0.2

a pretty girl got ignored

“ Puteri raja yang cantik,comel,gendut! Bangunlah! ”

Jeritan ayah Hayeon dari luar pintu biliknya menggegarkan seluruh ruang rumah. Ayahnya tak berhenti-henti mengetuk pintu bilik gadis itu dengan kasar. Mungkin lapar orang tua sorang ni. Sebab itulah dia berperangai ganas seperti itu. Siapa tahu?

Hayeon menutup telinga menggunakan bantal minion kesayangannya sebelum dia mengambil keputusan untuk bangun dari mimpi indah bersama Jungkook. Bunyi ketukan pintu semakin perlahan bermakna ayahnya sudah tiada. Pintu bilik yang sungguh naif menjadi mangsa balingan padu bantal minion gadis berkaca mata yang sedang menguap di atas katil.

Hayeon turun dari katilnya dengan rambut yang serabai bak penyapu lantai. Kaca matanya senget dan hampir terjatuh. Baju pajama yang bercorak Mickey Mouse kusut dibuatnya oleh gadis pendek itu. Butang yang sepatutnya menutup perut mulus gadis itu sudah tertanggal. Ganas sungguh gadis itu ketika tidur. Ish ish ish.

Hayeon berdiri di sebelah katil dan menggeliat. Badan dan tangannya dilenturkan dengan sekuat hati. Ahhh..seronoknya menggeliat. Getus hati Hayeon. Dia mengerling kearah jam di dinding.
Alamak! Aku dah lambat ni!. Nombor digital yang terpampang pada jam dinding sungguh membuatnya terkejut. Nombor lapan yang disumpah. Setiap kali, dia ternampak nombor itu pada waktu pagi, pasti akan terjadinya satu jeritan istimewa yang dipanggil JLKS aka Jeritan Lambat Ke Sekolah.

“AKU DAH LAMBAT!” jerit Hayeon sekuat hati sebelum dia menggapai tuala pink di tepi katil.

“DIAMLAH!” terdengar satu lagi jeritan dari ruang tamu oleh ayah Hayeon yang sedang menghirup kopi. Slurpp,budak bertuah tu tak pernah nak berubah. Bisik ayah Hayeon seorang diri.

“Apa yang awak membebel sorang-sorang tu hah?” mak Hayeon tersenyum melihat suaminya yang bercakap seorang diri. Tergeleng-geleng kepala lelaki itu. Faham sungguh apa yang difikirkan suami kesayangannya itu.

“ Takdelah, umur dia dah 17 tahun. Tapi perangai..kalah budak tadika.” Rungut Mr.Jung. Matanya sibuk membaca berita tentang masalah rumah tangga di surat khabar

“ Dia sorang jelah anak yang kita ada. Awak janganlah kasar sangat dengan dia. Nanti dia berubahlah tu.” Lembut Mrs.Jung berkata. Dia duduk di sebelah suaminya dan membetulkan tali leher lelaki itu. Mr.Jung melihat muka isterinya sebelum mengeluh. Tidak sanggup dia hendak melawan isterinya seorang itu. Muka comel wanita didepannya membuatkan jiwa lelakinya bergelora.

“ Hayeon pergi sekolah dulu!” Hayeon keluar dari biliknya dengan tergesa-gesa. Rambutnya sudah siap ditocang dua. Kaca mata besar yang dipakainya juga kemas terletak di batang hidung gadis itu. Beg merah berjenama Adidas yang dibelinya di pasar malam juga sudah terletak di bahu Hayeon.

“ Hati-hati sayang. Balik nanti ajak Yuju makan sekali” pesan ibunya.

“ Yes mommy.”

Dia bersalaman dengan ibu dan ayahnya sebelum keluar dari rumah. Dengan sepantas kilat dia berlari ke sekolah tinggi Seoul yang terletak tidak jauh dari rumahnya. Jika berjalan kaki, hanya sepuluh minit yang perlu diambil ke sekolah. Tetapi, ketika itu dia berlari ke sekolah. Lingkungan masa yang diperlukan Hayeon untuk sampai ke sekolah lebih kurang lima minit. Aduh, matilah aku. Getus hati Hayeon.

