Episode5;

what do you call the nice one in gangster group?

          Seola berjalan melangkah masuk ke Haneul College dengan perasaan agak muram. Boksoon tidak dapat menemaninya pagi ini untuk ke kuliah bersama kerana Boksoon tidak beberapa sihat hari ini. Dia terpaksa berjalan seorang diri ke Haneul College dari rumah sewanya. Sunyi rasanya apabila terpaksa berseorangan tanpa si Boksoon yang ceria itu. Seola mengatur langkahnya menuju ke kelasnya. Dia terlihat kelibat Mark melintasi koridor yang berdekatan dengan kelas. Seola tersenyum dan memanggil nama Mark.

" Mark ! " Seola melaung nama Mark yang kelihatan diam sahaja. Mark memusingkan kepalanya dan memandang Seola yang memanggilnya. Dia kelihatan gelisah dan ingin berlalu dari situ dengan cepat. Seola berlari-lari anak mendekati Mark yang tercegat sahaja tanpa membalas laungannya atau menghadiahkannya sebaris senyuman. 

" Mark , awak nak kemana ? " Seola bertanya memandang Mark yang tidak langsung memandangnya betul-betul. Nampak gelisah sahaja.

" Saya.. saya nak ke tandas. Saya.. saya pergi dulu. " Mark berkata lalu meninggalkan Seola yang terpinga-pinga. Apahal dengan Mark tu? Kali terakhir dia berjumpa dengan Mark adalah pada beberapa hari lepas. Ketika Mark kelihatan lemah dengan luka-luka yang ada pada mukanya ketika itu. Dia tidak lagi berjumpa dengan Mark selepas kejadian tersebut. Itu adalah hari pertama dia berjumpa dengan Mark selepas kejadian itu. Mark kelihatan seperti ingin menjauhkan diri. Atau dia sahaja yang rasa sebegitu? 

 

                   ✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖

 

 

        Mark berlari menuju ke tandas. Dia meluru ke cermin di singki. Dia meletakkan beg sandangnya di tepi singki dan membuka paip singki tersebut. Dia membasuh mukanya dengan air dua kali berturut-turut. Mark memandang mukanya yang basah di cermin. Dia mengeluh seketika. Mark tidak tahu kenapa dia perlu lari daripada Seola. Mark tidak tahu kenapa dirinya tidak dapat menerangkan hal sebenar kepada Seola punca dia dipukul beberapa hari yang lalu dan mengapa dia perlu melarikan diri hari ini. Dia tahu Seola seorang gadis yang baik dan mungkin perbuatan dirinya ini akan menyakitkan hati Seola. Tapi kenapa dia perlu kisah? Seola bukan siapa-siapa padanya. Mark mengambil kembali beg sandangnya dan memakainya dibelakang. Ketika dia baru sahaja ingin memusingkan badannya untuk berlalu pergi, Jinyoung masuk ke tandas dengan senyuman. Dia menepuk bahu Mark. Mark memandang Jinyoung melalui pantulan cermin.

" Kau tak lupa janji kau kan? " soal Jinyoung.

Mark hanya mendiamkan diri. Tidak berani menuturkan sebarang kata ketika itu.

" Aku harap kau tak lupa. Aku anggap kau kawan aku , " kata Jinyoung sambil membasuh tangannya. Dia menutup pili air dan memberikan senyuman kepada Mark. Lalu dia berlalu pergi dari tandas itu. Mark memandang pemergian Jinyoung dengan keluhan berat. Dia kemudiannya meninggalkan tandas tersebut untuk masuk ke kelas. Loceng hampir sahaja berbunyi tanda waktu pembelajaran sudah bermula. Otaknya kian bercelaru memikirkan segalanya. Mark tidak dapat fokus belajar seharian kerana terlalu memikirkan keadaan yang dialaminya sekarang. Habis sahaja waktu belajar , dia terus pulang ke rumahnya. Dia tidak mahu bertembung dengan Seola pada hari itu dan tidak juga mahu mengikut Jinyoung lepak selepas habis kuliah. Dia perlukan ketenangan pada waktu ini.

 

                      ✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖

 

AUTHOR'S NOTE;

Late update , I've just started my second semester very soon. So I kinda busy to update this fics. I'll find some time to update this when I have no assignment to do or anything else. This chapter kinda short because my phone is running out of battery now. Anyway please keep vote for GOT7 in MAMA2016 , and don't forget to send your star to GOT7 ❤ See ya soon. Lots of love , Authornim.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet