Part. 1

Married Tapi Benci

 

MIA'S POV

 

Hidup ini terlalu singkat untuk kita sia-siakan. Kata orang, hidup cuma sekali. Jadi jangan pernah takut untuk mencuba perkara baru supaya kita tak akan pernah menyesal. Memandangkan aku masih muda, perjalanan masih jauh, jadi apa kata,

Kita enjoy!

'Bultaorune! Fireee!!!' Lagu K-Pop berkumandang di dalam bilik tidur. Aku mengenakan sentuhan terakhir pada bibirku dengan mencalitkan gincu berwarna oren seraya melihat jam dinding. "Jam 12.00? Rasanya abang Pa'an dah tidur ni..." Aku bermonolog sendirian. Risau. Kalau abang aku masih tengok bola dekat ruang tamu, atau bola tu yang tengok abang aku sebenarnya, alamatnya tak dapatlah aku nak keluar rumah. Boleh je aku lompat tingkap kalau terdesak sangat, tapi masalahnya aku ni gayat.

Seminit sebelum Baki jemput aku dekat pagar rumah jiran sebelah punya sebelah— sebab tak nak mak abah aku tahu— aku menyambung semula menghadap cermin, menyemburkan minyak wangi Victorias Secret, lalu berjalan ke arah pintu untuk buat sportcheck.

Melalui pintu bilik, aku boleh nampak semua keadaan ruang tamu dekat bawah kerana ianya kawasan terbuka. Hanya ada beranda serta tangga ala-ala Cinderella yang menghubungkan ruang tamu.

Tak ada bunyi TV, aircond dah tutup, lampu dah dikecilkan. 'Yes! Line clear!' Apa lagi, aku terus ambil heels dan beg tangan aku di dalam bilik kemudian turun tangga senyap-senyap tanpa mengeluarkan sebarang bunyi tapak kaki. Apabila aku selamat keluar dari dalam rumah, aku terus berlari ke pagar dengan berkaki ayam. Tengok, clubbing punya pasal, aku sanggup redah lautan api. Ek'eleh, terkena percikan air panas pun dah melatah.

Dari jauh, aku dah nampak lampu belakang kereta milik Baki di depan pagar jiran sebelah. Punyalah excited aku nak buka pagar, ingat dah settle semua halangan, rupa-rupanya pintu pagar bermangga. "Oh damn!" Aku mengetap gigi. Geram. Dah lah pagar rumah abah aku ni tinggi mengalahkan Kwangsoo, aku pula acrophobia. Aduh, masalah betul.

Tanpa membuang masa, aku menelefon Baki, menyuruh dia menjadi hero untuk semalam hanya untuk menyelamatkan aku yang terperangkap macam Rapunzel ni. Konon!

"Panjat je, yakin cakap aku." Baki sudah bercekak pinggang di sebalik pagar. Aku pun tak ketinggalan bercekak pinggang di pagar sebelah." Kalau ada apa-apa terjadi, aku tanggung. Sekarang ni, panjat dulu. Aku sambut kau dekat sebelah." Tuu dia, Baki mula mengeluarkan ayat-ayat gentleman-nya.

Aku mengeluh. Aduih, lawak betul aku rasa situasi kami sekarang ni. Memandangkan Baki dah bagi jaminan, aku ada keyakinan sikit. Tapi sebelum aku panjat, aku pandang kiri kanan, mana tahukan jiran sebelah tengah mengendap anak-beranak dekat tingkap. Tak pasal-pasal buat laporan dekat mak aku. Ahli mesyuarat tingkap lah katakan. Lepas tu, aku pandang jendela bilik abang Pa'an dekat belakang pula. Gelap.

Okay, aku panjat.

"Kalau kau nampak benda yang tak sepatutnya, kau diam-diam je, okay. Buat-buat tak nampak." Apa yang aku maksudkan ialah sekarang ni aku pakai dress pendek. Comfirm terserlah punya paha aku. Tapi Baki hanya tersenyum senget.

Berkat kaki aku yang panjang lagi putih melepak, akhirnya aku berjaya atasi acrophobia aku. Baki mendongak ke atas, cuba nak sambut aku, tapi aku pula yang malu terkangkang-kangkang menampakkan benda yang tak sepatutnya. "Eee, janganlah tengok atas." Aku merungut.

