-Si jejaka-

How We'd Wish To Be
Please log in to read the full chapter

 

-Si jejaka-

 

_______________________________________________________________________________________________________________________________

 

 

 

[Kim Jongdae’s POV]

 

 

 

  Raut muka dia aku perhatikan, nyenyak betul dia tidur.Aku turut meletakkan kepalaku yang dialas dengan kedua tangan di atas meja.Merenung muka Fey memang hobi aku.Dia cantik sangat, sangat cantik.Semua tentang Fey aku suka, aku sukakan dia lebih daripada seorang kawan.Sedikit senyuman aku timbulkan di bibirku.Jika bercakap mengenai Feylin, mesti aku tersenyum sendiri.Indahnya dunia jika hari-hari dapat menatap wajah gadis ini.

 

Kenapa macam tu eh? I feel butterflies in my stomach whenever she’s with me.

 

Hidung dia aku tekan menggunakan jari telunjuk.Dia tidak terjaga.Tahu tak apa maknanya, maknanya dia tidur mati…HAhahaha…..Peluang baik jangan sesekali kita siakan.Aku mengeluarkan telefon bimbit daripada poket seluarku dan menangkap gambar Fey, nak kumpul kenangan sebelum kami habis sekolah.Gaya brcakap macam dah tak jumpa dia langsung dah lepas ni.Teruklah kau ni Jongdae.

 

"Uhh, Dae..Sorry, aku tertidur."  Telefon itu segera aku simpan.Cuak sebenarnya sebab dia tiba-tiba terbangun.Aku perhatikan Feylin mengurut mukanya sedikit dan dia mahu mengemaskan semula ikatan rambutnya.

 

"Rambut tu tak payahlah ikat.."

 

Aku bicara sendiri dengan perlahan; lebih kepada omelan.

 

"Apa?"

 

Fey berkata dengan separuh tidak jelas kerana getah ikat rambut tu dikepit menggunakan kedua bibirnya manakala kedua tangannya melurut rambut panjangnya pula.Kenapa ada background bunga sakura gugur ni? Asal dia terlalu bersinar sekarang?

 

Fey, aku mohon jangan buat macam tu sebab kau buat aku tergoda sangat!

 

"Ah? Tak, tak ada pape."

 

"Peliklah kau ni, sekarang pukul berapa dah? Aku rasa kita patut balik lah, Dae." Ujar dia setelah selesai mengikat rambutnya seperti ekor kuda.Rambut Fey lurus dan beralun dengan lembut mengikut gerakan kepalanya.Fey, kau pakai syampoo apa? Rejoice? Sunsilk? Pantene? Safi syayla? Dove? Mata aku beralih pula kepada lehernya yang jenjang.Aku meneguk air liur aku dan cepat-cepat mengalihkan pandangan mata aku.Jauhnya aku jatuh kerana gadis ini.

 

"Pukul 6 petang, dah sejam kau tidur.." Aku sengaja mahu menyakat dia dan nampaknya aku berhasil sekali lagi seperti selalu kerana mata dia terbuntang luas.

 

Comelkan Fey aku.

 

"Goshh…. Dae asal kau tak kejut aku?! Dah lambat ni, nanti mak aku marahlah!" Kelam-kabut Jung Feylin mengemas semua barangnya.Aku ketawa sendiri melihat dia seperti itu, clumsy Feylin.

 

"Kot ye pun tak payah lah over react sangat cik adik oii, baru pukul 5:30 petanglah Fey…Kau ni memang." Feylin menghentikan semua perlakuannya walaupun dia sudah siap mengemas. "Aku cekik kau nanti Dae, jangan tanya kenapa!"

 

"Janganlah marah, aku gurau je kan..Aku tahu kau selalu tak cukup tidur sebab exam kali ni, dah dua minggu aku tengok mata kau kuyu je." Satu keluhan berat dilepaskan oleh Fey.Dia kembali duduk dan melentokkan kepalanya di bahuku.

 

"Aku harap exam ni cepatlah  habis dan lepastu kita enjoy! Kemudian, kita habiskan sisa hidup terakhir kat sekolah ni sebelum masuk universiti…Kau aku mungkin lepasni berpisah.Manalah tahu kita tak satu U nanti."

 

Ayat terakhir yang diucapkan oleh Fey membuat hati aku berkecamuk.Aku tak pernah lupa dengan hakikat yang kita akan berpisah nanti.Realiti dunia begitu perit bukan.

 

"Dae, aku sebenarnya tak nak habis sekolah lagi.Kau tahukan dunia luar tu menakutkan, aku belum bersedia Dae." Muka Feylin berubah menjadi sayu.Aku letakkan tangan kiriku diatas bahu kirinya, mengusap perlahan.Bau shampoo rambutnya menusuk hidung aku menjadikan aku alpa seketika.Bau strawberi yang segar, kegemaran aku.

 

"Janganlah macam ni, kau dah dewasa kan? Kena belajar terima hakikat."

 

Hakikat yang aku akan kehilangan kau, pedih rasanya.

