—terpana? Kerana yang berdiri di hujung tangga tadi ialah seorang gadis naif berbaju gaun tidur merah jambu yang nampak sangat ketakutan tapi masih tetap cantik, sejuk mata memandang.

Dan yang Taehyung tak sangka, gadis itu menuruti arahannya apabila dia disuruh jangan menjerit.

Tapi sayang, Taehyung tiada pilihan lain selain menculik gadis ini kerana dia telah melihat wajah sebenar Taehyung, yang bermaksud sangat bahaya buat ahli kumpulan mereka.

Okay, sekarang tumpuhkan perhatian.

Taehyung menghelah nafas berat. Fikiran dikosongkan. Mata dipejamkan. Satu-persatu langkah bantuan pernafasan yang dipelajarinya sewaktu sekolah dulu cuba diseru semula.

Bermula dengan pemeriksaan nadi.

Masih berdenyut.

Kemudian Taehyung mendekatkan sebelah telinganya pada hidung Jisoo, cuba merasai hembusan nafas gadis itu.

Tak bernafas.

Jadi maknanya dia memang perlukan juga pernafasan dari mulut ke mulut.

Seterusnya,Taehyung meletakkan tapak tangannya tepat di lurah dada gadis itu dengan berhati-hati, membayangkan bahawa gadis itu mampu merasai kesakitannya. Kerana ia memang menyakitkan.

Tidak menunggu lama, Taehyung mula menekan dada Jisoo beberapa kali. Dan jantung lelaki itu semakin berdebar. Kerana sudah tiba saatnya dia melakukan CPR.

Hidung Jisoo segera dikepit, mulutnya dibuka, dan Taehyung mula merendahkan tubuhnya, lalu mendekatkan bibirnya... Perlahan...

Yang lain begitu fokus memerhatikan mulut Taehyung sehingga mulut mereka ikut sama mengangah.

"Kejap," Tiba-tiba Taehyung berhenti.

"Lahhh..." Terdengar keluhan kehampaan dari mereka semua membuatkan dahi Taehyung hampir bercantum. Buang tabiat ke apa...

"Mata perempuan ni," Taehyung menunjukkan rasa tak selesa, "Dia macam tengah tengok aku. Boleh tak siapa-siapa tolong tutup. Aku rasa macam tengah buat benda lain pula dengan dia." Taehyung berupaya memasang muka datar.

"Kepala otak kau buat benda lain!" Hoseok kedengaran sangat geram di situ, "Cepatlah! Kita dah tak ada masa ni." Serentak dengan itu juga mereka menolak kepala Taehyung ke arah Jisoo, memaksa dia melakukan CPR dengan pantas.

Tanpa berfikir panjang, Taehyung segera menyatukan bibirnya pada bibir Jisoo, menyalurkan nafasnya berulang kali, dengan harapan Jisoo bisa mampu bernafas mula.

Dan itulah pertama kali dia menyentuh bibir gadis itu.


Lembut...

Ia masih segar terasa pada bibir Taehyung.

Heol! Buang jauh-jauh.

Tapi syukur, Jisoo sudah kembali bernafas dengan normal, cuma dia masih tak sedarkan diri. Dan yang tak boleh blah ialah jelingan cemburu ahli BTS dekat Taehyung. Serupa macam mak cik-mak cik dekat kampung. Pasti gara-gara CPR tadi.

"Jadi sekarang macam mana? Kereta pun tak ada. Macam mana kita nak pulang? Dah lah kita bawa seorang lagi ahli tambahan. Aduh. Kenapalah nasib kita malang sangat hari ni..." Yoongi mati akal. Dipandangnya Hoseok yang sedang duduk mencakung dihadapan van antiknya yang rosak sambil termenung. "Ni lagi seorang... Aihhh..." Keluhan dilepaskan. "Yah, Hoseok-ah! Dah-dah lah tu, bukannya van tu akan baik pun kalau kau tenung dia macam tu. Van tu dah buruk, memang patut pun dia rosak. Nanti kau curi lagilah kereta yang lebih mahal. "

Hoseok menunjukkan muka kelat. Batu kecil ditangannya dibaling. Dia berdiri dan berjalan ke arah rakannya yang lain. "Kau yang menyebabkan kita hampir terbabas tadi. Van aku rosak gara-gara kaulah." Ujarnya datar. Hoseok nak marah pun tak ada guna. Semuanya dah berlaku.

"Hehe..." Yoongi tersengih. Malu.

"Guys..." Jin yang sekian lama membisu akhirnya bersuara. Dia menggendong Jisoo terlebih dahulu, diperhatikan oleh ahli BTS yang lain. "Sebelum matahari terbit, sebelum jalan raya ni kembali sibuk, sebelum orang nampak kita, baik kita jalan kaki dulu. Aku rasa itu lebih selamat." Seperti biasa, Jin tak pernah menghampakan.

"Habis perempuan ni siapa nak bawa?" Jimin bertanya, pandangannya sengaja disiniskan ke arah Taehyung. Sah-sahlah dia tak boleh bawa, sebab tapak kaki dia tercedera.

"Tak apa, aku boleh dukung dia kat belakang." Jin menghulurkan diri. "Tapi sebelum tu, kita kena ganti baju hitam ni. Korang tak nak dianggap hantu minyak, kan?"

 

Bersambung...

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
LittleMeigeni #1
Chapter 3: Nak tahuuuu apa hubungan Jin dgn jisooooo hmmmm....
LittleMeigeni #2
Chapter 3: Nak tahuuuu apa hubungan Jin dgn jisooooo hmmmm....
nanadjiyongie_01
#3
Chapter 3: aik?Jin kenal Jisoo?? mmmm..btw comellll lah taetae ngan jisoo..apalah nasib jisoo kat tgn diorang kan asyik pengsan je kesian anak orang XD..hahahaha..cerita ni menarik lah..update lagi ya.
2Cool_4Skool #4
Chapter 2: Hahaha mengongg.. Tak sabarnya nak tengok Jisoo sedar. Apalah reaksi dia
nanadjiyongie_01
#5
Chapter 2: hahahahaha..BTS jealous la tu tgk tae buat cpr kat jisoo..hahaha apalah makcik2 ni XD kesian hoseok..meratap pemergian van antik tercinta..huhuhu waiting for the next update hwaiting! tapi tae..jgn pikir macam2 eh...XD
_baebyboo #6
Chapter 2: Dah update! Terima kasih sbb sudi baca ff ni ! Next chapter adalah permulaan kepada interaksi antara Jisoo dan BTS okay~ So tunggu~
nanadjiyongie_01
#7
Chapter 1: sambunglah..saya suka sangat!!!! saya jisoo stan ahahahahaha ARMY...fighting!
Park_Rafa88
#8
Chapter 1: Wuaa~ saya pasti klau awak sambung mesti akan jadi ff yg sangat menarik~ dah lama saya tak baca ff pasal BTS..rasanya ini ff pertama saya ><…Chap 1 je dah berjaya 'mencuri hati' saya ahahahaha~ harap-harap byk lagi moment Kook dgn TaeTae bersama heroin Jisoo >< good work author-nim! Semoga awak dapat sambung ff yg menarik ni~ plot yg menarik! Tak sabar nak tgk apa pencuri-pencuri kita akan buat