( ^∇^)

Gadis Penjual Bunga

"Hope, dia dah datang ke belum?" tanya Jin yang tengah menyediakan latte dengan cream berbentuk daun di atas nya. 

"Sabar la. Baru pukul lapan lima puluh sembilan minit. Satu minit lagi" jawab Hoseok sambil tengok menembusi pintu kaca ke luar. Setiap hari, tepat pukul 9 mesti gadis itu akan muncul. Gadis Penjual Bunga. Itu apa yang Hoseok panggil dia. Selama ni dia tak peduli pun tapi sejak beberapa minggu ni, gadis itu asyik muncul di depan kafe nya untuk menjual bunga. Bunga bunga milik gadis itu pulak sangat segar dan harum baunya. Memang tak dinafikan, ramai yang beli. 

"Ha tu dia! Dia dah datang!" jawab Jin sambil tunjuk ke luar. Hoseok turut memandang ke luar. Gadis penjual bunga dah datang. Harini ni dia memakai dress berwarna biru lembut dan bersama bakul coklat cair nya yang penuh dengan bunga pelbagai warna dan haruman. 

"Oh ye. Kau kata kau nak beli bunga untuk nenek kau kan? Pergi la beli kat gadis penjual bunga tu. Alang alang dia ada kat sini kau beli je la kat dia. Tak payah susah susah pergi kedai yang jauh" jawab Jin sambil menghulurkan latte ke arah pelanggan yang layan diri. Jin senyum dan mengucapkan terima kasih dan sila datang lagi. Hoseok pandang Jin

"Wow. Ye tak ye kan. Baik aku beli kat dia je" Hoseok terus menyeluk poketnya dan mengeluarkan wang. Dia menuju ke luar kafe dan mendekati gadis itu. 

"Halo. Aku nak beli bunga" gadis itu pandang Hoseok dan senyum. 

"Hello. Ya encik roti nak beli yang mana??" Hoseok berkerut. 

"Encik roti?" gadis itu angguk. 

"Yelah encik roti. Saya setiap hari tengok encik roti buat roti kat dalam sana. Khusyuk sangat buat roti sampai tak tengok kiri kanan depan belakang" jawab gadis itu. Hoseok menggaru kepalanya perlahan sambil sengih. Ya, kafe ini milik dia. Selepas tamat belajar dia membuat keputusan untuk membuka kafe sendiri. Kafe ini makanan utama dia mestilah roti! Dia sangat sukakan roti. Percayalah, sesiapa yang rasa roti milik Hoseok mesti akan obses dan nak rasa lagi. Roti yang dicipta Hoseok ada banyak perisa. Ada kacang almond. Ada kacang merah. Coklat. Vanilla. Caramel and banyak la lagi! Setiap 2 minggu mesti ada menu baru. Sebab tu kafe ni ramai orang datang sebab 99% pelanggan yang datang hanya nak makan roti Hoseok yang sedap dan lembut plus rangup! 

"Ehehe tak sangka kau perasan. Ape pun aku nak beli bunga ni untuk nenek aku. Nenek aku memang penggemar bunga. Terlalu obses. Boleh pilihkan untuk dia? Aku tak reti sangat" gadis itu angguk. 

"Mestilah boleh! Bila awak nak bagi bunga ni, nenek awak ada kat mana?" Hoseok pelik dengar soalan gadis penjual bunga. 

"Uhmm dekat hospital. Nenek aku sakit. Sebab tu aku nak beli bunga" gadis itu angguk dan melihat bakul miliknya yang penuh dengan bunga. 

"Saya rasa awak patut beli yang ni. Bunga warna putih,pink dengan biru. Sangat sesuai kalau letak dalam bilik wad. Lagipun bunga ni haruman dia sangat wangi! Saya pasti nenek awak akan gembira" jawab gadis itu sambil senyum sambil menghulurkan bunga itu ke dada Hoseok memandangkan Hoseok terlalu tinggi. Hoseok terkedu melihat senyuman gadis penjual bunga. 

"Erm terima kasih. Berapa semuanya??" tanya Hoseok. 

"Saya kasi free" Hoseok terkejut. Free?! 

"Awak kasi free?! Nope aku tak terima. Banyak bunga aku beli ni! Kalau aku tak bayar, rugila kau" gadis itu senyum. 

"Saya tak rugi la! Saya ada banyak lagi bunga. Tengok ni! Lagipun ni first time awak beli bunga dari saya sebab selama 2 bulan saya start jual awak tak perasan pun kehadiran saya. Lagipun nenek awak kan sakit. Saya bagi free la! Kira hadiah sebagai kawan ok? Jangan malu malu. Amiklah! Saya belanja" jawab gadis itu sambil senyum lagi. Hoseok terkedu. 

"Tap-"

"Ok la saya nak jual bunga ni kat orang lain pulak. Bye bye encik roti! Jumpa lagi!" gadis penjual bunga lari sambil lambai ke arah Hoseok. Hoseok kaku. Dia terkejut dan terkedu. Dia memandang bunga di tangannya.

"Terima kasih..." jawab Hoseok perlahan

 

//

Haluu first chapter ni okay tak? Sori, saya tau banyak fanfic saya tak complete lagi tapi saya teringin sangat nak publish cerita ni. Tolong beri pendapat~

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Overdose_Kpopers
YO WASSUP! Selamat membaca. Chapter 3 dah keluar ( ̄∀ ̄)

Comments

You must be logged in to comment
aquariusxpisces
#1
Chapter 4: namjoon waeeeeee?!?!?! jangan ganggu hoseok aku :c
aquariusxpisces
#2
Chapter 2: Waduuuuhhh xD sweetnya hoseok dengan nenek diaaaa xD
1a1bxoxo
#3
Chapter 1: Wah! So Sweet!
nmmnbg #4
Chapter 2: update soon ^^...cite ni best^o^