Lamaran

Scarlett
P✯CEMAKERZ

TeEHOZ8.gif

pqnEres.gif
 
Kafe LuNa,
Seoul.
'55 minit...' Jina mengumam, di samping anak matanya mengerling ke arah jam dinding di dalam kafe LuNa, tempat pertemuan yang dijanjikan oleh Dasom. 'Dia lambat...' bicaranya kecil, lalu, dia mendekatkan cawan ke mulutnya namun sesaat kemudian fikirannya berubah, maka cawan tersebut bertapak semula di atas meja bulat kecil yang terletak betul-betul di hujung penjuru berhadapan dengan pintu masuk.
Mengenakan blouse putih mencecah peha, wanita itu membiarkan saja rambutnya tidak berikat. Pandangan matanya berpusat ke luar kaca lutsinar kafeteria, mengenangkan memori lepas yang kusut dan yakni mengelirukan.
'Boleh ke aku percaya dekat Dasom...' fikir Jina. Hujung jarinya membuat gerakan bulatan pada atas permukaan cawan berbentuk hati itu. 'I'm too desperate...for answers...' keluhan kecil terpacul dari hujung bibir, Jina kelihatan begitu buntu dengan keadaan yang menimpanya ini. 
"Dalam skala 1 hingga 10, beri satu nombor untuk mewakili perasaan ketika ini..." Suara yang dilontarkan dari arah kanan itu seakan bergema dalam ruang pemikiran Jina. Dagu yang pada awalnya bersandar pada telapak tangan serta-merta beralih, dan perlahan-lahan, wanita itu memusingkan kepalanya ke kanan, menyaksikan seorang jejaka berkemeja putih di situ.
Lub dup. 
"Lima," Dalam keadaan separa sedar, Jina menjawab. Mata terkebil-kebil atas reaksi spotannya ekoran soalan tadi.
Jejaka berkemeja putih itu memperlihatkan barisan giginya tatkala tersenyum, "Jawapan kau masih sama seperti dulu, Kwon Jina."
Terpana dengan kehadiran seseorang yang tidak berdaftar dalam memorinya ketika itu menghadirkan sakit yang seolah-olah menjerut keliling kepalanya.
'Siapa dia...' Jina bersoal sendiri. Berkerut atas dahinya mahu meneka siapa gerangan jejaka tersebut.
"Jangan mengerut nanti cepat tua." Jejaka tadi dengan selamba meletakkan dua jarinya di atas dahi Jina, lalu memberusi permukaannya dengan lembut.
Pada detik yang sama, perasaan yang ganjil mulai menular memenuhi ruang dada Jina. Urat sarafnya bagaikan dibius pabila sentuhan jejaka itu menjajah kulit dahinya. 
"Kau...tak ingat aku?" Terpancar cermin wajah yang seakan terkilan di kala soalan dilontarkan. "Aku ialah teman lelaki kau, Han Taeyong." Seiring pengakuan itu, jejaka tersebut melemparkan segaris senyuman yang tampak menyerlah daripada tadi.
"Han Taeyong..." Jina cuba menyebut nama itu, namun tiada sedikit pun memori yang terbit bersama.
Selesai mengambil tempat duduk di hadapan Jina, Taeyong mengangkat tangan kanannya dan bersuara lagi, "H-Hi Jina."
Jina enggan menyahut kerana ada sesuatu yang tidak kena. Jiwanya berkecamuk semenjak kemunculan jejaka seorang ini. Tanpa memori, jejaka yang menggelar dirinya Han Taeyong dan juga kekasihnya itu hanyalah orang asing menerusi kaca matanya.
Taeyong meneguk cawan kopi di tangan. Dia berasa sedikit risau melontarkan kata, kerna dari pengetahuan yang diperoleh daripada Jackson, Jina telah hilang ingatan. Kalau diikutkan, terlalu banyak yang mahu diperkatakannya namun buat masa sekarang, dia harus bersabar, kalau tidak, Jackson akan memastikan dia tidak dapat bertemu dengan Jina lagi selepas ini.
"Benda pertama yang awak beritahu adalah tipu...Han Taeyong..." Jina menyilangkan tangan ke dada seraya bersuara.
Terkesima Taeyong menyaksikan Jina membentang kata-katanya, yang sememangnya tidak ubah seperti Jina yang dikenali dahulu. "Tipu?" balasnya dengan soalan. Atas dahinya membentuk kerutan.
"Awak bukan teman lelaki Kwon Jina..." ujar Jina tegas. "Dan orang yang sepatutnya ke mari pun bukan awak.." sambungnya sinis disertai pandangan yang tajam ibarat pancaran laser.
Seolah-olah mengelak bertentang mata dengan Jina, Taeyong sering kali melontarkan pandangan ke luar kaca lutsinar kedai, sekaligus gagal menjawab pernyataan daripada Jina. 'Apa maksud dia bukan aku yang sepatutnya datang? Jackson bagitahu yang dia akan berada di kafe ini...' fikirnya.
