OO1

Stay With Me
Please Subscribe to read the full chapter

Loceng berbunyi menandakan waktu tamat persekolahan bagi pelajar menengah atas. Semua pelajar bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Kawasan lobi yang bersebelahan dengan kelas 5-A menjadi sesak kerana itu merupakan laluan utama untuk pelajar kelas 5-A dan guru-guru sekolah tersebut.

   "Mark, macam biasa, jom singgah kedai Mak Timah kat depan tu." Pelawa seorang rakannya, Jackson.

   "Tak apa ah, harini aku tak dapat join. Penat." Jawab Mark sambil menyilangkan beg sandangnya di bahu kanan. Tangan kirinya di masukkan ke dalam poket seluar.

   "Okey ah kalau gitu, kitorang pergi dulu. Chow!" Jackson mengangkat tangannya sebelum meninggalkan Mark sendirian. Kawasan sekolah menjadi sunyi setelah waktu persekolahan pada hari itu telah tamat.

Selalunya selepas kelas tamat, Mark dan kawan-kawannya yang lain akan singgah di kedai Mak Timah; kedai serbaneka untuk mengisi perut yang lapar. Boleh dikatakan mereka ini merupakan pelanggan tetap kedai tersebut. Mak Timah sebagai pengurus kedai itu pun sudah mengenali mereka semua.

Pada waktu siang, dua antara kawan Mark; Yugyeonm dan Bambam akan pergi ke kedai itu dahulu manakala yang lain akan pergi pada waktu petang memandangkan waktu persekolahan menengah rendah dan menengah tinggi tidak sama.

Mark membetulkan beg sandangnya yang hampir terjatuh. Kemudian dia ternampak seorang pelajar perempuan yang tidak dikenali keluar daripada makmal komputer. Dari pandangan Mark, dia tidak pernah melihat pelajar perempuan itu di sekolah. Ya, mungkin salah Mark yang tidak pernah berinteraksi dengan pelajar-pelajar lain jadi sebab itu dia tidak kenal mana-mana pelajar di sekolah itu kecuali kawan-kawan rapatnya.

   "Auch!" Sedang asyik memandang pelajar perempuan tersebut, mark terl

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
lilylunalove
#1
Chapter 4: Wahhhh first date mark dgn hyunae! Cant wait for it! XD
lilylunalove
#2
Chapter 3: Not so cliche and absolutely daebak! XD fighting, update soon!