Rain & Hints.

Black Queen : The Date.
Please Subscribe to read the full chapter
      ♕ Rain & Hints.

story by ELSOON

  "Maaf, encik kenal saya ke?" soal si gadis apabila dirinya diperhati secara terang.   "Uh? Maaf. Muka awak mengingatkan saya pada seseorang." Lelaki yang sedang berbalas renungan dengan si gadis ialah Jaehyun. Otak kata beredar namun anggotanya langsung tidak boleh bergerak walau seinci. Dirinya juga tidak tahu mengapa begitu susah untuk dia berganjak daripada sisi gadis itu. Dia juga tidak tahu apa yang telah membuatkan dia ingin terus-menerus menatap wajah gadis itu. Ya, Jaehyun akui gadis itu jelita tapi ada sesuatu yang tidak kena pada gadis ini. Sesuatu yang manis namun bahaya.   "Oppa! Buat apa tu!? Haih, time kerja pun sempat mengorat ke? Cepatlah!!! Banyak kerja lagi ni!!!!" bebel Halla sambil bercekak pinggang secara tidak langsung mengundang tawa si gadis yang sudah lama tidak bertandang di wajahnya. Usai abangnya beredar, Halla segera menarik kerusi yang berada bertentang dengan si gadis itu. Masih banyak perkara yang dia mahu bercerita dengan si gadis.     Kakinya dihentak pada lantai mengikut irama apa, dia juga tidak tahu. Jari-jemarinya disilangkan antara satu sama lain lalu tangannya di dekatkan pada bibir. Degupan jantung yang kencang tidak dapat diredakan walaupun sudah berjuta kali hati memujuk. Penantian sememangnya bukan sesuatu perkara kesukaannya sejak azali. Matanya sering kali terarah kepada kaca bulat yang dihias pada setiap  pintu dapur. Tangan kanan beralih pada dada. Cuba diusap agar tenang. Mata mula melirik jam. Nafas dihela beberapa kali. Lalu sahaja seorang gadis dihadapannya, tangan segera menggenggam lengan gadis tersebut lalu menarik lengan itu sehingga gadis itu jatuh ke dalam dakapannya.   "Apa oppa ni!?!!" marah Halla sambil menstabilkan badannya. "Nak tanya boleh?" Halla kaget dengan soalan abangnya. Jaehyun tidak pernah sekali pun minta kebenaran untuk buat sesuatu kerana dia fikir dia lagi tua daripada Halla jadi dia tidak memerlukan kebenaran orang yang lagi muda daripadanya. "Apa dia?" soal Halla dalam keadaan yang masih tidak percaya. "Perempuan yang Halla sembang tu siapa?" Jaehyun benar-benar ingin tahu tentang gadis itu.  Bukan kata Halla, Jaehyun sendiri terkejut akan tindakannya. Oleh sebab itu dia perlu tahu asal-usul gadis tersebut. "Jolie fille atau erti kata lain Kecantikan si gadis. Hati-hati dengan dia kayh!" balas Halla. Baru sahaja di hendak menggerakkan kaki, Jaehyun segera halang. "Jap. Dia dari puak Fée en danger ke?" Halla cuma mengangguk bagi menjawab soalan Jaehyun.  Kini dia mengerti tentang semua soalan yang berlegar dalam mindanya.        Im Chankyung's POV   Pandangan langit malam yang hitam amat menyenangkan. Dihiasi pula dengan berjuta-juta taburan bintang ditemani oleh bulan dan cahayanya mampu menerangi sebahagian langit. Angin malam yang datang menyapa menenangkan lagi otak yang menampung beribu perkara dunia. Awan yang bermacam rupa kutatap lama. Otak cuba mentafsir setiap rupa yang indah. Segala pesanan yang datang menyerbu telefon aku biarkan. Aku ingin menikmati alam ini walau sedetik cuma. Gelas yang berisi air kopi aku hirup sedikit demi sedikit. Walaupun air kopi ini semakin lama semakin sejuk namun keenakkannya tetap kaww!  Apabila awan mula menitiskan mutiara-mutiara jernihnya, aku kembali masuk ke dalam rumah.    Perkara pertama yang aku lakukan adalah membaca setiap pesanan
Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ElSoon
New chapter is up!!!! XOXO!

Comments

You must be logged in to comment
iamsya
#1
Sis x sbar nk tggu update
Gudluck PT3 authornim
Miss_Baek
#2
Btw umur awak berapa?Suka suki saya je panggil awak unnie...hehehehe...
Miss_Baek
#3
Sebenarnya malas nak komen sebab tangan ni malas nak menaip tapi bila tengok unnie tak updated lagi cerita ni,my reaction 'haish tak boleh jadi ni!'So unnie kalau ada masa lapang tu update la kay?Tak paksa.Unnie pon ada life sendiri kan?Fighting unnie!