1 : 1

Kerana Dia, Wen Junhui.
Please Subscribe to read the full chapter

 

“First love never dies”

 

 

Tahun 2016, Seoul, Korea Selatan

 

 

“Mama, cantiknya! Mama yang lukis?”

Bang Ahreum yang sibuk mengemas stor di belakang rumah menoleh saat anaknya, Jihye menjerit kecil menanyakan satu soalan yang buat ibu muda itu tertarik. Anak kecil berusia 5 tahun itu memandang ibunya dengan muka yang penuh minat. Sehelai kertas lusuh dipegangnya erat sambil mulut melopong mengagumi keindahan seni lakaran wajah seseorang yang terlukis di atas kertas tersebut.

“Apa yang cantik? Mama memang cantik pun.” seloroh Ahreum sambil berjalan mendekati anak perempuannya. Timbul rasa ingin tahu bila Jihye nampak teruja saat melihat sesuatu yang dia jumpai di dalam stor rumah mereka itu.

“Bukan mama. Lukisan ni lah.” balas Jihye seraya menunjukkan sekeping kertas bersaiz A3 kepada Ahreum. Kertas itu kelihatan usang serta sudah berubah warnanya.  Ahreum sempat mencuit hidung anaknya untuk mengusik. Bibirnya dijuihkan sedikit konon kecewa bila Jihye menafikan dia seorang yang cantik.

Demi melihat apa yang ditunjukkan Jihye, Ahreum terpana seketika. Perlahan-lahan, kertas lusuh itu diambil dari tangan anaknya dan ditilik lama. Lakaran wajah seseorang di atas kertas itu membuat dia mengimbau kembali kenangan lama. Satu kenangan indah bersama seseorang. Kenangan pada zaman usianya masih muda dan kenangan pertama kali dia mengenal erti cinta.

“Mama?” anak gadisnya mula hairan melihat tingkah si ibu.

“Mana Jihye jumpa ni? Ini mama punya. Mama yang lukis gambar ni.” mata Ahreum masih melekat pada lukisan tersebut. Lukisan lama yang dia lakar sepuluh tahun yang lalu. Sudah terlalu lama sehinggakan kertas lukisan yang sepatutnya berwarna putih itu berubah kekuningan. Dakwat pen yang digunakan juga sudah pudar menandakan lukisan itu sudah lama terbiar dan tak dijaga dengan baik.

Walaupun lukisan itu sudah pudar dan lusuh namun, memori di sebaliknya masih kekal dan kuat tersimpan di minda Ahreum. Takkan sama sekali, dia lupakan.

“Jihye jumpa dalam kotak tu.” jawapan si anak mematikan lamunan pendek ibunya. Ahreum memandang Jihye seraya menghadiahkan senyuman penuh kasih buat permata hatinya itu. Tangan si anak diraih agar mendekatinya. Lukisan di tangan masih digenggam erat.

“Apa ni mama?” sebaris ayat yang tertulis di hujung kertas ditunjukkan oleh Jihye membuatkan Ahreum mengalih pandangan ke arah yang sama. Tiga patah perkataan cina yang ditulis itu tanpa sedar membuatkan dia tersenyum sendiri. Oh Tuhan, semua ini begitu nostalgia baginya.

“Wo Ai Ni” perkataan itu diucap Ahreum bagi menjawab soalan anaknya. Seperti yang dijangka, kanak-kanak itu kelihatan bingung. Satu perkataan baru baginya yang berusia lima tahun. Saat si ibu menuturkan kata-kata itu, secara automatik mukanya berkerut dan akhirnya dia menyoal.   “Apa tu?” “Saya cintakan awak dalam bahasa cina.” jawab Ahreum pendek, cukup untuk membuatkan anak gadisnya itu mengangguk faham. Dia tahu, Jihye seorang anak yang pintar. “Wo Ai Ni, mama.” ucap Jihye membuatkan Ahreum menghadiahkan satu kucupan di pipi gebu milik anak perempuannya itu. Dia tersenyum seketika saat mengenangkan sesuatu. Perkataan itu membuatkan kenangan lalu menjengah masuk ke dalam kotak memorinya.

