Jeon Wonwoo

Rumah Kanak-kanak Haji Suho

Jeon Wonwoo bukanlah budak yang malas ataupun emo. Malah, dia seorang budak yang pandai dalam pelajaran. Tidak seperti budak-budak yang lain. Wonwoo ni tak payah belajar pun dapat jugak ranking pertama dalam kelas. Sebab itulah kalau ada masa lapang, dia hanya tidur dan............tidur. Belajar tu kemudianlah. Ketika budak-budak lain sibuk bermain atau prank sesama sendiri, Wonwoo dengan selesanya tidur di dalam biliknya sambil ditemani patung kesayangannya yang bernama Wonu.

Tetapi, ada seorang budak ni selalu je kacau Wonwoo yang tengah tidur. Siapa lagi kalau bukan si Mingyu.
"Hyunggggg... Bangunlah. Tadikan dah janji nak tolong saya buat homework. Takkan hyung lupa pulak." Rungut Mingyu sambil menggoncang-goncangkan badan Wonwoo. Wonwoo lalu bangun dari katilnya dan memandang Mingyu dengan mamai.
"Gyu, hyung nak tido ni. Boleh tak malam nanti kita buat? Hyung ngantuklah."
"Ala hyung ni... tido je kerja. Mingyu tak nak kawan hyung! Hmph!"
Mingyu merajuk lalu berlari keluar dari bilik. Apalah Mingyu ni. Perangai macam budak umur 5 tahun padahal dah umur 12 tahun.
Wonwoo tidak menghiraukan budak itu lalu menyambung tidurnya.


"Mana Wonwoo hyung?" Soal Vernon kepada Dokyeom. Dua orang budak ini sedang bermain congkak. Bagus diorang ni, main permainan tradisional. Tak macam yang lain asyik main video game je.
"Alah. Macamlah kau tak tahu Wonwoo hyung tu. Tido lah kerjanya." Jawab Dokyeom selamba sambil meletakkan batu ke dalam congkak tersebut. "Eh, boringlah main ni. Main benda lain nak?"
"Hyung ni asyik main je. Hyung tak ada kerja rumah ke?" Baik hati Vernon nak mengingatkan orang pasal kerja rumah.
"Dah siap dah. Jom, kita main sepak takraw."
"Sepak takraw? Hyung pandai main ke?"
"Eh, mestilah pandai! Hyung ni wakil sekolah tau!"
"Yelah tu..."
"Kau tu pandai tak main?"
"Err......tak.."
"Hah! Jom hyung ajarkan!"


Jam telah menunjukkan tepat pukul 5 petang. Wonwoo telahpun bangun dari tidurnya. Dia keluar dari bilik lalu pergi ke luar rumah dan kelihatan Vernon dan Dokyeom sedang bermain sepak takraw.
"Ha, macam nilah cara nak mainnye. Senangkan?"
"Ish susahlah, hyung. Main benda lainlah." Rungut Vernon. Dah pandai merungut kau ni Vernon. Mesti banyak belajar dari Seungkwan ni.
"Korang buat apa tu?" Tanya Wonwoo sambil menggosok matanya.
"Main masak-masak." Jawab Dokyeom selamba. Wonwoo lalu membaling selipar jepunnya ke arah Dokyeom. PAP!
"Aduh! Sakitlah hyung! Apa ni main baling-baling selipar..."
"Kalau aku tanya soalan, kau jawablah betul-betul. Jangan nak main-main dengan hyung." Marah Wonwoo. Sabo Wonwoo.......sabo....
"Hyung berdua ni janganlah gaduh. Kalau orang tengok malulah kita." Kata Vernon. Tipulah kau Vernon. Mana ada orang kat sini. Yang ada cuma korang bertiga je. Yang lain entah ke mana. Dalam rumah kot. Lol