Selepas lima minit, bangunan sekolah sudah dapat dilihat Hayeon. Dia berlari masuk ke pagar sekolah tetapi dia masih perlu melalui satu lagi halangan sebelum dia sampai ke kelas.

“ Jung Hayeon, lapan empat puluh lima pagi. Wow! Awalnya.” Seorang pelajar lelaki yang berpakaian kemas dengan rambutnya yang disisir ke tepi sengaja menyindir gadis itu. Lelaki itu dengan belagak menghalang jalan Hayeon di pagar sekolah.

“ Aku tahu aku lambat, jadi bagilah aku masuk.” Hayeon menggengam tangan lelaki itu cuba untuk meminta simpati.

“ Ini kali kedua belas tau, kau lambat datang sekolah.”

Terpampang nama lelaki itu pada teg nama yang dipakainya. Park Jimin, penolong ketua pengawas  sekolah tinggi Seoul. Dia memandang gadis didepannya dengan serious. Acah garang la ni. Tetapi bagi Hayeon, Jimin tidak sesuai untuk menjadi seorang yang garang kerana tiap kali dia cuba besarkan matanya untuk nampak garang, tak terbuka matanya itu. Mata sepetlah katakan. Hayeon tutup mulutnya dengan tapak tangan, cuba untuk menahan gelak tetapi tidak berjaya. Tersembur tawanya di depan Jimin.

“Apa yang kelakar?” soal Jimin yang pelik dengan perangai gadis didepannya.

“ Tak de apa-apa, just muka kau kelakar.”

Jimin memandang Hayeon. Panas hatinya. Dia cepat-cepat keluarkan buku nota kecil dan pen dari poket seluarnya. Dengan geram, dia tulis nama Hayeon dalam buku nota itu.

“ Jung Hayeon. Kesalahan, datang lambat dan menghina pengawas sekolah” sengaja dia membaca apa yang ditulisnya dengan kuat sebelum dia tersenyum senget.

“ Habislah kau,Hayeon. Jumpa pengetualah kau lepas ni. Hahaha”  Sambung Jimin sebelum dia menjelirkan lidahnya kepada Hayeon. Hayeon ternganga dengan ejekan lelaki itu. Kurang ajar. Getus Hayeon. Dia memberikan jelingan tajam kepada Jimin. Dengan marah, dia memijak kaki Jimin dengan kuat sebelum berlalu pergi.

“Woi! Sakitlah!” jerit Jimin yang kesakitan. Apa punya perempuan. Rungut Jimin.

Sesampai di hadapan kelas, Hayeon mengintai dari luar jikalau ada guru yang sedang mengajar dalam kelasnya ketika itu tetapi nasib baik, tiada cikgu. Dia dengan selamba masuk ke dalam kelas dan pergi ke tempat duduknya di sebelah Yuju.

“ Dahlah buruk, lambat pulak tu.” Sindir pelajar lelaki yang duduk di atas meja guru. Lelaki yang bernama Mingyu itu adalah musuh ketat Hayeon sejak kecil.

Sepuluh tahun yang lalu,

“ Mingyu! Bagilah balik ikat rambut kita.!” Hayeon yang berumur tujuh tahun menangis kerana ikat rambutnya diambil oleh budak lelaki yang bernama Mingyu.

Lima tahun yang lalu,

“ Sibuk je, nak satu kelas dengan aku.” Hayeon menjeling apabila bertentangan mata dengan Mingyu yang sedang berdiri di depan kelas barunya. Itu merupakan kali pertama dia menjejakkan kaki ke alam sekolah rendah.

Tiga tahun yang lalu,

“ Kau lagi?! ” Dunia Hayeon seperti hampir musnah selepas melihat kelibat musuhnya di dalam kelas yang baru dia daftar. Dari tadika hingga ke sekolah tinggi dia sekelas dengan lelaki itu. Musnah hidup aku. Getus Hayeon.