 

"Tapi Dae…"

 

"Tapi apa?"

 

"Nanti kau dengan aku masuk U sama-sama eh?" Dia buat aku ketawa kecil dengan permintaannya.

 

"Asal pulak? Asal aku kena masuk U yang sama dengan kau?" Fey mengerutkan mukanya sedikit.Dia menguis dangunya seperti dia mempunyai janggut, konon-konon berfikir sejenak.

 

"Hmmm…Sebab kau tak boleh hidup tanpa aku!" Feylin ketawa kecil.Di anggap perkara itu amat lucu sehingga aku turut sama ketawa tetapi jauh dalam sudut hatiku, aku sorang sahaja yang tahu betapa hari-hari aku selepas ini pasti kelam tanpa Fey.

 

Merindu Feylin mungkin menjadi hobi baru aku selepas ini.

 

"Eleh..Ye-ye je kau kan..Entah-entah dia nanti yang menangis melalak bila aku tak ada." Aku menguis rasa sedih itu dan mula bercanda dengannya.Sengaja aku mahu menduga isi hatinya sedangkan aku tahu, dia tidak akan memberikan jawapan yang sebenar kerana dia tidak tahu bahawa aku sukakan dia.

 

"Mana ada..Aku tak akan menangis sebab kau lah…Buang masa okay…!" Feylin sambung ketawa lagi.Aku mengukirkan senyuman kelat namun Feylin tidak menyedarinya.

 

"Lupakan hal tu dulu, yang penting sekarang ni adalah exam kali ni, which is our final war!" Dia berkata memberi semangat.Pelukan itu aku eratkan sedikit dan dengan berat hatinya aku lepaskan pelukan itu.Wajah Feylin yang berubah ceria secara mendadak sedikit sebanyak melegakan aku.

 

"Ohoooo, Kim-Jong-Peaceful-Dae! Jom balik! Dah nak pukul 6 petang ni!" Kemahuan dia aku turutkan sahaja.Bilik darjah yang tidak berpenghuni ini ditinggalkan oleh kami berdua.Sekolah pun lengang.Hanya ada aku dan Feylin.

 

 

Owh! Pakcik jaga juga.

 

 

"Sejak bila pulak aku ada penambahan nama ni hah perempuan?" Aku berpura-pura berang dengan Feylin.Dia tak peduli dengan soalan aku pun.

 

"Sejak bila-bila lah Kim-Jong-Dumb-Dae!" Feylin sudah berlari laju kehadapan meninggalkan aku.Dia menjelirkan lidahnya setelah sempat menoleh ke belakang.Ketawa dan terus ketawa lagi.Dia turut melompat dan berpusing.Suka sangat meihat dia begitu namun kerisauan aku tetap bertandang juga.

 

Dia ni, kalau jatuh macam mana?! Suka sangat buat aku risau.

 

"Ah!! Aduii!" Dan tekaan aku memang tepat.Aku pula yang berlari mendapatkan dia.

 

"Dae, sakit…." Sura Feylin yang sedikit bergetar dan kedua matanya yang sudah merah, ditambah pula dengan sebelah lututnya yang berdarah menambahkan tahap kebimbangan aku.

 

"Kan aku dah cakap tadi jangan lari!"

 

"Bila masa kau cakap!"

 

Aku mengetap bibir kerana Fey benar, aku hanya menegur di dalam hati, bukan dengan lisan. "Dahlah, benda nak jadi..Boleh jalan tak?" Bodoh betul soalan aku, dah terang lagi terang disuluh matahari keadaan dia tak boleh nak jalan.Tapi Feylin tetap menjawab dengan gelengan sahaja.Aku menggalas beg sekolah ku dihadapan badan menakala Fey aku dukung dibelakangku.

 

"Kita pergi klinik dulu, rawat luka kau…Teruk ni"

 

"Umm..."

 

Fey bersetuju dan dia merehatkan kepalanya di atas bahu kananku.Tangan kirinya mencengkam baju ku dengan kuat seakan tidak mahu lepas dan tangan kanannya memaut leherku.Aku mula berjalan menuju ke klinik yang mujur tidak berapa jauh daripada tempat kami berada sekarang.Nak pergi ke rumah, lagilah jauh.So, klinik option terbaik untuk Feylin.

 

 

Yang pen

Please log in to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
sayhershe
Epilogue HWWTB dah keluar~ Come here and read it guys :p

Comments

You must be logged in to comment
lugege_
#1
Chapter 5: Tak saba tunggu epilog T.T
QuincyOat
#2
Chapter 5: Kyak~~! Boleh dapat kaviti aku baca chap ni! Gila sawit sangat !!
Haha....Okay, I tunggu epilog kisah ni! Hwaiting!
QuincyOat
#3
Chapter 2: Jongdae, you might catch my eyes but you'll never catch my hearteu sebab Coups cakap over his dead body first before you flirt me with your mischievious attitude! Okay, tipu je. You're too sweet dalam ni! Jeles dengan Fey dapat member terbaik dari langit macam Jong-Sweet-Day ni!