The Visions.

Black Queen : The Date.
Please Subscribe to read the full chapter
      ♕ The Visions.

story by elsoon

   "Omma..." Changkyun terpana melihat ibunya sedang terbaring di atas lantai. Kakinya pantas mendekati sekujur badan yang amat disayanginya. Bahu wanita itu disentuh lembut lalu ditolak sedikit. Masih mengharapkan agar ibunya menyedarkan diri. Masih mengharapkan segala perkara yang sedang berlegar-legar dalam kotak fikirannya tidak benar. Masih mengharapkan agar ini bukanlah pengakhiran riwayat seorang insan yang bernama ibu. Tanpa melengahkan masa, tubuh kecil ibunya diangkat lalu dibaringkan wanita itu di atas kkatilnya. Sedikit air disapukan ke atas muka ibunya. Tiada sebarang respon. Changkyun menunggu dengan sabar. Apabila jam sudah menunjukkan tepat 30 minit penantiannya, dia segera membawa wanita itu ke hospital.     Di ruang menunggu, Changkyun cuba untuk tenangkan dirinya. Satu senario mula bermain dalam benaknya seperti wayang; ditayang semula seluruh situasi yang hampir dia lupa. Kepalanya digelengkan beberapa kali, cuba untuk menghapuskan tayangan itu. Matanya dipejam sekuat-kuatnya. Kini jelas kedengaran setiap tutur kata yang tidak sepatutnya didengari olehnya. Changkyun memegang kepalanya. Giginya diketap, menahan kesakitan. Kakinya digagahkan untuk berdiri. Dia mengatur langkah untuk beredar daripada situ. Tangga dipanjat satu demi satu sambil tangannya erat menggenggam pemegang tangga. Apabila dia berjaya ke bahagian atas bangunan hospital, pintu dikuak laju. Setapak dirinya di luar bangunan, badannya direbahkan di atas lantai yang dingin dek angin malam yang masih rancak dengan saki-baki hujan.   Air matanya membasahi pipinya yang mulus. Setiap saat, mutiara-mutiara jernih itu turun bagai air terjun. Kepalanya masih menanggung kesakitan yang perit. Kakinya tidak lagi mampu membawa dirinya ke mana-mana walaupun hanya berdiri. Changkyun duduk di situ lama, cuba untuk menghilangkan segala keperitan yang sedang dia alami sekarang.Apabila tayangan itu hilang, Changkyun cuba untuk menstabilkan pernafasannya. Mana mungkin dia kembali ke ruang menunggu dengan keadaan yang tidak terurus sebegini.   Changkyun terduduk apabila menerima berita daripada doktor yang bertugas untuk merawat ibunya. Kakinya menjadi lemah. Hatinya hancur, luluh. Setiap kepingan hati yang gugur tidak mampu untuk tercantum lagi. Suara mindanya terus-menerus ingin menipu diri walhal hatinya kecilnya tahu akan apa yang bakal berlaku tetapi dia masih mengharap.       Naeun terus berjalan dengan mindanya yang tetap kosong. Tidak lagi mampu berfikir untuk seketika. Dia mahu membiarkan fikirannya kosong untuk sejenak. Tujuannya untuk menenangkan minda tetapi mindanya telah membawanya teroka jauh ke dasar imaginasi cuma dia tidak tahu dan tidak pernah dia sedar apa yang sedang berlaku. Bahunya terhinjut
Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ElSoon
New chapter is up!!!! XOXO!

Comments

You must be logged in to comment
iamsya
#1
Sis x sbar nk tggu update
Gudluck PT3 authornim
Miss_Baek
#2
Btw umur awak berapa?Suka suki saya je panggil awak unnie...hehehehe...
Miss_Baek
#3
Sebenarnya malas nak komen sebab tangan ni malas nak menaip tapi bila tengok unnie tak updated lagi cerita ni,my reaction 'haish tak boleh jadi ni!'So unnie kalau ada masa lapang tu update la kay?Tak paksa.Unnie pon ada life sendiri kan?Fighting unnie!