Dilemma persoalan yang tidak terjawab oleh Taeyong langsung mencerminkan wajah kusam Jina. Hati wanita itu dihimpun perasaan yang kosong, dingin, malah ada ketika, tidak selesa berada dalam ruangan yang sama dengan Han Taeyong. "Kim Dasom..." Suara kecil Jina berjaya memancing perhatian Taeyong agar memandang ke arahnya semula. Namun hanya beberapa saat, Taeyong melarikan anak mata lagi. Dalam tempoh singkat itu, gerak hati Jina seperti dapat mengagak sesuatu melalui keraguan pada wajah Taeyong itu tadi.
"Antara cebisan memori tentang Han Taeyong yang aku ingat ialah dia orang pertama yang tingalkan aku apabila penyakit kronik ini mulai tersebar ke media..." Jina mengujar seakan mengimbas lembaran diari yang dibaca semalam.
Kematian mengejut kembarnya, Jidan, mencetuskan trauma yang dashyat terhadap Jina malah berlarutan sehingga menjadi kronik. Beberapa bulan, Jina dimasukkan ke wad psikiatri untuk pantauan sementara...
"Huh..." Taeyong mencebik bibir, "Antara semua memori, yang kau ingat tentang aku...adalah yang itu?" Ujarnya dengan wajah yang jelas terkilan. "Seolah-olah hanya aku lah yang paling jahat..."
"You were...evil," Jina menyambung perlahan. Pandangan matanya jatuh ke riba. Meski bukan berlandaskan memori, namun perasaan yang tertanam di dalam lubuk hatinya sudah cukup sebagai jawapan. Sejak dari saat wajah Han Taeyong muncul, benci merupakan perasaan pertama yang hadir ke benaknya. "Aren't you?" sambung Jina seakan membisik.
Han Taeyong, yang konon bergelar tunang, tidak pernah sekalipun melawat Jina ketika di dalam hospital khas tersebut. Jika Taeyong benar-benar cintakan dirinya, bahkan di kala dia memerlukan seseorang, Taeyong pasti tidak akan menyembunyikan diri apatah lagi—tidak akan menduakannya dengan Dasom.
Tidak mampu berbicara apa-apa, Taeyong hanya merenung wajah Jina di hadapannya. Wanita itu kelihatan dekat sekali namun terasa begitu jauh dari dirinya. Han Taeyong benci akan situasi seperti ini, apabila dia tidak mampu hendak mencapai sesuatu yang didambakannya.
"Orang-orang yang menyebabkan kau koma..." Taeyong mula bersuara setelah suatu idea terbit di dalam mindanya. "Orang yang mengakibatkan Kwon Jina ditimpa kemalangan..." Seperti melontarkan soalan versi umpan terhadap Jina, Taeyong mencantumkan kata-kata penuh yakin.
Jina merapatkan bibir, di samping jari-jemarinya digenggam erat pada atas pehanya. Dia tahu Taeyong bakal mengadakan suatu tawaran kepadanya, dan biarpun dia sama sekali tidak rela, dia harus menggunakan peluang ini untuk menyiasat masa silamnya melalui Taeyong.
"Apa yang korang semua dah buat dekat aku..." Seiring kata-katanya, Jina meletakkan genggaman tangan di atas meja. "Kenapa lepas sedar, hati aku sakit...sangat..." Setiap hamburan perkataan yang diluah seakan-akan merencanakan betapa retaknya hati si pengujar ketika menyuarakannya. "Dan Kim Dasom...mana dia?! Adakah dia cuba mengelak...daripada jumpa aku?"
Empat belas tahun ialah usia Jina kehilangan orang yang paling bernilai di dalam kehidupannya—Jidan. Tahun berikutnya pula, tunang dan kawan baik mengkhianati dirinya. Perasaan hambar, hampa, dan keliru bersatu menjadi beban yang kian berat di sebalik dada Jina. Beberapa kali Jina menelan liur, bertindak mahu mengendahkan kesakitan itu namun pada kali ini, dia gagal melakukannya—setelah bertemu dengan Taeyong, perasaan ini menjadi terlalu reaslitik.
"Tak adil..." bicara Jina kecil. Genggaman kedua tangannya dipukul perlahan pada atas meja, seolah kehilangan tenaga sekaligus setelah melontarkan kata-kata tadi. "It'd be better to remain in sleep if I knew I'd have to feel these pain every seconds..." Pada ketika itu, seluruh otot dan urat saraf tubuhnya terasa seperti ditusuki jarum halus yang semakin pedih setiap kali nafas memasuki peparunya. 
"Aku minta maaf Jina yah," Taeyong yang sejak tadi menunggu peluang untuk bersuara akhirnya bangkit dengan suara yang ketara getarannya. "Aku tak tahu Kim Dasom dekat mana sekarang ni, tapi aku...boleh cari dia untuk kau! Aku boleh buat banyak perkata untuk kau Jina! Kalau kau sudi percayakan aku sekali ini lagi, aku sanggup korbankan segala-galanya-" Lemparan kata itu Taeyong tidak ubah seperti seseorang yang kurang waras. Bebola matanya seperti mahu terjolok memasang seribu janji di hadapan Jina. 
'Aku ingat tenung mata dia...' suara hati Jina berbicara. 'Suatu ketika dulu, aku pernah melihatnya...'