"Habis aku nak tengok mana? Tengok bawah sambil sambut kau? Turun je lah. Aku tak bernafsu pun tengok kau yang cekeding ni." Ujar Baki sambil menghulurkan tangannya. Kureng! Aku tahulah dia tu gay, janganlah perli aku.

Berapa langkah lagi nak sampai bawah, aku dah tak sabar nak berpijak di bumi sebab gayat, akhirnya aku lompat terus dekat Baki. Eh'eh ngam-ngam pula aku jatuh dalam dakapan dia. Posisi kami pula sangat perfect. Baki tengah memeluk pinggang aku, dan aku pula berdiri di hadapan Baki sambil pegang bahu dia.

"Baki, cuba kau fikir balik, kau suka aku atau abang aku?" Sempat lagi aku berdrama.

"Mia..."

"Baki, kau perfect sebagai lelaki. Percayalah."

"Mia, i am for who i am. Kalau aku nak berubah, bila-bila masa aku boleh berubah. Tapi aku pilih jalan ni."

"But i love you so much. Aku sanggup tolong kau berubah, Baki."

"...and i love you too. As a friend..."Baki terkeluh. Buat seketika, hanya mata saja yang berbicara...

Sesaat...

Dua saat...

Tiga saat...

"Bwahahahaha!" Kami tergelak serentak dengan terbahak-bahak. Aku memukul bahu Baki bertubi-tubi sebab aku dah tak tahan, lawak sangat! Tak ada maknanya kami nak buat drama Melayu! Ini semua poyo! Dah nama pun satu kepala, apa yang aku buat, semua Baki layan. Walaupun 99.9 peratus apa yang aku cakap tu betul, tapi tu semua cuma sekadar gurauan.

"Eh, shhh!" Aku meletakkan jari di bibir apabila aku sedar yang suara kami sangat kuat. Baki menekup mulutnya serta merta dan cuba mengawal ketawanya.

"Dah, jom!" Ujarku dengan nada berbisik dan terus menarik tangan Baki memasuki keretanya.

Lagu rancak 'New Thang' yang dipopularkan oleh Redfoo itu menghangatkan suasana di dalam pub. Kebetulan hari ni ada event besar, jadi orang ramai berpusu-pusu datang ke sini.

Di atas pentas, kumpulan penari Bambino yang didatangi khas dari Korea tengah rancak menari diiringi muzik dari DJ Soda. Pelbagai ragam manusia tak bertamadun boleh dilihat pada saat ni. Di situlah korang boleh tengok para lelaki mendominasi bahagian depan stage. Tapi aku dan member perempuan aku yang lain hanya duduk santai di kerusi VIP.

"Babe, Baki mana?" Aku terpaksa mendekatkan mulut ketika bercakap sebab keadaan memang sangat bising. Kalau tak, confirm suara aku akan tenggelam dalam lagu yang dimainkan.

"Apa? Tak dengar!"

"Baki! Baki mana?" Orang sibuk enjoy, aku pula tanya mana Baki sebab dari tadi aku tak nampak batang hidung dia.

"Entah." Kawan aku mengangkat bahu. "Mungkin dia tengah cari lelaki hot kot." Selamba dia bagi jawapan. Aku mengerutkan dahi sebab aku tak suka dengan jawapan tu. Okay, nampak ke-jelous-san-nya di situ. Akhirnya aku berdiri untuk mencari Baki. Tidak jauh dari tempat aku tadi,  tiba-tiba tangan aku direntap dan ditarik ke suatu sudut dengan sangat pantas.

Rupa-rupanya, "Baki?" Aku terkejut. Muka Baki macam kena kejar hantu, tak pun kena kejar lelaki yang dia usha tadi sebab lelaki tu ingat Baki bertebiat? Fikirku.

"Mia! Masalah besar-" Baki nampak cemas. Okay, aku mula tak sedap hati. "Besar mana?" Soalku. Tapi belum sempat Baki memberi jawapan, seorang lelaki tinggi lampai yang muncul entah dari mana terlebih dahulu menarik tangan aku.