 

“Siapa dia mama?” soal Jihye penuh panasaran. Lelaki di dalam lukisan ibunya membuatkan anak kecil itu tertanya-tanya. Adakah ini teman masa lalu ibunya? Mungkin ini adalah putera fantasi ciptaan ibunya sewaktu masih muda?

Wajah polos anaknya ditenung sebelum Ahreum ketawa kecil. Soalan Jihye tak dijawab. Kalau diceritakan, pasti kanak-kanak itu akan bingung. Jadi, Ahreum memilih untuk diam dan tersenyum. Rambut halus anaknya dielus perlahan sambil mereka berdua terus menatap lakaran tersebut.

“Dia macam seorang putera.” minda kanak-kanak Jihye mula berimaginasi dengan lukisan lama tersebut. Senyuman ditarik membuatkan mata anak kecil itu menjadi sepet. Sama sepet seperti mata ayahnya. Ahreum sekadar tersenyum.

“Dia pernah jadi seorang putera. Putera di hati mama.” tutur Ahreum membuatkan Jihye mengerutkan dahinya tak berpuas hati. Wajah kacak milik seseorang yang dilakarnya itu terus diperhatikan.

“Kalau dia putera mama, Papa macam mana?” soal anak kecil itu dengan nada suara yang agak tegang. Barangkali risau kalau Papanya dikhianati. Sungguh naif pemikiran si kecil itu. Ahreum hanya mampu ketawa kerana sudah dapat mengagak reaksi anaknya itu.

Soalan Jihye sekali lagi dibiar sepi. Tubuh anaknya ditarik perlahan lantas dibawa ke riba. Rambut panjang Jihye diusap lembut sambil merenung wajah suci itu.

“Jihye nak dengar cerita?” soalnya.

“Nak !”

 

 

 

Tahun 2006, Seoul, Korea Selatan

 

“Dah siap?”

“Belum lagi. Sabar la sikit.”

Tawa kecil kedengaran membuatkan Ahreum memanggung kepalanya. Kertas lukisan di atas riba dibetulkan sambil matanya memandang insan di sebelah. Kagum rasa hati bila lelaki itu masih sudi untuk mengekalkan posisinya setelah hampir sejam dipaksa oleh Ahreum untuk menjadi model lukisannya hari ini. Ahreum tahu, dia seorang lelaki yang penyabar.

“Jun…”

Mata pena dilarikan untuk melakar anak mata lelaki bernama Jun itu.

“Hmm?”

“Kau sayang aku?” soalan itu keluar dari mulutnya sambil tangan ligat melorek warna anak mata Jun di dalam lukisannya.

“Tak.” jawapan Jun buat Ahreum berhenti melakar dan memandang pemuda itu dengan mata yang membulat. Reaksi mukanya begitu tegang dan Jun hanya ketawa. Ketawa memang hobi Jun. Tak pernah sehari pun dia terlupa untuk ketawa kerana baginya, ketawa adalah pembakar semangat dan pemberi mood ceria. Itu teori yang Jun cipta sendiri dan teori itu diterima pakai oleh Ahreum. (Kadang-kadang)

“Lebih dari sayang, Ahreum. Aku cintakan kau.” tutur Jun semula membuatkan hati Ahreum berbunga mekar. Dia menyambung lukisannya tadi sambil tersenyum gembira. Kata-kata cinta dari Jun mampu membuatkan dia tersenyum bahagia seolah-olah dunia ini miliknya.

Bagi Ahreum, Jun adalah seorang lelaki yang sempurna untuk melengkapi hidupnya. Dia senang bersama dengan Jun. Lelaki itu memahami, penyabar dan bersikap positif dalam hidupnya. Tak pernah sekalipun Jun mengeluh bila ditimpa masalah. Dia seorang yang kuat dan matang. Dalam lembutnya melayani Ahreum, terkadang ada juga ketegasan yang dia tunjukkan. Jun menghormati Ahreum sebagai seorang wanita dan sikapnya itu menyenangkan. Memiliki Jun sebagai teman lelaki sudah cukup buat Ahreum untuk bahagia.

Sesuatu buat fikiran Ahreum tak semena-mena.

