Chap 2

Wholehearted

" YURI- AHHHHHHH " Suaraku menggegarkan satu bilik ini. Eish kejut budak ni macam kejut badak yang tengah tidur. Dia menggeliatkan badannya. Dasar gemuk. Pemalas betul. Kutukku dalam hati. 

" 5 minutes.. " Bisiknya perlahan lalu kembali menyambung tidur nyenyaknya. Hish kalau tunggu budak ni memang tak pergi breakfast la aku. Perut aku dah nyanyi lagu monster ni. 

Hari ni weekend. Oleh itu, ramailah bangun lambat. So tau apa maksudnya? Ramailah orang dekat cafe untuk breakfast walaupun dah pukul 10 pagi. Aku mengeluh perlahan. 

" Ramainya orang.. " Aku berjalan perlahan untuk beratur mengambil makanan. Tiba - tiba telefon bimbitku bergetar. Fuh nasib baik aku set mood vibrate kalau tak rasanya dah keluar lagu blood, sweat and tears satu cafe ni. Dengan perlahan aku slide screan handphone untuk menjawab panggilan yang tak dikenali ini. 

" Kau dekat mana?! " Aku menjauhkan sedikit handphone daripada telingaku setelah suara Baekhyun yang hampir memecahkan gegendang telingaku. Babun punya pondan. Nasib baik telinga aku boleh dengar lagi. 

" Kau ni kena rasuk eh? " Sindirku geram. 

" Aku tanya kau dekat mana?! " Balasnya dengan volume yang sama. 

" Cafe ! " Balasku sedikit menjerit. Aku menyambut huluran makcik cafe ini lalu mengambil tempat di hujung cafe yang dekat dengan dinding kaca. 

" Keluar daripada cafe tu sekarang. Aku tunggu kau dekat pagar sekolah. Aku bagi kau 30 saat. Daripada sekarang ! " Baekhyun mematikan panggilan. Dia ni gila eh? Dia ingat aku nak tinggalkan makanan aku ni setelah beratur panjang - panjang? 

Aku tidak menghiraukan kata - kata si pondan tadi. Niat untuk meneruskan makan terganggu apabila chopstick yang dicapai untuk start makan jatuh ke lantai.

Zupp

Apesal jantung aku tiba - tiba skip a beat ni? Aku mula rasa tidak sedap hati. Haih kenapa pulak ni..

Namun aku tidak menghiraukan perasaanku lalu mula memasukkan makanan ke dalam mulut sambil mata meninjau pandangan di luar cafe. Tiba - tiba aku melihat baekhyun yang sedang melambaikan kedua - dua tangannya untuk menarik perhatianku. Aku memandangnya pelik lalu mengalihkan pandangan ke tempat lain. Dasar orang gila. Sekali lagi handphoneku bergetar. Dia nak apa lagi ni?!!!

" Kau ni memang degil kan? Mama tengah nak cuba bunuh diri sebab gaduh dengan papa tau. Kau boleh nak sambung makan lagi? " Kata - kata Baekhyun mengubah reaksi mukaku. Oh . Aku terus mematikan panggilan dan bangun dari tempat duduk ku. 

" Sorry " Aku sedaya upaya mengecilkan badanku untuk keluar daripada cafe ini. Fikiran ku mula memikirkan benda yang tak elok. Aduh mula lah otak ni. 

Laju aku melangkah turun daripada tangga tanpa menghiraukan ayat ' Awas berhati - hati di tangga ' yang terdapat di setiap anak tangga. 

" Auch ! " Kaki kananku mendarat dengan cara yang salah membuatkan aku terduduk. Alahai drama sangat ni kenapa?!

Tanpa menghiraukan kaki yang sedang berdenyut ini, aku berlari ke arah pagar sekolah. Abang memandang aku lalu menghulurkan tangannya. Dah kenapa?

" Sini, aku tolong "

Dengan perlahan aku meletakkan tanganku di atas tangannya. Tangan kanan abang pula memegang bahuku memberi sokongan. Takde masa nak tunjuk ego. Mama dalam bahaya. Kesakitan yang dirasa tadi berkurangan. Dah kenapa dengan kaki aku ni.

Kami dengan cepat keluar daripada sekolah ini.


" MAMA!! " Aku dengan abang menjerit setelah melihat mama yang cuba untuk lompat daripada banggunan 11 tingkat ni. Kaki aku yang dah sememangnya teruk menjadi lebih teruk sebab panjat tangga tadi. 

" What have gotten in your mind?! " Kami memusingkan badan melihat papa yang baru saja tiba.