'OMG! Abang Pa'an!' Mata aku terbeliak serta merta. Seram sejuk satu badan. Macam mana abang aku boleh ada dekat sini?!

"MIA! THIS IS TOO MUCH!" Tengking abang Pa'an dengan matanya yang membuntang membuatkan aku rasa macam nak pengsan serta merta di tempat kejadian. Menggerunkan. Melalui tubir mataku, Baki juga dua kali lima panik macam aku.

"A-aba-abang!" Aku tergagap-gagap. Kaki aku dah terketar-ketar macam Tok Wan. Menyesal pula aku ejek Tok Wan selalu. Kan dah berjangkit.

"Astagfirullahalhazim." Abang Pa'an memegang dahi dengan kecewa. "Mia! Abang tak suka kau pergi tempat macam ni!" Lantas abang Pa'an memegang kedua-dua bahu aku. Serentak dengan itu dia melihat aku dari atas rambut hingga hujung kaki. Aku kaku dan hanya mampu memandang matanya tanpa berkelip, dan baru sedar aku tak bernafas.

"Tsk...tsk..." Abang Pa'an tergeleng-geleng tengok pakaian aku yang menjolok mata. Baru timbul perasaan malu aku berpakaian terdedah di hadapan abang Pa'an.

"Ni! Pakaian ni, apa ni? Apa yang kau pakai ni Mia? Ya Allah! Kau sengaja nak bagi laki tengok badan kau puas-puas ke apa?! Dari mana kau belajar semua ni?! Sekarang ikut abang! Abang nak serah kau dekat balai polis!"

Balai polis? Apa kejadah?! Aku dah buat kesalahan apa?!

Lantas tangan aku diheret. Aku panik dan tak tentu arah! "Abang Pa'an! Mia tak nak! Mia tak nak!" Tangisku sambil meronta-ronta melepaskan tangan aku dan sebelah lagi berpaut di lengan Baki. Keadaan mula kucar-kacir. Nasib baik orang-orang di sekeliling semuanya buat tak kisah. Malu wei!

"Mia! Jangan melawan!"

"Tak nak!" Aku menggeleng-geleng sambil menangis. Kemudian aku merentap tangan aku dengan segala kudrat yang ada sehingga terlepas. Dengan pantas aku berlindung di belakang Baki sambil memegang bahunya. 'Baki, tolong aku!' Aku meronta di dalam hati.

"Mia!" Tanpa teragak-agak abang Pa'an merempuh ke arah Baki untuk menarik aku sehingga aku menjerit tanpa disengajakan. Tapi Baki sempat menghalang.

"Bro! Lek bro! Ben-benda ni boleh bawa selesai." Baki yang kini berdiri di tengah berusaha menenangkan abang aku tapi nampaknya abang aku ni jenis yang tak makan saman.

"Kau!" Abang Pa'an menuding jarinya di hadapan Baki dengan renungan tajam. "Ke tepi! Jangan masuk campur dalam keluarga aku! Kau tak malu ke bawa anak dara orang keluar malam, hah? Sebab orang-orang macam kau ni lah yang buat adik aku jadi rosak! Sekarang ke tepi!" Dengan sekali cubaan saja abang aku menolak Baki sehingga dia terpelantingng. Aku cuak! Aku nak lari mana?!

"Abang Pa'an! Ampunkan Mia!"

"Ikut abang! Biar mak ngan abah tengok macam mana perangai sebenar kau selama ni! Abang sanggup masukkan kau dalam pusat pemulihan asalkan kau tak terlibat dengan maksiat!"

"Mana ada! Mia tak pernah buat maksiat! Sumpah! Mia tak tipu!" Ujarku bersungguh-sungguh. Aku tak nak masuk pusat pemulihan wei!

"Sudah!" Sekali lagi abang Pa'an merentap tangan aku. Baki cuba selamatkan keadaan dan sekali lagi tangan aku terlepas. Lantas aku bertapuk di belakang Baki dan memeluk pinggangnya dari belakang apabila abang Pa'an cuba menarik aku. Tubuh Baki tertolak ke depan dan ke belakang mengikut pergerakan aku.

