Episode2;

what do you call the nice one in gangster group?

       Loceng tanda waktu rehat sudah tiba , sudahpun berbunyi 5 minit yang lalu. Seola menggengam erat smartphone nya dan berjalan meninggalkan kelasnya. Dia mengeluh ketika berjalan seorang diri menuju ke cafe Haneul College yang berada di tingkat 2 itu. Dia menyentuh skrin smartphone nya dan menekan icon Instagram pada skrin. Terpampan gambar Mummy dan Daddy nya yang baru sahaja dimuatnaik 3 jam lepas. 

" Mummy menikmati date dengan Daddy masa aku takde ye , " Suara Seola hampir tersekat ketika membebel. Dia begitu merindui Daddy dan Mummy nya yang sangat rapat dengannya ketika di New York. Sedang dia asyik menatap telefonnya sambil berjalan menuju ke kafe , dia terlanggar susuk badan seseorang yang berjalan secara bertentangan dengannya. Sekali lagi dia jatuh terduduk di atas lantai. Tangannya terasa begitu sakit sekali. Terdapat luka kecil dengan sedikit darah di tapak tangannya. ' Ah! Kalau dah keluar darah ni buat aku marah ni! ' marah hatinya. Dia segera bangun dan memandang lelaki yang melanggarnya tadi. 

 

'Eh , macam kenal je.' fikirnya. Otaknya cepat menangkap bahawa lelaki ini lah yang melanggarnya pagi tadi. Dia tidak pasti mana satu lelaki yang melanggarnya dalam 'gang' ini tapi dia tetap tidak berpuas hati. Seola menjeling setiap manusia yang berada dihadapannya. Dia terpandang lelaki yang memandangnya ketika dia jatuh tersungkur pagi tadi. 'Dia pandang aku macam tadi. Dia kesian ke , dia nak cakap padan muka ?' Seola tertanya-tanya. Lelaki tersebut betul-betul kelihatan tiada reaksi ketika itu. Emotionless. Dia menjeling lelaki yang berada dihadapannya sekarang. Dia seperti kepala kepada anggota anggota lain dalam kumpulan ini. 

" Kau ! Kenapa main langgar je orang ha ? Aku yakin, kau lah yang pagi tadi kan? Main langgar orang je. Kau fikir kau invisible enough ke nak langgar orang macam tu ? " Marah Seola. Ketika Seola menyebut perkataan 'invisible enough' , lelaki yang memandangnya pagi tadi itu tersengih menahan ketawa. Apahal? Rasanya Seola tidak mengeluarkan sebarang grammars error.

" Mworago ? Oh , kau lah yang jatuh macam nangka busuk depan pagar tadi? " ketua kumpulan itu berkata dan gelak sekuat hati bersama pengikutnya itu. Kecuali lelaki pelik itu.

" Jaga sikit mulut kau! " Seola menjeling dengan tajam lelaki itu.

" Kau tu yang patut jaga diri , aku boleh langgar sesiapa je yang halang jalan aku. Nerdy , orang kaya. Even a girl like you okay. " Dia tersenyum sinis dan meninggal Seola bersama pengikutnya itu. Seola memusingkan kepalanya untuk melihat lelaki tersebut. 'He's son of -----! Ugh' marah hatinya.

" Stop being brave enough to fight back , you only waste your time. " Kata lelaki pelik itu, yang masih belum beredar dari situ. Dia mengeluarkan 'handyplast' dari poketnya dan meletakkannya di dalam poket baju Seola. Seola terkejut dengan tindakan lelaki itu. Lelaki tersebut langsung tidak tersenyum atau mempunya reaksi muka apapun. Dia beredar dari situ mengikut kumpulan tadi.

 

     Orang ramai yang berada di sekeliling tempat itu mula berkata sesama sendiri. Ada yang memandang Seola dengan pandang kesian, ada yang memandang sinis. Ada yang memandang pelik. Mana tidaknya , dia baru sahaja bergaduh dengan lelaki entah siapa dia tidak kenal langsung. Boksoon meluru berlari ke arah Seola. Dia melihat luka pada tapak tangan Seola. Agak teruk kerana ianya berdarah. Boksoon mengambil keputusan untuk meniup tangan Seola. Seola terkejut dengan tindakan Boksoon, namun dia gembira kerana Boksoon begitu baik padanya walaupun sejujurnya tiupan itu agak menyakitkan luka ditangannya.

" Boksoon. Awak , awak kenal tak lelaki annoyi- maksud saya lelaki tadi. Awak kenal? " Tanya Seola.

" Kan saya dah cakap kat awak tadi , mereka tu bahaya lah. Jangan dekati mereka. " Boksoon menjawab dengan muka risau dengan Seola. " Lelaki yang awak marah tadi tu ketua kumpulan tu. Jinyoung. Dia paling menjengkelkan dan perangai paling teruk dalam kumpulan tu. " tambah Boksoon lagi.

'Hah! Dah agak tu ketuanya. Bukan setakat mengjengkelkan, dia juga perangai serupa dengan syaitan lah!' Marah hatinya. Dia memandang Boksoon yang masih membelek lukanya dan meniupnya beberapa kali.

" Seola , jom kita rawat luka awak ni dulu. Okay? " Boksoon bertanya. Seola menggangukkan kepalanya. Boksoon membawa Seola ke bilik rawatan untuk mendapatkan rawatan. Luka Seola perlu dicuci dengan antiseptik dulu untuk mengelakkan bakteria. Seola hanya mengikut Boksoon tanpa membantah. 

 

 

                  ✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖

 

 

Di bilik rawatan , Seola mendapatkan rawatan oleh Boksoon sendiri. Dia kelihatan mahir mengendalikan luka tersebut, jadi Seola hanya membiarkannya. Boksoon melekatkan 'handyplast' di tapak tangan Seola. Seola tersenyum kepada Boksoon apabila mata mereka bertemu.

" Awak tak takut ? " Boksoon bertanya. Tangannya sibuk menyimpan peralatan perubatan ke dalam kotak  bantuan kecemasan.

" Kenapa saya nak takut pulak? " Seola bertanya kembali. Apa yang dia nak takut kan? Tinggal bersendirian di Korea pun sudah cukup menakutkan baginya.

" Awak tak takut si Jinyoung tu cari awak dan balas dendam? Awak dah malukan dia tadi. " 

" Malukan dia ? Saya hanya bagitahu dia tentang hal pagi tadi. Tapi dia kurang ajar sangatlah! " Seola memasamkan mukanya. Memalukan? Lelaki tersebut yang sangat kurang ajar , kenapa pula dia dikatakan memalukan lelaki tu. Boksoon tergelak kecil mendengar jawapan Seola.

" Awak tahu , awak mungkin akan jadi mangsa dia lepas ni. " Boksoon bangun untuk menyimpan kotak bantuan kecemasan di rak yang disediakan dalam bilik rawatan itu.

" Saya.. saya tak takut! " Seola berkata. Walaupun sebagai seorang wanita , dia sendiri takut. Tetapi sebagai seorang dirinya sendiri , dia tidak takut akan apa yang berlaku nanti. Seola memandang Boksoon yang menyimpan kotak bantuan kecemasan itu. Dia ada soalan ingin ditanyakan. Dia meragui apakah patut dia tanya atau hanya berdiam diri. Tetapi dia sangat ingin tahu tentang itu.

" Awak nak tanya saya apa apa ke ? " Boksoon bertanya dan duduk ditepi Seola. Dia tersenyum tanda memahami ada sesuatu yang menggangu fikiran Seola.

" Macam mana ..awak tahu? " Seola pelik bagaimana Boksoon membaca fikirannya. Wah! Selain baik, dia juga hebat.

" Muka awak tu jelas sangat nak bertanya sesuatu , " Boksoon tersengih. Ya , riak muka Seola terlampau jelas sekali tengah nak bertanya. Seola menggaru keningnya yang tidak gatal dan tersengih dengan jawapan Seola.

" Awak , awak-- Awak kenal tak lelaki yang tak bercakap dengan saya tu ? Yang paling last sekali beredar dari tempat tu. " Seola bertanya dengan perasaan ingin tahu. Dia pelik dengan lelaki tersebut. 'Kumpulan tu punyalah dajjal, kenapa lelaki tu kelihatan baik baik sahaja ? Takkan dia suka aku kot? Masih terlalu awal untuk sebuah cerita drama. ' getus hatinya. Hati nya mula tidak senang dengan imaginasinya sendiri.

" Oh , lelaki tu. Dia tu Mark , dia pun dahulunya seorang pelajar pertukaran macam awak. Dia satu kelas dengan saya. Dia salah seorang anggota kumpulan tu. Tapi dia tak pernah buat jahat macam anggota lain atau macam Jinyoung tu. Saya pun tak faham kenapa dia ikut kumpulan tu, " Jelas Boksoon panjang.

" Dia tak lawan siapa siapa atau menyerang siapa siapa , tapi apabila mereka didenda kerana perbuatan mereka , Mark akan terima hukuman sekali. Saya tak faham betul dengan dia tu. Dia pendiam je orangnya. Setiap kali Jinyoung dan pengikutnya membuli atau memukul seseorang, pastinya Mark akan meninggalkan mangsa tu dengan handyplast. Atau dia akan tolong mangsa tu untuk bangun " tambah Boksoon lagi.

 

       Jauh disudut hati Seola, dia berasa lega kerana tanggapannya semua salah. Ya , masih terlalu awal nak buat drama gimik macam tu. Seola tersengih. Boksoon pelik memandang Seola yang tiba tiba sahaja tersengih seorang diri. Apa yang tak kena dengan cerita dia? 

Seola menyedari dirinya dipandang oleh Boksoon pelik. Dia tersenyum menampakkan giginya yang tersusun kemas. Seola mengajak Boksoon untuk menemaninya ke kafe. Dia lapar , dia belum lagi makan pagi ini kerana pergaduhannya dengan Jinyoung kepala batu tadi. Boksoon bersetuju untuk menemaninya ke kafe. Walaubagaimanapun, terima kasih kepada Jinyoung kepala batu itu, Seola dan Boksoon bertambah erat. Seola merasakan dirinya ada kawan yang dapat berkongsi cerita. Mereka berdua meninggalkan bilik rawatan dan menuju ke kafe.

 

               ✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet