Episode1;

what do you call the nice one in gangster group?

        Seola menuruni bas di perhentian bas terdekat dengan jalan yang menuju ke Haneul College. Bandar Seoul kelihatan begitu sibuk di pagi Isnin itu. Seola menikmati bayu pagi Isnin yang menampar lembut mukanya. Ini adalah minggu ke-2 nya dia bandar Seoul. Seola merupakan pelajar pertukaran baru daripada Hogarts College , New York. Dia masih belum menyesuaikan diri di bandar Seoul. Tetapi dia sudah mahir cara mengambil pengangkutan untuk ke Haneul College dari rumah sewanya. Dia tinggal bersendirian di rumah sewanya. Oleh sebab dia keseorangan sejak pertama kali menjejakkan kaki di Korea , dia belum ada seorang pun kawan. Dia juga belum mahir bahasa Korea , tapi dia tahu asas bahasa korea.

 

Mummy Seola merupakan warganegara Korea yang berkahwin dengan Daddy nya yang merupakan warganegara Amerika. Sejak mereka berkahwin pada tahun 1996 , mereka tinggal di New York. Seola membesar di New York sejak lahir. Mummy nya pernah menceritakan tentang keluarga besarnya yang menetap di Korea , tapi dia tidak terfikir dia akan menjejakkan kaki di Korea suatu hari nanti. Kenapa dia berada di Korea hari ini ? Mummy! Mummy ingin menghantarnya masuk ke Haneul College untuk belajar tentang seni dan budaya Korea. Katanya , dimanapun Seola dibesarkan , Seola sepatutnya tahu asal usulnya. Pada awalnya Daddy membantah kerana terpaksa berenggang dengan Seola , tapi akhirnya Daddy faham dan memberi peluang kepada Seola untuk belajar.

 

         Seola memandang sekelilingnya ketika dia berhenti di tepi jalan untuk melintas. Lampu isyarat menunjukkan warna merah untuk laluan pejalan kaki. ' Bosannya. Kan bagus kalau aku ada kawan di sini. ' getus hatinya. Dia melihat kereta yang laluan. Mukanya pun sudah bosan menunggu lampu isyarat. Kalau dia berada di New York sekarang, dia tidak akan sebosan ini menunggu lampu isyarat. Lampu isyarat sudah pun menunjukkan hijau untuk pejalan kaki. Seola bergegas berjalan melintas jalan. Ketika dia sudah sampai diseparuh lintasan zebra , dia memandang halmeoni tua yang nampak lemah di belakangnya. Lampu hijau sudah bertukar lampu merah. Tanpa berfikir panjang , Seola memimpin dan menolong halmeoni tua itu untuk melintas jalan. Kereta mula membunyikan hon kerana lampu hijau bagi laluan kereta sudah menyala , namun Seola menghalang laluan mereka. Mereka berdua akhirnya sampai di penghujung lintasan zebra. Seola senyum terhadap halmeoni tua itu dan meminta diri untuk pergi kerana dia sudah terlewat untuk ke sekolah.

" Aigoo , yeppeo. Terima kasih tolong nenek , " Halmeoni tua itu mengusap kepala Seola. Seola hanya membalasnya dengan senyuman dan menundukkan kepalanya tanda hormat.

" No problem , nek. " Seola membalas. Dia tersedar yang dia baru sahaja menggunakan bahasa inggeris. Dia terlupa yang dia berada di Korea sekarang. Dia perlu menggunakan bahasa Korea. Seola menutup mulutnya dengan jarinya. ' Halaaa- kenapa aku keluar bahasa inggeris pulak ni'. 

" Nek , saya pergi dulu. Saya dah terlambat ni , pergi dulu nek. "  Seola memeluk halmeoni itu dan menundukkan badannya tanda hormat sebelum dia bergegas berlari ke sekolahnya.

" No problem ? No problem mwondae? No-prob-lem. " Halmeoni itu keliru. Dia memandang Seola yang sudah berlari dan hilang pandangannya dalam sekelip mata. Dia menggelengkan kepala dan tersenyum. 'Masih ada gadis cantik dan baik di dunia ini' getus hatinya.

