Language Of Flowers.

Black Queen : The Date.
Please Subscribe to read the full chapter
      ♕ Language Of Flowers

 

 

Halla's POV

"Oppa! Halla pergi dulu!" jerit aku dalam kelam-kabut memakai kasut.

"Jangan lupa petang nie!" kata Jaehyun sambil tersenyum. Geli hatilah tu dapat melihat aku bagai orang yang tak ingat dunia. Mana taknya, Jaehyun yang ada depan mata pun, masih lagi ditinggikan suara. Aigoo, Halla, Halla.

 

'International Blithe University', berdiri gah di hadapan aku. Seperti yang korang tahu, aku merupakan pelajar tahun ketiga di universiti ini. Dah tahun terakhir, jadi kenalah tatap lama-lama. Tak semestinya 'master' nanti aku sambung dekat universiti ini lagi.

"Palli!" jerit Naeun sambil berlari ke arahku lantas, tanganku ditarik membuatkan aku hampir terjatuh. 

Usai mendaftar, Naeun mula membuka 'kedai kopi'. Ada saja gosip tentang junior yang ingin disampaikannya. 

"Kau nie, tak baik lah. Mana kau tahu dia macam tu?"

"Serius weih! Jangan sampai gedik dia tu melebih dah. Ish! Panas betul aku bila dia layan senior macam tu. Dah lah tahun nie baru first year. Ada hati nak simbah-simbah air dekat muka orang. Hah! Tengoklah tu! Nak goda siapa entah tu! Hei, panas kau tahu tak!" bebel Naeun sambil mengipas laju dirinya dengan tangan.

Aku menoleh ke arah seorang gadis yang dimaksudkan Naeun. Penuh dramatik. Kelihatan dia sedang membuka sebutang pada bajunya agar kolar bajunya tampak lebih lebar. Mataku laju memandang ke arah seorang lelaki di sebelahnya. Aku paling suka bahagian nie. Bila lelaki tu tak layan akan cinta lelong gadis itu. Serius menyampah nak mati bila tengok gadis tu buka butang baju semata-mata nak goda lelaki. 

"Eh, dah lambat! Aku jumpa kau dekat kafe!" Tergesa-gesa aku mengemas barang sebaik sahaja kembali ke alam realiti.


Sebelum ke kafe, aku singgah di kedai bunga kegemaranku. Kalau hampir setiap hari singgah, korang rasa? Sampai semua penjual dekat sini kenal aku. Memandangkan mereka sedang sibuk melayan pelanggan lain, aku memerhati beberapa kuntum bunga. Bunga lily warna putih. Bunga ini menarik perhatianku.

"Cantik kan?" Terkejut aku dek mendengar suara garau yang tiba-tiba sapa. Aku hanya mengangguk sedikit.

"Tapi sayang sebab symbolic bunga nie lebih kepada kematian." Dahiku mula berkerut. Apa kes dia nie?

"Oh, mian. Cik nak beli bunga nie ke?" Kepalaku segera menggeleng. Memang tak lah nak beli bunga simbolnya lebih kepada kematian.

"Cik cari bunga yang macam mana? Biar saya tolong."

"Erm, ucapan tahniah mungkin?" kataku, ragu-ragu.

"Well, awak boleh combine bunga amaryllis dan poppies kuning. Oh, saya pergi dulu," katanya sambil melirik ke arah jam. Aku sekadar tersenyum. Pelik. Biasanya jarang lelaki tahu pasal bunga. Apatah lagi nak study pasal maksud yang tersirat. Aku yang perempuan pun tak tahu apa-apa akan maksud disebalik setiap kuntum bunga.

"Halla! Nak beli bunga apa pulak hari nie?" suara Jieun unnie menyedarkan aku daripada lamunan. Aku memberi tahu akan kombinasi bunga yang disebut oleh lelaki tadi.

"Wah, dah pandai Halla sekarang! Hahaha. Tolong ucap tahniah dekat Jaehyun untuk unnie sekali tau. Maaf sebab tak dapat datang. Nanti kalau free, unnie datang beli kopi," ujar Jieun. Senyuman lebar dilemparkan buat Jieun. 

"Sebenarnya unnie, ada seorang laki nie yang bagitahu Halla pasal kombinasi bunga-bunga nie," jujurku. Bila dah jujur, mulalah ayat-ayat untuk menyakat aku. Aku segera meminta diri selepas membuat bayaran.


"Oppa! Chukae!" Aku berlari-lari anak lalu tenggelam dalam pelukan yang dihadiahkan buat 'abang tersayang'.

Aku bergerak ke dapur. Memandangkan sudah ramai pelanggan yang menanti. Kafe ini bergabung dengan kedai buku Puan Nam. Jadi, sesiapa sahaja yang penat membaca, boleh datang ke kafe ini bagi menikmati minuman yang mereka suka. Strategi Jaehyun tak pernah tak logik. Alangkah indanya kalau percakapan dia pun tak sebodoh yang tak dijangka.

Kakiku kaku. Terpana aku melihat tujuh jejaka yang sedang menyiapkan bahan. Macam mana pulak diorang boleh ada dekat sini? Hari nie diorang tak kerja ke? Mustahil lah sebab jadual diorang memang padat nak mati. Apabila sepasang mata mula menyedari bahawa aku sedang kaku di hadapan pintu, aku mula kelabah. Haish, dah main cuit-cuit tu, japgi confirm ada yang kecoh!

"Halla!!!" Keenam-enam jejaka itu berlari ke arahku. Enam je? Yup. Seorang lagi hanya berjalan perlahan-lahan. Berkira-kira untuk sertai atau tidak. Kekok agaknya. Aku hanya melemparkan sekuntum senyuman buatnya. Keadaan di sini sangat kekok dan aku benci perkara nie.

"Dah, dah! Sambung kerja! Kita ada banyak pelanggan!" perintahku.

"Kau buat kerja dengan aku lah! Aku ada banyak benda nak cerita!" lantas tanganku ditarik oleh salah seorang daripada jejaka tersebut. Aku hanya turut katanya. Jejaka yang lain hanya tersenyum melihat gelagatnya. 

"Korang tak kerja ke?" soalku.

"Hari nie cuti untuk sehari sebab kitorang rindu dekat kau!" Terujanya dia jawab!

"Tak penat ke? Kau nih! Dah dapat cuti tu, rehatlah. Tido!!! Susah susah datang sini buat apa? Lagipun esok jumpa jugak kan dekat uni," lagatku ala-ala orang yang sedang marah. Padahal dalam hati, rindu gila dekat diorang nie!

"Rilek arr. Dekat uni takleh nak mesra-mesra macam nie. Nanti ada orang jeles. Hahahaha!" Terburai tawaku.

"Eh, kau tak ok lagi ke dengan...." dia hanya melirikkan matanya ke arah manusia yang dimaksudkannya itu. Lidahku kelu. Aku sambung kerja tanpa bicara. Sementelahan itu, dia terus menceritakan hal yang lain. Sesekali ahli yang lain menyampuk perbualan kami.

 

Tahun ketiga bermula sekarang. Malas betul aku nak hadap profesor yang sama. Sudah dua tahun dia ajar aku. Tahun nie, ajar lagi! Kalau dia jenis yang easy-going dan jenis yang buat keputusan tetap, ok lah juga. Ini tak, mula-mula cakap takpe buat macam nie. Tetiba bila dah siap semua assignment, ada je agenda dia. Tak boleh lah. Kena ikut skima lah. Humm, nasib kau lah Halla. Pecah pula lah otak semester kali nie. Nasib baik tahun nie tahun akhir. Kalau tak, dah lama aku sampai dekat hospital sakit jiwa.

Usai kelas, aku ke locker untuk menyimpan barang-barang yang tak perlu dibawa pulang. Sebaik sahaja aku menutup pintu locker, ketujuh-tujuh jejaka semalam serg

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ElSoon
New chapter is up!!!! XOXO!

Comments

You must be logged in to comment
iamsya
#1
Sis x sbar nk tggu update
Gudluck PT3 authornim
Miss_Baek
#2
Btw umur awak berapa?Suka suki saya je panggil awak unnie...hehehehe...
Miss_Baek
#3
Sebenarnya malas nak komen sebab tangan ni malas nak menaip tapi bila tengok unnie tak updated lagi cerita ni,my reaction 'haish tak boleh jadi ni!'So unnie kalau ada masa lapang tu update la kay?Tak paksa.Unnie pon ada life sendiri kan?Fighting unnie!