Sahabat

Scarlett
P✯CEMAKERZ

TeEHOZ8.gif

pqnEres.gif
 
Diari (muka surat 44)
November 16, 2008
Wajah dia bersinar bagai bulan purnama—namanya ialah Nana King. Nana ialah orang pertama yang aku akan perkenalkan dekat oppa di alam kita bertemu kembali nanti.
Seperti magik, Nana selalu berada di tempat yang sama. Tak kisah lah samada aku tengok dia ke tidak, layan dia ke tak, tapi dia masih berada dekat situ—tempat yang aku boleh nampak dia setiap waktu, membuatkan jiwa ini rasa selamat, aman. Aneh kan? Kerna sebelum ini, hanya oppa yang mampu buat aku rasa macam ni...dan sekarang ni seolah-olah, Nana jadi pengganti oppa. Tanpa sedar, orang tu berada dalam hati ini, bersama-sama memori oppa.
Tapi, ada satu perkara yang aku tak faham...Kenapa? Kenapa?! Bukan orang lain tapi mengapa harus dia. Mengapa Nana pilih dia? Dia janji dengan aku akan buat aku tersenyum semula tapi, kenapa? Kenapa dia rahsiakan tentang Alice?
***
Yumi Apartment
Gangnam, Seoul
"Jina jangan lupa minum ubat, lepas tu pergi tidur." Dua malam berturut-turut, ringkas saja pesanan Jackson buat adik perempuannya. Saban hari, dia asyik perhatikan Jina yang duduk termangu menonton televisyen tanpa bersuara sepatah perkataan pun semenjak daripada pertengkaran mereka tempoh hari.
Mengeluh di dalam hati, Jackson meneruskan: "Oppa kerja shift malam hari ni." Berhenti mengumpul nafas di dada, Jackson merenung sekujur tubuh Jina yang seakan tidak menunjukkan sebarang reakso. Pasrah dengan situasi ini, Jackson menggeleng perlahan lalu menyambung, "Ada makanan di dalam peti ais, panaskan je..." Ayatnya seolah-olah tergantung apabila dia mahu membuka langkah meninggalkan ruang tamu tersebut. Merenggek kecil, Jackson merapatkan mata dan memalingkan tubuhnya menghadap Jina lagi, "Panaskan lauk tak payah susah-susah guna dapur gas...masukkan je dalam oven lagi senang dan selamat...Dan satu lagi, oppa minta maaf sebab berkasar dengan Jina..."
Ayat terakhir yang diucapkan oleh Jackson itu kedengaran seperti ditahan-tahan dari dalam. Namun begitu, sejurus setelah meluahkannya, Jackson berasa seperti sesuatu yang amat berat telah dialihkan dari menghempap atas dadanya.
Bucu bibir Jina terangkat sedikit. Perlahan-lahan, dia mengangguk kepalanya lalu mendongakkan wajah ke arah abangnya itu. "Kalau risau pasal oven...Jina tahu macam mana nak guna..." di,a membalas dan terhenti seketika. "...oppa." Akhirinya pula.
Sekilas senyuman terpancar ceria pada wajah Jackson. Seraya berjalan riang, dia mengujar: "Ok. Esok oppa cuti, nanti kita bawa Jina jalan-jalan dekat Seoul." Setiap langkah menuju ke pintu, anehnya hatinya kembali memberat kembali. Lantas menggaru-garu kulit kepala yang tidak gatal, perasaan pilu mendatangi entah dari penjuru mana. Tak tercapai akal, langkahnya terhenti lagi. Ibarat gerak robot, tubuh Jackson berpaling untuk menyaksikan adik perempuannya.
Tiada perkataan yang dapat mewakili perasaan yang dinaunginya ketika ini. Malahan, kata-kata Joongki kelmarin dalam samar menerjah kotak fikirannya.
"Aku rasa bukan Jina tak nak tanya kau...tapi mungkin dia sendiri tak tahu apa yang nak ditanya..."
Setiap inci wajah lesu Jina ditatapi dengan penuh makna. Buat seketika, Jackson cuba membayangkan kalau dia pula yang berada di tempat wanita itu. Dan baru saja membayangkannya, minda sedarnya sudah tidak mampu untuk menerokai lebih jauh. Dari situ, kesedaran kecil terbentuk daripada kesimpulan tadi: Jina sedang berada di sempadan antara mimpi dan memori lepas. Dia pasti keliru. Siapa dirinya yang sebenar...
"Kim Dasom..." Nama nostalgia itu terpacul lagi daripada bibir Jina setelah sekian lama. Meskipun tumpuannya masih terhadap kaca televisyen di hadapan, dia bersuara lagi, "Jina percaya dia ialah kawan Jina..." Pada ketika itu, suatu sinar yang sukar ditafsirkan terpancar menerusi lapisan-lapisan bebola mata milik Jina.