“Tapi kau tau kan yang mak ayah aku takkan suka dengan hubungan kita?” lemah, Ahreum berkata. Senyumnya tadi mati dan ia berganti dengan satu keluhan. Jun juga berhenti tersenyum. Hujung bibirnya digigit lantas dia membuang pandang ke arah tasik yang terbentang luas di depan mata.

“Kita tak boleh mengalah.” itulah Jun. Dia sentiasa positif walau apa pun masalah yang menimpa.

Ahreum menghela nafas perlahan. Lukisannya diteruskan meskipun fikirannya melayang jauh mengenangkan perkara itu. Dia dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat mementingkan tradisi dan keturunan. Dari moyang sehinggalah kedua orang tuanya, keluarga Bang sangat-sangat menentang perkahwinan dengan orang asing. Orang asing di sini bermaksud seseorang dari negara lain. Keturunan Bang hanya menerima orang tempatan sebagai ahli keluarga mereka dan setakat ini, masih tak ada sesiapa yang melanggar tradisi keluarga itu. Kerana hal ini, Ahreum jadi bingung. Kerana hal ini, hubungan dia dan Jun dianggap salah. Kerana hal ini, mereka terpaksa merahsiakan hubungan mereka dan kerana hal ini, mereka terluka.

Jun. Namanya bukan Kim Junyoung. Bukan juga Lee Joon. Sama sekali bukan Moon Junhwi. Namanya langsung tak menunjukkan dia seorang rakyat Korea. Kerana apa? Kerana dia adalah Wen Junhui. Seorang pemuda berasal dari Shenzhen, China yang datang ke sini untuk menuntut ilmu. Dia adalah orang asing bagi keluarga Bang dan dia sama sekali takkan diterima masuk ke dalam keluarga ini.

“Sampai bila kita nak macam ni, Jun?”

Jun bungkam. Dia sendiri tak ada jawapan bagi soalan itu. Segala-galanya dia serahkan pada takdir. Cintanya pada Ahreum tersangatlah besar namun terkadang dia rasa bersalah. Sebesar apa pun cintanya pada gadis itu, dia tak boleh melawan kehendak orang tua mereka. Jun tahu, bukan ibu bapa Ahreum saja yang menentang. Di Shenzhen sana, keluarganya juga pasti akan mempertikaikan hubungan dia dan Ahreum. Ibunya sudah berkali-kali pesan untuk tidak bercinta dengan orang di sini kerana ia terlalu sulit dan menyusahkan. Mentaliti orang tuanya itu sampai sekarang masih sukar untuk diterima Jun.

“Ahreum, kalau kita sabar dan berusaha pasti akan ada jalan keluarnya nanti.” wajah Ahreum dipandang sayu sambil mengungkapkan kata-kata itu. Ahreum mengangguk kecil sebelum tunduk membisu. Lukisan di atas ribanya ditenung dengan air mata yang bergenang. Walang hatinya saat memikirkan tentangan keluarga dalam hubungan mereka ini.

Jun mendekati Ahreum dan mencapai pen berdakwat hitam yang bertaburan di atas tanah tempat mereka berdua duduk bersantai. Lukisan Ahreum dicapai dan gadis itu terpinga-pinga dengan kelakuan Jun.

“Kau nak buat apa dengan lukisan tu? Tak siap lagi la.”

Jun tak mempedulikan omelan Ahreum. Dia mencoretkan sesuatu di hujung kertas lukisan gadis itu sambil menarik senyum simpul. Mungkin, ini satu cara untuk dia memujuk Ahreum dan dia berharap, caranya itu berjaya buat gadis kesayangannya tersenyum semula.

“Ambil balik lukisan ni. Siapkan cantik-cantik. Kau dah janji nak hadiahkan lukisan potret aku ni masa hari perkahwinan kita kan? Aku nak hadiah yang cantik jadi kau kena buat yang terbaik.” ujar Jun setelah selesai menulis sesuatu di atas kertas tersebut. Bahu Ahreum digenggam erat sambil menatap mata gadis itu seakan memberikan semangat supaya dia terus berusaha dan tak bersedih dengan apa yang terjadi.