“ Sibuk je.” Hayeon menjelirkan lidahnya kepada Mingyu sebelum dia membuang pandang kepada Yuju. Yuju sedang sibuk menyiapkan kerja rumah Matematik yang terlupa disiapkannya semalam.

“ Kau tak siap lagi? Wei, kau biar betul?” Hayeon membulatkan matanya ketika melihat Yuju yang tergesa-gesa menekan kalkulator. Bunyi tapak kaki Mr.Lee, guru Matematik mereka yang bermisai itu bermain-main di fikiran Hayeon. Rotan panjang yang dipegang guru lelaki itu tidak pernah dilepaskan dari tangannya. Kalau rotan itu hinggap di tangan Yuju, boleh tinggalkan kesan yang mendalam. Tidak sanggup dia melihat kawan baiknya itu kesakitan.

“ Bak sini, biar aku siapkan separuh.” Hayeon mengambil dua helai kertas soalan Matematik yang masih belum terjawab sebelum dia keluarkan bekas pensil dan kalkulator dari dalam beg. Dia menolong Yuju menyelesaikan separuh soalan Matematik. Sedang khusyuk gadis berdua itu menyiapkan kerja, tiba-tiba Mingyu duduk di depan mereka. Lelaki itu memandang Hayeon dan Yuju sebelum ketawa terbahak-bahak.

“ Macam mesin dah aku tengok kau.” Mingyu sengaja merampas pensil dari tangan Hayeon. Hayeon yang terkejut dibuat sedemikian terus menjerit.

“Bagilah balik!”

Tetapi, Mingyu hanya ketawa. Dia berdiri dan letakkan pensil gadis itu di atas kepalanya. Lelaki yang bertinggian hampir 190 cm itu tersenyum sumbing. Dia mengangkat keningnya dan menarik tocang kiri Hayeon. Hayeon berdiri dan cuba untuk mengambil penselnya dari kepala lelaki itu tetapi apakan nasib, dengan ketinggiannya yang boleh dikira pendek tidak mampu untuk merampas kembali pensel kesayangannya.

“ Kau kalau tak kacau hidup aku tak boleh ke?” Hayeon mencekak pinggang. Yuju sudah menyiapkan separuh dari kerjanya sebelum dia mengambil kertas yang diambil Hayeon sebelum ini. Dia habiskan lima lagi soalan yang beluh terjawab. Bukan dia tidak mahu menolong Hayeon, tetapi dia tahu Mingyu tak akan cederakan kawannya itu. Cukup pasti.

“ Tak boleh, sebab kau buruk sangat.”

“ Suka hati kaulah, bagi pensel aku balik! ” Hayeon menghentak kaki dengan geram, dia melompat-lompat untuk mengambil pensel itu tetapi Mingyu cuba mengelak.

“ Cubalah ambik kalau boleh.” Lelaki itu ketawa. Dia menolak dahi Hayeon lembut sebelum menjelirkan lidahnya.

“ Kau mema-” belum sempat Hayeon menghabiskan ayatnya tiba-tiba ada tangan yang mengambil penselnya dari belakang badan Mingyu. Mingyu masih lagi tidak sedar yang pensel sudah tiada atas kepalanya.

“ Nah ambik ni.”

Jungkook membaling pensel itu dan ditangkap oleh Hayeon yang terkedu. Mingyu toleh kebelakangnya. Pandangan Jungkook dan Mingyu bertaut.

“ Kau bukan pelajar kelas ni, blah lah!.” Suara Mingyu bernada serious.

Suasana dalam kelas yang sebelum ini riuh rendah seperti pasar tiba-tiba menjadi sunyi.

“ Dia kan perempuan, tak baik kalau buli perempuan.” Kata Jungkook lembut. Dia memandang Hayeon dan tersenyum. Hayeon membatu. Rohnya seperti sudah melayang ke dunia lain. Jantungnya seperti sudah pecah kerana berdegup terlalu laju. Manisnya. Getus hati Hayeon.