Kemudian, datanglah dua orang lelaki yang tinggi lampai menegur mereka.
"Hey adik-adik sekalian. Tengah buat apa tu?" Soal Kim Jongin, si driver no.2.
"Hyung berdua ni tak nampak ke kitaorang buat apa... Main sepak takraw lah." Ujar Vernon. Makin menjadi-jadilah perangai Vernon ni. Pengaruh rakan sebaya kot.
"Oh, ingatkan tengah ngorat awek tadi, tihihi." Jongin memandang Sehun.
"Kau ni buta eh? Mana ada awek sini." Katanya. Sehun hanya menjulingkan matanya.
"Korang pandai ke main?" Soal Sehun pula.
"Saya pandai, Vernon ni yang tak pandai." Kata Dokyeom sambil tersenyum kambing.
"Alah, old skool betul main sepak takraw. Mainlah PS4 ke, Xbox ke..." kata Jongin pula.
Vernon, Dokyeom dan Wonwoo hanya memandang Jongin dan Sehun. Mereka bertiga lalu masuk ke dalam.


Jeon Wonwoo bukan sahaja pandai dalam pelajaran malah dia juga pandai memancing ikan. Sekarang ini, Wonwoo mengajak Vernon dan Dokyeom pergi memancing di kolam ikan berdekatan.
"Tahu tak? Last time aku memancing kat sini aku dapat ikan besar. Tapi aku tak bawa pulang ikan tu sebab aku kesian tengok dia. So, aku lepaskan ikan tu balik dalam kolam ni." Ujar Wonwoo panjang lebarnya. Mereka tengah mencari cacing untuk dijadikan sebagai umpan.
"Hey! Tengok ni! Banyak betul cacing kat sini! Aku rasa satu keluarga ada kat sinilah. Ada mak cacing, bapak cacing, abang cacing, kakak cacing, adik lelaki cacing, adik perempuan cacing, nenek cacing, atuk cacing, pakcik cacing, makcik cacing, dan...."

"Hoi! Kita kat sini nak tangkap cacing untuk dibuat umpan. Bukan nak buat salasilah keluarga cacing. Aigoo.......hyung ni..." keluh Vernon melihat perangai jakun Dokyeom. Dokyeom seperti biasa hanya tersenyum kambing dan terus menangkap keluarga cacing itu dan meletakkannya dalam baldi kecil.
"Ok. Dah banyak ni. Jom kita memancing!"


"Hyung ni pandai ke memancing. Dah 30 minit kita duduk sini. Seekor ikan pun tak ada." Kata Vernon. Dokyeom di sebelahnya sudah pun tertidur kerana penat menunggu ikan yang dari tadi tak muncul-muncul. Ikan oh ikan kenapa kau tak muncul...
"Memancing ni memerlukan kesabaran. Kalau tak, mana nak dapat ikan." Kata Wonwoo dengan yakinnya.
"Ah! Malaslah nak tunggu. Baik kita pulang je. Hari dah nak gelap ni." Vernon sudah pun mengemas barang-barangnya dan bersiap sedia untuk pulang. Wonwoo hanya mengeluh dan mengemas barangnya. Tidak dilupakan juga Dokyeom dikejutkan oleh Vernon dan mengemas barang-barang.
"Baik aku bawa pulang keluarga cacing ni. Bolehlah aku dan Hoshi main dengan diorang. Heuheuheu..."

Ketika dalam perjalanan balik, 3 orang budak itu terdengar seseorang menjerit meminta tolong.
"Tolong! Tolong! Tolong!"