“Jun…aku…”

“Senyum, Ahreum. Banyak lagi dugaan yang bakal kita tempuh di hari-hari mendatang. Kau kena jalaninya dengan kuat dan tabah. Apa pun yang terjadi, pasti ada sebabnya.” pujuk Jun. Air mata Ahreum dikesat menggunakan jari telunjuknya. Dia tak mahu perempuan yang dia cintai menangis.

Perlahan-lahan, Ahreum menarik senyum. Kata-kata Jun ada betulnya. Suntikan semangat dari Jun buat Ahreum tersentuh. Dia nekad. Dia nekad untuk takkan melepaskan lelaki ini. Dia nekad untuk terus memperjuangkan cintanya. Dia nekad untuk terus bersama Jun walau apa pun yang terjadi. Dia nekad.

“Bang Ahreum !”

Satu suara mematikan suasana romantis antara mereka. Serentak, pasangan itu menoleh. Seorang lelaki berdiri tegak, berwajah garang di belakang mereka. Tangannya mengepal penumbuk yang bila-bila masa boleh melayang ke muka seseorang. Pandangan matanya tajam memandang sepasang kekasih itu.

“A…abang.”

Ahreum mula gelisah saat terpandangkan abangnya, Yongguk.  Entah bagaimana abangnya itu boleh berada di sini dan menangkap perbuatannya, dia sendiri tak pasti. Ahreum resah. Dia bimbang Jun akan diapa-apakan oleh abangnya yang merupakan seorang perengus itu.

“Kau ni degil ! Mak dengan ayah dah cakap jangan jumpa lelaki ni lagi ! Apasal kau tak dengar cakap?” melengking suara Yongguk membuatkan Ahreum tersentak. Dia memberikan isyarat supaya Jun beredar dari situ namun pemuda itu hanya diam membatu.

“Abang, jangan apa-apakan Ahreum. Saya yang ajak dia jumpa.” luah Jun membuatkan Yongguk bengang lantas menghadiahkan penumbuk ke muka anak muda itu.

“Jun !”

“Ahreum, kau balik !”

 

 

“Jangan jumpa lelaki tu lagi !”

“Tapi ayah…”

“Tak ada tapi ! Dengar cakap ayah ! Jangan nak malukan kami. Kalau Datuk tahu, dia mesti marah !”

Orang tua Ahreum mula naik angin gara-gara kedegilan anak perempuan mereka itu. Ahreum mati kutu bila kedua orang tuanya masing-masing menentang dan dia langsung tak menerima sokongan dari sesiapa. Abangnya, Yongguk sekadar memerhati dengan riak muka kosong. Ahreum masih bengang dengan abangnya yang sudah bertindak di luar batasan kerana menumbuk Jun yang sama sekali tak bersalah dalam hal ini.

“Kenapa kami tak boleh bercinta? Kenapa?” Ahreum bersuara garang seakan melawan orang tuanya.

“Budak cina tu bukan lelaki yang sepatutnya buat Ahreum!” ibunya, Puan Bang menjawab dengan nada yang tegang.

“Sebab apa? Apa salahnya dengan dia? Tak ada sebab untuk mak dan ayah halang hubungan kami ! Takkan semata-mata Jun bukan orang tempatan, mak dengan ayah tak bagi kami bercinta ?” Ahreum semakin berani. Dia membentak geram dengan keputusan orang tuanya.

“Kalau dah tak boleh tu, sudahlah ! Jangan nak melawan lagi Ahreum ! Keluarga kita sama sekali takkan menerima orang luar negara. Datuk kamu mesti akan menentang keras semua ni ! Jangan malukan kami berdua ! Kalau saudara-mara lain tahu, mana mak dengan ayah nak letak muka?” melengking suara Encik Bang memarahi anak gadisnya itu.

“Yang nak ikutkan sangat tradisi tu kenapa? Sekarang zaman dah maju ! Apa salahnya kalau Ahreum ada hubungan dengan seorang lelaki dari China? Ahreum tak nampak apa-apa yang salah dalam hubungan kami. Kenapa semua orang menentang? Kenapa !” Ahreum tak mengalah. Dia serius untuk mempertahankan hubungannya dengan Jun. Tak ada sesiapa yang boleh memisahkan mereka termasuk orang tuanya sendiri.

