Enemy 적

Lie 거짓말

Aku mengorak langkah ku disepanjang jalan yang gelap gelita itu.Ku hanya berjalan berpandukan terangnya rembulan.Tetapi itu pada prefektif yang lain.Aku sebenarnya buntu membuatkan aku berjalan tanpa hala tuju dan hanya mengunakan kata hati.

Hari ini.Seperti hari-hari yang sebelumnya juga.Aku melakukan hal yang sama tanpa jera apa yang akan aku peroleh selepas  orang-orang bawahannya dapat menjejak ku.Ku harap hari ini aku mempunyai nasib yang tuah dan sekiranya dalam hidup ini aku hanya diberi sekali saja merasai tuah,akan ku guna  tuah itu untuk hari ini.Sudah sekian lamanya aku cuba mengubah corak kehidupan ku yang dikelilingi dosa ini  tetapi seperti biasa, kegagalan sentiasa mendekatiku.

Menjual barangan yang dilarang oleh kerajaan begitu juga membunuh.Aku pernah lakukan itu semua.Ini disebabkan oleh  ayahku.Ayah,merupakan ahli kongsi gelap yang terkenal didaerah itu.Ayah selalu mengharapkan aku untuk mengantikan  posisinya kelak.Posisi dimana aku boleh menjadi mengawal semua orang dengan senjata.Aku ingin sekali ayahku berhenti untuk mengharapkan itu.Namun semua tahu,hatinya keras.Tiada siapa yang boleh membantah kata-katanya.Aku hanya  menuruti segala permintaannya.

 

Aku yang sedang duduk  termenung di tebing sungai han itu tiba-tiba direntap oleh sekumpulan manusia.Orang bawahan  ayahku.Perkataan tuah.Aku sepatutnya tidak mengharapkan tuah itu.Ia seperti kisah dogeng milik kanak-kanak sahaja.

Tangan ku digengam erat oleh manusia-manusia  itu.Aku dikawal dengan ketat oleh orang-orang itu.

“Lepas lah bodoh!” itu yang selalu aku katakan bila amarahku tidak dapat dibendung.Aku meronta-ronta cuba melepaskan diri namun perbuatan itu hanya sia-sia.

“Min Yoongi” sebaik sahaja mendengar suara itu,seluruh tubuhku kaku sepeti patung.Perlahan-lahan aku memandang kehadapan kearah lelaki bermisai itu.Aku menarik tanganku dengan kasar untuk lepas dari tangan-tangan orang bawahan ayah.Jaket denim yang kukenakan dirapikan ku dengan agresif untuk menunjukkan rasa ketidakpuasaan hati ku.

“Entah kali keberapa dah kau cuba nak larikan diri” ucap ayahku.Aku hanya menjatuhkan pandangan ku pada tanah.

“Min Yoongi.Jangan memasang angan-angan yang kau tak boleh dapat” Pedih mendengar apabila ayah sendiri mengucapkan kata-kata yang melemahkan semangat anaknya sendiri.

“Aku dah cakap..Kalau hidup bermula dengan jalan yang gelap,ianya akan sentiasa gelap sebab ni memang takdir yang ditetapkan” Aku mengembuskan nafasku dengan kuat lalu menyepak tong sampah yang berada disebelahku.Apa yang rasa sekarang ini ialah tidak puas hati dan perasaan marah ini membuat aku berani untuk memberontak.

Ayahku hanya berdiri tenang dihadapan ku.Lalu tangan kasarnya menyapa bahu ku.

“Jom makan”  dia mengatakan itu seperti tidak ada apa-apa yang berlaku.Sentuhan.Sentuhan yang penuh kasih sayang itu.Ia selalu meredakan api kemarahan ku.Aku tau,sebenarnya ayah sangat sayang padaku namun hatinya keras untuk menunjukkannya.Mungkin peragai ku kini merupakan gen dari ayah.Aku hanya menurut dengan malas menuju ke rumah agam ku.

.

“KRING!” bunyi jam loceng yang kuat ini membangunkan aku dari segala mimpi buruk ku.Aku duduk kaku diatas katil sambil cuba untuk membuang segala perasaan yang terikut-ikut dari mimpi bodoh itu tadi.Perkara itu sudah menjadi rutin harian ku.Setiap malam mengalami mimpi yang bergenre sama dan paginya akan terbawa-bawa.

Ku gapai telefon ku yang berada di meja bersebelahan.

“4.30 pagi”huh.. terlalu awal untuk hujung minggu.Bilik ku yang terlihat sedikit hapak itu membuatkan ku menuju ke koridor untuk mengambil udara segar.Angin pagi itu menyapa sejuk pipi ku.Segar sehingga mode ingin tidur ku kini  tidak aktif.Tiba-tiba mata ku terancap pada sebuah motosikalhitam yang diletakkan di sebalik rimbunan pokok itu.Huh,siapa pula?Setahu tiada apa-apa perjumpaan yang dijanjikan seawal itu.Lagi pula ayah berangkat ke China semalam untuk beberapa pekerjaan.Disebabkan keraguan aku yang mendalam aku pun bergegas ke bawah.Sepucuk pistol yang ayah selalu pesan untuk simpan itu ku ambil dari laci.

 

Kedengaran bunyi riuh-rendah pada tingkat bawah.Aku memerhatikan gerak-geri seseorang dari celah-celah perabot ruang tamu itu.Kelihatan orang yang berpakaian serba hitam itu sedang menyelongkar document ayah yang sengaja ayah letak pada laci perabot ruang tamu itu.Dengan langkah berhati-hati aku mendekatinya.Namun malangnya,kaki ku tersepak botol yang bersepah dilantai menyebabkan ‘manusia’ itu menoleh kebelakang.Aku cuba untuk menahannya tetapi pergerakannya lebih pantas berbanding aku.Dia mengelak lalu mengunci tanganku dan menolakku kelantai.Dia pun melarikan dirinya dengan pantas.Aku ingin mengejarnya namun kaki ku terseliuh dan aku hanya dapat memerhati gerak-gerinya.Dari segi permerhatianku, manusia yang berpakaian serba hitam serta memakai topi dan topeng itu mempunyai saiz kecil yang hanya dimiliki oleh para gadis.

Siapakah dia?

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
slntwrtr
euna tu yuna.

Comments

You must be logged in to comment
chuchutraintrain #1
HMMMMMMMMM
chuchutraintrain #2
HMMMMMMMMM
chuchutraintrain #3
HMMMMMMMMM
chuchutraintrain #4
HMMMMMMMMM
chuchutraintrain #5
HMMMMMMMMM
chuchutraintrain #6
HMMMMMMMMM
chuchutraintrain #7
HMMMMMMMMM
chuchutraintrain #8
HMMMMMMMMM
chuchutraintrain #9
HMMMMMMMMM
chuchutraintrain #10
HMMMMMMMMM