Chap 1

Wholehearted

Seohyung POV

Aku meletakkan satu bagasi dan satu baldi berisi barang mandian di atas lantai ruang depan rumahku. Fuh. Penatnya kemas barang. Satu bagasi and satu baldi dah cukup kot untuk aku mulakan hidup dekat asrama. Hm. Lagipun mama bukan mampu nak beli macam - macam so baik aku bawak benda yang perlu je kan pergi sana nanti.

 Aku menyeluk poket seluar tidurku mengambil telefon bimbitku. Butang yang terletak kemas di bahagian bawah telefon di tekan perlahan oleh ibu jadiku. Dah pukul 3 pagi. Lama juga aku kemas barang. Nak masuk tidur ke? Esok kau dah tak dapat tatap rumah ni lagi tau. Bisik hatiku. Adomak aku ni pun tak payah la nak feeling feeling macam drama. Tanpa berfikir panjang aku pun mengatur langkah ke luar rumah kecil yang digelar ' rooftop house ' ini. Dengan pantas aku mengambil tempat di atas meja pendek yang agak lebar. Hm sejuknya malam ni. Kau pun Seohyun keluar pakai baju tidur je. Mana tak sejuk. Ha kan dah kena kutuk dengan diri sendiri. Dengan malas aku memanjangkan kakiku untuk mencapai selimut di ampaian lalu membalut tubuhku. Badan direbahkan untuk melihat langit. Cantik!

Aku mula tinggal rumah ni tahun lepas and dari situ juga hidup aku berubah 100%. Semua berpunca daripada papa and mama yang dah bercerai. Aku juga dah tak dapat jumpa abang sebab abang tinggal dengan papa dekat rumah mewah. Sebab tu hidup dia senang. Aku? Hmm.. Kenapa mama pilih aku untuk tinggal dengan dia? Entah. Aku pun tak tau. Hm sebab aku tak menyusahkan kot? Ha BETUL ! Atau aku boleh hidup susah? Mungkin juga. Or sebab rumah ni ada satu bilik je kot. Sebab tu mama pilih aku. Kalau ada abang, abang nak tidur mana? HA MAKE SENSE ! You are so clever Seohyun !

Esok aku akan mulakan hidup baru dekat asrama. Bukan sebab nak lari daripada rumah kecil ni tapi memang daripada dulu aku nak try masuk asrama. Berdikari? Hm mungkin. Tak macam abang. Dia boleh tolak mentah - mentah offer yang dia dapat. Dasar pondan. Abang tua setahun daripada aku. But still kami tak rapat. Kalau boleh letak lautan antara kami pun muat. Kenapa? Entah. Mungkin sebab perangai dia yang ambil tahu hal dia sendiri je kot. 

Honestly aku memang rindu keluarga kami. Waktu aku dengan abang kecil dulu, aku rasa keluarga aku lah paling bahagia. Tapi lama - lama mama dengan papa selalu gaduh sebab papa ada perempuan lain. Abang yang dulu selalu dengan aku pun makin menjauh. Haih biarlah. Lelaki semua sama je. Aku boleh hidup sendiri tanpa dia !

" Seohyun ! " Suara mama mengejut aku daripada mimpi. Ala mama ni mengganggu je lah. Aku menggosok - gosok mataku. Pandangan yang tadi kabur bertukar jelas. Aku melihat sekitarku. Uish dah pagi !!!

" Kenapa tidur dekat sini? Saja nak menempah demam eh? " Tanya mama terkejut. Lel aku tertidur !!

" Hehe ter ter " Ha ni lah alasan paling baik boleh aku fikir. Aku pantas membuat muka kesian. Aku tau mama tak boleh resist dengan pout aku. 

" Banyak lah kamu ter. Sekarang pergi masuk and mandi. Kita nak gerak ke sekolah baru kamu lagi 30 minit. Lambat, kamu tak payah masuk sekolah tu " Ugut mama. Elele ma tau la susah nak berpisah dengan anak mama yang cantik ni. 

