Part. 2

Married Tapi Benci

"Aduh, macam mana ni Baki? Kau kena tolong aku, Baki. Aku tak reti masak." Sambil aku duduk atas mangkuk tandas, sambil itu aku goyang-goyang kaki. Gemuruh. Baki adalah orang pertama yang aku call lepas kemas bilik tadi. Sebab sekarang aku tengah gelabah, aku dah janji dengan Mak Ngah yang aku akan masak, masalahnya aku mana reti masak. Malulah aku.

"Aku nak tolong macam mana Mia, bukannya aku boleh pergi sana tolong kau masak. Lagi pun aku sendiri tak tahu masak."

Aku gigit kuku, cuba paksa sel-sel otak aku yang dah lama tak berhubung ni untuk berfungsi, "Baki, kau bawa aku keluar jalan." Hah kan, terkeluar juga idea aku yang paling bernas.

"Kau gila Mia!" Terdengar Baki menjerit di seberang talian. "Tak kanlah aku nak bawa bini orang keluar rumah. Sekarang dah tak sama, kau dah jadi milik orang." 

Aih dia ni, bukannya nak support aku pun. Aku tengah runsing ni, runsing!

Tab! Tab! Tab!

'Oh mak kau!' Kurang hajo! Sikit je lagi telefon aku nak terlepas gara-gara terkejut dengan bunyi ketukan pintu tu.

"Mia! Kau buat apa dalam tandas tu lama sangat? Kau sembelit ke apa? Aku nak guna sekarang, aku dah tak tahan ni." Khai menjerit dari luar. Aku ketap gigi dengan geram. Macamlah tak ada tandas lain. Ish, tak bagi chance orang langsung!

"Kejaplah!" Aku menjawab geram kemudian beralih pada telefon sambil berbisik, "Baki, aku letak dulu. Mamat sengal ni asyik ganggu kenteraman aku." 

Terdengar Baki terkekeh. Kami pun tamatkan panggilan setelah Baki ucapkan 'kata-kata pujangga' dekat aku. Lantas aku bangkit, lepas tu tarik flush, dan keluar dari situ. Sebaik buka pintu, Khai dah tercongok depan pintu dengan tatapan serius dia. Aku pun tak nak kalah, aku pandang je mata dia. Sampaikan bila kami berselisih, kami masih tetap berlawan mata, dan last-last bila Khai dah masuk tandas, terus aku bagi penangan meluat dekat dia, "Hmph!" Jelingku dengan angkuh dan terus pandang depan. Khai tutup pintu dan terdengar kekehan dari dalam tandas.

Tak guna! 

"Hari ni ayah nak bawa semua makan dekat luar. Untuk sambut kedatangan menantu kesayangan kita, Mia."

Yahooo!!! Aku tak payah masak! Aku gembira tak terkata wei! Sampaikan aku nak melompat-lompat macam Crayon Pop sejurus mendengar ayat tu. Ya Allah, terima kasih Pak Ngah! I love you Pak Ngah! Jasamu akan Mia kenang sampai bila-bila!

"Kau dah kenapa tersengih-sengih macam tu?" Bisikan Khai buat aku tersentak. Bila aku sedar, pipi aku terus merona merah, tapi aku control cepat-cepat. "Kau sukalah kan tak payah masak. Sebab kau memang tak tahu masak. Pfftt..." Terkembung-kembung pipi Khai menahan ketawa dekat pintu masuk ruang tamu. Aku yang berdiri di sebelah kiri pintu ni dah terkumat-kamit menyumpah di dalam hati.

"Kau apa tahu?" Aku tak nak kalah.

"Tahulah." Khai tersengih mengejek. "Abang Pa'an dah bagitahu aku yang kau tak reti masak. Rebus air pun kering. Kahkahkah!" Khai dah tak ingat dunia ketawakan aku sambil cover mulut dia dengan buku lima, dan sebelah tangan lagi memegang perut.

Ugh! Geramnya aku! Pipi aku panas menahan malu. Abang Pa'an pun satu, yang dia pergi cerita dekat Khai, apa hal? 

Aku baru je nak bantah, tapi Pak Ngah dah menyelah dulu,

"Hah Khai, tolong bawa masuk barang-barang ni," Ujar Pak Ngah yang tengah tutup pintu belakang kereta setelah mengeluarkan beberapa plastik putih. Mungkin barang-barang dapur. Dengan sisa ketawa yang masih ada, Khai berganjak dari pintu untuk membantu Pak Ngah. Masa tu juga dia diserbu oleh dua orang budak kecik yang baru keluar dari kereta. Yang kakak mungkin dalam umur empat tahun? Adik pula tiga tahun? Alahai, kemetotnya~

"Uncleee!!!" Dengan girang diorang peluk kaki panjang Khai. Sebelah menyebelah. Khai nampak happy, senyuman dia melebar, dia terus membongkok dan peluk kedua-duanya dengan akrab. Aku tanpa sedar tersengih bila tengok interaksi Khai dengan budak-budak. Comel... Comel? Apa kejadah Mia?!

