Birthday

Rumah Kanak-kanak Haji Suho

30 Disember. Tarikh yang amat disukai oleh seorang budak yang bernama Joshua Hong. Pada hari tu, dia bangun dengan senyuman di wajahnya.
"Kau apahal senyum-senyum pagi ni? Angau ke?" Kata Woozi tiba-tiba. Tersentak sikit Joshua dibuatnya.
"Apalah Woozi ni. Terkejut hyung. Kita kena mulakan hari dengan senyuman! Taklah asyik nak marah-marah je." Ujar Joshua dengan suara yang lemah lembut dan sopan santun. Joshua hanya berniat baik tetapi Woozi tersalah anggap yang Joshua memerlinya.
"Kau perli aku ye?!"
Dan pada saat itu Joshua tahu yang dia kena selamatkan dirinya daripada budak itu. Tak naklah dia sambut birthday dekat wad hospital nanti.

Joshua menegur rakan-rakannya yang lain dengan harapan yang mereka akan wish birthday untuknya. Tetapi, sorang pun tak ada. Diorang lupa ke?
Tiba-tiba, datang seorang lelaki stylo yang sangat tinggi meluru ke arah Joshua. "Happy birthday Joshua!!! My feveret boy!!! Uncle Kris baru pulang dari France and of coz ada present for Joshua!!!" Jerit lelaki itu a.k.a Kris depan muka Joshua. Habis tersembur air liurnya. Ergh.... dirty water on my faceu...
"Err... hehehe... Thanks Uncle Kris. Ingat jugak uncle dengan birthday saya."

"Eh, harini birthday kau Joshua? Tak ingat pulak I. Huhuhu... sorry dude." Ujar Jeonghan dengan selambanya. Apalah Jeonghan ni. Birthday kawan sendiri tak ingat. Joshua hanya tersenyum pahit. "Tak apalah. At least korang tahu sekarang ni." Katanya dengan sedih. Vernon yang perasan akan perubahan wajah Joshua lalu menepuk lembut belakangnya. "Happy birthday, hyung. Apa kata kita sambut birthday hyung malam ni?"
"Wow! What a great idea, kid! But.....who are you?" Soal Kris. Tak pernah pula dia nampak budak ni.
"Nama saya Vernon. Saya baru kat sini."
"Ohoho... are you American?" Soal Kris lagi. Eksyen betul dia ni nak speaking bagai. Apalah...
"Err... saya ni berdarah kacukan. Korean-American." Jawab Vernon.
"Oh.....okay... whatever... samalah tu."

"Hey Encik Kris! Baru balik dari melancong ke?" Soal seorang lelaki sambil minum bubble tea.
"Tak... baru balik dari melepas." Ujar Kris selamba.
"Hahaha... buat lawak pulak dia ni." -_-||
"Sehun, kau pergi mana tadi? Aku cari kau dari tadi tak jumpa. Cepatlah tolong aku bersihkan tandas tersumbat tu. Entah siapalah yang berak sampai tersumbat lubang jamban tu." Ujar lelaki berlesung pipit dengan panjang lebarnya sambil membawa pelocok. Sehun memandang pelik Kris. 'Betullah dia baru habis melepas. Dahsyat jugak mamat ni sampai tersumbat jamban tu.' Fikir Sehun. Apakah...
"Ok Yixing hyung!" Katanya lalu mengikuti si Yixing tadi.

12 orang budak (kecuali Joshua) sedang berkumpul dalam bilik stor. Mereka kelihatannya sedang berbincang sesuatu.
"Eii... kenapa kita kena berkumpul kat tempat alah ni?" Ujar Seungkwan dengan gediknya sambil mengipas mukanya dengan tangan. Sekup hanya menjulingkan mata melihat perangai gedik budak tu. Mengalahkan perempuan. Ugh...
"Kita ke sini sebab nak bincang macam mana nak sambut birthday Joshua. Korang tak nampak ke yang Joshua jadi sedih sebab kita lupa hari jadi dia. Sebagai tanda minta maaf, kita buatlah birthday yang gempak-gempak macam perkahwinan pelakon apa nama dia....? Shaheizy Sam? Ah lantaklah.... So amacam?" Cadang Sekup kepada yang lain.
"Kita ada duit ke nak buat birthday gempak macam tu?" Soal Mingyu sambil mengorek hidungnya. Korek korek jangan tak korek. Huhuhu...
"Alah... apa susah. Kita minta tolong dengan Saji, eh, Haji Suho. Pasti dia setuju punya." Kata Hoshi dengan bernasnya macam beras.
"Tapi macam mana nak call Haji Suho tu? Kita bukannya tahu no. handphone dia. Dia tu jugak bukannya selalu datang jenguk kita." Kata Mingyu lagi. Banyak persoalan betul dia ni.
"Uncle Kris kan ado...."