" Ok boss ! " Aku berlari masuk ke dalam rumah. Matilah engko Seohyun kalau lambat. Mama tu bukan jenis main - main macam kau.


Mama membantu aku menguruskan pendaftaran. Manakala aku unpack barang aku untuk diletakkan ke dalam locker. Haih gila betul locker besar - besar. Barangnya sikit saja. 

" Seohyun-na.. " Suara mama kedengaran daripada luar dorm. Aku meletakkan baju yang terakhir ke dalam locker lalu keluar untuk berjumpa mama. Riak muka sedih jelas kelihatan pada mama. Haih ni malas ni. 

" Jom Seohyun hantar balik stesen bas " Balasku. Mama menggeleng. 

" Tak payah. Stay je sini. Rehat. Mama boleh balik sendiri. " 

" Ish kalau macam tu biar Seohyun hantar sampai pagar sekolah. " Balasku laju lalu mencapai tangan mama menuruni tangga sekolah tersebut. 

Sepanjang jalan. Dua - dua diam. Mama ni kan buat aku berat hati je nak tinggalkan dia. 

" Lepas ni ingat, mama jangan minum soju sorang - sorang. Jangan buat kerja berat - berat. Seohyun dah takde so ringan sikit mama punya kerja.. Plus, pergi kerja elok - elok. Jaga diri mama tu untuk Seohyun. Ingat tu ! Ni bukan permintaan, ni arahan " Nasihatku. Fuh. Sejak bila aku jadi macam ni. Rasanya aku yang selalu main - main and tak reti jaga diri. 

" Eh kamu tu yang kena jaga diri tau. Belajar lebih sikit. Asyik main - main je. Contohi abang kamu. " Kali ni mama pula nasihat. Tu la Seohyun, siapa suruh start kan dah kena balik.

" Mama ! " Tiba - tiba ada seorang lelaki memeluk mama. Erat. Aku memandang daripada tepi. Ewah ewah sedapnya panggil mama aku ' mama ' 

" Woi ! " Aku pantas menarik lelaki tadi melepaskan mama. Gila ke sejak bila aku share mama dengan orang lain. 

" Baekhyun ? " Muka mama yang terkejut menjadi tatapan sementara aku. Selepas itu aku memandang lelaki gila tadi. 

" Abang? " Kali ni aku pula yang terkejut. Kenapa abang aku ada dekat sini?

" Apa kau buat dekat sini? " Tanyaku pelik. Abang memandangku bengang. 

" Kau ingat aku lembik sangat ke tak boleh tinggal asrama? Aku yang suruh papa masukkan aku dalam sekolah ni tahun lepas " Balas abang sinis. Ah suka hati dia lah. Buat apa aku ambil tahu.

" Mama... " Abang kembali memeluk mama. 

Aku mendiamkan diri di sebelah mereka berdua ni. Kenapa lah aku pilih masuk sekolah ni. Kan dah sama dengan abang. Menyesal.

" Okay lah mama dah lambat nak pergi kerja ni. Ni, Seohyun ni kamu tolong tengok - tengokkan. Dia bukan boleh hidup sendiri. " Nasihat mama. Aku memandang mama terkejut. Eh tak silap aku pondan ni yang tak boleh hidup sendiri. 

" Apa pula ma " Baru aku nak tegakkan kebenaran mama dah menarik aku dan abang ke dalam pelukannya. 

" Ni amanah kamu Baekhyun. " Tambah mama lagi. Aku memandang abang menyampah. Lembik ni nak jaga aku? Please la.

" Okay ma... " Balas abang lalu meleraikan pelukan. 

Kami berdua menghantar mama sampai pagar sekolah. Sepanjang jalan balik kami berdua hanya berdiam diri. Ni baru setahun tak jumpa belum lagi dua or tiga tahun. Awkward gila. 

Aku berjalan agak pantas lalu memusingkan badanku menghadap abang untuk berkata sesuatu.