"Ahhh Mia minta ampun! Sumpah Mia tak buat lagi! Herrrrr....Mia tak buat lagi!" Aku menangis sambil mengeratkan lagi pelukan aku pada Baki.

"Tiada ampun bagimu!"

"Tidakkkk!!!"

"Miaaaa! Wei, apahal ni peluk-peluk? Kau dah kemaruk sangat ke nak buat benda tu?" Suara Kai menerobos pendengaran telinga aku menyebabkan aku terjaga serta merta, dan benda pertama yang aku nampak sebaik muka mata ialah belakang Khai, dan yang mengejutkan lagi aku tengah peluk pinggang dia. Mak aih! Apa ni?!

"Apa kau buat dekat bilik aku?! Macam mana kau masuk?!" Aku terduduk lantas meletakkan kedua-dua tangan aku dekat dada dan pandang Khai macam dia ialah perogol bersiri. Sumpah! Aku terkejut sangat-sangat dengan keberadaan Khai dalam bilik aku. 'Apa yang berlaku ni? Kenapa aku tak ingat apa-apa?' Bila masa Khai ada dekat rumah aku pun aku tak tahu. 

Ttak!

"Aduh!" Mata aku tertutup disaat Khai mejentik dahi aku. "Sakitlah!" Aku memarahinya sambil menggosok kesan jentikan yang mula rasa gatal. Suka hati dia je.

"Hello Mak Cik, kau yang meracau macam kena sampuk jin, lepas tu kau peluk aku, sekarang ni kau tak puas hati dengan aku pula? Ek'eleh. Cepat pakai tudung, kita nak check out hotel."

Hotel? Aku terkial-kial. Patutlah sejuk semacam.'Wait, wait...HOTEL?' Apa kejadah?! Aku masih mimpi ke?! Pantas aku mengangkat selimut yang menutupi tubuh aku untuk memastikan aku masih berpakaian. 'Phew, nasib baik selamat.' Tapi apa aku buat dekat hotel dengan lelaki ni?!

"Huh?!" Lantas aku berundur ke belakang sambil menarik selimut dan memandang Khai macam orang dilanda trauma. 'Ya Allah...tak kan lah aku dah...' Aku terkedu. Jantung aku berdegup laju serta merta.

"Hih, apahal dengan kau ni? Macam tak pernah tengok orang. Dah lah, aku tunggu kat lobby. Bergerak pantas." Lantas Khai turun dari katil dan segera meninggalkan bilik.

Aku masih tercengang. Aik? Apa dah terjadi ni? Apabila aku mengalihkan selimut, baru aku perasan jari aku berinai serta sebuah cincin mutiara tersarung kemas di jari manis aku. "Astagfirullahalhazim...apa dah jadi dengan aku ni. Macam mana aku boleh lupa?" Aku menepuk dahi. Sebenarnya aku dah nikah, dengan siapa lagi kalau bukan dengan Khai, si lelaki poyo! Patutlah aku macam hilang ingatan, aku tidur masa Maghrib rupanya.

Sebenarnya kami baru je bernikah hari jumaat. Majlis bersanding pula dekat hotel, tempat kami menginap sekarang. Nak dipendekkan cerita, majlis selesai hampi jam 10 malam. Alang-alang dah berada sehari dekat sini, semua pun letih, aku dan Khai mengambil keputusan menginap sementara dekat hotel.

Tanpa berlengah, aku berjalan ke tandas untuk membasuh muka. Aku mencapai shawl berwarna peach yang tersidai di atas katil lalu menyelitkan shawl tersebut dengan simple ala Keknis. Setelah memastikan tiada barang yang tertinggal, aku segera meninggalkan bilik.

Di dalam kereta, hening melanda aku dan Khai bagai puting beliung. Aku termenung memandang ke luar tingkap, Khai pula tengah fokus memandu.

Hampir 20 minit perjalanan, aku mula melakar pada cermin kereta menggunakan jari, sesekali aku menukar siaran radio, lepas tu bermain dengan tingkap kereta, turun naik, turun naik, tak habis dengan itu aku bermain dengan kerusi pula. Nampak tak tahap kebosanan aku tu?