Selain daripada pandai dalam pelajaran dan memancing, Jeon Wonwoo juga seorang yang baik hati. Apabila mendengar jeritan meminta tolong, dia dan dua orang budak itu bergegas ke arahnya.
Kelihatan seorang lelaki berpakaian serba pink terjatuh dari becanya (?).
"Eh? Jin hyung?" Vernon mengenali lelaki tersebut yang merupakan bekas jiran rumahnya. Banyak beno jiran Vernon.
"Kau rupanya Vernon. Tolong hyung ni. Hyung terjatuh dari beca hyung. Tayar beca ni pancit." Kata Jin sambil mengurut kakinya yang sakit.
"Kenapa hyung bawa beca?" Tanya Vernon dengan hairannya. Yelah, manusia bernama Jin ni seorang yang tak suka berpanas atau membuat aktiviti yang boleh merosakkan kulit mukanya yang halus dan mulus itu (kata dialah...). Apabila mendengar Jin ni membawa beca, ia satu kejutan yang dahsyat kepada Vernon.
"Hyung bawa beca ni sebab nak kuruskan badan. Rapmon tu cakap yang hyung makin hari makin gemuk sebab makan terlalu banyak! Tu yang buat jadi insecure macam ni. So, untuk kuruskan berat badan, hyung bawa becalah." Kata Jin panjang lebarnya. 3 orang budak itu memandang sesama sendiri.
"Nak kuruskan badan tak semestinya tunggang beca. Kan kita boleh buat exercise macam berjoging atau pergi gim. Kan senang..." ujar Wonwoo dengan sopan.
"Malaslah... lagipun, hyung nak menambah pendapatan jugak sebenarnya. Sambil-sambil bawak beca nak kuruskan badan, hyung dapat duit hasil daripada bawa orang jalan-jalan guna beca. Kiranya macam sambil menyelam minum air!"
"Ohh..."
"Dah. Cepat tolong hyung ni!"


Di samping pandai dalam pelajaran, memancing dan baik hati, Jeon Wonwoo juga pandai mengepam tayar beca.
"Ha, dah siap hyung! Sekarang bolehlah hyung bawa beca." Katanya.
"Mana boleh. Kaki hyung sakit. Hyung tak boleh tunggang beca sekarang." Rungut Jin. Mereka memandang sesama sendiri.
"Baiklah, biar kami hantar hyung balik ke rumah."

Oh, bukan itu sahaja. Jeon Wonwoo juga pandai menunggang beca. Dia bersama Dokyeom dan juga Vernon telah menghantar Jin pulang ke rumah. Setelah itu, mereka bertiga pun balik ke rumah anak yatim itu.


Sebagai kesimpulannya, Jeon Wonwoo merupakan seorang manusia biasa. Itu sahaja daripada saya. Maafkan saya atas cerita yang agak membosankan ini. Saya akan kembali dengan cerita yang lebih menarik. Bye.

P/s: saya saje je nak buat chapter pasal Wonwoo. Entah kenapa tiba-tiba dapat idea ni. Bye bye...
Peace out~~ yo 😎

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Wonsik_Sai
#1
Chapter 9: Kehadapan haji Suho-ho-horlicks yang dikasihi dan dimanjati,

RM1.9Billion telah ditransfer segar dari ladang ke ekaun Tabung Harapan Haji Suho. Lagi RMO.1B bakal disalurkan setelah haji diishtiharkan haji kedana. (p/s: jangan lupa janji kita karoke hujung bulan ni. Muah XOXO)

kipidap wahai penulis! ;3
jimiekhyun
#2
Gonna read this.. lepasan spm eh? sama laa disini duk melepas rindu di aff hihi :3
amazingmyza #3
Chapter 8: goodluck spm, jgn lupa study ~
menulis tulis jugak, study jgn diabaikan.
kene balancekan ~ good luck once again !
oeschinen
#4
Chapter 8: Semoga dapat ilham ye xD Jangan risau sangat. Good luck dengan SPM ye. Buat betul betul nanti tak payah kena duduk semula mcm akak ni TT_TT
TKeyAlex
#5
Chapter 8: jgn risau.. take ur time ^^
TKeyAlex
#6
Chapter 7: wehhh rindu dohhh fic ni XD welcome backkk
Jelly_Warrior
#7
Chapter 6: Dah kenapa saya bca smbil dgar lagu Monster...beria2 btoi saya ikut XD...lawak gilaa ! Lirik dia sumpah lawak XD Tahniah author XD
TKeyAlex
#8
Chapter 6: HAHAHAHAAHAHAHAHAHAHAHA aku dpt ikut the first few line tapi dh sbb dia klakar sngt aku dh x dpt nak ikut sngt lolllllll
ChachaPippo
#9
Chapter 6: Aq x tahu mcm mana aku boleh terikut sekali lagu tu.. hahaha..