Chap 3

Wholehearted

Seohyun POV

" Whats you name? " Tanya aunty yang merawat kaki aku ini. 

" Seo-Seohyun.. Byun Seohyun.. " Kataku perlahan. Menyorokkan getaran pada suaraku. Aku daripada tadi diam akhirnya mengeluarkan suaraku

" Omo what a nice name " Pujinya sambil menghabiskan balutan pada kakiku. Aku tidak menjawab

" Okay done. " Dia mencapai bekas yang penuh dengan kapas digunakan untuk merawatku sebentar tadi menuju ke kaunter hospital. Aku hanya melihat pergerakan aunty ini daripada jauh. 

" Okay now tell me. Apa jadi? Kenapa daripada tadi Seohyun menangis? Jimin ke yang buat Seohyun menangis? " Bertubi - tubi soalan ajumma ni tanya. Aku menggeleng perlahan.

" My mom died " Balasku ringkas. Aunty tiba - tiba terdiam. Dengan pantas dia menarik aku ke dalam pelukannya. Aku kembali menangis. Aunty ni macam mama lah.

" T-Thanks.. " Ujarku ringkas lalu menglap air mataku mengangkat kepala memandang aunty ini sambil tersenyum.

" Its okay.. Ni memang tugas aunty. Aunty terkejut jugak tengok kaki Seohyun time Jimin angkat Seohyun tadi. Macam mana boleh swollen sampai macam ni? " Aku hanya tersenyum.

" Jatuh tangga dekat sekolah petang tadi " Jawabku ringkas. Dia mengangguk faham. 

" Okay lah aunty. I got to go " Aku mendarat menggunakan kaki kiriku untuk berjalan pulang ke papa dan abang. Namun aunty ini pantas memegang tanganku mengarahkan aku berhenti. 

" Kejap. Guna tongkat ni. Seohyun tak boleh pressure kaki tu. Sorry la Jimin tu duduk asrama, tu dia balik terus tadi takut dorm dia dah tutup. Kalau tak aunty dah suruh dia hantar Seohyun balik tadi. " Kata aunty ini dengan rasa bersalah. Gosh. Baiknya omma si Jimin ni. Aku menyambut huluran aunty ini lalu kembali berjalan dengan tongkat.

" Erm Seohyun! " Aku memusingkan kepala memandang aunty ini.

" Im so sorry for your lost " Katanya ikhlas. Aku mengangguk sambil tersenyum lalu kembali berjalan tanpa menoleh.


Funeral mama

 Perlahan - lahan aku mengambil tempat disebelah papa lalu meletakkan kedua-dua belah tongkat disebelahku. Kaki aku pun tak kurang lagi bengkak dia.

" I-Im s-sorry " Ujar papa perlahan lalu mengangkat kepala memandangku. Aku hanya diam. Tidak ada rasa sikit pun nak pandang papa. 

" I know this is all my fault. " Tambahnya lagi. Abang hanya tunduk tanpa mengesat air matanya yang daripada tadi mengalir. 

" Thanks for ruining my life papa. " Balasku perlahan namun jelas kedengaran oleh papa dan abang. 

" Thanks for making our broken family become worsen " Tambahku lagi lalu mengesat air mataku. 

" I-Im so sorry " Balas papa perlahan lalu menangis teresak - esak. Aku kembali diam. Im sorry pa.. I will never forgive you for this. You make me hate my life even more. 

Aku mengikuti abang dan papa pulang ke rumah papa. Sepanjang jalan aku hanya memikirkan pasal mama. Macam mana ni mama.. Baru berapa jam Seohyun dah rindu mama...

" Seohyun.. " Panggil abang perlahan mematikan lamunanku. Dah sampai rupanya. Aku pantas membuka pintu kereta lalu kembali berjalan dengan tongkat orang sakit ni mengikut abang dan papa masuk ke dalam rumah lamaku. Tipulah kalau aku cakap aku tak rindukan rumah ni. Aku memandang taman mini kesukaan mama lama.

Flashback

" Seriously bro? " Aku memandang abang tidak percaya. Abang mengangkat topi kebunnya memandang aku yang masih dengan pakaian tidurku paras lututku. Si Baekhyun ni berkebun pagi-pagi ni bapak weirdnya!

" What? " Tanyanya sambil tersenyum bangga. Dia melambai-lambaikan cangkul kecil yang digunakannya daripada tadi. Aku masih dengan reaction terkejutku. 

" Demam ke gila? Pagi-pagi berkebun " Aku meletakkan mug yang berisi susu di atas meja di taman mini ini lalu berjalan ke arah abang. Aku meletakkan tapak tanganku pada dahinya. Tak panas pulak?

" Morning sayang! " Tegur papa yang juga berkebun. Reactionku bertambah terkejut. Apa jadi dengan dunia sekarang ni? Selalunya dua ni berdengkur lagi dekat atas katil al maklumlah weekend kan.

" MAMA!!!!! " Jeritku memanggil mama. Tiba - tiba mama datang bersama pasu - pasu baru yang dibelinya daripada Tokyo bulan lepas.

" Mama tengok lah dorang ni pelik!!! " Aku pantas berlari ke arah mama menyorok dibelakangnya. Mereka semua ketawa melihat reactionku.

" Apa yang peliknya Seohyun? " Tanya mama lalu berjalan ke arah papa. Pasu bertukar tangan. 

" Peliklah! Tengok Baekhyun dengan papa bangun awal! Kalau bangun awal je takpe, ni siap gardening! " Kataku takut. 

" Kau lah pelik! " Balas Baekhyun sambil mencampak sedikit tanah ke arah muka putihku. KURANG AJAR!

" Yah!!! " Aku pantas mencapai paip yang digunakan untuk menyiram pokok dan menghalakan pada Baekhyun. Namun dia pantas menyorok dibelakang mama. Too bad. Salahlah kau deal dengan basketball player. Aku pro aim orang lah!

Baekhyun yang dah basah kuyup pantas mencapai baldi air untuk membasahkan aku namun aku pantas berlari. Mama dan papa juga join. 

Akhirnya kami semua basah. 

End flashback

" Mama.. " Ujarku perlahan. Tanpa aku sedar air mata dah pun jatuh dengan laju. Seohyun, stop crying, will you?!

Abang membantu aku jalan masuk ke dalam rumah ini lalu kami berjalan terus ke arah bilik yang pernah menjadi milikku. I guess its gonna be mine again. Baru aku nak melangkah untuk membuka pintu bilikku, abang terlebih dahulu menarik aku ke dalam biliknya lalu mengarah aku duduk di atas katil manakala dia berdiri dihadapanku. Dah kenapa?

" Kau tak ingat ke katil kau tu double decker with study table? " Ujarnya. Aku mengangguk yakin. Baru setahun aku tinggalkan rumah ni takkan aku dah lupa pulak. 

" Macam mana kau nak panjat katil kalau kaki macam ni?  " Tambahnya lagi. 

Ye tak ye jugak. Aku mengangguk faham.

" So kau tidur bilik aku lah buat masa ni? " Tanyaku. Dia mengangguk lalu berjalan ke arah almari bajunya.

" Nah. Baju untuk kau tidur " Dia menghulurkan aku set baju tidurnya berwarna putih. Aku menyambut hulurannya.

" Gumawo " Kataku perlahan.

" Esok papa hantar kau ambik semua baju kau dekat rumah lama. Aku dah bagitahu cikgu pasal kita so kita dapat mc seminggu. " Aku hanya mengangguk. Baekhyun memandangku lama. Selepas beberapa saat dia kembali keluar menuju ke bilikku. 

Aku memandang sekitar bilik. Tak berubah satu pun. Masih bilik bersepah dia ni. Dia dengan aku takde beza memang tak reti kemas bilik. Tapi at least bilik aku ada balcony. Boleh jugak lepak situ kalau sakit hati tengok sekitar bilik bersepah. 

Dengan perlahan aku membuat room tour bilik abang. Aku menangkap sekilas frame gambar family kami di meja belajar abang. Rindunya..


Baekhyun POV

Aku memulas tombol pintu bilik Seohyun untuk ke dapur mencari air because im so ing thirsty! Setelah selesai meneguk satu botol air, aku pun kembali menapak ke arah bilik. Tiba-tiba aku terpandang pintu bilik aku yang dihuni Seohyun. Dia okay ke tak eh? Selalunya lepas dia menangis teruk dia akan demam.

Aku masih ingat lagi Seohyun menangis macam orang gila sebab bestfriend dia koma. Malam tu aku stay up sebab jaga dia yang demam panas. Mana dapat perangai demam lepas menangis tu pun aku tak tau lah.

" Nak check ke tak eh.. " Bisikku sambil memulas tombol pintu bilik kesayanganku. Perlahan - lahan aku menapak ke arah katil saiz queen kepunyaanku. Muka Seohyun yang berpeluh dipandang risau olehku. Dah pasang aircond pun still berpeluh.

" Takkan lah! " Aku pantas menyentuh dahinya. Oh ! Panasnya! Tanpa berfikir panjang, aku berlari mencari towel kecil di dalam bilikku lalu ke bilik air untuk dibasahkan. Selepas itu aku bergegas ke dapur untuk mengambil ubat dan air.

I place the wet towel on her forehead. Her face was totally red because of her body temperature. Aku dah agak dah benda ni akan jadi...

" Macam mana lah kau boleh tidur dengan badan panas macam ni, kalau aku tak datang tadi macam mana? " Bebelku sorang sorang. Dengan perlahan aku mengejut Seohyun daripada mimpi lenanya. Akhirnya mata dia dibuka memandang aku.

" W-Wae? " Tanyanya lemah. Aku memberi ubat demam dan segelas air yang aku ambil tadi.

" Kau demam lagi. Macam biasa ah. " Terangku ringkas. Aku membantunya bangun. Dia menyambut huluranku aku lalu makan dan minum air. Nasib la dia ni tak bebal nak makan ubat macam aku ni. Aku ni nak telan panadol pun payah nak mati. Kena sedia dua tiga gelas air untuk teguk sebiji ubat tu. 

" T-Thanks " Ucapnya sebelum kembali baring untuk menyambung tidurnya. Aku memandangnya risau. Budak Seohyun ni memang susah nak sakit tapi once dia sakit, jangka masa nak sembuh tu kemain lama. Aku mengeluh. 

" Kali ni berapa lama pulak kau demam eh. 4 hari? 6hari? or seminggu? " Aku bermonolog sendiri.

Ada dua je sebab Seohyun akan demam teruk macam ni. Menangis teruk or kalau dia takut and setahu aku dia ni bukan penakut mana. Aku lagi penakut daripada dia. Tapi satu weakness dia was left alone in the dark. Aku ingat lagi aku kurung dia dekat dalam stor rumah. Malam tu, aku kena pukul dengan papa sebab dia demam panas. Fuh lepas je case tu aku dah tak berani gurau kasar dengan minah ni. 

Baru saja aku nak bangun daripada katil budak ni untuk kembali menyambung tidurku, tiba - tiba dia bersuara lemah. 

" Mama... " Dahinya berkerut. Aku memandangnya lama.

" Jangan tinggalkan adik... " Tiba-tiba tangan kiriku dipegang kemas oleh kedua-dua belah tapak tangannya. 

" Aku takkan tinggalkan kau lagi " Ujarku tanpa aku sedar. Dia ni pun selesa pegang tangan aku macam taknak lepas ni kenapa. Dengan perlahan aku menanggalkan tanganku daripada pegangangnya lalu kembali menapak ke bilikku.


6 DAYS LATER,

Seohyun POV

Good news! Akhirnya kaki aku and demam aku completely sembuh! Tak payah kena teman nak pergi mana-mana lagi. Selama kaki aku berbalut, nak pergi turun bawah pun papa tolong aku. Over protective betul! Selama 6 hari ni juga hubungan aku dengan abang and papa tak sedingin dulu. But still, kami tak bergurau and tak spend time macam dulu. Tiga-tiga terperap dalam bilik. And papa pun selalu balik kerja lambat. Pasal mama pun aku dah dapat terima dengan hati yang tenang. Tapi kadang-kadang aku caught menangis sorang-sorang oleh abang selama aku guna bilik dia ni. Dia bukan kesah pun. Dia tutup pintu balik and bla. Ha bukan tu je. Aku ada bad news jugak iaitu esok aku dah kena sambung rutin aku sebagai pelajar. Balik asrama dengan abang. Habislah bosan hidup aku. 

Pagi ni aku berkeputusan untuk pergi jogging. Memang lah selama ni aku kurang selera nak makan. Tapi once aku ada selera ha macam macam aku makan. No wonder lah berat naik. Aku memakai sweater berwarna hitam serta short pants berwarna putih. Kedua-dua belah telingaku disumbat dengan earpod yang lama aku tidak guna sebab punyalah marahkan papa sampai tinggal dekat rumah tu lepas pindah dengan mama. Eleh sekarang guna juga. 