Khai memerhatikan aku melalui tubir matanya. Akhirnya dia bersuara sebab geram tengok aku tak pandai duduk diam. "Kau baru keluar dari gua ke? Macam jakun je aku tengok." Perli Khai. Aku mengerutkan dahi lalu menjuihkan bibir.

"Habis yang kau nak kahwin juga dengan orang gua ni kenapa?" Lancar je mulut aku bercakap. Giliran Khai pula mengerutkan dahinya memandang aku. Ah, mulalah tu nak membebel.

"Dah ditakdirkan orang gua tu seorang perempuan, dan aku pula lelaki sejati, jadi aku kahwinlah. Kenapa? Jangan ingat aku suka kahwin dengan kau. Aku dah ada makwe, tahu tak?"

"Ha!" Ketawa aku meletus. "Hei, aku pun tak hengenlah nak kawin dengan kau. Pakwe aku lagi handsome dari kau!" Aku menyilangkan tangan di dada dengan geram. Apa dia ingat aku dah kemaruk sangat ke kahwin dengan dia? Mentang-mentanglah rupa ala-ala Korean, aku pula minat K-pop, jadi dia ingat aku sukalah dengan perkahwinan ni? Kalau bukan dia yang cakap 'Baiklah, saya setuju nak kahwin. Macam mana Mia?'depan family kami semua, aku tak akan duduk pun sebelah dia sekarang ni sebagai isteri dia.

Cuba cakap macam mana aku nak tolak?Semua mata tengok aku masa tu, dengan muka Mak aku lagi yang beria-ria. Hei, geramnya aku masa tu! Aku rasa nak tenyeh-tenyeh muka Khai macam belacan Tok Wan yang busuk tapi menyelerakan tu. Perghh!

"Kau kira untung tahu tak dapat kahwin dengan aku. Kalau Mak Su jodohkan kau dengan Bangla, baru padan muka kau nangis tak berlagu." Perli Khai tanpa melihat aku.

"Aku lebih rela kahwin dengan Bangla lah." ...minta dijauhkan malaikat! Huhu, hakak tak sanggup dek. Khai tergelak sakan bila suara aku mengecil. Dia tahu taste aku ni lelaki jambu, jadi memang tak lah aku sanggup kahwin dengan Bangla.

"Gelak? Hah, gelak lah. Sekurang-kurangnya aku bahagia. Bukan macam sekarang ni! Kahwin pun sebab terpaksa, dan itu semua sebab kau lah." Aku terpaksa juga cakap benda ni walaupun aku tak suka. Kalau boleh aku nak perkahwinan aku ni atas suka sama suka, bukan sebab paksaan.

"Aku boleh buat kau bahagia, apa?" Suara Khai terdengar ikhlas, dan aku sendiri tak percaya. Tapi sangkaan aku meleset bila aku tengok Khai sedang berusaha menyembunyikan senyumannya.

"Tch! Bahagia taik kucing!" Aku menjeling tajam dan menoleh ke tempat lain sambil membetulkan bentuk shawl aku. Malas aku nak cakap dengan budak terencat. Kita aje yang asyik sakit hati.

"Mulut kau kan, dari dulu sampai sekarang tak ada insurans. Kalau aku cium, baru kau tahu macam mana nak diam, kan." Suara Khai berbaur sindiran. Aku mengerutkan dahi. Meluat. Nasib baik masa tu lampu merah, dapat juga dia fokus dengan apa yang aku nak cakap.

"Kalau kau nak rasa penyepak bertubi-tubi dari aku, ciumlah kalau berani." Aku sengaja mengapi-apikan Khai sebab aku tahu dia ni cakap je lebih. "Apasal tak berani pula? Kita kan dah sah jadi suami isteri." Khai tersenyum sinis, macam tak dapat terima kenyataan yang aku tengah cabar dia. Sambil itu dia menekan enjin kereta macam orang nak start drift bila lampu bertukar oren.

"Tak ada maknanya suami isteri, anjing dengan kucing adalah. Aku kucing, dan kau-"

Lampu bertukar hijau.