 

"Okay.....yeah.....just come here..........kids need your help...... What? Me help? No no no... Duit I dah habislah, shopping sakan kat France tu....... Hish orang tua ni! Aku cakap datang, datang jelah. Sudah-sudahlah tu karaoke!" Tuuuutt... Kris mematikan panggilan telefon. Budak-budak yang asyik memerhatikan Kris tadi tergamam melihat Kris cakap bm lancar. Selalunya ada je perkataan inggerih yang terselit dan tersepit dalam ayat dia tu.

Setelah tunggu punya tunggu, vip kita iaitu Haji Suho pun datang jugak kat rumah anak yatim dia.
'Oh... jadi itulah dia Haji Suho. Tak nampak macam haji pun. Macam tudung saji adalah.' Bisik hati Vernon. Lol... apa yang kau mengarut ni Vernon. Tulah asyik lepak dengan Dokyeom donkey tu je sampai jadi mengarut macam ni.
"Jadi, apa yang nak diminta tolongnya?" Ujar Haji Suho sambil mengelap cermin mata hitamnya. Stylo jugak orang tua tu. Kris lalu memberitahu segala plan kepada Haji Suho.


Joshua sedang duduk di atas dahan pokok di sebuah taman sambil termenung (Dahsyat jugak Joshua ni. Termenung duduk atas pokok...). Semua kawannya macam tidak mempedulikannya hari ni. Sabo jelah Joshua..... Sedang dia leka termenung, seseorang lalu memanggilnya.
"Hoi adik! Buat apa duduk atas pokok tu? Petik buah ke? Tapi pokok ni mana ada buah. Hahaha...."
Joshua memandang ke bawah. "Eh? Woozi? Kenapa awak kat sini? Kenapa awak panggil saya adik? Saya lagi tualah." Ujar Joshua. Joshua ni memang gentlemen sikit. Cakap pun lemah lembut. Jangan jadi lembut sudah.
"Woozi? Siapa Woozi? Aku bukan Woozilah. Nama aku Suga, a.k.a Agust D a.k.a Min Yoongi, kay?" Kata lelaki tersebut. Banyak beno aka nya. Joshua pun dah pening dah. Mana satu nak panggil dia ni..?

"Err... sorilah abang Sagu, eh salah, Suga. Muka abang hampir sama dengan muka kawan saya." Sebut je perkataan 'kawan', Joshua lalu menjadi sedih. Dia lalu terjun dari pokok itu.
"Kau apehal ni sedih-sedih semacam? Period?" Suga ni tak betul ke?? Adoyai...
"Tak de apa-apalah. Erm... abang buat apa kat sini?"
"Oh, abang nak tido kat sini. Tapi adik ni pulak yang ambil tempat abang tido."
"Abang tido atas pokok???"
"Yelah. Apa kau fikir yang monyet je boleh tido atas pokok? Manusia pun bolehlah. Ini dikatakan swag, kay?" Katanya lalu terus memanjat pokok itu. Memang tak betul dia ni. Tido pun atas pokok. Joshua tidak mengendahkan lelaki itu dan berjalan pulang ke kediaman. Tiba-tiba, sebuah van berwarna-warni berhenti di hadapannya dan serta-merta keluar seorang lelaki bertopengkan topeng power rangers (?) menangkapnya.
"Argh!!!! Tolong!!!"

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Wonsik_Sai
#1
Chapter 9: Kehadapan haji Suho-ho-horlicks yang dikasihi dan dimanjati,

RM1.9Billion telah ditransfer segar dari ladang ke ekaun Tabung Harapan Haji Suho. Lagi RMO.1B bakal disalurkan setelah haji diishtiharkan haji kedana. (p/s: jangan lupa janji kita karoke hujung bulan ni. Muah XOXO)

kipidap wahai penulis! ;3
jimiekhyun
#2
Gonna read this.. lepasan spm eh? sama laa disini duk melepas rindu di aff hihi :3
amazingmyza #3
Chapter 8: goodluck spm, jgn lupa study ~
menulis tulis jugak, study jgn diabaikan.
kene balancekan ~ good luck once again !
oeschinen
#4
Chapter 8: Semoga dapat ilham ye xD Jangan risau sangat. Good luck dengan SPM ye. Buat betul betul nanti tak payah kena duduk semula mcm akak ni TT_TT
TKeyAlex
#5
Chapter 8: jgn risau.. take ur time ^^
TKeyAlex
#6
Chapter 7: wehhh rindu dohhh fic ni XD welcome backkk
Jelly_Warrior
#7
Chapter 6: Dah kenapa saya bca smbil dgar lagu Monster...beria2 btoi saya ikut XD...lawak gilaa ! Lirik dia sumpah lawak XD Tahniah author XD
TKeyAlex
#8
Chapter 6: HAHAHAHAAHAHAHAHAHAHAHA aku dpt ikut the first few line tapi dh sbb dia klakar sngt aku dh x dpt nak ikut sngt lolllllll
ChachaPippo
#9
Chapter 6: Aq x tahu mcm mana aku boleh terikut sekali lagu tu.. hahaha..