 

                  ✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖

 

          Seola sampai di depan pagar masuk Haneul College. Seola menarik nafas lega dalam keadaan tercungap-cungap selepas dia berlari dari tadi. Dia menyelitkan rambutnya yang terjuntai ke belakang telinganya. Dia menyelak lengan bajunya untuk melihat jam di tangannya. 7:45AM. ' Okay , lagi 15minit. ' Seola tersenyum gembira seperti orang gila. Tiba-tiba badannya dilanggar kuat dari belakang. Dia jatuh tersungkur ke depan. ' Who the heck is that ' marahnya. Dia melihat beberapa kaki yang melepasinya. Seola segera memandang ke atas. Dia hanya sempat memandang seorang lelaki yang kebetulan sedang memandang tepat kepadanya juga. Wajah lelaki tersebut tidak dapat ditafsirkan. ' Dia nak cakap padan muka kat aku ke , dia tengah kesian kan aku? ' soalan yang timbul dihati Seola. Tetapi dia tidak pasti dalam sekumpulan lelaki tadi, siapa yang berani melanggarnya dengan begitu kuat. Sekumpulan pelajar lelaki tersebut mula hilang dari pandangannya.

" Ya , awak okay ? " tiba tiba seorang pelajar perempuan berlari ke arahnya dan cuba menolong Seola untuk bangun. Dengan pertolongan gadis tersebut, Seola dapat bangun kembali. Dia melihat lututnya. Tiada kesan luka. Dia menilik pula tapak tangannya. Tiada juga kesan luka. Seola menarik nafas lega. 'Mujurlah takde luka.' Seola memandang gadis yang membantunya tadi. Dia tersenyum dan menundukkan kepala.

" Kamsahamnida. " Seola berkata. Terima kasih bantu saya tadi, saya tak tahu lah siapa yang teruk sangat langgar saya tadi, " tambahnya lagi; cuba menjelaskan apa yang berlaku.

" Mereka tu memang bahaya. " kata gadis tersebut.

Bahaya ? Bahaya apanya. Dayus okay langgar perempuan gitu. Seola tersengih sinis. Bahaya dan dayus tambah pengecut. Namun dia hanya mengganguk apabila gadis itu berkata. 'Wait , inilah peluang nak buat kawan!' getus hatinya. Seola memandang gadis itu.

" Anyway , saya Seola. Seola And... maksud saya , nama saya Lee Seola. " Seola menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan gadis tersebut. Harapnya gadis tersebut menyambut salamannya itu.

" Annyeong Seola-ssi. Saya Boksoon. " Gadis tersebut menyambut salaman Seola dengan senyuman. Boksoon membaiki kaca matanya dan melemparkan senyuman manisnya kepada Seola. Ya , boleh dikatakan Boksoon adalah gadis jenis 'nerdy' dengan kaca matanya dan cara dia mendandan rambutnya. ' Nevermind , she's kind tho. ' Seola berkata dihatinya.

" Saya pelajar pertukaran dari New York , saya baru je kat sini. Ni minggu ke-2 saya. Harap awak boleh tunjuk ajar kepada saya. " Seola berkata dengan peramah. 

" Pelajar pertukaran? Tunggu , awak dari luar negara !? " 

" Ne , saya dari New York City. " Seola berkata dengan senyuman manis.

" Wah seronoknya dapat kawan dari luar negara macam awak! " Boksoon berkata dan memeluk bahu Seola dengan tiba tiba.

Ka.. Kawan? Adakah dia baru sahaja diisytiharkan sebagai seorang kawan? Oh my god! That's cool!

Boksoon melepaskan pelukan kerana dia menyedari tindakan memalukan itu. Dia menunduk dan meminta maaf atas kelakuannya itu. 

" Awak kelas mana ? Jom masuk kelas " Boksoon berkata dan memegang tangan Seola lalu mereka mula masuk ke pintu pagar Haneul College. Mereka berbual sehingga sampai ke kelas masing-masing. 

 

                  ✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖✖

 

 

 

🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃

AUTHOR'S NOTE;

How about the first chapter ? I'm not very confident about this fanfics la. But I'm trying my best until my confident lost 😂

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet