OO2

Stay With Me
Please Subscribe to read the full chapter

Suasana yang agak bising membuatkan Mark terjaga. Kepalanya masih terasa sakit akibat kemalangan tadi. Dia melihat sekeliling dan mendapati kawan-kawannya berada di situ.

   "Weh dia dah sedar."

   "Bro kau okey tak?"

   "Mark."

Mark cuba bangun daripada pembaringan. Jinyoung, salah seorang rakannya membantunya untuk bangun. Badannya disandarkan pada kepala katil. Mark memegang kepalanya yang berbalut dengan kain putih.

   "Aku kat mana ni?" Tanya Mark kepada kawan-kawannya.

   "Hospital. Kau kemalangan tadi kat jalan raya depan sekolah. Tapi nasib baik kepala kau je yang cedera sikit. Badan kau yang lain okey cuma luka-luka kecil sikit je ah." Terang Youngjae.

   "Risau juga kitorang bila dapat call dari mama kau cakap kau kemalangan." Celah Jackson.

Mark hanya membisu. Dia cuba untuk mengingat semula apa yang terjadi semasa dia hendak pulang ke rumah.

   "Hyunae mana?" Tanya Mark secara tiba-tiba. Kawan-kawannya mengerutkan dahi.

   "Hyunae?"

   "Siapa dia tu?" Soal Jaebum sebelum memandang Mark.

   "Jap, aku macam pernah dengar nama tu. Hyunae... Ha!" Semua mata tertumpu pada Yugyeom. "Dia tu kalau tak silap budak menengah rendah kan?" Yugyeom memandang Mark.

   "Ha, budak kelas sebelah kita kan?" Soal Bambam kepada Yugyeom. Yugyeom mengangguk.

   "Kenapa dengan budak tu?" giliran Jinyoung untuk bertanya.

   "Dia yang tolak aku kat jalan tadi." Jawab Mark membuatkan semua ternganga.  

   "Ha?!" Seperti yang dijangka, semua menunjukkan reaksi yang sama.

   "Berani dia tolak ice prince sekolah ni? Dia nak bunuh kau ke apa?" Pertanyaan Jackson dijawab dengan ketukan dikepala.

   "Gila ke apa budak tu?"

   "Dia tolak aku daripada kena langgar kereta." Kata Mark. Kali kedua, mereka semua terkejut.

   "Jadi, dia selamatkan aku?" Mark mengangguk.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
lilylunalove
#1
Chapter 4: Wahhhh first date mark dgn hyunae! Cant wait for it! XD
lilylunalove
#2
Chapter 3: Not so cliche and absolutely daebak! XD fighting, update soon!