" What do you mean by that? It is because of you!! " Aku memandang papa bengang. Kalau mama mati disebabkan benda ni aku betul - betul tak boleh maafkan papa. 

" Aku dah muak dengan semua ni! Sebelum ni hidup aku susah! Lepas tu lepas kau kutip aku bagi aku kemewahan tiba - tiba kau buang aku balik! Who do you think you are?! " Air mata yang daripada tadi jatuh tidak dihiraukan oleh mama.

" Mama please, adik nak tinggal dengan siapa lepas ni?  Jangan la buat benda macam ni!! " Aku merayu sambil pelahan - lahan mengheret kaki kananku yang sakit menuju ke arah mama.

" Jangan dekat!! " Jeritan mama mematikan langkahku. 

" Kalau i yang buat you sakit, you should hurt me bukan sakitkan diri you sendiri! " Jerit papa. Abang daripada sudah kehilangan kata. Aku nampak mata dia dah mula berair.

" Ma please.. abang baru dapat jumpa mama balik hari tu.. Tak boleh ke mama stay lama lagi? Uh? " Rayu abang. Suaranya bergetar. 

" Mama dah taknak tengok abang dengan adik menderita sebabkan parents tak guna macam kami.. I want to leave all this! I want to end everything here!! " Mama menjerit macam orang gila. 

" Siapa kata kami menderita?! " Aku dan abang berkata serentak. Kami sudah kehilangan kata.

" I know.. i know everything so well.. Yah! Byun Baekri.. I leave all my loves with you. Baekhyun and Seohyun.. Goodbye.. " Bergetar suara mama menahan semua pain yang selama ni dia rasa. Dengan perlahan mama menapak sedikit ke hadapan lalu jatuh.

Aku menjerit sekuat hati akibat terkejut dengan tindakan mama lalu menutup seluruh mukaku dengan kedua - dua tapak tangan. 

Abang dan papa pantas berlari untuk mendapatkan mama namun semuanya sia - sia.. mama dah pun lompat ke bawah. Tanpa membuang masa aku berlari menuruni semua tangga yang ada dekat banggunan ni untuk mendapatkan mama sekali gus meninggalkan mereka berdua. 

Sampai saja di bawah aku memandang mama terkejut. My body was totally shaking. Aku berjalan ke arah mama. Kaki yang sakit tidak langsung dihiraukan. Beberapa saat selepas itu aku mendengar tapak kaki abang dan papa dibelakangku. 

" MAMA!!!!! " Aku pantas berlari ke arah mama lalu memeluknya. Darah mama yang mengalir membuatkan baju putihku bertukar warna. Ramai orang awam yang berlari ke arah kami semua. Melihat tragedi ini. 

" Jangan tinggalkan adik ma!!! Adik takde siapa - siapa dah dalam dunia ni!! Mama!!! " Aku menjerit macam orang gila. Abang dan papa juga datang memeluk mama. 

" No!!! Dont touch her!! " Aku menolak tangan papa dan abang kasar lalu kembali memeluk mama. Kenapa mama buat adik macam ni mama....

Jantung aku mula beating so ing fast. Apa pengakhiran cerita hidup mama? Happy ending or..

Sad ending?

" Adik tak boleh hidup tanpa mama.... " Bisikku lalu kembali menangis teresak - esak. 


Aku, abang dan papa menunggu mama di luar bilik operation. Esakan aku makin perlahan, menandakan aku dah cukup penat untuk menangis. Mata yang bengkak dibiarkan. Namun, kedua - dua belah tanganku masih bergetar. 

Kami semua menoleh apabila pintu operation ditolak oleh doktor bedah pakar disini. Papa dan abang bergegas mendengar berita yang akan disampaikan oleh doktor. Hanya aku sahaja yang masih duduk bersandar pada dinding dibelakangku. Aku tak bersedia dengan semua ni.

Aku melihat doktor menggeleng lalu memegang bahu papa. Aku tahu, berita yang akan aku dengar sekejap lagi akan menjadi satu kesan yang besar dalam hidup aku. Aku tahu, keputusan operation ni will be the worst news ever for me. Aku tahu, aku tak dah tak boleh ubah apa apa selepas ni. Aku tahu, aku....

will left alone after this....

 

Tanpa berfikir panjang aku berjalan laju menuju ke lift meninggalkan mereka. Abang melangkah untuk mengikuti aku tapi pantas dihalang oleh papa.

Aku menutup mulutku menahan esakan. I feel like my heart will burst. Aku mengetuk kuat dadaku menahan sakit for losing mama. Oh god, what have i done to deserve this? Im so ing hate my life now. 

Tiba - tiba kaki aku mula lemah sehinggakan aku membongkok memegang dinding. Lemahnya aku sekarang. Kaki kananku mula berdenyut lebih kuat.

" Dammit.. " Jeritku separuh membisik. Aku rasa mama dah ambil semua kekuatan aku. Aku memandang sekitar hospital. Keadaan hospital sangat sunyi disebabkan waktu lawat yang telah lama tamat. Aku kembali melangkah terjengket - jengket sambil menundukkan mukaku. 

Aku terhenti berjalan apabila merasakan seperti aku melanggar sesuatu yang keras di bahagian kepala. Aku mengangkat mukaku laju. Memandang seorang lelaki yang sedang memandangku terkejut. Dia memegang dadanya menahan sakit akibat kepalaku.

" Takde mata ke? " Bergetar suaraku memarahi lelaki tadi. Aku memandang tepat ke arah anak matanya. Dia membuka sebelah earphonenya lalu membalas pandanganku. 

" Siapa yang takde mata daripada tadi jalan kepala pandang bawah?! " Balasnya sedikit menjerit. Aku tergamam. For the first time i have been scolded by a guy.

Dengan laju air mataku jatuh dan tidak lama selepas itu aku terduduk menangis teresak - esak. Dia terkejut melihat keadaanku. 

" So-sorry... " Lelaki tadi melutut untuk samakan tinggi kami. Aku masih tidak berhenti menangis.

Jimin POV

Oh ! See what have you done Park Jimin!!! Aku memarahi diriku sendiri. Apa aku nak buat supaya di berhenti menangis? Dia yang langgar aku apesal dia pulak yang memangis ni?!

" So-sorry.. " Ujarku perlahan lalu melutut. Dengan perlahan aku memegang bahunya, comforting. Badan dia shaking.. Dia pantas menutup mukanya dengan kedua - dua belah tapak tangannya. 

Setelah berapa saat aku mengusap bahu dia, dia still tidak berhenti menangis. Haih dia tak termakan pulak dengan cara ni. Habis tu aku nak buat apa? Takkan nak tinggalkan dia macam ni? Hish menyesal pulak aku datang lawat mummy kerja malam malam ni. 

" What happened to you? " Tanyaku lembut. Dia hanya menggeleng. Tiba - tiba dia mengangkat muka untuk cuba bangun tapi fail sebab badan dia yang lemah ni. Aku membantunya untuk bangun. Setelah dia yakin badan dia dah imbang dia pun berjalan terjengket - jengket. Aku memandangnya pelik. Dah kenapa dia jalan macam ni? Dengan pantas aku menjatuhkan pandangan aku ke arah kaki dia. Oh ! this is the worst swollen i ever seen! Bulat mataku memandangnya. Macam mana dia boleh jalan dengan kaki macam tu? Lama aku fikir sama ada nak tolong ke tak.. Hm..

Ah biarlah! dia pun kerek dengan aku tadi marah - marah macam aku yang langgar dia! Setelah beberapa tapak dia jalan, aku kembali jalan menuju ke pintu keluar. 

Aku berjalan laju ke arah pintu keluar utama hospital ini. Kedua - dua belah pintu ini terbuka luas namun tiba - tiba aku merasakan kaki aku berat untuk keluar. Otak pulak still fikir pasal minah tadi. Macam mana kalau tiba - tiba dia pengsan lepas tu tak boleh bangun? Jalan yang dia guna tadi dah la sunyi.. Haih nak tolong ke tak eh..

Aku meraut mukaku pantas lalu kembali pusing berjalan laju ke arah minah tadi. Apa yang dah rasuk kau ni jimin? 

" Gila " Bisikku pada diri sendiri. Setelah yakin aku berada di sekitar arah yang dia tuju tadi, mataku giat mencari perempuan tadi. Mana dia pergi ni?!

Tiba - tiba aku terdengar suara perempuan menangis di belakang dinding yang berhadapan denganku. Aku berjalan perlahan menuju ke arah bunyi tersebut.

" Found her " Bisikku. Dia memeluk lututnya sambil menangis. Aku memandangnya sayu. 

" Apa yang jadi dekat kau sebenarnya? " Tanyaku lembut. Dia mengangkat kepala memandangku. Tanpa aku sedar, aku menarik lembut bahu perempuan ni. Memeluknya erat. Dia menangis dengan lebih kuat. 

" Its okay its okay.. " Pujuk ku lalu mengangkatnya menuju ke arah bilik mummy untuk merawat kaki dia.


 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet