Married Tapi Benci

Description

Siapa kata sepupu tak boleh kahwin? Buktinya mak aku sendiri nak jodohkan aku dengan anak Mak Ngah iaitu sepupu aku sendiri, Khairul Azriel, si lelaki poyo yang suka sangat sakat aku sejak kecil.

Kononnya kahwin dengan keluarga sendiri lebih senang, silaturahim bertambah erat, dan keluarga akan menjadi lebih besar. Siapa kata? Buktinya sampai sekarang aku dan Khai tak pernah satu kepala, asyik bertekak macam budak kecik, dan yang paling aku geram, aku selalu jadi mangsa buli dia. Dia aje yang asyik menang. Mana adil! 

Lagi satu, dia selalu ungkit pasal makwe dia depan aku macam aku pula yang jadi penghalang hubungan diorang selama ni. Apa dia ingat aku terdesak sangat nak kahwin dengan dia? Tolonglah dunia~ Nasib baik umi dia Mak Ngah aku sendiri yang banyak berjasa dengan keluarga aku.


 

"Kau jangan ingat aku suka kahwin dengan kau. Aku dah ada makwe, tahu tak?"

"Hei, aku pun tak hengenlah nak kahwin dengan kau. Pakwe aku lagi handsome dari kau!"

 

 

 

"Kau jaga adik aku betul-betul. Kalau aku dapat tahu kau lukakan hati dia, awas kau!"

"Baiklah abang iparku~" Tersenyum makna.

"Eh, apasal kau senyum macam tu?"

"Masha Allah, senyum itukan sedekah~"

 

 

 

Cubaan pertama:

"Uhm...arr...kau kata kau ada pakwe?"

"Menyibuk!"

 

Cubaan kedua:

"Kau pulang malam-malam ni, mesti keluar dengan pakwe. Siapa nama dia?"

"Jangan sibuk hal oranglah."

 

 

Cubaan ketiga:

"Aku sebagai suami kau berhak tahu siapa kawan lelaki kau."

"Eh' heh, kesah pula aku."

 


 

Kenali orang-orang yang ada dalam hidup aku

Khairul Azriel, 21 tahun. Kalau nak tahu, inilah lelaki yang paling aku benci dalam dunia ni( Sorry, Mak Ngah). Perangai dia berlagak nak mampus! Dia suka sangat sakat aku lebih-lebih lagi bila dia tahu kelemahan aku. Semua kata-kata yang keluar dari mulut dia tak pernah gagal buat telinga dan hidung aku berasap. Betapa geramnya aku dengan lelaki ni. Tapi senakal-nakal Khai dekat kampus, dia sebenarnya hormat orang tua sampaikan dia ikut aje cakap Mak Ngah bila dia nak dijodohkan dengan orang lain, bukannya makwe minah salleh dia tu.

Mohd. Badrul Afiff, 22 tahun. Sebenarnya nama samaran Badrul ialah Baki. Entahlah macam mana boleh terpesong jauh jadi Baki. Dia ni kawan karib aku. Kami memang tak pernah berenggang bila dekat kampus. Di mana ada aku, di situ ada dia. Ada satu rahsia aku nak bagitau. Percaya atau tak, Baki ni crush aku masa mula-mula masuk kolej dulu sebab dia orang pertama yang tegur aku. Makin lama, aku perasaan dia cuba nak rapat dengan aku. Aku pun ingatkan dia dah tangkap cintan dengan aku...rupa-rupanya, hampeh! Dia nak rapat dengan aku sebab dia suka abang aku. Terduduk mak dibuatnya~ Mula-mula aku tak faham apa yang dia cuba sampaikan. Bila aku perah otak aku yang berkarat ni, barulah mak faham, Baki ni sebenarnya gay. Waduh! Hancur berkecai hati aku. Satu bulan tak boleh move on.

Mohd. Farhan, 23 tahun. Abang Pa'an satu-satunya keluarga aku yang paling sayangkan aku lebih dari segalanya di dunia ni mengalahkan mak dengan abah. Dia sangat ambil berat pasal aku sampaikan kadang-kadang cara dia tu dah melampau. Satu perkara aje yang aku tak berkenan pasal abang Pa'an, dia terlebih protective. Semua aktiviti aku dia nak soal siasat macam polis. Abang Pa'an tak garang, tapi tegas. Ketegasan dia tu lah yang buatkan aku takut dengan dia. But mostly, aku lawan je cakap dia.

Sekarang, aku pula.

Nama aku Mia Amelia, 21 tahun. Orang panggil aku Mia. Cuma seorang je yang panggil aku Maya iaitu 'ehem-ehem'. Tak tahu kenapa. Aku gadis biasa-biasa saja. Nak kata cantik, tak lah secantik Neelofa. Nak kata comel, tak lah secomel Nora Danish. Tapi satu perkara yang pasti, aku ni anak mak. Sangat manja. Jadi itulah satu-satunya daya tarikan aku di mata lelaki. Kalau nak tahu, dulu aku ni agak 'rosak' sedikit. Tak lah teruk sampai buat perkara haram. Tapi kawan-kawan aku 'ya'. Aku cuma sekadar ikut lepak dan berhibur tapi belum sampai tahap minum dan makan benda haram. Semenjak peristiwa abang Pa'an heret aku keluar dari kelab malam, di situ aku mula berubah. Alhamdulillah, kini aku mula berhijab. Lebih-lebih lagi bila Mak buat keputusan drastik iaitu...kahwinkan aku!


 

 

Bila dua insan yang tidak sehaluan disatukan sebagai pasangan suami isteri, lepas tu tinggal sebumbung, pergi ke kolej yang sama, terpaksa berlagak bahagia di hadapan keluarga, mustahil perasaan cinta tak akan berputik? 

"Awak janji dengan saya, awak tak boleh jatuh cinta dengan saya."

"Jadi, janganlah buat saya jatuh cinta dengan awak."

Foreword

Storyline inspirasi dari beberapa bual novel.

Mostly berlatarkan masyarakat melayu dan islam. 

Bahasa yang digunakan tidak menepati laras bahasa melayu.

Macam mana nak ingat watak? 

Ingat Khairul, ingatlah Kai.

Ingat Park Chanyeol, ingatlah Pa'an.

Ingat Baeki/Baekhyun, ingatlah Baki.

Hehehe, senang je kan. Anggaplah je lah diorang dah masuk islam XD

Jangan lupa suscribe dan komen :)

Comments

You must be logged in to comment
1004ngel #1
Chapter 2: Yeah!saya suka cerita ni
buatlah double update
amat dialu-alukan
hehe
lyanaesyaz #2
Chapter 2: best..please update
1004ngel #3
Chapter 1: Suka chapter ni.lawak betul la :D
Dreamwalkerxx #4
Chapter 1: huhu sy suka sy suka. update lg !
Syifiqifa01 #5
Akhirnya, jumpa jugak cite mcm nii
Syifiqifa01 #6
Chapter 1: Bestnye!!! Please update lagi... xsbr nk tengok diorang gaduh...