" Haih lagu-lagu lama je semua! " Bentakku while keep changing the playlist. Haih exo wolf pun boleh lah. 

" Careful! " Jerit seorang lelaki sebelum air lumpur mendarat ke arahku. Nasib baik aku sempat elak, kalau tak bukan aku mandi lumpur je, badan aku sekali kena langgar basikal. Oh . Sekali dengan muka aku kena air lumpur ni. Menyesal aku datang jongging sini!!!! Aku menanggalkan kedua-dua belah earpodku bersedia untuk meletup.

" Yah! " Marahku sambil memandang lelaki dihadapanku merangkap tuan punya basikal. Oh god! Lelaki yang sama langgar aku dekat hospital dulu.

" Kau! " Kami berdua serentak menunding jari ke arah masing-masing. 

" Kau memang jenis jalan tak pandang kiri kanan eh? " Sindirnya. Eh eh, apesal pulak dia ni yang marah padahal aku yang basah sekarang?

" Hobby kau memang langgar - langgar orang eh?  " Balasku laju. Ingat aku nak diam je ke? HAHAHAHA NO!

" Aigoo apalah nasib aku jumpa minah ni lagi " Katanya sebelum kembali mengayuh basikalnya pergi meninggalkanku. Dia bla macam tu je?! Seriously, he is testing my patience!

" Yah!! Lelaki bawa malang!! " Jeritku. Habis semua orang memandang kami berdua. Haih pagi pagi dah buat scene dekat taman. 

" What? Lelaki bawa malang? " Dia kembali reverse kebelakang menuju ke arahku. 

" Yelah! Kau tu bawa malang pada aku! Tak reti bawak basikal elok elok ke? Aku yang basah tau so aku ada hak nak marah, bukan kau! " Kataku geram sambil menglap mukaku yang basah dengan lengan baju kananku yang agak basah manakala tangan kiriku setia memegang ipod. See? Aku tak cukup tangan nak lap pulak tu! Ah! What a bad day! 

Tiba - tiba dia menanggalkan beg sandangnya lalu mencapai towel putih kecil yang selalunya digunakan oleh athlete lalu menyandarkan basikalnya pada pokok dibelakangnya lalu kembali berdiri dihadapanku. Aku hanya memandangnya pelik. Mamat ni memang bawak malang plus pelik and weird. Ha memang package! 

Sedang aku syok mengutuk dia dalam hati tiba - tiba mamat ni menanggalkan hair bands di rambutku. Oh dia nak buat apa ni. Tah tah dia ert! Otakku dah ligat nak fikir cara nak lari ni. 

" Ni last aku tolong kau. Lepas ni kalau kau susah jangan libatkan aku lagi. " Dia memberi amaran. Woah, first time aku jumpa mamat batu macam ni. Dia pantas mengelap muka dan rambutku dengan small towel di tangannya. Habis serabut rambut aku!

" Kau ingat aku nak sangat minta tolong daripada kau? Kau yang datang dekat aku buat kali kedua ni. Ada aku minta kau lapkan muka aku? Takde kan? " Balasku geram sambil merampas hair bandsku di tangannya. Tak de masa aku nak beradab dengan orang yang tak beradab ni! Dia berhenti mengeringkan rambutku.

" Berlagak betul kau ni " Marahnya lalu mencampakkan tuala tadi tepat ke mukaku. Seriously! Manusia planet mana ni?!

Dia kembali mengayuh basikalnya meninggalkan aku tanpa rasa bersalah.

" Jangan tunjuk muka kau depan aku lagi!! " Jeritku geram. Tak guna punya lelaki! Patut campak je lelaki jenis macam ni dekat Han river ni!

Sepanjang jalan balik, aku tidak berhenti - henti menyumpah mamat tu. Mama dia dengan dia tak sama langsung! Tuala yang diberinya tadi aku guna membalut kepalaku. 

" Apa nama dia eh haritu.. " Aku cuba mengingati nama yang mama dia sebut - sebut depan aku. 

" Ji..Ji apa eh " Segala Ji aku sebut dalam otak. Tapi satu pun aku rasa tak betul. 

" Ah tak ingat lah! Lagipun buat apa nak ingat! " Jeritku geram sambil menggenggam penumbuk di kedua - dua belah tanganku. Harap muka je handsome perangai tak kena betul dengan muka!

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet