0.1

a pretty girl got ignored

“Yeon, malulah..jom pergi”

“Sabarlah,aku tak puas lagi nak tengok dia.”

Jung Hayeon bersembunyi disebalik tiang elektrik yang berada berdekatan dengan gelanggang bola keranjang sekolahnya. Gadis bertocang dua itu menghendap sekumpulan pelajar lelaki yang sedang leka bermain bola keranjang sehingga tak perasan kehadirannya di situ. Dia menggunakan teropong hitam untuk meneropong satu-satunya putera idamannya iaitu Jeon Jungkook. Macam stalker pun ada.

“ Kau ni obvious sangatlah, orang tengah pandang kita ni.” Yuju, kawan baik kepada Hayeon menarik hujung baju sekolah gadis itu. Dia merasa tidak selesa kerana dipandang pelik oleh pelajar yang lalu-lalang dari tadi. Kalau tengok muka, orang sama je yang lalu. Getus hati Yuju.

“Kau ni pun, fahamlah sikit perasaan aku. Future aku tu.” Jawab Hayeon yang masih lagi khusyuk dan tawaduk meneropong jejaka handsome yang bernama Jungkook itu.

Yuju menutup mukanya dengan buku teks Sejarah yang dipegang dari tadi. Orang dah ramai tengok,baru nak tutup muka. Adoyai Yuju. Dia menarik-narik hujung baju Hayeon. Hampir terkoyak dibuatnya. Nasib baik material baju Hayeon fleksibel. Jenama Ivy Club katakan. Ewah, promote nampak.

Hayeon tersengih-sengih seorang diri. Entah apa yang seronoknya sehingga dia tersengih sorang-sorang. Sekali tengok, persis orang sewel. Oh my God! Seksinya bila dia berpeluh. Oh my Jungkook, I’m falling. Getus hati Hayeon. Dia menepuk-nepuk dadanya lembut. Parah betul minah sorang ni.

Yuju masih lagi setia berdiri disebelah Hayeon walaupun dia boleh lari bila-bila masa je, tapi dia masih sayangkan kawan baiknya itu. Dia tertunduk-tunduk malu kerana mereka menjadi perhatian ramai ketika itu. Popular sekejap budak berdua tu. Yuju mengangkat kepalanya dan ternganga melihat apa yang berlaku dihadapannya.

“Eh? Eh? Yuju! Kenapa gelap ni? Aku dah buta ke? Wei, aku tak nampak apa-apa! Yuju!” Hayeon terkejut kerana tiba-tiba pandangannya menjadi gelap. Dia meraba-raba tangannya untuk mengaut lengan Yuju tetapi tiada apa yang boleh ditautnya. Tangan sebelahnya masih memegang teropong yang berada di matanya. Kenapa gelap ni? Mommy! I don’t want to be blind!. Getus hati Hayeon.

Yuju menepuk bahu Hayeon dengan mulut yang luas terbuka. Kalau ada lalat, confirm hinggap kejap menumpang dalam mulut si Yuju ni.

“Jungkook! Kau buat apa tu?” jerit seseorang dari jauh.

Jungkook?. Hayeon dapat rasakan hatinya semakin berdebar-debar. Dia dapat rasakan bahawa Jungkook berada dekat dengannya. Rupa-rupanya, Jungkook tengah meneropong Hayeon balik melalui hujung teropong si Hayeon. Dia letakkan matanya untuk melihat Hayeon. Maknanya, Hayeon dan Jungkook tengah meneropong sesama sendiri dari berbeza side. Patutlah gelap semacam je, mata Jungkook rupanya.

Yuju senyap-senyap keluarkan telefonnya dari poket seluar dan menangkap gambar mereka berdua ketika itu. Sweetnya. Getus hati Yuju. Hayeon yang perasan ada orang didepannya, cepat-cepat turunkan teropong yang dipegang tadi. Terkedu dia melihat jejaka idaman ada didepan mata. Rapat pulak tu. Hayeon rasa macam nak pitam. Bulat matanya kerana terkejut. Jungkook hanya mendiamkan diri dengan wajah kosong. Tiada apa-apa ekspresi dari jejaka itu.

“Cepatlah ambik bola tu, Jungkook!”

Jungkook memandang kawannya di gelanggang sebelum dia alihkan perhatian kepada gadis didepannya. Dia perasan rambut gadis itu kusut. Dia dengan selamba membetulkan rambut gadis itu sebelum dia berlalu pergi untuk mengambil bola yang bertapa selama lima minit dalam longkang di belakang mereka.

Hayeon terdengar jeritan kawan Jungkook dari gelanggang, tapi matanya masih lagi melekat di wajah mulus Jungkook. Dia baru sahaja ingin membuka mulut tetapi tiba-tiba,

“J-jung..”

Tangan jejaka didepannya itu hinggap di kepala Hayeon dan membetulkan rambut kusutnya. Hayeon kaku. Kakinya jadi longlai macam sotong. Mahu sahaja dia tumbang ketika itu tetapi dia kuatkan dirinya. Hayeon nampak semuanya bergerak perlahan macam dalam drama. Jantungnya berdegup sangat laju macam kereta F1 yang sedang berlumba. Yuju yang berada disebelahnya masih lagi ternganga. Tapi kali ini, mulutnya dibuka luas. Luas sehingga sebiji bola pun boleh masuk.