Jackson tergaman. Bibirnya seakan dikunci mati. Fikirannya buntu. Waktu ini, dia tekad untuk menjadi pendengar setia. Jikalau kali ini dia membalas sesuatu, maka dia tidak layak bergelar seorang abang. Kerana sejujurnya, sewaktu Jina ditimpa masalah dahulu, jangankan mengambil peranan sebagai seorang abang, bahkan dia juga turut sama mengambil langkah mudah seperti orang lain—yaitu meninggalkan Kwon Jina. Lapan tahun dahulu, setelah insiden kehilangan Jidan, tiada yang lebih memalukan daripada mengakui Jina sebagai adik tirinya.
Mereka saling membenci di antara satu sama lain. Bukan kerana pertalian tiri, tetapi kerana sebab yang dirumitkan. Namun begitu, tidak pernah sekalipun Jackson mendoakan sesuatu yang buruk akan menimpa adik tirinya itu. 
"Terima kasih, oppa." Ucap Jina apabila Jackson sudah membuka langkah sehingga di daun pintu, sedang memegang tombol tersebut. "For being here..." sambungnya kemudian.
Jackson mengeratkan pegangan pada tombol pintu. Matanya dipejam erat. "A-Aku tahu Dasom kau...aku tahu...aku tahu...aku tahu...t-tapi aku-" Menahan air mata daripada tumpah merupakan perkara yang amat payah tuk dilakukan pada saat sebegini. Meski begitu, rahsia yang terpahat dari ruang terdalam jantungnya masih terlalu berat untuk diluahkan.
Tidak terusik dengan luahan rawak abangnya itu tadi, tangan Jina menekan punat tutup pada kawalan jauh televisyen. Tubuhnya dihadapkan ke arah Jackson yang masih terpaku di daun pintu.
"Kalau oppa ingat lagi, soalan pertama Jina untuk oppa sejak ke mari ialah 'Kim Dasom adakah dia kawan rapat Jina'...tapi serta-merta, oppa balas soalan Jina dengan soalan..."
Seperti terkena renjatan elektrik, tubuh Jackson langsung kaku. Suara perlahan dari belakang itu seakan merobek setiap urat sarafnya, menambah lagi kesakitan yang menggunung di sebalik dada.
"Tanpa memori, apa yang Jina boleh buat ialah bertanya...tapi..." Jina menggenggam erat kedua belah tangan. Seraya menelan liur pahit, dia berusaha meneruskan, "Tapi adakah orang tu boleh dipercayai?" Menapak beberapa langkah lagi ke arah Jackson, Jina menyambung, "Dan adakah oppa ialah salah seorang daripadanya?" 
Hampir sejurus soalan tersebut diajukan, Jackson memalingkan badannya. Mata bertemu dengan milik Jina. Disusuli gelengan kepala, Jackson akhirnya membalas, "Maaf Jina...tapi aku tidak layak untuk dipercayai..." Sambil meletakkan kedua tangan pada bahu Jina, Jackson yang kini berdiri betul-betul di hadapan bertindak mendekatkan wajahnya. "Cuma ada satu benda je yang aku boleh beritahu Jina ah..." Nada suara Jackson berlambung naik seiring dadanya yang berombak ketika itu. "Orang-orang yang di dalam diari kau tu...ialah mereka yang membuat kau koma..." Serunya lagi, "...dan termasuklah Kim Dasom!" Luahan itu tadi diakhiri dengan rintihan Jackson dari dalam jiwanya. Setidak-tidaknya, dia mampu mengembalikan biarpun sekecil zarah memori yang selayaknya kepada Jina.
'Aku tahu...mereka semua berpihak dekat Alice. Siapa identiti Alice yang sebenar...aku tak tahu lagi. Yang pastinya, Alice ialah dalang kepada kehilangan Jidan, dia ialah orang terakhir yang abang aku temui sebelum meninggal dunia.' Seiring bicara hatinya, sinaran yang tajam terpantul daripada pandangan mata Jina.
Tanpa berfikir panjang, Jina melontarkan soalan yang timbul pada benak fikirannya ketika itu, "Dan...Jeon Jungkook? Adakah dia yang tergila-gilakan aku atau...aku, Kwon Jina yang tak boleh hidup tanpa dia?" 
Mahu terbelalak anak mata Jackson mendengar soalan meluncur laju daripada bibir Jina itu. Tidak tahu hendak berkata apa, dia hanya mampu bertaut pandangan dengan Jina, tidak sedar yang pembohongannya terhadap kerja shift malam hampir terbongkar.
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
aquariusxpisces
#1
Chapter 6: Apa yang si Jina ni dah buat? Mana Jidan? So many question in my head.
purpleadelyn
#2
Chapter 5: seriously interesting...although still x fhm sgt...but I can wait kayh^_^....keep it op author...fighting!!!
yeocookie
22 streak #3
Chapter 2: Hope Jina dpt jumpa dgn Baekhyun ;) update more~ fighting! ❤
yeocookie
22 streak #4
Chapter 1: Cerita nie very interesting... update soon ^_^