"S-Sebenarnya aku peralatkan Dasom agar media tak kacau kau Jina! All we had done was kissing that's all!" Taeyong cuba tuk memberikan penjelasan yang wajar, yang seharusnya diujar dahulu. "Imagine if those rats media knew about our relationship, and with your depression stuff, the whole whole would separate us with their malicious words-"
Ketengangan pada wajah Jina berkurangan; matanya tidak berkerdip-kerdip memandang Taeyong yang kini sudah berani bertentang mata dengannya. Walaubagaimanapun, dia suda bertekad tidak bulat-bulat mempercayai kata-kata daripada jejaka itu.
"Jackson beritahu aku yang kau ada dekat sini..." Taeyong menyatukan kedua tangan, membentuk genggaman yang erat. "Ja-Jangan salahkan dia kerana a-aku memang dah lama n-nak minta maaf..." Entah mengapa, tiap-tiap kata rayuan yang diluah daripada bibir Taeyong terasa begitu asing buat Jina. Sungguh, bagaimana dia hendak menerima kemaafan seseorang andai dia sendiri tidak begitu mengingati apa sebenarnya kesalahan yang orang itu lakukan terhadapnya? Kegagalan mengingati semua itu menjana perasaan geram. 
Jina mengeratkan genggaman tangan kiri yang dijatuhkan ke atas pehanya. Tiada perkataan yang mampu mewakili perasaannya. Tujuan dia mengatur perjumpaan hari ini ialah untuk memperoleh jawapan ke atas penderitaan yang melandanya. Penderitaan yang dirasanya tetapi tidak diingati. Dia mahukan jawapan. Jina memerlukan seseorang untuk memberitahu segala-galanya yang berlaku sebelum kemalangan pada tujuh tahun lepas.
"Aku tak perlukan maaf daripada awak..." Mengetap rapat bibirnya, Jina memulangkah buah paku keras. Sesaat lalu, diiringi nafas dalam, dia meneruskan, "Maaf awak tak bermakna apapun bagi aku, kalau awak tak dapat jelaskan apa yang berlaku, aku pinta jangan muncul lagi di hadapan aku." Jina mencapai beg tangannya, bersedia untuk berdiri meninggalkan tempat itu. Misinya hari ini gagal tetapi tidak bermaksud dia telah berputus asa. Walau apa cara sekalipun, dia pasti mencari jalan untuk bertemu dengan Kim Dasom. 
"Kwon Jina, t-tolong selamatkan aku! Kalau k-kau sudi t-tolong, apa pun yang kau minta, bulan dan bintang...ah ! Jina tak suka benda alah tu! Argh, damn! Damn!" Sikap Taeyong berubah sekelip mata. Daripada gentleman, tiba-tiba wajahnya diselubungi gelisah. Serta-merta, gumpalan kata daripada Taeyong itu telah membiuskan seluruh pergerakan badan Jina. Keliling kepalanya terasa menyempit. Kesakitan tadi membuatkan dia terduduk ke kerusi semula. Kedua-dua tangannya memegang tepi dahi, terpaksa menampung kepala yang tiba-tiba terasa begitu berat sekali. 
"Ji-Jina, maafkan aku t-tapi aku b-benar me-p-perlukan kau sekarang ni," Taeyong bercakap lagi. Kini, dia sudah berlutut di tepi Jina. "Kahwin dengan aku please. Ka-Kalau kau tak setuju, aku akan melutut di sini sampai..." Belum sesaat, Taeyong ikut sama berdiri tatkala melihat Jina yang sekali lagi mengangkat tubuhnya yang kelihatan tidak bermaya tuk beredar.
Tidak mempedulikan kata-kata Taeyong, dengan sepenuh daya Jina bangkit dari kerusi lalu menghayunkan langkahnya. Juga enggan mengalah, Taeyong bertindak agresif dengan merentap pergelangan tangan Jina, membuatkan tubuh gadis itu berhadapan semula dengannya. Pandangan kosong Jina ke atas dirinya pada saat itu seolah menyeru kembali memori pertemuan pertama mereka. Jina ialah gadis pertama yang menembusi taktha terdalam di dalam hati pria sepertinya. Walaupun ianya kini tinggal kenangan namun Taeyong sudah ketandusan idea memikirkan alternatif yang lain.
"Han Taeyong, apa yang awak cuba nak buat?" Jina mencerlung tajam. "Let me go, or I'll..."
Di saat itu juga, Taeyong melangkah setapak mendekati Jina, memegang dagu wanita itu, lalu menyatukan bibir mereka berdua.
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
aquariusxpisces
#1
Chapter 6: Apa yang si Jina ni dah buat? Mana Jidan? So many question in my head.
purpleadelyn
#2
Chapter 5: seriously interesting...although still x fhm sgt...but I can wait kayh^_^....keep it op author...fighting!!!
yeocookie
22 streak #3
Chapter 2: Hope Jina dpt jumpa dgn Baekhyun ;) update more~ fighting! ❤
yeocookie
22 streak #4
Chapter 1: Cerita nie very interesting... update soon ^_^