Mereka berdua hanya melihat Jungkook yang sedang berlari semula kepada kawan-kawannya.

“ Y-Yuju..tadi tu, bukan mimpikan?” lembut Hayeon menepuk lengan Yuju. Dia masih lagi tidak percaya dengan apa yang berlaku. Yuju memgang pipi Hayeon sebelum dia mencubit kuat pipi gadis comel didepannya.

“Sakitlah!” jerit Hayeon yang kesakitan kerana pipinya dicubit oleh Yuju. Yuju melepaskan tangannya dan memandang Hayeon sambil tersenyum gembira. Hayeon menggosok pipinya dan memandang Yuju kembali. Pandangan mereka bertaut.

“Aku rasa sakit..maknanya…”

“Maknanya, kau tak bermimpi puteri Hayeon.”

Yuju hampir menangis saat memandang kawannya itu dengan bangga sebelum mereka berdua menjerit gembira.

“ Ahhhhhhh!”

Suara mereka mampu memecahkan tingkap yang berada berdekatan. Nyaringnya..hanya tuhan yang tahu. Mereka berdua saling berpelukan dan melompat-lompat.Macam monyet pun ada. Sekali lagi, mereka menjadi perhatian ramai.Popular buat kali kedua budak berdua ni.

“Aku tak sangka!” Hayeon memeluk Yuju kuat, dia berasa sangat gembira kerana itu merupakan kali pertama Jungkook berada dekat dengannya. Walaupun hanya beberapa minit, tetapi itu cukup membuat Hayeon bahagia.

Dari jauh, Jungkook melihat mereka berdua dan tersenyum sendiri. Comel. Getus hati Jungkook.

 

 

"Tidur lenalah kau malam ni,Hayeon"

Hayeon memeluk bantal minion kesayangannya ketika dia sedang berbual dengan Yuju melalui telefon. Dia baring di atas katil dengan selesa. Rambutnya dibiarkan lepas. Biar bernafas sikit rambut dia. Takdelah bertocang je. Lemas kulit kepala.

"Mestilah. Benda macam ni bukan senang nak dapat tau. Sekali seumur hidup. " 

Hayeon mengerling ke arah jam di dinding. Satu empat puluh dua pagi. Dia sepatutnya sudah masuk tidur kerana esok dia perlu pergi ke sekolah. Tetapi, matanya masih segar bugar. 

"Wei, aku kena tidur ni. Mengantuk. Jumpa esok. Jangan lambat pulak. Bye"

Yuju berkata sebelum dia menamatkan talian. Hayeon menganggukkan kepalanya dan mematikan talian Yuju. Dia tidak mengantuk. Dipandang siling putih yang kosong. Dia bosan.Dia cuba untuk tidur tetapi tidak berjaya. Matanya melawan dan tidak mahu tutup.

"Ehmm..kalaulah aku dengan Jungkook. Mesti bahagia." 

Hayeon mengelamun. Tersengih-sengih dia tatkala terbayangkan kehidupan masa hadapan dengan jejaka impian.

"Anak kami ada dua orang. Sorang lelaki, sorang perempuan. Lepastu, aku tinggal dekat rumah yang ada kolam. Hari-hari aku mandi kolam dengan Jungkook dan anak aku. Seronoknya. Pastu aku masak unt-"

Ada mesej, ada mesej.

Angan-angan Hayeon diganggu oleh bunyi ringtone yang menandakan mesej baru masuk. Dia mengambil semula telefon yang sebelum ini diletakkan di tepi kepalanya.

"Ehmm..Yuju hantar ke?"

Dia membuka mesej yang baru diterima dan membacanya.

Selamat malam Hayeon ♡ ~ lelaki misteri yang mencintaimu.

"Siapa pulak yang hantar mesej ni? Macammana dia tahu nombor aku?"

Hayeon menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia pelik. Ada juga lelaki yang nak dekat perempuan buruk macam dia. Ish. Siapalah lelaki misteri tu. Hayeon letak semula telefon ditepi kepalanya.

"Mesti ada orang nak kenakan aku. Malaslah layan."

Hayeon menggosok matanya yang berair. Matanya semakin layu. 

"Ahhhh" 

Gadis itu menguap. Mulutnya dibuka luas. Dia semakin mengantuk. Mungkin sudah tiba masanya untuk dia tidur.

Hayeon meletakkan bantal peluk dicelah pehanya. Dipeluk bantal itu kuat.Matanya ditutup. Perlahan-lahan Hayeon lena dibuai mimpi.

 

 

+ Hehehe, so first chapter updated. Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan.Sorry kalau ada banyak grammar error. Saya akan cuba perbaikinya.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Aida_Rusdi
#1
Tergelak baca. Best!
Jelly_Warrior
#2
Chapter 3: Such a cute story...Saya enjoy baca cerita ni :)
lilylunalove
#3
Chapter 2: Hahaha cerita ni comei la !
_lolaxdx #4
Mesti best! X sabar nak tunggu author-nim update