“Diam !”

Suasana di kediaman keluarga Bang mula hening dan tegang. Masing-masing diam tanpa kata saat ketua keluarga mula naik angin. Ahreum merengus geram. Sempat dia menjeling kedua orang tuanya serta abangnya yang duduk di atas sofa sebelum memanjat anak tangga untuk naik ke bilik di tingkat atas. Dia sudah tak tahan untuk menghadapi semua ini lagi lantas dengan segera dia meninggalkan ibu dan ayah yang masih belum puas berleter dan memarahinya.

 

 

Lukisan yang dilukis sewaktu bersama Jun tadi dipandang sekilas. Angin malam yang dingin menampar tubuh Ahreum yang sedang duduk bersila di ruang balkoni luar bilik tidurnya. Niat di hati ingin menyambung lukisan yang tergendala tadi.

Kau dah janji nak hadiahkan lukisan potret aku ni masa hari perkahwinan kita kan?

Kata-kata Jun tadi dikenang semula. Ah, mampukah impian mereka untuk berkahwin itu tercapai? Persoalan itu sentiasa bermain di mindanya sejak akhir-akhir ini. Ahreum terkadang lelah. Penat dengan tentangan dari ibu bapanya yang bermati-matian meminta dia memutuskan hubungan dengan Jun. Tradisi keluarga menjadi keutamaan sehingga perasaan anak sendiri terluka. Ahreum kesal. Dia langsung tak boleh terima kenyataan yang mereka tak sukakan Jun semata-mata kerana lelaki itu berasal dari negara yang lain. Apa salahnya?

Lukisan tadi ditilik seketika. Sebaris ayat yang berada di sudut kertas menarik perhatiannya. Itu adalah ayat yang Jun tulis tadi. Ayat bahasa cina yang ditulis Jun buat dahi Ahreum berkerut. Dia sama sekali tak faham tulisan itu. Bukan saja faham, untuk membacanya juga Ahreum tak boleh. Jun memang suka menduganya. Ayat itu buat dia panasaran. Ahreum mengeluh perlahan sambil terus memandang tulisan tangan Jun itu.

“Kau kenapa?”

Satu suara kedengaran menegur Ahreum. Serta-merta, gadis itu mengangkat kepalanya mencari arah suara tersebut. Saat terpandangkan seseorang di balkoni rumah sebelah yang bertentangan dengan balkoni rumahnya, Ahreum menarik senyum tipis. Jarak rumah mereka hanya terpisah dengan sebuah tembok rendah dan ini membolehkan mereka untuk berbual dengan mudah tanp

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
whitelove
#1
Chapter 1: Asdfhjgkgllskakahqjshdj cute gila last tu dia ngn hoshi x'D
Shadow_warriorangel #2
Chapter 1: Saya ni bukanlah spesis hati tisu yg jiwang karat.. Tp tah knp cerita ni buat saya teringat kat kwn sy... Maybe kitorg tak bercinta.. Tp perpisahan tu bknlah satu pilihan yg buruk utk kitorg... U.U
Kwon_Dongho #3
Chapter 1: kau buat aq terkenangkan first love aq kat U skrg ni T.T
Chanyeol_Park02 #4
Chapter 1: Kyyyyyaaaaaaa ~ literally fall in love la dgn story ni kurkur >< bang yongguk nampak mcm agak jahat dlm cerita ni teehee ;D aigoo, kisah yang menyedihkan T^T *lap air mata guna baju wonu* mmg story ni angkat 150 juta ibu jari lah ! Aii laik aii laik ! Last², endingnya dengan hoshi pulak kuikui.. suka betulla xD //sorry pagi buta ni meroyan ked hm// anyway akak keep ur update ya ! Saya sbg fans akak sayanggggg akak ♡♡♡
Chiko_Miari #5
Chapter 1: Bestnyaa ..cara author tulis tu sgtlahh senang nk faham..maklumlah saya baru je tau kewujudan AFF nie..baru nk hadam la katakan..kikikk
DAEBAK!!!