00004

Escape Plan : The School
Please Subscribe to read the full chapter

Siapa ni? Siapa budak laki rambut perang ni? Badan tak macho langsung! Hanbin tenung muka budak tu. Macam suci, hmmmmm ok, aku percaya dia tak amalkan ilmu hitam. Hanbin angkat kening kiri. Laki angkat kening kanan. Dia tengah baca buku Biologi.

 

Muka dia tak kacak. Hati Hanbin lega. Dia tak ada rival.

 

Hanbin heret bagasi ke arah katil lalu keluarkan semua pakaian untuk dimasukkan ke dalam almari. “Siapa nama kau?” sapa laki tu.

 

Hanbin diam. Bukan sombong, tapi memang tak dengar.

 

Laki tu dah kerut dahi. Sombong sia. “Aku Jinhwan.”

 

Hanbin tengok dia. “Kau jiwang?”

 

Jinhwan tutup buku lalu duduk di birai katil. “Nama aku Jinhwan.” BODOH.

 

“Hanbin.” Hanbin senyum lalu ketawa.

 

“Pehal?”

 

“Kau. Muka kau macam Nemo.”

 

“So?”

 

“Macam ikan.” Hanbin sambung menyeringai.

 

Tak lama lepas tu pintu diketuk kuat, Jinhwan bangun untuk buka pintu. Laki rambut merah, tinggi, baju lengan pendek serah surat dekat Jinhwan.

 

“Surat apa ni?”

 

“Bagi roommate kau.”

 

Hanbin berdiri. “Surat untuk aku?” tanya Hanbin sebaik sahaja Jinhwan tutup pintu.

 

“Hmm.”                                 

 

Surat berpindah tangan. Hanbin buka sampul surat dan dalam tu ada banyak peraturan sekolah.

 

Kasut sekolah kena warna hitam. Buku kena guna buku sekolah. Tak boleh rokok. Tak boleh ponteng. Tak boleh mandi dalam tandas sekolah. Tak boleh conteng papan hitam. Tak boleh makan dalam kelas. Tak boleh pijak rumput pengetua. Tak boleh masuk asrama perempuan tanpa sebab.

 

Di dalam sampul surat tu disertakan wang untuk beli kasut dan buku sekolah di koperasi sekolah. Malam tu juga, Hanbin, Junhoe dan Bobby pergi ke koperasi sekolah. Sementara tu, Hanbin tengok spot untuk merokok. Tak tahan tekak, rasa nak hembus asap.

 

Junhoe pergi panjat dinding asrama perempuan. Hanbin sandar pada pagar  manakala Bobby kena amanahkan beli barang di koperasi setelah kalah main asom. Koperasi tu nama pemilik dia Jaspar Heidenburg Abraham Sugg, orang panggil dia Upin. “Pak Cik?” panggil Bobby.

 

“Yew?” Upin memang suka tambah ‘w’ belakang perkataan yang dia sebut.

 

“Nak beli buku tulis, fail plastic dan kasut sekolah.”

 

“Bukuw tulis yew?”

 

Bobby kelip-kelip mata. WHAT THE F – APA DIA CAKAP NI?

 

“Nak buku tulis la , pak cik.”

 

“Tahuw law sayaw. Bukuw tulis nak berapaw?”

 

“Ish! Buku tulis la. Mana ada pau.”

 

“Apaw awak merepek niw? Sayaw tanyaw, bukuw tulis  berapaw?”

 

“OH! BERAPA? Nak 5!”

 

“Besaw ke keciw?”

 

“Pak cik? Seriously? Pak cik ingat saya cina ke? Saya just nak buku tulis. Kenapa pak cik nak susahkan hidup saya?”

 

“Sayaw tahuw. Tapiw bukuw kamuw nak bukuw macam manaw.”

 

“Pak cik, jangan berbelit-belit lidah tu boleh tak? Sakai je ayat pak cik ni.”

 

“Aduh! Tak paw law. Pakcik, show kam

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
lilylunalove
#1
Chapter 8: Woahhhh saya rasa ni fanfic first pasal ikon yang saya memang saya suka sangat! Bukan apa, actually saya ni bukan ikonic so saya not into them. Fanfic awak seriously daebak, menarik kau memang deboom! XD
Sepanjang baca fanfic, saya gelak tak henti henti tau tak! Sangat lawak, sangat sempoi, sangat stylo and segala macam sangat la! I really really love your fanfic <3
BLINKforever #2
Chapter 8: Truth to be told, nilah fanfic malay pertama yg saya bace smpai habis and saya suka!!! Sebab, fanfic lain kebanyakkan ayat skema nk mampus and just don't suit my style. As for your fanfic, sangat sempoi sbb you can casually put cursing words and I really had to say this, I'm a Queen of Cursing, lol. So yeah, saya seriously enjoy bace fanfic ni and I really hope tht you can update this sooner~~
jiminlovers #3
Chapter 5: Ish, apa lah bongok sgt 3 ketul ni.. hahah..
April1699
#4
Chapter 8: Spm over. Hahagahaagag finally free from school tapi akan rindu gila dkt sek. Cite ni srs spontan. Keep it up author !
scyaheeda
#5
Chapter 8: good luck author nim. Hwaiting!!!
Overdose_Kpopers
#6
Chapter 6: HAHAHAHAHA sumpah terhibur baca cerita ni (walaupun tak minat and tak pernah nak amik kisah pasal IKON). Lawak lawak, teruskan update ( ^∇^)
BalRina_
#7
Chapter 5: Lol hahhahahaha, hidung junhoe kebal btul. Kalis bau..sian yg lain
minsikyeoja
#8
Chapter 4: aduhai klakarlah.. mesti best kalau dorg selalu perang dengan yoojung uish hahahah
5days_fin
#9
Chapter 4: Omg!!! Thay story really funny /trpngaruh dgn junhoe/ btw tahniah authornim sbb ff awk memang tak prnh mnghampakn sya n u know what, awk antara author fav sya. Klau idea lawak sya trbang dibwk angin. Ff awk antara ff yg sya akn bca utk mncari sesuap inspirasi n...
Taehyung : /ttp mulut sya/ ko dh knp buat essay kt sini. Btw author jjang.