Memori

Scarlett
P✯CEMAKERZ

TeEHOZ8.gif

pqnEres.gif
 
Memori ibarat penawar di dalam cebisan cerita yang meniupkan kehidupan seseorang insan. Tanpanya, tiap tiap jalinan cerita pasti bercabang, seakan dikaburi kabus yang berperanan sebagai suatu pertaruhan sia-sia—akhirnya mengakibatkan semua pihak terluka...
***
Yumi Apartment,
Gangnam, Seoul.
"Oppa, selamat pagi." Di saat suara teguran Jina menembusi keheningan pagi, Jackson segera menoleh menghadap suara tersebut. Berkerut atas dahinya memerhatikan langkah kecil dan perlahan adik perempuannya itu. Sesuatu yang berat seakan timbul dari dalam dada, dan Jackson tahu perasaan tersebut...
Seperti hari sebelum ini, Jina mengorak langkah ke meja makan sementara Jackson pula sedaya khudratnya berusaha agar tidak menampakkan wajah yang bersimpati terhadap Jina. Jauh di dalam lubuk hati, Jackson tidak mahu nafikan bahawa biarpun memori Jina masih samar-samar namun naluri adik perempuannya itu ternyata sama seperti dulu.
"Hari ni oppa nak bawa Jina melawat rumah kita dahulu. Mana lah tahu dapat bantu Jina ingat balik tentang mak dan ayah..." sahut Jackson seraya memecahkan dua biji telur ke dalam mangkuk.
"Kim Dasom." Seolah-olah sedang berfikir dua kali samada patut bersuara atau tidak, Jina menyebut nama tersebut dengan penuh berhati-hati. Dalam itu juga, perasaan aneh mulai menjalar dari dalam hatinya, dan tanpa sedar dahi Jina berkerut bingung, kerana jujurnya mindanya masih belum mampu merungkai bagaimana nama saja dapat menghasilkan kesan sebegitu terhadapnya.
Dari sudut yang lain pula, pergerakan Jackson terhenti dengan mendadak. Dahinya turut sama berkerut, manakala peluh semakin bercambah membasahi atas wajah, tidak sedar yang dia sebenarnya sedang menggenggam erat tangan di saat kenangan lalu mengetuk kembali pintu hatinya. Misteri sungguh bagaimana keperitan silam itu masih sama biarpun bertahun lama masa berlalu.
Sentuhan lembut Jina di lengan Jackson berjaya menarik jejaka itu ke alam nyata. Jackson pantas menggelengkan kepalanya. Nafas yang berat kemudiannya dibebaskan menerusi mulutnya.
"Kim Dasom...ialah kawan rapat Jina, kan?" soal Jina dengan suara yang datar. Terbit suatu reaksi pada wajah Jina yang tidak mampu Jackson tafsirkan.
Jackson memandang ke arah Jina kemudian dengan kekok, dia menyentuh payah permukaan leher, seakan mahu meleraikan sekatan yang tidak wujud pun di dalam tekaknya. Berbicara tentang bekas kekasihnya, Kim Dasom, langsung membuatkan fikirannya serabai. "Jina, apa sebenarnya yang kau ingat?" Berbalas soalan, Jackson sempat mendengus lelah, seolah-olah rimas akan sesuatu.
Soalan tadi berdengung di seluruh ruangan dapur mereka. Dan di dalam kekacauan itu, Jackson sekali-sekala mengerling ke tepi, arah Jina, pada masa yang sama, tangannya pula ligat memukul telur di dalam mangkuk. Mengeraskan ton suara, Jackson meneruskan, "Kenapa Dasom? Apa yang kau ingat tentang dia?" Bagai hendak tersedak suara Jackson pabila nama 'Dasom' terucap daripada mulutnya.
'Kim Dasom, apa yang aku ingat tentang dia?' Berbicara Jina sendiri di dalam hati. '...aku kasihankan dia...'
Jackson menambah, "Kalau semua yang kau ingat adalah daripada diari yang ditulis tujuh tahun lepas, baik bakar je diari tu!" Seiringan itu, Jackson berhenti menggaur telur tadi, sebaliknya dia menggerakkan tubuhnya ke kanan agar berhadapan dengan Jina. Wajahnya kelihatan kemerah-merahan. "Bukan Kim Dasom, oppa harap agar Jina lupakan saja lembaran tentang Dasom." Lalu dengan pantas, dia berpusing ke meja dapur semula. Seolah-olah melarikan anak mata daripada terus bertentangan dengan Jina.
"Kenapa?" soal Jina, lantas melontarkan renungan yang tajam. Jari-jemarinya digenggam erat semenjak saat Jackson menyuruhnya agar membakar diari miliknya dahulu.  "Kalau oppa berada di tempat Jina, mampu kah oppa berbuat benda yang sama?!" Jina menaikkan suaranya yang seakan ditahan-tahan dari dalam itu. Warna mukanya juga berubah menjadi merah. Seluruh jiwa dan raganya kini diserbu perasaan marah yang membuak-buak. "Di saat Jina sedar, hati ini..." dia menepuk-nepuk permukaan dadanya. "...berasa sakit sangat," lantas setitis air mata jatuh terjurai merentasi kelopak mata Jina.
Jackson yang berada di tepi turut terkena penangan kemarahan Jina. Namun dia tidak rela untuk menyampuk di saat ini.
Menepuk keras atas dadanya, Jina separuh berteriak, "Without even knowing the reason why, my heart gasping in pain! Jina kena tahu sebabnya! Apa cara sekalipun, Jina harus..."
"And even without those memories, you'd still acting like a brat!" Jackson menghempas sudu dan mangkuk di tangan ke sinki. Formasi bunyi tersebut serta-merta mendiamkan Jina. "Aku yang berada di depan mata ni pun kau tak berani nak tanya tentang apa yang berlaku dulu!" Bucu bibir Jackson membentuk suatu senyuman yang mengejek. "Sekarang ni, kau nak show off pula pasal sakit hati kau yang tentu arah? Yah Kwon Jina, kau ingat sakit di dalam hati akan hilang selepas kau berjaya cari sebabnya?!" Jackson mengangkat jari di hadapan wajah Jina dengan muka yang merah merona.
Jina menelan liur pahit. Dia tidak tahu bagaimana harus membalas biarpun hatinya sedang meront untuk membebaskan perasaan terpendam dari dalam.  Dan apa pula yang terpendam dari dalam? Jina menggeleng laju. Dia sendiri tidak tahu...
"Kalau seseorang berasa sakit, hanya ada dua sebab...Satu, orang buat salah dengan kau, dan kedua, kau buat salah dengan orang lain, dan untuk kes kau, aku 100% beritahu kau sebabnya ialah yang kedua!" Jackson kini menjerit tidak terkawal. Membelakangkan Jina, dan berjalan laju ke arah tingkap, jejaka itu bersuara dengan ketat, "Terlibat dengan kemalangan dan koma selama tujuh tahun, aku turut bersimpati sebab tu aku tak cakap apa-apa pun, tapi...untuk pengetahuan kau, orang yang kau sakiti bukanlah seorang dua...malah aku..." Jackson terus menghambur kata-katanya tadi ibarat menyalurkan emosinya sendiri. Ketika itu, tubuhnya bersandar ke dinding, dengan telapak tangan kanan melitupi wajahnya. "Pain are memories too...and while you couldn't remember, it will remind...deep insides." Ujarnya perlahan.
Sementara itu, sinar di dalam mata Jina berubah. Wajahnya yang tegang tadi menjadi tenang semula. Di samping melipatkan kedua tangan ke dada, dia melangkah ke hadapan. Pada masa sama, pandangan matanya dilontarkan jauh ke luar jendela. "Why I'm not surprise...that pain is certainly bind inside my memories..." Serunya perlahan, dan sedetik lalu, segaris senyuman tawar terbentuk di bibir.
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
aquariusxpisces
#1
Chapter 6: Apa yang si Jina ni dah buat? Mana Jidan? So many question in my head.
purpleadelyn
#2
Chapter 5: seriously interesting...although still x fhm sgt...but I can wait kayh^_^....keep it op author...fighting!!!
yeocookie
22 streak #3
Chapter 2: Hope Jina dpt jumpa dgn Baekhyun ;) update more~ fighting! ❤
yeocookie
22 streak #4
Chapter 1: Cerita nie very interesting... update soon ^_^