"Yeahhh, Asher dan Kakak dah balik~" Ujar Khai meria. Automatik kedua-duanya melompat dan bergayut di bahu Khai membuatkan Khai hampir terjatuh dengan tindakan meluluh tu. Dengan tak percaya Khai gelak. Aku yang dari tadi tengok pun ikut sama tergelak. Okay, seriously Mia, kau kenapa? Khai baru je lecehkan kau tadi. Ingat tu.

"Kakak, Asher," Pak Ngah bersuara, "Kalau dah dua-dua gayut dekat uncle, macam mana uncle nak angkat barang?"

"Takpe ayah, saya boleh angkat." Khai ambil juga plastik dekat tangan Pak Ngah sambil membawa dua budak kecik di sebelah menyebelah tangan dia, yang dah melekat macam Koala. Budak lelaki yang 'tecik dan tomei' tu menyandarkan pipi pau dia di bahu Khai, dan tenung aku agak lama sambil hisap ibu jari. Tak lama lepas tu, tiba-tiba dia tersenyum aca-aca malu pandang aku.

Ya Allah, comelnya! Kau tunggu budak, kejap lagi kakak Mia gomol ye. 

Oleh sebab aku asyik sangat perhati budak-budak tu, aku tak terfikir pun tolong Khai angkat barang. Kahkahkah!

Khai lalu di pintu, aku ketepi bagi laluan. Masa tu juga aku hai budak kecik tadi tanpa suara. Automatik dia membenamkan muka dia dengan malu pada bahu Khai. Eee, aku gigit kang, baru tahu.

Khai menoleh bila perasan aku terlebih excited, terus aku berdehem kawal expression.

"Dua Koala ni anak Kekna. Ambiklah." Pelawa Khai bila nampak aku suka budak-budak. Fuh, aku pun apa lagi, aku tak akan sia-siakan peluang ni. Muahaha, habislah budak ni aku gomol.

Makan malam di 'Restaurant Atmosphere' berjalan dengan meria, restauran moden yang menyajikan sajian kampung. Malam ni kami bertujuh semuanya termasuk Asher, Taylor si Kakak, dan Kekna iaitu kakak Khai. Alhamdulillah, malam ni aku dapat menikmati hidup aku dengan aman sebab aku tak banyak bercakap dengan Khai. Khai lebih banyak berinteraksi dengan Kekna, diorang ni memang rapat sejak kecik, dan nasib baik aku pun dulu selalu main masak-masak dengan Kekna, jadi kami memang dah sedia rapat. Taylor dan Asher pula ialah anak Kekna, suami dia orang America, sebab tu lah aku tak pernah jumpa dua orang budak kecik tu, diorang menetap di America selama ni.

"Kau masih suka sakat Mia ke Khai?" Soalan penuh gurauan dari Kekna itu buat aku berhenti menyuap. Tapi Kekna tak sedar sebab dia tengah melayan karenah Asher.

Khai tergelak, "Sakat manja-manja je kak." Jawab Khai selamba yang duduk depan aku dan terus hadiahkan senyuman sinis. Manakala Kekna, Taylor, dan Asher duduk sebaris dengan aku. Pak Ngah dan Mak Ngah pula sebaris dengan Khai.

Manja-manja kata Khai? Taik hidung masin dia!

"Dulu Kekna selalu jadi orang tengah bila korang bergaduh. Kau suka sangat ejek Mia. Sampai menangis anak orang dibuat kau Khai." Kekna terkekeh mengimbau kenangan lama, "Kekna risau juga kalau korang dah besar, Khai masih suka sakitkan hati Mia. Tub tub dah kahwin pun hah." Kekna tergelak lagi, Khai pun tergelak sama, sedikit bangga. Nak tak nak, aku pun ketawa buat-buat. Buat sesi 'throwback' pula dah Kekna ni.

"Takpe Mia, orang cantik memang selalu kena sakat. 'Dia' sengajalah tu nak tarik perhatian Mia," Kekna mengenyitkan mata dia sedikit mengejek ke arah aku. Aku pula dah kembang semangkuk kena puji macam tu. Kehkehkeh!

"Ceh, tak ada maknanya Kak."  Gumam Khai dengan senyuman kosong. Bagi dia tak ada makna, tapi bagi aku ada makna, tahu tak!

Selesai makan malam, kami terus pulang. Dengan sedih aku tinggalkan Taylor dan Asher sebab diorang tak balik rumah Mak Ngah, Kekna ada rumah sendiri, waktu siang je Kekna hantar anak dia dekat Mak Ngah sebab Kekna dan husband dia kerja.

Bila sampai rumah, aku terus masuk bilik. Kenyang, penat, mengantuk, bila semuanya bergabung dan meletup, keluarlah penyakit malas aku. Dengan sukacitanya aku bersandar di kepala katil sambil layan Youtube guna earphone. 

'Shimme shimme ko ko bop, i think i like it~' 

"Kyaaa! Handsomenya! Aih, kenapalah kau handsome sangat!" Bila fangirling aku dah keluar, tak ada siapa yang mampu tutup mulut aku. Hahaha! Aku excited gila nak mampos bila nampak 'boyfriend' aku. Jangan disangka aku tak ada skandal, cuma dia tinggal kat Korea, dan tak sedar dengan kewujudan aku!
 
'Matgigo soricheo, oh oh ohh~ urin oh oh ohh~'

"OMG! OMG! My heartue~" Aku fangirling lagi. Merah-merah muka aku sebab excited. Yang aku tak sedar, Khai tengah menyilang dada di seberang katil, berdiri sambil perhatikan aku dengan pelik.

"Apa yang best sangat tu?" Soal dia curious. Aku buat-buat tak dengar sebab tengah pakai earphone. Jadi aku teruskan tersengih-sengih macam orang angau. Biar dia geram seorang-seorang. "Mia," Selamba badak Khai merangkak atas katil dan tarik earphone aku. Aku ketap bibir, dan bagi dia renungan tajam, "Ish! Boleh tak kalau dalam sehari kau tak kacau aku? Kau ni tak boleh tengok aku bahagia lah." Aku merungut geram. Earphone yang masih terpasang di sebelah telinga kiri aku cabut.

"Tak nak, aku tetap nak kacau juga. Aku suka tengok kau sakit hati. Rasa dia macam 'aku berjaya tackle hati perempuan' untuk jadikan girlfriend. Hah, macam tu lah kau buat aku rasa bila kau marah." Khai mengangkat bahu selamba. Hidung aku dah kembang kempis macam gunung berapi nak meletup. Lantas aku capai bantal putih di antara kami dan pukul tepat dekat muka Khai hingga dia mendengus geram. Seketika itu juga Khai ragut telefon aku, "Apa yang kau tengok tadi?"

"Khai!" Aku cuba rampas balik, tapi Khai mengelak dan tepis tangan aku setiap kali aku nak rampas, "Aku cuma nak tengok kejap pun tak boleh. Apa yang kau nak berahsia sangat," Gumam Khai selamba. Bertambah-tambahlah aku geram. "Mana boleh! Itu 'Boyfriend' aku! Kau tak boleh tengok," Aku semakin kasar tarik tangan Khai, Khai pula berusaha menjauhkan tangan dia, sampai aku tak sedar yang aku dah naik atas Khai dan terkangkang atas paha dia yang tengah bersandar di kepala katil, "Bak sinilah! Bagi aku!" Aku cuba capai sebelah tangan Khai yang tengah pegang telefon tu, tapi Khai jauhkan tangan dia kat udara. Aku tinggikan badan aku dan genggam pergelangan tangan dia. Entah sengaja atau tak, dia tolak tangan dia kat belakang sampaikan aku nak rebah dan hempap dia, tapi aku tahan sepantas kilat menggunakan kedua tangan aku yang kini berada di sebelah menyebelah kepala dia. Dengan nafas yang tercungap, aku terpaku menatap Khai yang kini hanya satu inci saja dari muka aku.

"Got you," Khai tersenyum senget, aku masih tak berganjak, otak aku blank, dada aku berdebar-debar. Mata dia, hidung dia, semuanya tersangat dekat. 'OMG, Mia! Sedar Mia!' 

"Aku nak tagih hutang aku," Senyuman masih belum pudar dari bibir Khai. 

Hutang?

'Kau hutang aku satu ciuman...'

Yaishhh!!!

Tub!

Belum sempat menjerit mahupun berdiri, pintu bilik sudah terbuka. Dengan serentak aku dan Khai menoleh, Taylor dah terpacak depan pintu dengan senyuman makna, "Eee, Uncle dan Kak Mia tak malu~" Taylor terkikik dan terus melarikan diri.

What? Bukan diorang dah balik ke? Dengan panik aku dan Khai bubar dari posisi kami, lantas aku berdiri dan berlari kejar budak kecik tu, "Wait, wait, Kakak! Jangan cakap apa-apa! Tunggu Kak Mia!"

Aduh, mampuslah aku!


  
Bersambung...

 

 

 

 

 

Hai, saya tak pernah update pun cerita ni kan? Macam satu tahun dah berlalu. Hahahahah XD Ada lagi ke siapa2 nak baca? Sebab saya mcm nak buat double update...

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
1004ngel #1
Chapter 2: Yeah!saya suka cerita ni
buatlah double update
amat dialu-alukan
hehe
lyanaesyaz #2
Chapter 2: best..please update
1004ngel #3
Chapter 1: Suka chapter ni.lawak betul la :D
Dreamwalkerxx #4
Chapter 1: huhu sy suka sy suka. update lg !
Syifiqifa01 #5
Akhirnya, jumpa jugak cite mcm nii
Syifiqifa01 #6
Chapter 1: Bestnye!!! Please update lagi... xsbr nk tengok diorang gaduh...