" Okay okay aku tau kau tak selesa jalan dengan aku. Sebab aku pun awkward jalan dengan kau so kau tunggu 10 saat dekat sini aku jalan dulu " Aku pantas memusingkan kembali badanku untuk berjalan menuju ke dorm. Namun aku merasakan ada tangan yang menarik lenganku sekali gus memusingkan badanku sekali. 

" Aku taknak orang tahu yang kita ni adik - beradik. " Ujar abang tiba - tiba. Riak mukanya kelihatan sangat serious. Fuh dah lama aku tak nampak muka serious dia ni. 

" Kenapa? " Tanyaku. Abang melepaskan lenganku sebelum memandang sekumpulan budak lelaki yang sedang berjalan menuju ke mana aku pun tak tahu.

" Aku malas nak jawab soalan - soalan mereka " Jawab abang. Aku terdiam. Jauh sangat kau berubah ni Baekhyun. Kau bukan abang aku yang dulu lagi. Kau lain.  

" Okay. Aku pun taknak orang tahu yang aku ada abang pondan macam kau " Balasku taknak kalah. Aku memandangnya serious.

Seperti biasa dia berlalu pergi meninggalkan aku. Muak aku tengok perangai acah cool yang still melekat dekat dia walaupun dah setahun. Aku melajukan langkah balik ke dorm untuk tidur. Sepanjang jalan balik ke bilik, aku melihat senior - senior yang sedang berbisik sambil memandangku. Tiba - tiba ada seorang berjalan ke arahku. 

" Hari pertama dah jalan dengan Baekhyun. Berani kau " Aku membuat muka pelik. Senior tersebut melanggar bahuku lalu berjalan pergi. 

Apa masalah dia?!


Aku  berjalan perlahan bersama - sama pelajar lain menuju ke arah dewan utama. Kami diarahkan ke sana oleh pengetua. Lengan baju tangan kananku diangkat sedikit. Jam menunjukkan tepat pukul 5 petang. Disebabkan aku tak buat kawan lagi so aku pun bersendirian lah. Haih tiba - tiba rindu Sehee kawan baik aku dekat sekolah lama. 

" Jalan tu cepat sikit boleh? " Tegur abangku dari tepi. Aku tidak menghiraukan arahan dia.

" Cepat ! Pengetua dah tunggu " Abang sedikit menjerit kepada pelajar - pelajar baru. Bapak poyo dia ni. Dia ingat ni sekolah bapak dia ke? 

Pelajar lain pantas melajukan langkah mereka tidak seperti aku yang terkedek - kedek macam itik jalan masuk ke dalam dewan. Aku menjadi pelajar yang terakhir masuk ke dalam dewan.

" Seohyun jangan buat perangai keras kepala kau dekat sini. " Perlahan suara abang berkata lalu memandangku serious. Aku memandangnya menyampah lalu melajukan langkah. Nanti tak pasal - pasal ada perang dunia ketiga pulak. Aku memandang sekitar dewan. Mana nak duduk ni? Tiba - tiba ada seorang senior mengarahkan aku mengambil tempat di barisan paling hujung dan dekat dengan pelajar lelaki. Alamak macam mana aku nak sambung tidur kalau tempat terbuka macam ni? Ah biarlah.

" Good evening everyone. Selamat datang ke sekolah baru bagi pelajar baru dan selamat kembali ke sekolah bagi pelajar lama." Senior memberi tepukan semangat menggegarkan dewan ini. Hah dah start dah bebel dia tu...

Aku pantas meletakkan kedua - dua belah tapak tanganku menyokong kepalaku untuk menyambung tidur petangku yang diganggu disebabkan perhimpunan ini.

" Rasa lain ke bila masuk sekolah berasrama? " Tanya pengetua. Haih macam mana aku nak tidur nyenyak kalau suara pengetua tu keep ganggu telinga aku?

" Yes.. " Laung pelajar baru perlahan. Pengetua kembali menyambung ' sepatah dua kata ' nya. Setelah beberapa minit berucap. Pengetua tiba - tiba menjemput captain ( ketua pelajar ) memberi ucapan.