Dengan drastik Khai memegang kedua-dua pipi aku dengan tapak tangannya dan bertindak mendekatkan mukanya sehingga aku menutup mata kerana tersentak. Dahi dan hidung kami bersentuhan, tapi bibir kami hampir! Hampir!

Kata orang, anak mata hitam kita membesar berkali ganda bila berada dalam gelap, tapi mata aku pula membesar berkali ganda bila muka Khai depan mata aku.

Aku meneguk air liur. Perlahan Khai melepaskan tangannya dan menjauhkan mukanya memndangkan bunyi hon kereta kedengaran di belakang.

"Kau hutang aku satu ciuman." Sinis Khai dan menekan minyak kereta. Tiba-tiba aku rasa keadaan sangat awkward. Betul kata Khai, akhirnya aku terdiam langsung tak berbunyi. Malu mak aih! Apa dah jadi dengan aku?

"Assalamualaikum Mak Ngah." Aku mencium tangan Mak Ngah dan memeluknya yang berdiri di pintu untuk menyambut kehadiran kami.

"Janganlah panggil Mak Ngah. Mia kan dah jadi menantu umi. Panggilah umi." Orang tua itu tersenyum bahagia sambil menepuk-nepuk tangan aku yang berada di tangannya. Aku berpura-pura tersenyum. "Baiklah umi."

"Macam tu lah anak umi."

"Umi, assalamualaikum. Ayah mana?" Khai yang menyusul dari belakang bersama bagasi terus mendapatkan Mak Ngah dan bersalam. Lantas Mak Ngah mencium dahi anak kesayangannya dengan penuh kasih macam setahun tak jumpa. Seronok ye anak dah selamat dikahwinkan, tapi aku yang merana. Bak kata Hafiz Suib, bahagiamu deritaku~

"Ayah bawa Asher dengan si kakak jalan-jalan. Hah, lepas ni giliran Khai dan Mia pula yang bagi umi dan ayah cucu-cucu yang comel. Bertambah merialah keluarga kita. Kan Mia kan?" Mak Ngah menghadiahkan senyuman manisnya. Aku terus tersedak air liur sendiri sambil terbatuk-batuk. Melihatkan reaksi Khai, aku yakin dia juga terkejut macam aku. Cucu? Tengok keadaanlah kalau aku bernafsu. Kahkahkah!

"Hehehe, betul Mak Ngah. Eh, umi..." Aku tersengih-sengih macam kerang busuk. Khai tersenyum sinis. Lantas aku memberikan jelingan meluat ke arahnya apabila Mak Ngah menoleh tempat lain.

"Dah, Khai bawa Mia masuk. Korang berkemas-kemaslah. Lepas tu turun, umi nak rasa masakan menantu umi."

"M-masak?" Aku mengulang perkataan Mak Ngah. "Yelah, masak. Kenapa? Kamu tak pandai masak ke?" Soal Mak Ngah agak terkejut. "Eh, mestilah pandai." Jawabku bersungguh-sungguh. Erm~ haram aku pandai masak! Aduh, mampuslah aku! Apa aku nak buat ni? Dah lah halia dengan kunyit pun aku tak tahu nak bezakan, inikan pula memasak? Goreng telur mata lembu tahulah. Tapi takkan lah aku nak masak setakat telur goreng? Jatuhlah air muka aku.

Aku mula gelabah tapi aku tak tunjukkan. Mata aku melilar tak tentu arah. Khai yang perasaan aku tak tentu arah terus tersenyum-senyum menahan ketawa. Dia nak ejek aku lah tu lepas ni. Eee, geram betul!

 

Bersambung...

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
1004ngel #1
Chapter 2: Yeah!saya suka cerita ni
buatlah double update
amat dialu-alukan
hehe
lyanaesyaz #2
Chapter 2: best..please update
1004ngel #3
Chapter 1: Suka chapter ni.lawak betul la :D
Dreamwalkerxx #4
Chapter 1: huhu sy suka sy suka. update lg !
Syifiqifa01 #5
Akhirnya, jumpa jugak cite mcm nii
Syifiqifa01 #6
Chapter 1: Bestnye!!! Please update lagi... xsbr nk tengok diorang gaduh...