Mingyu menyampah mendengar kata-kata Jungkook tadi. Bagi Mingyu,semuanya palsu.

“ Eleh, acah baik je kau.” Mingyu menjeling sebelum dia pergi ke tempat duduknya di hadapan. Sempat dia melanggar bahu Jungkook kuat ketika melepasi lelaki itu. 

Apasal pulak jantan tu. Tiba-tiba naik angin. Period ler tu. Getus Hayeon yang memandang Mingyu sebelum matanya kembali merenung wajah kacak Jungkook.

“ K-kau buat apa kat sini?” Yuju cuba untuk meredakan suasana. Dia memberi signal dengan matanya kepada rakan kelasnya yang lain untuk teruskan kerja mereka. Perlahan-lahan kelas menjadi riuh semula.

“ Aku nak panggil Hayeon. Pengetua nak jumpa.” suara Jungkook yang lembut membuatkan Hayeon melayang.

“ Pengetua? Kau ada buat salah ke,Yeon?” Yuju memandang Hayeon tetapi tiada apa-apa jawapan yang diterima oleh gadis itu melainkan sengihan cinta yang dipersembahkan Hayeon.

“ Hayeon! Yeon.” Yuju mendekatkan diri kepada Hayeon dan mencubit pinggangnya lembut.

“ E-eh? Kenapa?” Roh Hayeon yang berlegar-legar di awangan sebelum ini, kembali semula ke jasad membuatkan gadis itu sedar. Dia membetulkan cermin matanya. Mingyu hanya mendengus melihat situasi itu. Baik sangatlah tu, mentang-mentang anak pengetua sekolah. Getus Mingyu.

“ Pengetua nak jumpa kau.” Yuju menepuk bahu gadis itu.

“ Pengetua nak jumpa aku? Aish!” Hayeon mengeluh. Fikirannya teringat kembali situasi dengan Jimin sebelum ini.

“ Jimin punya pasal lah ni!” rungut Hayeon. Suara rungutannya agak kuat sehingga boleh didengari oleh Jungkook.

“ Kenapa dengan Jimin?” Jungkook mengangkat keningnya tatkala mendengar nama kawannya disebut Hayeon.

“ Tak de apa-apa.” Hayeon menggelengkan kepalanya sambil tersengih bak kerang busuk.

“ Kalau macam tu, jomlah.”

Hayeon memandang Jungkook lama. Terkelip-kelip mata gadis itu. Aku jalan dengan dia ke? Getus Hayeon. Dia memandang Yuju sebelum kembali memandang Jungkook.

“ J-jomlah?”

“ Ya, jomlah. Aku tunggu kau kat luar.” Jungkook berkata sebelum dia berjalan keluar dari kelas Hayeon dan menunggu gadis itu di luar kelas.

Hayeon sudah tersengih sendiri. This is my time. Dia dan Yuju berpelukan sebelum Hayeon keluar untuk bertemu dengan Jungkook. Dia tidak mahu membuat Jungkook tertunggu-tunggu.

“ Jom? ” Hayeon berkata dengan lembut. Jungkook menganggukkan kepalanya dan mula berjalan ke bilik pengetua beriringan dengan Hayeon.

 

 

+ Second chapter updated <3. Anyway, saya ada edit sikit foreword dan tambah watak Mingyu dalam cerita ni. Tak bestlah kalau tak de pesaing, betul tak? Saya harap anda suka cerita ni. Walaupun cerita ni tak sehebat macam cerita lain tetapi saya akan cuba sehabis baik. Sesiapa yang nak comment dan subscribe, dipersilakan. Hehehe.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Aida_Rusdi
#1
Tergelak baca. Best!
Jelly_Warrior
#2
Chapter 3: Such a cute story...Saya enjoy baca cerita ni :)
lilylunalove
#3
Chapter 2: Hahaha cerita ni comei la !
_lolaxdx #4
Mesti best! X sabar nak tunggu author-nim update