" Okay tanpa membuang masa, saya jemput captain memberi ucapan. " Aku mengangkat sedikit kepala untuk membetulkan posisi tidurku. 

" Selamat petang semua. Aku Baekhyun ketua pelajar baru untuk tahun ini. Aku harap korang semua boleh memberi kerjasama dengan aku untuk pimpin korang dekat sekolah. " Aku pantas membuka mata memandang tuan punya suara merangkap captain kami semua. Bulat mataku memandang abang yang sedang berucap di hadapan. Budak pondan ni jadi ketua pelajar? Wah.. Peliknya sekolah ni !!

" Kepada pelajar baru, sila tanam sifat hormat dalam diri kamu semua. Kita dekat sini hidup bukan sorang - sorang, kita hidup ramai - ramai. " Tambahnya lagi.

Dushh. Aku dapat rasakan panahan tepat kena aku. Abang memandangku lama. Aku juga memandangnya. Tak guna. 

" Baiklah itu saja. " Abang menyerahkan mic kepada pengawas bertugas.

Aku memandang ke sebelah kananku. Memandang budak perempuan yang sedang bercakap - cakap tentang abangku. 

" Weh bapak perfect doh ketua pelajar kita. Dah la handsome, pandai pulak tu.. " 

" Anak siapa tu weh, husband material betul. " 

Aku menjeling mereka berdua. Euw brother material pun takde dalam diri dia tu inikan pula husband material. Boleh jalan !


KRINGGGG KRINGGG 

" Arghhh " Aku menggeliat malas. Jam loceng ditutup dengan segera. Sekali lagi aku menggeliat dengan lebih lasak. 

" Eh ! Eh ! " Suaraku bertukar kuat sebelum badanku mencium lantai. Adoii hari pertama dah jatuh katil. Semua penghuni bilik ini menggelakkan aku. Haih buat malu je la kau ni Seohyun

" Menggeliat tu elok sikit boleh? " Gurau Hana. Ketua dorm ni tak guna betul.

" Diamlah " Balasku laju lalu menggambil tuala untuk mandi. Mereka masih menggelakkan aku. Eish malunya. 

Aku menyarungkan sweater kesukaanku yang papa hadiahkan dekat aku sebelum aku dengan mama keluar daripada rumah tu. Oh semalam aku dah buat kawan dengan semua ahli dorm ni. Disebabkan semua orang dalam dorm ni course sains aku sorang je belajar account jadi aku tak begitu rapat sangat dengan mereka. Tapi okay lah dapat buat member huhu.

" Dah cantik dah tu. Jom kita dah lambat nak pergi kelas " Yuri menarik tanganku keluar daripada dorm. Hesh aku tak sempat nak ambil telefon bimbitku yang terletak atas katil. Ah biarlah.

Kami berjalan ke arah locker masing - masing untuk mengambil buku subject masing - masing sebelum menuju ke arah cafe sekolah.

" Seohyun, kau tak rasa ke muka kau ada iras - iras captain kita? " Tanya Yuri tiba - tiba. Fuh bijaknya dia ni. Macam mana dia boleh bau pasal hubungan kami?

" Tak " Balasku malas.

" Hahaha kau adik dia eh weh? Muka kauorang sama doh " Yuri memandang aku dan juga Baekhyun yang duduk dimeja belakangku. 

" What the heck is wrong with you ha? Dalam mimpi pun aku taknak jadi adik dia please la ! " Tiba - tiba aku meninggikan sedikit suaraku. Lelaki - lelaki di meja belakang pantas memandang kami. Oh . 

Yuri menundukkan kepala tanda maaf sebagai pihak aku kepada mereka semua. Abang memandangku tajam. 

" Aku main - main je yang kau emosi kenapa gila " Yuri tergelak sedikit. 

" Okay please drop the subject " Mintaku lalu kembali sambung makan. Dia mengangguk tanda setuju. 


 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet